Showing posts with label Parlimen Petra Jaya. Show all posts
Showing posts with label Parlimen Petra Jaya. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

AMARAN ADUN N6, YB Fazzrudin kepada Pemaju-pemaju di kawasan Tupong

ADUN N6 Tupong, YB Fazzrudin Abd Rahman sebelum ini difahamkan sudah memaklumkan kepada pihak pemaju berkenaan sikap sesetengah pemandu lori yang tidak mengendahkan keselesaan dan keselamatan penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar jalan yang dilalui mereka.

Sikap acuh tak acuh mereka telah menyebabkan beliau bertindak dengan lebih tegas dengan memberikan amaran kepada pemaju-pemaju terbabit.

Keseimbangan dalam menjaga kemudahan struktur jalan pada masa sama membangunkan kawasan bukan satu tugas yang mudah. Masyarakat biasanya akan merujuk kepada pemimpin untuk sebarang aduan atau masalah sekitar kediaman mereka bukannya pemaju projek perumahan.

Maka wajarlah YB Fazzrudin bertindak bagi mengelakkan masalah-masalah yang berpunca daripada kenderaan-kenderaan berat yang mengundang ketidakselesaan kepada rakyat. Ia bukan bermaksud menghalang pembangunan, tetapi untuk memastikan pemaju-pemaju agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan serta menyelenggara jalan-jalan yang telah rosak oleh kenderaan berat mereka pada kadar segera.




Sunday, July 3, 2016

Kehadiran lori-lori dan kenderaan berat di perumahan sekitar Matang Jaya membuatkan penduduk resah dan marah



Di sebalik projek pembinaan perumahan baru di Matang Jaya, lori-lori dan kenderaan berat semakin berleluasa menggunakan jalan di lorong-lorong kawasan perumahan (untuk elak kesibukan jalan utama) dan membawa muatan serta merosakkan jalan-jalan dengan sengaja.

Tidak cukup dengan itu, ada di antaranya memandu laju tanpa menghiraukan keadaan jalan yang sempit serta sesak dengan kenderaan-kenderaan kecil di sekitar mereka. Keselamatan penduduk sekitar tidak diambil kira.

Hal ini membuatkan ramai penduduk gusar serta semakin tidak menyenangi kehadiran lori-lori tersebut. Tindakan harus dibuat ke atas pemilik-pemilik serta kontraktor bertanggungjawab sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Aduan telah diajukan kepada wakil rakyat kawasan Tupong, YB Fazzrudin Abd Rahman dan beliau sendiri telah turun ke Matang untuk meninjau keadaan yang berlaku di kawasan tersebut. Hasilnya, apa yang ditemui beliau ialah sebahagian daripada lori-lori tersebut sememangnya memandu dengan laju.

Berikut adalah keadaan terkini jalan di kawasan perumahan yang tidak sepatutnya digunakan sebagai laluan harian oleh lori-lori (10 tayar) serta kenderaan berat. Tindakan susulan akan dibuat dengan penglibatan YB Fazzrudin bagi memastikan keadaan dapat dipulihkan secepat mungkin sebelum berlaku kemalangan melibatkan penduduk setempat.


Lubang, jalan berlopak serta berpasir di selekoh merbahaya kepada penunggang motosikal. Ia juga boleh menyebabkan bertembung dengan kenderaan lain yang menggunakan laluan bertentangan untuk mengelakkan jalan yang rosak teruk.
Beginilah keadaan jalan berlopak yang dalam, berisiko kepada pengguna bermotosikal
 
Jalan yang telah rosak di sebelah kiri oleh lori yang kemudian dengan sengaja menggunakan lorong yang elok di sebelah kanan serta menghancurkan baki jalan menjadikannya merbahaya kepada orang luar yang tidak menyedari keadaan ini.
 
Bonggol maut yang boleh menyebabkan kenderaan terutama motosikal terbabas atau terjatuh ke laluan bertentangan serta bertembung dengan kenderaan lain
Lorong perumahan ini adalah jalan masuk untuk lori-lori sebagai jalan pintas



Saturday, June 25, 2016

ADUN Tupong, Fazzrudin mengariskan 4 cadangan bendung kes samun di Petra Jaya


Banyak kejadian samun berlaku di Petra Jaya sejak kebelakangan ini. Baru-baru ini, satu keluarga
mengalami detik mencemaskan apabila rumah mereka di Jalan Depo, Semaring telah dirompak oleh sekumpulan 3 lelaki. Kesemua suspek yang bersenjatakan pisau, crowbar dan pemutar skrew kemudian mengikat mangsa dan melarikan wang tunai serta barang-barang bernilai sekitar RM30k. 

