Tuesday, October 8, 2013

DAP sudah masuk ke pedalaman Sarawak

DAP sudah mengorak langkah untuk menambat hati rakyat pedalaman, sasaran mereka untuk meraih sokongan menjelang DUN Sarawak akan datang.

Bertemakan program 'Impian Sarawak' antara lain bertumpu kepada kerja menambahbaik sistem penyaluran air ke rumah-rumah panjang penduduk. Ia dilakukan dengan wang hasil kutipan daripada rakyat bumiputra itu sendiri, menggunakan idea yang dicetus oleh pemikir-pemikir pembangkang melalui kerjasama parti DAP.

ADUN BN di kawasan itu agaknya kurang bergerak. Masalah logistik tidak boleh dijadikan alasan. Jika penduduk sanggup bersampan dari kampung yang jauh untuk datang mengundi, mengapa kita tidak boleh sampai ke penempatan mereka?

Kini pembangkang DAP telah ke kawasan luar bandar walaupun rakyat Sarawak tahu mereka tidak berniat sedikitpun untuk membela nasib bumiputra sebaliknya hanya untuk memancing undi. Hasilnya siapakah akhirnya yang akan dipilih, Siputar-belit yang membantu demi undi ataukah pemimpin sendiri yang berpengaruh tapi masih tidur?

Renungkanlah..

A race to win people's heart. DAP starts 3 steps ahead, BN lying down rely on luck to win


KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak memulakan projek melebarkan pengaruh ke kawasan luar bandar (Go Rural Project) di bawah program Impian Sarawak dengan membuka lima cawangan di kawasan luar bandar.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata lima cawangan itu ialah Betong, Pakan, Batu Niah, Lawas serta Marudi dan ketika ini jawatankuasa protem telah ditubuhkan bagi setiap cawangan yang disasarkan.

“Kami (DAP) mendapat maklum balas dan sokongan yang sangat memberangsangkan daripada penduduk luar bandar.

“Ini petanda baik buat kami lebih-lebih lagi dalam usaha menakluki kawasan luar bandar di negeri ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Negeri di sini semalam.

Chong menambah, lima cabang itu merupakan kawasan yang tidak pernah dimasuki DAP sebelum ini dan merupakan antara 21 kawasan yang sudah dikenal pasti.

Sebagai permulaan, jawatankuasa protem DAP Pakan telah ditubuhkan diketuai Roslie Atol dengan kini mempunyai 55 ahli daripada pelbagai kawasan di situ.

Manakala jawatan Setiausaha Rinda Juliza Alexander, 28, Bendahari Alexander Seli, Setiausaha Hal Ehwal Wanita Sendi Atol, Setiausaha Penerangan Baran Japar sementara Bakar Giman dan Nyaling Tambi selaku ahli jawatankuasa.

Rinda turut dilantik sebagai Pembantu Khas Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu dalam usaha mendedahkannya kepada rutin kerja serta cara mengendalikan isu-isu rakyat.

5 comments:

  1. ADUN BN - baik lebih aktif TURUN PADANG! Jgn. pandang lewa usaha DAJAL Kristain Zionis DAPBANGKAI , kerana disyaki, mereka juga menngunakan agama Kristian, utk. menghasut Bumiputera Bukan Islam [termasuk utk. membenci Islam/umatnya (terutamanya. Melayu-Melanau)dan UMNO] ataupun MENGKRISTIANkan lagi seramai Bumiputera miskin. di pendalaman Sabah/Sarawak, serta kpg. Orang Asli dan kpg. estet India miskin.

    DAPBANGKAI disyaki akan menggunakan Ketua-ketua kpg. yg. punya pengaruh besar dan anak-anak muda, yg. senang dihasut. Jgn. lupa kerana DAPBANGKAI/PKR adalah sekutu kuat PAP-Barat-Israel, disyaki, wang tajaan akan berlimpah, utk memudahkan sebrg. projek di pendalaman, termasuk yg. kos tinggi!

    Yg. penting bagi MUSUH Islam/Melayu, ialah supaya P. Pinang, Selangor, serta Sabah-Sarawak (yg. kaya minyak-gas), disyaki,, dapat diKRISTIANkan, supaya senang utk. diJAJAH!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).



    ReplyDelete
  2. Pada BN harap jangan sibuk berpolitik saja. Jangan terlalu ghairah berkempen PAU. Tengok dalam diam-diam puak lain dah masuk kawasan. Masa berjalan, PRU14 makin lama makin dekat....

    Ingat.....orang akan ambil kesempatan di waktu kita lalai. Masa lalai kita ialah masa keemasan bagi orang lain.

    ReplyDelete
  3. Dgn kemasukan Dap ke pedalaman maka berubahlah senario politik Sarawak.Kehadiran Dap di pedalaman bukan bermakna Dap lari dari bandar.Kedudukan Dap di bandar2 nampak kukuh.Hanya kebangkitan SUPP boleh menyekat Dap di bandar.

    Komponen2 BN yg berasaskan sokongan "rural voters" tidak boleh melihat "Dap go rural" dgn sebelah mata saja.Kita yakin BN Sarawak akan ada strategi yg sesuai utk melawan strategi Dap.Sebelum itu kepimpinan SUPP dan juga parti YB William Mawan wajib "buat homework" dulu.Krisis dlm SUPP perlu ditangani segera.Mawan pula jangan anggap partinya tiada masalah.Air yg tenang jgn disangka tiada buaya.

    sekadar pandangan 50sen

    ReplyDelete
  4. Memang betul, banyak penduduk rumah-rumah panjang sekitar Marudi dah tak percaya dengan BN lagi. MP BN tolong buat kerja!! Jgn biar Sarawak terlepas ke tangan bukan bumiputera. Nanti menangis sesal tak guna.

    ReplyDelete
  5. Kita harap semoga wakil rakyat kawasan lebih peka kepada keadaan di kawasan mereka. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan, lama-kelamaan ia akan meresap ke jiwa penduduk sehingga wujud undi protes. Terima kasih atas pandangan.

    ReplyDelete