Showing posts with label YB Fazzrudin. Show all posts
Showing posts with label YB Fazzrudin. Show all posts

Monday, November 7, 2016

Laporan polis terhadap pemilik facebook fitnah Ketua Menteri Sarawak


Laporan polis telah dibuat oleh ADUN Tupong, YB Fazzruddin siang tadi berikutan satu posting yang dibuat oleh satu laman facebook kononnya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan membuat kenyataan untuk membawa Sarawak keluar daripada Malaysia baru-baru ini.

Tindakan pemilik laman berkenaan tidak bertanggungjawab dan berniat jahat, bertujuan untuk mengganggu-gugat kesejahteraan negara dengan melaga-lagakan kepimpinan pusat dan kerajaan negeri.

Justeru, satu laporan polis dibuat bagi memastikan tindakan susulan dapat diambil selain menghalang orang ramai daripada membuat pertuduhan yang tidak berasas serta menyebarkan fitnah demi kepentingan politik masing-masing.

Wednesday, October 19, 2016

Lawatan ADUN N6 Tupong, YB Fazzruddin ke Pasar Malam Belia N6 di Metro City malam tadi. Beliau sempat beramah mesra bersama para pengunjung serta menemui para peniaga di gerai-gerai yang sempat dikunjunginya. 

Turut serta bersama beliau ialah Pengarah Eksekutif CKH Realty (Pemaju Metro City), David Chong bersama penganjur Pasar Malam Belia serta beberapa ahli jawatankuasa yang terlibat dalam program tersebut. 

Antara tumpuan yang diberi keutamaan YB Fazzrudin dalam pertemuan kali ini ialah mengenai kebersihan di tempat tumpuan orang ramai. 

Dalam usaha beliau untuk memberikan ruang perniagaan kepada para belia serta menjadikan kawasan DUN Tupong sebagai tarikan utama warga Kuching, kebersihan adalah fokus utama yang perlu dibudayakan agar ia menjadi contoh sebagai pasar malam tersibuk namun dikenali antara yang terbersih di Bandaraya Kuching.

Pertemuan ringkas dan santai yang sempat diikuti saya merangkumi perbincangan tentang pelan

 1. Pembinaan atau penambahbaikan kemudahan tandas sedia ada
2. Lokasi tetap berbumbung serta berkanopi, kemudahan peniaga
3. Pengurusan sampah sebaik sahaja selesai pasar malam dibuat. (Sedang dipraktikkan)
4. Kemungkinan penambahan gerai2 sedia ada. 
5. Penambahbaikan kemudahan ruang solat bagi pengunjung2 serta peniaga Islam.

Apapun, keselesaan pengunjung adalah perkara yang diutamakan beliau bagi menjadikan persekitaran pusat perniagaan belia N6 sebagai pasar contoh kepada pasar malam yang lain.

 

Thursday, July 28, 2016

AMARAN ADUN N6, YB Fazzrudin kepada Pemaju-pemaju di kawasan Tupong

ADUN N6 Tupong, YB Fazzrudin Abd Rahman sebelum ini difahamkan sudah memaklumkan kepada pihak pemaju berkenaan sikap sesetengah pemandu lori yang tidak mengendahkan keselesaan dan keselamatan penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar jalan yang dilalui mereka.

Sikap acuh tak acuh mereka telah menyebabkan beliau bertindak dengan lebih tegas dengan memberikan amaran kepada pemaju-pemaju terbabit.

Keseimbangan dalam menjaga kemudahan struktur jalan pada masa sama membangunkan kawasan bukan satu tugas yang mudah. Masyarakat biasanya akan merujuk kepada pemimpin untuk sebarang aduan atau masalah sekitar kediaman mereka bukannya pemaju projek perumahan.

Maka wajarlah YB Fazzrudin bertindak bagi mengelakkan masalah-masalah yang berpunca daripada kenderaan-kenderaan berat yang mengundang ketidakselesaan kepada rakyat. Ia bukan bermaksud menghalang pembangunan, tetapi untuk memastikan pemaju-pemaju agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan serta menyelenggara jalan-jalan yang telah rosak oleh kenderaan berat mereka pada kadar segera.