Selang beberapa hari, satu lagi kes rompakan berlaku di kawasan perumahan Astana yang padat dengan penduduk. Sekumpulan 3 lelaki dipercayai masuk ke bilik tidur serta mengugut untuk mencederakan isteri mangsa jika mangsa melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kesemua mereka melarikan diri apabila emak saudara mangsa yang menjerit 'pencuri' ketika kejadian. Jumlah kerugian tidak dapat dipastikan.

Dan terbaru, satu kejadian rompakan telah berlaku di sebuah rumah di Taman Matang Jaya Fasa 15 Jalan Matang Kuching pada jam 3.00 pagi tadi.Menurut mangsa beliau telah dikejutkan oleh seorang lelaki yang dipercayai berbangsa asing (Indonesia) bersama 4 lagi perompak yang memakai topeng dan membawa senjata tajam iaitu parang & pisau. Mangsa diikat menggunakan wayar dan dikumpulkan di ruang tamu. Perompak telah melarikan 2 buah kenderaan iaitu Produa Viva dan Toyota Innova, beberapa gajet,laptop,barang kemas serta dompet ke semua mangsa. Anggaran kerugian belum dapat dikenalpasti..

Kesemuanya di atas berlaku dalam bulan ini sahaja. Wakil rakyat DUN Tupong, Semariang dan Ahli Parlimen Petra Jaya telah maklum dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengekang kegiatan samun serta menjejaki suspek yang dipercayai dilakukan kumpulan yang sama.

Kita yakin, mereka akan melakukan yang terbaik agar jenayah seperti ini dapat dibendung bagi menjaga keselamatan serta kepentingan masyarakat sekitar.




Sunday, March 13, 2016

DUN Tupong - Video PKR terkantoi menipu janji..

Inilah dia calon PKR untuk DUN Tupong, Nurhanim Hanna Mokhsen. Orangnya baik, peramah tetapi parti yang diwakilinya merupakan parti yang paling kuat menipu janji-janji kepada rakyat selepas pilihanraya. Slogan Cuba PKR katanya..



Sentimen kroni BN kaya, mainan PKR mungkin merujuk kepada majoriti calon BN Sarawak yang dipilih terdiri daripada kalangan orang yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing sehingga dipilih untuk membantu masyarakat kawasan yang kurang bernasib baik sepertinya.

Juga mempunyai 'networking' yang sangat baik dengan jabatan-jabatan serta badan-badan swasta bagi memastikan kesejahteraan di tahap terbaik disediakan untuk rakyat. Itulah 'kroni BN kaya' mengikut pemahaman penulis.

BN sudah pasti tidak akan memilih calon wakil rakyat yang hanya tahu merayu derma dan simpati para pengundi contohnya seperti wakil S4S di bawah...



Balik kepada Nurhanim, semoga beliau menyertai BN satu hari kelak dan meninggalkan parti yang terkontang kanting dalam Pakatan Harapan dan hanya mementingkan kroni sendiri sahaja serta tiada pelan untuk membantu seluruh rakyat di negeri Sarawak (bertanding cuma di kawasan tertentu sahaja).

Video ini menjelaskan kenapa PKR tidak boleh diharap untuk menunaikan janji.

Dengarlah apa katanya tentang janji PKR pada beliau dulu..


Ingatan kepada diri kita sendiri, jangan terpedaya dengan kempen minyak motosikal percuma bermusim PKR. Masyarakat di Tupong majoritinya sudah mempunyai kereta sendiri dan tidak memerlukan sogokan minyak motosikal sebagai tukar ganti kepada undi yang tetap kepada parti pemerintah.

Iboh terkait ngan sidak parti luar mok nyadi wakil kita. Sik ku pian ngan minyak sekali isik kitak ya.. you..you..



Friday, February 12, 2016

Gambar Ketua Pemuda PBB selepas banjir di Kuching

Menteri Kerja Raya, YB Dato Fadillah Hj Yusof bersama gotong-royong kerja membersih Tadika Hikmah di Petra Jaya yang terjejas oleh banjir dan fenomena air pasang besar baru-baru ini.

Bersama beliau ialah Setiausaha Politik beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB Sarawak, En. Fazzruddin Abd Rahman serta beberapa anggota sukarelawan yang terdiri daripada Bomba Sarawak, para ibubapa pelajar, kakitangan Tadika hikmah, Yadim dan orang ramai.

Semoga usaha murni mereka semua mendapat keberkatan Allah demi kesejahteraan rakyat bersama.  


