Saturday, October 11, 2014

Pesta Arak - Provokasi paling Gampang masa kini!


Gambar promosi pesta arak kaw-kaw daripada wakil rakyat DAP sedikit pun tidak menunjukkan rasa hormat pada sensitiviti umat islam di negara ini. Mudah-mudahan anak-anak serta ahli keluarga mereka turut terjebak sebagai peminum tegar arak, supaya nanti mereka boleh berbangga-bangga di seluruh Malaysia seperti sekarang.

Mereka seolah-olah hidup di alam mereka sendiri sahaja, buat apa saja yang mereka mahu, makan apa mereka suka, minum apa mereka suka, cakap ikut sekehendak hati cuma menghasut sahaja tunggu akta untuk dibubarkan.

Tanya PAS, apa yang PAS boleh buat sekarang? Inikah tahaluf siyasi yang sangat dibangga-banggakan?

Lupakah PAS kebanyakan mereka sudah sebati dengan provokasi, babi, arak dan riba serta hidup seperti tiada batasan agama, bagaimana mereka boleh diiktiraf mempunyai akhlak yang baik untuk menjadi pemimpin?



Octoberfest ini tidak wujud zaman BN memerintah Selangor. Mula-mula dianjurkan tahun 2010 tapi secara tertutup, tidak dibuat promosi apatah lagi secara besar-besaran seperti yang kita lihat sekarang. Selangor benar-benar mahu dijadikan seperti Pulau Pinang, identiti Islamnya dihakis sedikit demi sedikit.

Jika dahulu ia dibuat secara tertutup tetapi tahun ni ia mula dibuat secara terbuka dengan menjadikan beberapa negeri sebagai lokasi promosi.

Sekarang bila satu bandar yang dihuni majoriti umat Islam dah jadi lokasi untuk promosikan pesta arak tersebut baru PAS mula nak kecoh. Kita bukan nak halang non-muslim daripada meminum arak hatta racun sekalipun tetapi masalahnya kenapa promosi arak dibuat di kawasan orang Melayu secara terbuka? Adakah disebabkan pengundi Melayu Pakatan juga peminum arak?

Pemimpin DAP ini wakil rakyat, bagaimana jika budaya meminum arak ini digalakkan kepada anak-anak serta kaum keluarga mereka sendiri?

Trio BANGANG of the year!!
Inilah yang dibangga-banggakan oleh anak melayu bodoh yang terikut nafsu politik. Mereka sanggup bersekongkol dan ber'amir'kan DAP demi mengejar populariti dan dahagakan perhatian orang.

Mohonlah kita pada Allah agar dijauhkan daripada fitnah-fitnah akhir zaman seperti ini. Mohonlah juga agar anak-anak kita tidak terikut pengaruh tidak baik yang cuba dipupuk oleh pemimpin kafir bertujuan untuk buat kita jauh daripada syariat Islam.

Ingatlah arak itu ialah ibu segala kejahatan. Jangan sekali-kali kita bersekongkol dengan peminumnya agar kita tidak menjadi seperti mereka.


4 comments:

  1. eli k/kang ni kawan baik dgn muslimak hamPas!

    ReplyDelete
  2. TRIO SUNDAL OF THE YEAR!!

    DI SUNDALKAN OLEH DAP ANAK HARAM!!!

    ReplyDelete
  3. Pembukaan rasmi Pesta OkoberFest 2018 oleh YB Perdana Menteri Malaysia Mr Lim KiT Siang bersempena tahun melawat Malaysia di sertai oleh Menteri Pelancungan YB Elizabeth Wong

    ReplyDelete
  4. Semua kaki botol. Ada peluang nak menonggang dan menegok air haram ni, pasti tak dilepaskan peluang. Tambahan pula, dengar nya free. Lagi lah berduyun-duyun dia orang ni. Benda free, memang kegemaran puak-puak ni.
    Tengok la pada majlis rumah terbuka, puak ni yang penuh. Masuk kampong orang pon, siap bawak tupperware dan tapau lagi.
    Ini kan pulak minuman ruji mereka yang disajikan, free lagi.Kalau dia orang buat open house arak, agak nya, bukan 5ribu, beribu2 akan datang. Apa nak heran, dasar dapsters. Arak tak boleh tapau ke, dapsters?

    ReplyDelete