Sunday, July 3, 2016

Kehadiran lori-lori dan kenderaan berat di perumahan sekitar Matang Jaya membuatkan penduduk resah dan marah



Di sebalik projek pembinaan perumahan baru di Matang Jaya, lori-lori dan kenderaan berat semakin berleluasa menggunakan jalan di lorong-lorong kawasan perumahan (untuk elak kesibukan jalan utama) dan membawa muatan serta merosakkan jalan-jalan dengan sengaja.

Tidak cukup dengan itu, ada di antaranya memandu laju tanpa menghiraukan keadaan jalan yang sempit serta sesak dengan kenderaan-kenderaan kecil di sekitar mereka. Keselamatan penduduk sekitar tidak diambil kira.

Hal ini membuatkan ramai penduduk gusar serta semakin tidak menyenangi kehadiran lori-lori tersebut. Tindakan harus dibuat ke atas pemilik-pemilik serta kontraktor bertanggungjawab sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Aduan telah diajukan kepada wakil rakyat kawasan Tupong, YB Fazzrudin Abd Rahman dan beliau sendiri telah turun ke Matang untuk meninjau keadaan yang berlaku di kawasan tersebut. Hasilnya, apa yang ditemui beliau ialah sebahagian daripada lori-lori tersebut sememangnya memandu dengan laju.

Berikut adalah keadaan terkini jalan di kawasan perumahan yang tidak sepatutnya digunakan sebagai laluan harian oleh lori-lori (10 tayar) serta kenderaan berat. Tindakan susulan akan dibuat dengan penglibatan YB Fazzrudin bagi memastikan keadaan dapat dipulihkan secepat mungkin sebelum berlaku kemalangan melibatkan penduduk setempat.


Lubang, jalan berlopak serta berpasir di selekoh merbahaya kepada penunggang motosikal. Ia juga boleh menyebabkan bertembung dengan kenderaan lain yang menggunakan laluan bertentangan untuk mengelakkan jalan yang rosak teruk.
Beginilah keadaan jalan berlopak yang dalam, berisiko kepada pengguna bermotosikal
 
Jalan yang telah rosak di sebelah kiri oleh lori yang kemudian dengan sengaja menggunakan lorong yang elok di sebelah kanan serta menghancurkan baki jalan menjadikannya merbahaya kepada orang luar yang tidak menyedari keadaan ini.
 
Bonggol maut yang boleh menyebabkan kenderaan terutama motosikal terbabas atau terjatuh ke laluan bertentangan serta bertembung dengan kenderaan lain
Lorong perumahan ini adalah jalan masuk untuk lori-lori sebagai jalan pintas



Saturday, June 25, 2016

ADUN Tupong, Fazzrudin mengariskan 4 cadangan bendung kes samun di Petra Jaya


Banyak kejadian samun berlaku di Petra Jaya sejak kebelakangan ini. Baru-baru ini, satu keluarga
mengalami detik mencemaskan apabila rumah mereka di Jalan Depo, Semaring telah dirompak oleh sekumpulan 3 lelaki. Kesemua suspek yang bersenjatakan pisau, crowbar dan pemutar skrew kemudian mengikat mangsa dan melarikan wang tunai serta barang-barang bernilai sekitar RM30k. 

Selang beberapa hari, satu lagi kes rompakan berlaku di kawasan perumahan Astana yang padat dengan penduduk. Sekumpulan 3 lelaki dipercayai masuk ke bilik tidur serta mengugut untuk mencederakan isteri mangsa jika mangsa melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kesemua mereka melarikan diri apabila emak saudara mangsa yang menjerit 'pencuri' ketika kejadian. Jumlah kerugian tidak dapat dipastikan.

Dan terbaru, satu kejadian rompakan telah berlaku di sebuah rumah di Taman Matang Jaya Fasa 15 Jalan Matang Kuching pada jam 3.00 pagi tadi.Menurut mangsa beliau telah dikejutkan oleh seorang lelaki yang dipercayai berbangsa asing (Indonesia) bersama 4 lagi perompak yang memakai topeng dan membawa senjata tajam iaitu parang & pisau. Mangsa diikat menggunakan wayar dan dikumpulkan di ruang tamu. Perompak telah melarikan 2 buah kenderaan iaitu Produa Viva dan Toyota Innova, beberapa gajet,laptop,barang kemas serta dompet ke semua mangsa. Anggaran kerugian belum dapat dikenalpasti..

