Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Thursday, July 14, 2016

Tawaran Gencatan Senjata - Jerat maut untuk PAS

Gencatan senjata yang diusahakan Pakatan Harapan menunjukkan mereka sememangnya tidak berkemampuan bersaing dengan Barisan Nasional tanpa berdepan PAS. Sebelum ini mereka begitu angkuh mempersendakan perjuangan PAS dan mempersendakan pemimpin-pemimpin mereka.

Penulis percaya, cerita sebenarnya cuma untuk menentukan siapa yang bertanding di kerusi DUN dan Parlimen menentang BN pada pilihanraya umum kelak. Akhirnya PAS dituntut agar menurut segala kemahuan mereka.


‘Gencatan senjata’ ditawar Tuan Ibrahim bakal menikam PAS semula


JIKA benar PAS bersedia ‘gencatan senjata’ dengan Pakatan Harapan (PH) semata-mata bagi menumbangkan Barisa Nasional (BN), keputusan itu bukan sesuatu yang pelik memandangkan sikap flip flop parti itu sebelum ini.

Sudah tentu PKR yang masih ada hubungan dengan PAS menyambut baik tawaran Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana masing-masing mempunyai kepentingan sendiri khususnya di Selangor.

Ini dapat dilihat apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali segera memuji rakan sejawatnya sebagai seorang pemimpin yang matang serta memiliki visi jauh, apabila meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepartian.

Menteri Besar Selangor itu melihat perpecahan dikalangan pembangkang hanya menguntungkan BN apabila memenangi dua pilihan raya kecil baru-baru ini dengan majoriti di luar jangka.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad juga senada dengan Tuan Ibrahim demi menumbangkan BN dan mengelak pertelagahan sesama sendiri.

Katanya, jika suasana itu berlarutan kemungkinan BN akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.

Itulah suara kebimbangan Pesuruhjaya PAS Selangor yang mungkin lebih sayang jawatan sebagai Exco di Selangor sekiranya kerjasama PKR, DAP dan PAS yang sedia ada di dalam pentadbiran kerajaan negeri terkubur pada PRU 14.

DAP yang selama ini bertelagah dan memperkudakan PAS tentu ‘malu alah’ dan ‘benci tapi mahu’ dengan kesediaan bekas sekutu ketika bersama Pakatan Rakyat itu kembali bersama di gelanggang pembangkang.

PAS sebelum ini menamatkan kerjasama politik dengan DAP menyebabkan PR berkubur dan tertubuh PH dengan PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (PAN) sebagai sekutu baharu.

Persoalan sekarang, bersediakan PAN yang merupakan serpihan PAS menerima gencatan senjata yang ditawarkan Tuan Ibrahim?

Parti itu tentu akan menentang hasrat PAS itu kerana menerima kembali PAS di dalam barisan pembangkang hanya akan menyempitkan peluang PAN bertanding pada PRU 14.

Sudah tentu PKR dan DAP tidak akan mengorbankan kerusi mereka untuk PAN, sekaligus menyebabkan parti pimpinan Mohamad Sabu itu hanya boleh berharap bertanding di kerusi milik PAS.

Namun, ada desas desus bahawa pimpinan lain serta penyokong-penyokong tegar PAS tidak bersetuju dengan saranan Tuan Ibrahim.

Lebih malang, keputusan itu dikatakan tidak dibincangkan di peringkat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak parti itu.

Lalu, timbul persoalan kenapa Tuan Ibrahim yang sebelum ini dilihat lebih ‘mesra’ PH tiba-tiba mengemukakan tawaran itu ketika pemimpin lain masih merasai luka ditikam DAP, PKR dan PAN pada pilihan raya negeri Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

Tentu ramai tertunggu-tunggu pendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din mengenai ‘gencatan senjata’ yang dilihat ramai pihak hanya senjata yang akan memakan PAS jika bersedia menyertai PH.-bnbbc

Sunday, June 19, 2016

7 sebab kemungkinan Pembangkang KALAH di Kuala Kangsar dan Sungai Besar

Syabas kepada calon-calon serta semua petugas yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan kerusi parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kekal milik Barisan Nasional.

Barisan Nasional bukan hanya sekadar menang di kedua kawasan parlimen, tetapi menang bergaya dengan majoriti yang lebih besar. Pada PRK kali ini, BN telah meraih peningkatan sokongan rakyat kepada majoriti 9,191 di Sungai Besar dan 6,969 di Kuala Kangsar.



