Sejak akhir ini, negeri Sarawak seolah-olah dilanda satu fenomena baru iaitu 'parti DAP masuk kampung'. Bunyinya seakan-akan sebuah filem baru dengan skrip lama terbitan Mamat Khalid tahun 2007 yang bertajuk 'zombi kampung pisang'. Cuma rupa tak comot, tapi perangainya sama.. Seorang demi seorang kena gigit akhirnya satu kampung menjadi hantu.
Hati-hatilah terhadap mereka. Musang berbulu ayam memang sentiasa nampak jinak dan baik pada mulanya, ia cuma menerkam sebaik sudah pasti tiada apa yang mampu menghalang lagi. DAP bukan pembela Masyarakat Dayak, mereka tidak peduli asal usul Dayak, mereka tidak kisah sejarah budaya dan adat-istiadat Dayak, yang mereka mahu cumalah undi dari kaum Dayak.
Kita tidak lupa bagaimana DAP mahu memperbodohkan kaum Dayak. Hentikanlah... pada pilihanraya DUN dan Parlimen yang lalu, mereka menghabiskan berjuta ringgit untuk kempen burukkan kerajaan. Entah berapa juta dibelanjakan untuk kos mencetak poster dan video dalam bentuk cakera padat untuk diedarkan kepada setiap rumah di kampung-kampung Dayak.
Mungkin ada penggunaan wang dalam pelobian calon dalam pemilihan CEC yang entah sudah berapa juta ringgit lagi dileburkan. Pokoknya semua perjumpaan parti dan ahli, lebih-lebih lagi jika melibatkan taikun-taikun cina, kosnya bukan murah. Tetapi perlukah mereka kutipan dana sumbangan untuk semua itu? Tidak.
Dan untuk rakyat Sarawak khususnya Dayak yang kononnya memerlukan pembelaan DAP, inilah yang gah mereka war-warkan,
Di mana sebenarnya sumbangan DAP ini? Duit kos adalah hasil daripada kutipan derma oleh rakyat sendiri. Yang bekerja memasang dan memikul paip juga penduduk sendiri. Dan yang paling utama, tidak ada audit untuk duit yang telah disalurkan rakyat ke dalam nombor akaun itu untuk tujuan tersebut.
Bukan kejayaan paip graviti yang DAP banggakan, ia cuma salah satu propaganda politik mereka. Sememangnya DAP mahu penduduk terus kekal hidup jauh daripada kemodenan supaya mudah untuk mereka mempolitikkan isu kemiskinan rakyat.
Respon BN terhadap projek di atas..
Projek paip graviti DAP pinggirkan penduduk
Projek yang lebih besar dibuat kerajaan kita sudah jemu melihat. Tidak ada apa-apa yang hendak dipertikaikan rakyat, tetapi ia sentiasa diperlekehkan DAP. Sebagus manakah usaha DAP itu, jika untuk menaiktaraf hidup pun memerlukan derma daripada wang saku rakyat sendiri?
Apakah yang sebenarnya cuba digambarkan DAP di bawah terhadap projek yang dilaksanakan BN? Buat salah, tak buat lagi salah...
Tahap pemikiran DAP terhadap pembangunan yang dibuat kerajaan BN Sarawak. Guys look, DAP admits BN efforts for rakyat's infrastructure improvements. Money appropriately managed by BN. :P |
Kini zombi-zombi DAP sedang berkeliaran di kampung-kampung. Awasilah anak-anak kita, jangan sampai diperalatkan oleh politik mereka dan digunakan sebagai ikon sepertimana mereka menggunakan ikon burung kenyalang kita sebagai maskot untuk kempen parti mereka. Rakyat Sarawak ada maruah, bukan maskot untuk parti DAP.
Katakan 'tidak; kepada eksploitasi kanak-kanak dalam politik |
Nak buat sebuah rumah di bandar sekarang pun kos sudah cecah rm150K-500K. Cukupkah kutipan derma itu untuk baiki taraf hidup satu kampung?
Sememangnya, kerja menyenangkan hati rakyat bukanlah satu tugas yang mudah. Belum tentu juga kerja-kerja itu boleh memenangkan parti untuk Pilihanraya. BN telah berkhidmat sejak dulu lagi, bagaimana rakyat Sarawak boleh lupa sekelip mata?
DAP tidak mahu istilah Bumiputra dalam negara kita. Mereka mahu hak sama-rata. Dan hak-sama rata itu mungkin kita boleh lihat melalui kaca-mata DAP iaitu dominasi dalam sektor swasta. Kaum cina menguasai lebih kurang 99% kegiatan ekonomi di negeri Sarawak. Ironinya, mereka mendakwa kepimpinan BN mengamalkan perkauman dalam pentadbiran kerajaan negeri dan pusat. Projek kerajaan dikuasai golongan bukan bumiputra.
Dan apabila kerajaan melancarkan Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra bagi membantu golongan bumiputra dalam persaingan ekonomi, pihak pembangkang mendakwa ia Rasis dan amat mendiskriminasi.
rujuk: PKR: Pelan pemerkasaan bumiputera 'rasis'
BN tidak mahu rakyat Bumiputra terbiar dan ketinggalan dalam bidang ekonomi, jika ia usaha untuk memantapkan kehidupan masyarakat tempatan secara sama-rata, mengapa pembangkang rasa tergugat? Perlukah Bumiputra hidup bergantung kepada ehsan 'kutipan derma' jika pembangkang menjadi pemerintah?
Walaubagaimanapun, kita sudah melihat cara halus DAP untuk mengubah dasar yang dibuat kerajaan BN selama ini. Kempen UBAH DAP sedikit sebanyak memesongkan perhatian kita kepada kononnya mengubah amalan korupsi kerajaan, hakikatnya mereka mahu ubah sesuatu yang lebih besar daripada itu.
Tony Pua selaku pemimpin DAP mencadangkan untuk mengurangkan kakitangan awam yang majoritinya terdiri daripada golongan Bumiputra, secara tidak langsung menunjukkan kecenderungan awal untuk menyekat penglibatan Bumiputra dalam kerajaan. Bayangkanlah jika Pakatan Rakyat menjadi pemerintah, di mana kita berada?
Baca penuh artikel di bawah, kita akan mendapat gambaran sebenar mereka.
Kakitangan awam akan diselaras, bukan kurangkan
Cuba imbas kembali kempen DAP sebelum ini, mereka mengaitkan korupsi dengan kepimpinan UMNO. Di Utara, Selatan, Barat, Timur, UMNO busuk segalanya sampai ke hati perut.. Malah di Sarawak pun mereka kerap memburukkan UMNO. Mengapa?
Kerana UMNO = Melayu. Itulah agaknya yang betulnya. Ramai penyokong mereka telah didoktrinkan Barisan Nasional = UMNO. Malah cuba membezakan Melayu dengan Bumiputra di Sabah dan Sarawak. Mereka tidak akan puas sampai bila-bila selagi UMNO memerintah, walaupun selonggok emas kita curahkan ke dalam kantung mereka. Mereka sudah kaya, sekarang mereka hanya nak jadi Pemerintah, jadi Raja. Kepimpinan UMNO hanya jenaka dan lawak sepanjang zaman sahaja bagi mereka.
No comments:
Post a Comment