Kesemuanya di atas berlaku dalam bulan ini sahaja. Wakil rakyat DUN Tupong, Semariang dan Ahli Parlimen Petra Jaya telah maklum dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengekang kegiatan samun serta menjejaki suspek yang dipercayai dilakukan kumpulan yang sama.

Kita yakin, mereka akan melakukan yang terbaik agar jenayah seperti ini dapat dibendung bagi menjaga keselamatan serta kepentingan masyarakat sekitar.




Saturday, June 11, 2016

Terbaik - Intipati perbahasan oleh YB Fazzrudin dalam Sidang Dewan Undangan Negeri buat pertama kali.


Buat pertama kali, YB Fazzrudin Abd Rahman telah menghadiri sidang DUN yang pertama selepas pembentukan Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak 2016.

Di bawah berikut merupakan antara catatan ringkas mengikut pengolahan penulis melalui rakaman dan gambar yang diletakkan sebagai ilustrasi kepada pembaca.

*****

YB Fazzrudin Abd Rahman
Mukadimah

Setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengundi yang telah memilih beliau kerana memberikan peluang untuk berkhidmat dan mewakili mereka dalam DUN Sarawak.

Setinggi-tinggi terima kasih juga beliau ucapkan kepada mantan ADUN N6 Tupong, YB Datuk Daud Abd. Rahman yang telah banyak berjasa dalam membangunkan kawasan Tupong. Kerjasama Ahli Parlimen Petra Jaya bersama mantan Adun YB Datuk Daud merupakan salah satu resepi kejayaan Barisan Nasional, insyaAllah akan meneruskan perjuangan beliau demi kesejahteraan rakyat di N6 Tupong.

Kejayaan Barisan Nasional melalui keputusan pilihanraya yang lepas menunjukkan bahawa belia-belia di negeri Sarawak ini menyokong teguh kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak. Ia juga adalah disebabkan inisiatif-inisiatif ataupun usaha-usaha Ketua Menteri yang dekat di hati rakyat terutama manifesto pilihanraya yang memfokuskan pembangunan dan pengiktirafan belia.

Antara lain inisiatif belia yang mengambil kira kebajikan rakyat Sarawak amnya dan kesannya terhadap masyarakat Tupong khasnya adalah;

  • Pemansuhan Tol di Jambatan Tun Salahuddin
  • Pemansuhan cukai tanah
  • Pemansuhan cukai GST bagi semua khidmat Majlis Perbandaran dan Kerajaan Negeri Sarawak.


Projek mega seperti PAN Borneo Highway juga akan memberikan impak ekonomi yang lebih baik kepada rakyat Sarawak khususnya syarikat-syarikat tempatan serta masyarakat yang mendiami di sepanjang kawasan jajaran lebuhraya.

Mengekalkan budaya bertoleransi, tidak ekstrimis dan terbuka kepada perbincangan yang matang agar berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang. Mengingatkan diri serta menyeru kepada seluruh ahli dewan untuk berpegang teguh kepada prinsip ini agar keharmonian serta perpaduan kaum dapat dikecapi oleh anak cucu kita nanti.


Hidangan dimasak si anak dara,
Berbilang jenis berbagai rasa,
Belia menjadi harapan negara,
Meneruskan kesinambungan warisan bangsa


Program-program untuk Belia

Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah menganjurkan program-program peningkatan belia seperti Sarawak Carrier and Training (SCAT FAIR) Fair yang memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk mencari peluang melanjutkan pelajaran dan latihan, atau lepasan-lepasan universiti atau kolej untuk mempertingkatkan lagi keupayaan mereka agar menjadi lebih berdaya saing.


Ini merupakan bukti kerajaan negeri sememangnya memberi penekanan dan pengiktirafan bahawa para belia merupakan modal atau aset yang begitu penting dan perlu diberi perhatian yang khusus.

YB Fazzrudin memohon agar statistik kejayaan program ini dalam pencapaian objektifnya hendaklah dikongsi bersama dalam sidang DUN kelak, serta memohon agar program yang berskala lebih kecil lagi dapat dilaksanakan.