Ia membuatkan ramai pihak pembangkang dalam dan luar negara terkejut dengan keputusan yang tidak disangka-sangka ini sekaligus meranapkan angan-angan mereka untuk melihat Barisan Nasional kalah sehingga hilang deposit.

Setiap hari rakyat didendangkan di media sosial dan internet dengan fitnah, cerita buruk tentang kerajaan, PM malah segala usahanya diperlekehkan, sehingga membuatkan rakyat sudah menjadi biasa mendengar semua bahan-bahan provokasi pembangkang.

Kepada segelintir macai pakatan yang mengejek keputusan PRN Sarawak yang lalu, kali ini mereka sedar faktor pakai cawat, tinggal dalam hutan atau atau bodoh bukan penyebab kepada kekalahan yang begitu mengaibkan pembangkang..

Sebaliknya, antara punca yang mungkin menyumbang kepada kekalahan teruk pembangkang mungkin disebabkan berikut;

1 - Tindakan pembangkang menggunakan kaedah kempen zaman batu (dengan pelbagai provokasi) kepada masyarakat yang mempunyai tahap pemikiran intelektual tinggi menyebabkan mereka gagal mendapat sokongan rakyat.

2 - Kempen-kempen seperti memburuk-burukkan pihak lain, memaki-hamun, memfitnah, mengadu-domba dan sebagainya dihidang sebagai keperluan kerja pembangkang bukannya usaha untuk memajukan kawasan dan menaiktaraf kehidupan rakyat.

3 - Campurtangan melampau DAP dalam kempen PAN membuatkan rakyat malah penyokong mereka sendiri melihat siapa sebenarnya yang berkuasa jika dipilih.

4 - Menganggap pengundi terpegun dengan dedak primitif seperti sayur sawi, resepi bingka ubi dan berasa yakin dengannya, mereka boleh menang pilihanraya..

5 - Hasil bantuan TunM, dan para pemakan dedak beliau sebagai liabiliti Pembangkang yang memecah-belahkan penyatuan pembangkang daripada menentang Barisan Nasional kepada menentang rakan sepakatan yang menyokong dan menentang beliau.

6 - Tidak ada visi, misi, tujuan dan usaha yang jelas untuk para pengundi melihat relevannya calon parti pembangkang sebagai ahli parlimen mereka.

7 - Kebijaksanaan Barisan Nasional yang meletakkan calon sesuai bagi kedua kawasan parlimen. Calon berpendidikan tinggi sahaja bukan ukuran siapa yang lebih layak, kerana ia tidak menjanjikan nasib pengundi yang lebih baik sesudah dipilih.



Tuesday, June 7, 2016

Calon BN, Datin Mastura sudah 27 tahun berkhidmat di Kuala Kangsar



Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar menyaksikan kepada kita fesyen kempen buruk-memburukkan calon lawan, memaki hamun, mengata orang lain tidak cukup Islam dan sebagainya sudah ketinggalan zaman.

Rakyat saban hari, saban tahun semakin matang dalam mainan politik sebegini. Emosi saja tidak menjamin sokongan tanpa disertai dengan tanggungjawab serta menunaikan janji-janji yang pernah diberikan kepada rakyat. Era reformasi, era tsunami politik, era 'menang sorak kampung tergadai' itu sudah berlalu.

PAS dan PAN bertelingkah sesama sendiri dalam pertembungan di Kuala Kangsar pada kali ini. Walhal keduanya berasal dari satu kelompok yang sama dalam Pakatan Rakyat. Taksub kepada pemimpin menjadikan parti-parti mereka caca-marba.

Semalam ceramah PAS meraih 200 orang, PAN pula cuma sekadar 50 orang. Bagi kita, itu memadai untuk menjadi penentu ukur di tingkat mana kekuatan parti mereka.

Buat calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, kita mendoakan kemenangan kepada beliau. Meskipun difitnah dengan pelbagai tuduhan yang tidak baik oleh pihak lawan, biarlah para pengundi yang menentukan.. Baik buruk parti yang bertanding itu dilihat dari tutur kata pemimpin-pemimpinnya ketika berucap. Itu fitrah biasanya hanya disedari oleh orang lain yang selain diri mereka sendiri..

Undilah BN, parti yang menjanjikan harapan sebenar kepada rakyat. Kepada Kak Mas, semoga tabah menghadapi hari-hari berkempen bersama anak-anak sehinggalah ke hari pembuangan undi..