Di bawah berikut, ialah jadual untuk kerja bergotong-royong di tempat yang memerlukan bantuan sukarelawan. 

Dipetik daripada laman fb Fazruddin Abd Rahman. Sama-sama kita membantu, ringankan tangan. bertemu di sana besok.. 

The more, the merrier.

*****
Keep Calm and Volunteer... Salam semua. Esok 13 Feb program gotong royong pukul 8.30 pg. Berikut adalah lokasi dan person in charge,

1. Surau dan Tadika Kpg Gita Lama (Othman Saet)
2. Dewan dan Tadika Kpg Tupong Tengah (Affandi Boyd)
3. SRB Chung Hua Sejijak (Hj Ahmad Nahap)
4. Mahad Tahfiz Darul Uloom Jalan Muhibbah Kpg No 6 (Cikgu Zulkeria)


 
 

Sunday, February 7, 2016

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina daripada Menteri JKR bersama pembantu beliau.

Selamat Tahun Baru Cina saya ucapkan kepada seluruh masyarakat Tionghua. Adalah diharapkan sambutan tahun baru ini membawa bersamanya kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada kita semua.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, gunakanlah kesempatan ini untuk kunjung mengunjung antara satu sama lain. Eratkanlah tali silaturahim yang telah sedia terjalin.

Kepada yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya. Patuhi had laju serta arahan dari pihak berkuasa. Semoga perjalanan anda semua selamat.

Gong Xi Fa Cai!
Fadillah Haji Yusof
Menteri Kerja Raya Malaysia
Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya


To all families and friends..



Sunday, January 24, 2016

Gambar-gambar Majlis Rumpun Silat Sarawak di Kuching malam tadi

YAB Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem telah merasmikan Malam Pendekar Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching 2016. Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Dato Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Kerja Raya Dato Fadillah Yusof, ADUN N5 Demak Laut YB Dr.Hazland, ADUN N6 Tupong Dato Daud Abd Rahman dan ADUN N7 Semariang Dato Sharifah Hasidah.

Turut bersama jawatankuasa penganjur yang menjayakan majlis malam tadi ialah penyelaras aktiviti belia kawasan DUN N6Tupong, saudara Fazzruddin Abd Rahman.

Syabas, semoga usaha mengangkat warisan seni mempertahankan diri seperti ini sentiasa dijunjung tinggi oleh barisan pemimpin anak jati Sarawak pada masa depan.

Majlis mempersembahkan aksi seni pertahan diri oleh wira dan wirawati muda yang turut disaksikan oleh para hadirin serta para guru persilatan masing-masing.

Gambar-gambar keraian majlis yang dirakam pada malam tadi.


Gambar penuh boleh dirujuk ke laman facebook 
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10153877817066950.1073741929.38987481949&type=3&hc_location=ufi




Saturday, September 12, 2015

PBB Sarawak teramat malu diajar PKR? - Nurhanim Mokhsen



Bawa-bawalah mengucap Puan Nurhanim oi..

Nasib ahli PKR Sarawak sendiri pun tak hirau rasa nak jaga. Sepatutnya edarkan borang keahlian sekali macam DAP, barulah dianggap satu kebajikan yang lengkap...untuk rakyat, lebih-lebih lagi untuk parti.

Kalau setakat edar mask kepada pengguna jalan raya pun jadi modal cara ajar PBB, lebih baik lupakan saja niat nak jadi wakil rakyat.

Ada seribu satu macam kebajikan yang PBB buat sebelum ini tak pernah dipolitikkan. Kebanyakan kes, hanya sipenerima dan sipembantu sahaja yang tahu. Inilah budaya dan cara PBB berkhidmat.

Gambar bawah adalah salah satu aktiviti pemuda armada PBB di kawasan N6 Tupong. Ada banyak lagi... cuma penulis malas nak upload dan buat artikel cara berpolitik yang betul kepada PKR...

Armada Pemuda PBB edar topeng muka kepada warga Kuching


Memandangkan keadaan jerebu yang melanda kawasan Bandaraya Kuching telah mencecah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat, Armada Pemuda PBB hari ini telah mengambil initiatif mengedarkan topeng muka secara percuma kepada penduduk setempat.

Ketika dihubungi, jurucakap Pemuda PBB berkata, selepas solat Jumaat sebentar tadi, lebih dari 2,000 keping topeng muka diedarkan di Masjid Kudei Lama, Masjid Attaqwa, Masjid Kampung Lintang dan kawasan-kawasan berdekatan masjid tersebut. Setakat jam 11 pagi tadi, bacaan IPU di Kuching telah mencecah 164 iaitu tahap tidak sihat. - Sarawakiana