Sukan Bola Sepak Kuching



YB Fazzrudin berasa amat bangga dengan usaha FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) telah julung kalinya menganjurkan perlawanan Liga Bolasepak Rakyat (LBR 2016) yang disertai oleh 111 buah pasukan daripada seluruh negara. Dan Pasukan Kuching, di mana beliau sendiri yang terlibat secara langsung telah menjuarai kejohanan tersebut baru-baru ini.

Ia membuktikan bahawa Sarawak mampu melahirkan juara dengan perancangan, ketekunan dan kerjasama yang erat di antara kerajaan dan persatuan-persatuan sukan.

Dengan itu, beliau memohon agar kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan di antara Kuching Division Football Association dan kerajaan negeri agar memberi peluang untuk mengembangkan potensi pasukan ini demi untuk mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan.


Sukan Permotoran Kuching

Dalam tahun ini juga, beliau terlibat secara langsung dalam penganjuran Petra Jaya Motor Drag Race di Matang dan telah berjaya menarik minat penyertaan dari negeri-negeri daripada semenanjung Malaysia dan antarabangsa seperti Thailand, Singapura serta juara dunia dalam acara tersebut iaitu Greece.



Dengan itu, YB Fazzrudin memohon kerajaan untuk melihat kepada pembinaan Litar di lokasi yang tetap agar ianya dapat digunakan untuk penganjuran perlumbaan Cub Prix dan juga Drag Race. Jika kita mempunyai litar yang lengkap dan tetap, maka mungkin kita akan dapat memasukkan Sarawak sebagai salah satu lokasi bagi kejohanan Cub Prix Kebangsaan dan juga dapat menarik minat penyertaan pelumba-pelumba antarabangsa untuk kejohanan-kejohanan yang dianjurkan.

Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan dapat menyumbang serta meningkatkan industri pelancongan sebagai daya tarikan kepada negeri kita pada masa akan datang. Antara lokasi cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah di tempat letak kereta di Stadium Sarawak.

Ini sekaligus diharap dapat membendung kegiatan lumba haram yang berleluasa akibat dari ketiadaan tempat khusus untuk belia yang berkeinginan untuk berlumba di litar lumba.


Penempatan rakyat DUN N6 Tupong

Kawasan N6 Tupong merangkumi kawasan bandar, pinggir bandar dan sedikit kawasan luar bandar. Fokus kepada keutamaan cabaran penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan  bandar untuk mencari peluang-peluang mempertingkatkan hidup mereka. Sudah tentu antara isu utama adalah tempat tinggal.

Pilihan-pilihan dihadapi oleh mereka antaranya menyewa rumah-rumah atau flat kediaman ataupun tinggal dirumah ahli keluarga malah terdapat juga kes-kes membina rumah kediaman di atas tanah yang bukan milik mereka. Merupakan cabaran yang amat tinggi sekali jika tidak diselaras dengan lebih baik di peringkat awal lagi.

Kementerian perumahan telah menyediakan pelbagai skim-skim perumahan untuk memudahkan masyarakat  yang memerlukan bagi memiliki rumah. Sudah tentu masyarakat yang menyewa flat-flat kediaman mahu menaiktaraf kehidupan dengan memiliki rumah-rumah yang lebih selesa.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kajian dan tindakan dapat dibuat untuk melihat semula kepada kemampuan penghuni-penghuni flat kos rendah sedia ada bagi mencari dan membeli rumah lain yang bernilai lebih tinggi dan lebih selesa. Mungkin peluang diutamakan kepada mereka yang mempunyai sewa bulanan yang baik dan tetap.



Selain itu, YB Fazzrudin memohon agar lebih banyak rumah-rumah kos rendah dan sederhana dibina di kawasan DUN N6 Tupong.


Pusat perniagaan untuk Para Belia

Untuk para belia yang memerlukan peluang-peluang pekerjaan serta peluang perniagaan, YB Fazzrudin memohon agar diwujudkan satu ‘One Stop Info Centre’ khas untuk menyalurkan maklumat-maklumat menyeluruh kepada belia-belia ini. Jika ia dapat dipertimbangkan serta diluluskan, beliau ingin menawarkan kawasan Tupong untuk dijadikan ahli projek bagi permohonan tersebut.

Pasar Uptown Satok di tempat letak kereta belakang civic center

Dari segi keusahawanan, model Satok Uptown amat baik sekali jika ia dijadikan model bagi kerajaan untuk membantu usahawan-usahawan kecil dan usahawan-usahawan  belia. DUN Semariang juga telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan pusat perniagaan yang sama seperti Uptown Satok baru-baru ini.

