KUCHING: Rakyat Sarawak,
khasnya yang beragama Kristian tidak disekat daripada menggunakan kalimah
‘Allah’ meskipun penggunaannya telah dilarang oleh Mahkamah Rayuan dalam
buletin mingguan The Herald.
Ketua Menteri Pehin Sri
Abdul Taib Mahmud berkata, larangan tersebut sama sekali tidak melibatkan
Sarawak kecuali terdapat perundangan yang mengambil kira kepentingan kita di
Sarawak.
“Bagi kita ia bukan satu
isu, kerana kita telah hidup dengan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa
sejak beberapa dekad yang lalu malah sebelum pembentukan Malaysia.
“Saya tidak kisah untuk
memberitahu anda, malah sebelum Malaysia apabila saya berkunjung ke rumah
panjang, penduduk di rumah panjang akan mendapatkan tukang masak Muslim dari
bandar dan membelikan saya sehelai sejadah untuk saya bersembahyang.
“Saya datang dari
sekolah mubaligh dan saya tidak kisah rakan-rakan Kristian membuat tanda salib
kerana itu adalah agama mereka dan cara mereka menunjukkan rasa hormat kepada
Tuhan yang maha esa,” kata Taib.
Beliau berkata demikian
ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)
di sini semalam.
Perhimpunan tersebut telah
dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira
5,000 perwakilan dan pemerhati daripada 71 cawangan PBB dari seluruh Sarawak.
Dalam pada itu, Perdana
Menteri pada mesyuarat kabinet Rabu lepas, telah mengarahkan semua barisan
menteri kabinet untuk memberi penjelasan yang tepat kepada rakyat di kawasan
masing-masing mengenai isu tersebut.
Ini kerana menurut
Najib, keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ hanya
merujuk kepada penerbitan buletin minggunan The Herald dalam versi bahasa
Melayu.
Justeru Najib menerusi
Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem telah mengingatkan rakyat
Sarawak khasnya yang beragama Kristian agar tidak keliru dengan larangan
tersebut.
Utusan Borneo
Hanya untuk menjaga kepentingan Idris jala dan SIB (120,000 pengikut) PM telah tersalah ucap perkara sebenar. Apa kah gereja gereja lain menyebut ALLAH (Tuhan/God) di dalam kitab injil mereka kecuali kitab SIB Alkitab di cetak dari Indonesia.? Kalimah Allah hanya di oleh penganut kristian SIB bermula pada tahun 1928 tapi tidak gereja lain sehingga kini.Cerita lah yang BENAR.
ReplyDelete