Kami penyokong Barisan Nasional, akan terus berjuang bersama anda.

*****

Gambar dan artikel di bawah - sumber fb https://www.facebook.com/1Agenda/?fref=nf



Kak Mas Sudah 27 tahun Berkhidmat Bersama Suami Di Kuala Kangsar.

“Saya wanita Kuala Kangsar dan telah 27 tahun berkhidmat bersama arwah suami untuk masyarakat di sini,” demikian tegas calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid.

Balu kepada penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu menambah, soal ‘orang luar’ tidak timbul dalam pencalonan beliau pada PRK ini kerana beliau bukan orang baharu di kawasan tersebut.

“Saya berkahwin dengan orang sini dan telah bekerja bersama arwah suami, untuk masyarakat Kuala Kangsar .

“Biarlah apa orang mahu kata, masyarakat di sini lebih tahu cara kerja kami dan saya yakin serta serahkan kepada orang Kuala Kangsar untuk membuat pilihan yang bijak,” kata beliau dalam sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, keempat-empat anak Mastura, iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohd. Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.

Mastura menjelaskan, beliau dengan rela hati menerima pencalonan daripada pucuk pimpinan parti kerana ini adalah satu peluang untuk meneruskan kerja-kerja arwah suami dan memberi fokus kepada isu-isu tempatan.

Beliau yakin masyarakat di Kuala Kangsar lebih bijak menilai berdasarkan kerja-kerja pembangunan yang telah dilakukan sejak 27 tahun lalu bersama arwah suami.


Tuesday, March 15, 2016

58 penyokong tegar PAS Palekbang masuk UMNO



Seramai 58 penyokong tegar Pas di kawasan Palekbang, di sini mengisytiharkan keluar Pas dan menyertai UMNO selepas kecewa terhadap kelemahan urus tadbir kerajaan Pas Kelantan meskipun telah memerintah negeri ini selama 26 tahun.

Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Ketua Pas cawangan Kampung Gerong, Abdul Manaf Ibrahim.

Menurut Abdul Manaf, mereka bertindak demikian selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan Pas terutama bagi membela nasib rakyat di daerah ini.

Malah dakwanya, berdasarkan pemerhatian dia yang menjadi ahli Pas sejak lebih 20 tahun lalu, parti itu sebenarnya gagal mengotakan banyak janji yang pernah ditabur dan sering berdolak dalih menyalahkan pihak lain apabila kepincangan pentadbirannya terdedah.

“Selama ini pemimpin Pas ke hulu ke hilir mengajar (ceramah). Baguslah mengajar agama tetapi itu sahajalah yang mereka mampu. Kalau nak harapkan mereka bantu rakyat atau membangunkan negeri, memang tak ada. Bagi saya, kami memang tidak lagi boleh bergantung harap kepada Pas.

“Saya sebenarnya sudah lama berhasrat mahu keluar parti namun baru sekarang saya mendapat kekuatan selepas menerima sokongan saudara mara serta rakan-rakan lain yang turut mahu keluar parti,” katanya.

Abdul Manaf ditemui pemberita selepas mewakili kumpulan tersebut menyerahkan borang permohonan keahlian mereka kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Abd. Aziz.

Sementara itu, Mohd. Rosdi berkata, beliau terharu dan mengalu-alukan kehadiran mana-mana ahli baharu dan kesediaan kumpulan tersebut menyertai UMNO adalah di atas kerelaan mereka sendiri tanpa dorongan mana-mana pihak.

“Mereka meninggalkan Pas dan menyertai UMNO atas kesedaran sendiri tanpa kita ajak, desak atau dorong. Penghijrahan ini bukan untuk UMNO mendabik dada tetapi kita boleh lihat rakyat sebenarnya menyedari ada perkara tidak kena dengan Pas,” katanya. – 14 Mac 2016.

sokmo.net

Sunday, January 31, 2016

PAS Akui Rakyat Sarawak Suka Kepimpinan Adenan

Pemimpin yang amanah dan adil pasti akan disayangi rakyat dan disegani musuh...



KUCHING: PAS hari ini mengakui kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyukarkan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata hasil tinjauan rambang mendapati masih sukar bagi pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya negeri ke-11 itu.

