Thursday, October 9, 2014

PAS, adakah maruah korang letaknya di kaki DAP? Bila-bila DAP boleh tendang ikut suka!



Mungkin merujuk 'kata dua' Lim Guan Eng kepada sebilangan ahli PAS menjurus kepada rasa tidak puas hati kalangan ahli-ahli mereka yang lain. DAP dilihat semakin angkuh dan semakin berkuasa di dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Pada DAP, PAS hanya liabiliti kepada perjuangan PR merampas Putrajaya daripada BN menjelang PRU-14 kelak.

DAP yakin mereka semakin diterima orang melayu. Isu ideologi parti bukan lagi menjadi masalah. Penerimaan ahli baru melayu yang memilih parti mereka selain PAS dan PKR menjadi titik tolak untuk DAP mendominasi perjuangan menentang umno dan barisan nasional secara bersendirian.

Ramai yang tahu kebencian DAP terhadap PAS terserlah sejak isu MB Selangor baru-baru ini. Belum lagi dikira kelantangan Iszuree Ibrahim dalam isu diskriminasi terhadap orang melayu di Pulau Pinang dan persengketaan dengan Nasrudin Tantawi berkenaan satu projek pembinaan terowong bawah laut oleh kerajaan negeri.

Mungkin disebabkan itu, Lim Guan Eng tidak lagi memberi muka kepada pemimpin-pemimpin PAS yang lantang sehingga boleh mengancam rancangan DAP untuk meraih sokongan orang islam dan melayu. Atas sebab itu, 'kata dua' ditujukan kepada mereka seolah-olah suara PAS tiada nilai di sisi PR.

Kalangan ahli-ahli PAS yang lain begitu kecewa dengan kenyataan Guan Eng, rasa tercabar tetapi apa yang dapat mereka buat? Mereka kini hanya bersuara dalam nada 'merajuk' memujuk hati sendiri mengharapkan ehsan DAP seperti yang kita baca di bawah;


Guan Eng tidak sepatutnya membuat kenyataan yang boleh menjejaskan PR.
PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali meminta Lim Guan Eng supaya tidak mengeluarkan kenyataan secara terbuka yang boleh menggangu gugat Pakatan Rakyat (PR). 
Beliau menambah bahawa setiap permasalahan yang melibatkan rasa tidak puas hati perlulah diperbincangankan supaya tidak berlaku percanggahan pendapat. Jelasnya lagi, pendapat yang dikeluarkan oleh Guan Eng itu adalah bersifat peribadi sedangkan Guan Eng sepatutnya membuat perbincangan secara rasmi. 
“PAS sendiri ada rasa tidak puas hati dengan DAP tetapi kita tidak mengeluarkan kenyataan secara terbuka dan akan bercakap perkara tersebut di tempat yang sepatutnya,” katanya semasa menghadiri bantahan pengajuran pesta arak Oktoberfest di Majlis Perbandaran Petaling Jaya. 
Jelasnya, semua ahli PR perlu menghormati syarat-syarat tahaluf siyasi yang telah dipersetujui bersama. Khairuddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Guan Eng yang meminta supaya ahli PAS yang menjadi talam dua muka keluar daripada PR. Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, sepatutnya Guan Eng membawa masalah tersebut melalui persidangan meja bulat.
Jelasnya lagi, walaupun pelbagai krisis yang berlaku dalam PR, PAS tidak akan keluar daripada PR seperti mana yang disarankan oleh Syed Ali Alhabshee. Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi temubual bersama ‘The Malaysian Insider’ mengingatkan ahli PAS supaya menunjukkan diri dan jangan menjadi ‘talam dua muka’. Sekiranya mereka tidak ikhlas mereka perlu keluar dari PR.

Pendapat bersifat peribadi Guan Eng?  Rasanya tidak seperti Karpal, suara Guan Eng boleh mempengaruhi pendirian parti terhadap sesuatu isu. PAS tidak akan berkemampuan untuk mempertahankan kepentingan orang Islam sampai bila-bila selagi terikat dengan PR yang dikawal DAP.

Perjuangan parti PAS telah berubah, ia rosak oleh manusia-manusia yang berkepentingan dalam partinya. Demikian juga halnya dengan 3 wanita melayu yang menjadi ahli DAP termasuk yang berpurdah. Islam bukan lagi agenda yang mahu diperjuangkan, tetapi keinginan untuk melihat kepimpinan negara bertukar tangan, tidak lebih dari itu.

PAS kini dimalukan, dihina, digertak, dipandang rendah oleh lawan dan kawan. Inilah jadinya apabila tersalah iktikad - lebih baik bekerjasama dengan syaitan daripada bekerjasama dengan umno.


1 comment:

  1. Pas Bacul dan Tak ada Telor .Dimain oleh DAP macam tu pun masih nak berkawan .Dengan UMNO ni buat musuh no 1. Selagi ada nik aziz macam nilah . Ikut membabi buta . Kalau macam tu eloklah ahli Pas masuk UMNO ,biar pemimpin dia bergelomang dengan tahi .dan dosa. Tak sedar betul . Wahai ahli pas pulanglah kepada UMNO ,jangan malu .Biarkan yang diatas tu jual agama dan maruah Melayu . Ayuh tinggalkan Pas

    ReplyDelete