Memohon agar kerajaan negeri mewujudkan model yang lebih kurang sama tetapi khas unutk belia dan juga kalau boleh dinamakan sebagai Pasar Malam Belia. Beliau juga memohon agar bantuan dan latihan dapat diselaraskan daripada pelbagai sumber dan disalurkan kepada usahawan-usahawan belia. Serta mengharapkan penyelarasan bagi memastikan pusat-pusat perniagaan ini saling bantu membantu dan bukannya bersaing dalam perniagaan masing-masing.


Isu Banjir Kilat

Pembangunan pesat di N6 Tupong merangkumi pembinaan perumahan serta premis-premis perniagaan di atas tanah yang dulunya belukar serta kebun getah, secara tidak langsung telah memberikan kesan negatif kepada masyarakat, seperti contoh Taman Sejoli Murni, Kampung Pinang Jawa, Jalan Matang Baru, Jalan Taman Malihah Batu Kawa yang sering dilanda banjir kilat.

Keadaan jalan di kawasan Malihah Batu Kawa ketika dilanda banjir kilat

Oleh itu beliau memohon terutama bagi kawasan Malihah Batu Kawa, memandangkan ia merupakan jalan utama yang melibatkan ribuan penduduk jika jalan tersebut dinaiki air, langkah jangka pendek sementara menunggu projek perparitan di kawasan terjejas mungkin boleh diturap semula atau ditinggikan jalannya agar kenderaan masih boleh melalui kawasan tersebut jika berlaku banjir kilat.

Beliau juga memohon status projek tebatan banjir atau projek perparitan kawasan kampung pinang jawa, projek perparitan jalan matang baru dan memohon kajian terperinci dilakukan terhadap isu bajir kilat di taman sejoli murni. Agar cadangan penyelesaian yang lebih konkrit dapat dihasilkan.


Isu Kesesakan Jalanraya



Selain itu, YB Fazzrudin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah membina jalan alternative dari EMart ke Sungai Maong dengan projek yang sedang dijalankan serta juga pembinaan Underpass di bulatan Datuk Kipali bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Beliau turut memanjangkan penghargaan kepada warden-warden Traffik yang bertugas bagi mengurangkan kesesakan di bulatan tersebut ketika waktu puncak. Bagaimanapun, beliau memohon agar pihak DBKU dan MPP agar dapat bekerjasama bagi mengatasi masalah sama di Jalan Matang menuju ke bulatan Matang berdekatan Emart yang sering menghadapi kesesakan ketika waktu puncak.

Turut sama dibahaskan ialah pertanyaan mengenai status permohonan projek pelebaran jalan daripada Matang Jaya ke Simpang Taman Malihah.


Thursday, June 9, 2016

Upacara mengangkat sumpah sebagai ADUN - YB Fazzrudin

Syabas kepada YB Fazzrudin yang telah selamat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan negeri yang sah.

Beliau aktif berkhidmat dan melawat kawasan ketika hari pertama lagi selepas diumumkan sebagai pemenang Pilihanraya Negeri bagi DUN N6 Tupong.



Wednesday, May 25, 2016

Gambar-gambar kebakaran rumah di Tupong Batu - 24 Mei 2016


KUCHING: Dua keluarga hilang tempat berteduh setelah rumah kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tupong Batu di sini petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 3 petang tadi, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petra Jaya dan BBP Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan oleh orang awam.

Menurut jurucakap bomba, setibanya anggota ke lokasi kejadian, mendapati dua buah rumah kediaman separuh kekal dua tingkat telah terbakar 80 peratus dan pihaknya telahpun berjaya mengawal kebakaran tersebut sebelum merebak ke rumah bersebelahan.

Sehingga berita ini ditulis, tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. - Sarawakiana




*****

Dua buah rumah telah terbakar di Tupong Batu petang semalam. Asap kebakaran dapat dilihat jarak 10km dari tempat kejadian. Kawasan yang padat dengan penduduk ini merupakan kampung warisan penduduk tempatan sejak dari dulu.

ADUN kawasan yang baru dipilih, YB Fazzrudin bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera serta menenangkan pemilik rumah tersebut. Syukur Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Syabas YB..