"Jika ditanya senario politik ketika ini bagaimana serta kemungkinannya, sejujurnya selama saya berada di Sarawak, saya pun ada bertanya secara rambang bukan tinjauan khusus, dan berdasarkan tinjauan yang kita lakukan, nampaknya masih sukar bagi pembangkang menang pada PRN nanti," katanya.

Mustafa berkata sebagai anggota sebuah parti pembangkang, beliau sepatutnya tidak boleh menyebut sebegitu, namun beliau bersikap realistik tentang apa yang didengar daripada rakyat Sarawak.

"Mereka.. (rakyat) Sarawak kata tentang ini...saya gunakan istilah yang mereka guna 'terdapat beberapa perkara baik tentang Ketua Menteri'...itu kata mereka (rakyat). Ini bermakna tidak mudah (bagi pembangkang), namun PAS optimis mencapai atau berjaya menang satu kerusi pada PRN nanti," katanya.

Ketika diminta mengulas sama ada beliau memuji kepimpinan Adenan, Mustafa berkata: "saya tidak puji, tetapi saya kata apa yang saya dengar daripada rakyat Sarawak.

"Mereka (rakyat) kata, ada faktor-faktor yang baik tentang Adenan. Saya tanya pasal apa? Mereka kata ada program-program yang dahulunya tidak buat tetapi sekarang dibuat...itu kata mereka.

"Kalau begitu persepsi rakyat, ertinya tidak mudah bagi pembangkang mengalahkan BN untuk kuasai negeri," katanya.- BERNAMA

Sunday, December 13, 2015

Ceramah PAN siang-siang pun krikk krikk!

Semua orang tahu siapa sebenarnya menguasai parti PAN (Parti Amanah Negara) yang diketuai Mat Sabu. Maka di belakang kepimpinan bekas-bekas ahli PAS dan PKR dalam parti itu terdapat tangan-tangan ghaib DAP yang menentukan hala tuju mereka.

DAP tidak dapat menguasai PAS. Juga sudah tidak lagi berkenan dengan sisa-sisa kekuatan PKR. Sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat sebelum ini merosot serta keengganan PAS mengikut telunjuk DAP menyebabkan akhirnya PR dibubarkan.

Kini, dengan wujudnya PAN, DAP berharap parti 'boneka' seperti ini dapat meraih undi orang Melayu sepertimana yang diperolehi PAS dalam Pakatan Rakyat. Strategi memecahbelahkan sokongan kaum Melayu perlu diteruskan untuk menghancurkan BN seterusnya menguasai Putrajaya.

UMNO semakin lemah dan peluang sebegini tidak dilepaskan. Dengan penuh yakin PAN menabik dada katanya sokongan akan berpindah arah berikutan beberapa keputusan tidak popular BN dalam menangani isu kos sara hidup..


Tapi...


Rupanya rakyat lagi tak suka parti Parti Amanah Negara 'Tanah Air Tercinta'....



LAGI SEKALI PENGERUSI PAN TERENGGANU DIMALUKAN OLEH PARA PENGUNJUNG PASAR MALAM KUALA TERENGGANU APABILA CERAMAHNYA TIDAK DIPEDULIKAN.



Tarikh:- 12 hb Dis 2015 bersamaan hari Sabtu jam lebih kurang 5.30 petang,

Program ceramah di pasar malam bersama Pengerusi PAN Negeri Terengganu yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang menang pada PRU ke-13 lalu atas tiket PAS Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah sebelah pasaraya Giant Hiliran Kuala Terengganu.

Nama yang dilambung oleh Pakatan Harapan tanpa PAS sebagai bakal MB Terengganu selepas PRU ke-14 nanti.

Adakah sambutan diberikan rakyat terhadap ceramah ini melayakkan dirinya diangkat sebagai MB Terengganu nanti .... adakah PAN mampu menang besar lagi bergaya di Terengganu pada PRU ke-14 nanti???

Hakikat dan jelasnya ialah PAN di Terengganu telah ditolak secara total dan mutlak oleh rakyat Terengganu ... itu mesej yang keras dan tegas yang ingin disampaikan oleh rakyat Terengganu kepada PAN jika diambil kira sambutan rakyat berikan kepada setiap ceramah yang melibatkan PAN terutamnya Pengerusi PAN Terengganu sendiri.

Seterusnya kemenangan YB Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah pada PRU ke-13 lalu di parlimen Kuala Terengganu bukan atas kekuatan dan pengaruh tubuh sendiri dan peribadi ... rakyat memberikan undi dan sokongan kepada parti diwakilinya iaitu PAS.

Dengan itu PAN mesti hentikan segera sembang kencang mendabik dada kononnya parti berkenaan mendapat sambutan hangat dan lebat dari rakyat sebab para pengunjung pasar malam di Hiliran Kuala Terengganu petang tadi langsung tidak mau ambil kisah dan peduli apa yang cuba diucapkan oleh Pengerusi PAN Terengganu.

Kejadian sebegini bukanlah kali pertama malahan sudah kerap berlaku malahan ianya serupa pada setiap ceramah secara gempur ambil kesempatan kehadiran orang ramai di setiap pasar malam yang sedang beroperasi di Kuala Terengganu. Kalau rakyat bandar Kuala Terengganu sudah tolak PAN rakyat didesa dan luar bandar lebih lagi .. itu pasti.

Sumber: Omakkau..

Tuesday, August 11, 2015

Gara-gara stiker #TangkapNajib, wanita ditahan polis di Kuching..

Tak perlu jadi 'macai' semata-mata nak tunjuk awak itu peka politik. Kalau tak suka Najib, apa untungnya yang kamu dapat dengan iklan untuk bagitau satu dunia kononnya kamu nak Najib ditangkap? Ada duit hasil iklan? elaun kempen?

Akhirnya susah yang datang mengundang..

Rakyat Sarawak tinggi budi bahasa, kalau berpolitik bukan dengan cara provokasi. Ini bukan budaya kita. Jangan jadi HIPOKRIT mengata politik orang semenanjung tidak beretika sedangkan kamu yang duduk di Sarawak melebih-lebih daripada orang bekerjaya yang makannya, tidurnya, hidupnya dikelilingi oleh politik segalanya..


Syabas PDRM.


Wanita ditahan polis untuk diambil keterangan.

Gambar sticker yang dimaksudkan


10 Ogos - KUCHING : Pihak polis semasa membuat rondaan pada pukul 2.55 petang, di hadapan Tabung Haji Travel, Jln Kulas, terserempak dengan sebuah kenderaan yang diletakan di tepi jalan.
Pemeriksaan lanjut oleh pihak polis mendapati terdapat perkataan ‪#‎TangkapNajib‬ berwarna putih dibelakang cermin kenderaan tersebut.

Pemilik kenderaan tersebut, seorang wanita berumur 31 tahun, telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk membantu siasatan polis.

Kes disiasat dibawah Sek 504 Kanun Keseksaan ( Dengan sengaja mengaibkan dgn niat hendak membangkitkan pecah keamanan ).


Hukuman sekiranya didapati bersalah :-

Boleh dihukum penjara sampai 2 tahun atau denda atau Kedua-duanya.
Pihhak polis nenasihatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana orang yang melanggar peraturan ini. Dan Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mempamerkan pelekat yang seumpamanya dimana-mana bahagian kenderaan.

KPD KUCHING.

Sumber artikel 

Tuesday, May 26, 2015

3 ikon PAS berisiko dipecat

Jadi ahli PAS bukan saja kena akur dengan kehendak pemimpin malah mereka tidak boleh ditegur apatah lagi dikritik. Berbeza pendapat akan jadi alasan untuk disingkirkan. 

Jika benar sekalipun pandangan mereka, harus diingat pihak yang layak untuk mengkritik hanyalah DAP sahaja. Tiada pihak yang lain boleh seperti mereka. Walaupun dasar perjuangan PAS dikritik, golongan ulama dikritik, pemimpin PAS dikritik, Majlis Syura PAS dikritik, tetapi PAS masih tetap setia bersama DAP.

Kesimpulannya, jika teringin nak kritik pemimpin PAS secara terbuka, masuklah DAP. Mereka bukan sahaja akan diam menikus malah menyokong dengan menyerang pemimpin sendiri secara senyap. 

Lihat saja krisis MB Selangor dulu..

Tiga Ikon PAS bakal dipecat?



Tiga ikon dalam Pas yang sering menghiasi pentas ceramah parti itu kini berada dalam dilema, gara-gara didakwa mengkritik pimpinan parti itu sehingga menjadi viral di laman sosial.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak; Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin serta Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp berhubung kepimpinan dalam Pas.

Rentetan itu, beberapa ahli parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahliannya kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.

Leman Raja Lawak ketika dihubungi bagaimanapun berkata, beliau reda dengan apa jua keputusan parti sekiranya perlu mengambil tindakan berhubung perkara itu.

“Apabila menyuarakan pendapat supaya ustaz dalam Pas jangan terlalu ekstrem dan perlu membuat pendekatan kepada bukan Islam selain jangan kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi parti, didesaknya pula kami dipecat,” katanya.

Mengulas mengenai perbualan terbabit, Leman antaranya membangkitkan isu rakyat yang mempersoalkan pimpinan mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin Islam yang sepatutnya bergaul dengan bukan Islam kerana ia termasuk dalam konsep peradaban Islam dan siasah politik.

“Ada sesetengah golongan ustaz dalam Pas yang dipilih menjadi pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam. Mereka bukan hanya memberi kuliah Subuh atau Maghrib tetapi perlu peka semua aspek termasuk isu akar umbi hingga peringkat nasional,” katanya.

Menurutnya, kelemahan golongan itu yang diangkat menjadi pemimpin hanya dengan memberi ceramah agama dan pandai bercakap tetapi langsung tidak menjiwai rakyat bawahan yang daif dengan permasalahan ekonomi.

“Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberikan idea dan hala tuju masa depan parti apabila dipilih sebagai ketua. Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi,” katanya.

Leman berkata, selepas kenyataan itu diviralkan dalam WhatsApp, ada golongan yang menyarankan agar beliau dipecat daripada parti.

Sementara itu, Wan Aishah turut melahirkan rasa kecewa di laman Facebook dan menegaskan kenyataan itu bukan sebahagian daripada ucapannya di mana-mana program.

“Ia sebahagian dari perbualan dalam grup WhatsApp yang diviralkan. Seingat saya, ketika itu kami sedang berbincang tentang definisi ulama, saya juga ditanya kenapa sertai Pas. Macam-macam isu dibincangkan secara baik,” katanya.

Menurutnya, beliau memberikan pandangan dan jawapan secara ikhlas termasuk mengenai pergolakan Pas sekarang namun, kesal kerana perbincangan yang dianggap tertutup itu tersebar dan dijadikan isu.

“Kalau rasa nak kecam, kecamlah. Nak pecat sama sekali pun terpulanglah. Saya tidak bimbang, sekadar mahu perbetulkan persepsi yang saya dianggap mengkritik kepimpinan secara terbuka,” katanya.

Wan Aishah turut mempersoalkan apakah kepimpinan dalam parti tidak boleh dikritik, tambahan pula pandangan itu disuarakan secara santai melalui laman sosial.

“Komen yang saya berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja. Takkan pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara peribadi?” katanya yang secara spontan teringatkan bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil berkias, ‘things are not the same without him’

sumber: sejarahmelayu.blogspot.com

Wednesday, May 6, 2015

Keputusan rasmi PRK Rompin - 5 May, 2015



BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calonnya, Datuk Hasan Ariffin berjaya menewaskan calon daripada PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi, namun dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Tahniah. Dengan amanah yang diberikan oleh para pengundi kepada Datuk Hasan sebagai wakil rakyat, beliau pasti akan meneruskan semua usaha dan tugas-tugas yang dipikul oleh arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebelum ini.

Selamat Berbakti kepada rakyat.



Thursday, February 19, 2015

Sambutan dingin rakyat Sarawak terhadap Mat Sabu



Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di Sarawak dalam lawatannya bagi bersama pengundi PAS di Sarawak tidak mendapat sambutan.

Pada pagi tadi bertempat di Perkarangan Gerai, MDB Pekan Pusa, Mat Sabu bersama dengan Penasihat Undang-Undang PAS Sarawak, Ahmad Kerdee telah mengadakan ceramah bagi memperjelaskan isu Anwar Ibrahim.

Mat Sabu dalam ucapannya mengatakan tindakan Anwar Ibrahim dipenjarakan disebabkan konspirasi Barisan Nasional (BN) yang sememangnya mahu menjatuhkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Di samping itu, Mat Sabu selepas mendapat keterangan daripada PAS Sarawak memberitahu persempadanan 11 kawasan DUN Baru di Sarawak yang dilihat tidak adil dan menguntungkan BN.

Menjadi impian PAS Sarawak untuk terus bertanding di Beting Maro berdasarkan keputusan PRN Sarawak Ke-10 lepas yang hanya kalah tipis kepada calon BN-PBB.

Dalam majlis itu, Mat Sabu telah menyumbangkan sebanyak 6 buah basikal kepada anak-anak di kawasan Beting Maro.


Dianggarkan sekitar 50 orang penduduk sahaja yang hadir dengan kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berumur 50 tahun ke atas yang kebetulan melepak di kedai tersebut. - cetusankenyalang


Tuesday, February 10, 2015

Pendirian Pemuda PBB Negeri Sarawak Berhubung Isu MRSM Yang Dimainkan Oleh Pembangkang.

Sarawak adalah negeri yang sekian lama mempertahankan semangat toleransi yang tinggi antara kaum dan menjadikan keharmonian kaum sebagai teras utama perpaduan di kalangan rakyatnya.

Selain itu, perlu difahami bahawa Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di negata ini. Maka secara langsungnya, panduan MRSM adalah berlandaskan perkara 3 yang tidak langsung menganggu gugat amalan agama lain. Malah belum pernah ada sebarang tindakan drastik dari pihak MRSM sebagaimana yang dikhuatiri oleh pihak pembangkang.

Namun isu tersebut terus dijadikan polemic demi untuk menarik perhatian rakyat oleh pihak-pihak tertentu. Mereka merasakan isu agama atau kaum adalah yang paling mudah laris untuk dijaja, dan mudah mendapat perhatian masyarakat.

Terbaru, isu kemasukan pelajar ke MRSM  yang dibangkit agak mengejutkan. Sedangkan sejak ditubuhkan pada 1972, MRSM telah melahirkan lebih 100 ribu graduan yang terdiri dari rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Bahkan pernah ada pengetua dan timbalan pengetua MRSM yang terdiri dari kaum cina, portugis dan kadazan.

Guru-guru di MRSM juga terdiri dari pelbagai kaum seperti cina, india dan bumiputra bukan islam sabah dan sarawak. Maka tidak wujud isu pengasingan kaum dan agama di MRSM.

Samada pelajar mahupun kalangan guru-guru, mereka semua memahami dan menghormati amalan setiap agama di MRSM. Tidak pernah ada isu seumpamanya selama lebih 40 tahun kewujudan MRSM.

Tidak pernah ada arahan MRSM, untuk menghalang pelajar bukan islam mengamal agama masing-masing didalam batas tertentu.

Hanya Pembangkang yang sengaja mempolemikkan isu kaum dan agama untuk dijadikan propaganda politik mereka.

Sebagai  rakyat Sarawak, sepatutnya sama-sama menjaga sensitiviti kaum di negeri ini bukan mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan.

Ini bukanlah kali pertama pembangkang memainkan isu agama dan kaum untuk menarik perhatian rakyat.

Justeri itu, Pergerakan Pemuda PBB negeri Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum berasa kesal dan mengecam permainan politik Pembangkang  yang tidak henti-henti menjadikan isu kaum dan agama sebagai alat politik dan menyokong segaka usaha untuk memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan kaum seperti yang telah disarankan oleh YAB Ketua Menteri kita.

Monday, December 1, 2014

Isu rasuah RM100 Juta. Kebenaran kata-kata Hadi Awang?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah membongkar adanya peranan Broker dan Barua dalam politik bersama PKR. Rujuk sini.

Pendedahan Menteri Luar Datuk Anifah Aman tentang tawaran RM100 juta oleh seorang sekutu Anwar untuk menyakinkan 10 wakil rakyat Sabah BN lompat parti mengukuhkan dakwaan Hadi Awang itu.

Kita tunggu bila Anwar mahu saman Datuk Anifah jika tawaran RM100 juta itu adalah palsu.




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan “ibu kepada segala rasuah” apabila didakwa menawarkan RM100 juta menerusi sekutunya kepada seorang Menteri selepas PRU 2008, kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memetik laporan media mengenai pendedahan Menteri Luar Datuk Anifah Aman bahawa beliau ditawar wang itu oleh seorang sekutu Anwar untuk menyakinkan 10 wakil rakyat Sabah BN lompat parti.

Anifah berkata beliau telah turut ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan baru.

“Bukankah ini the mother of all corruption (ibu kepada segala rasuah)? Kita dituduh macam-macam tetapi yang membuat angkara adalah pembangkang,” kata Najib semasa menggulung perbahasan di Perhimpunan Agong Umno 2014.

Anifah memberitahu Mahkamah Tinggi kelmarin bekas timbalan pengerusi KFC Holdings (M) Berhad, Datuk Ishak Ismail menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.

Anifah berkata Ishak, yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut membuat tawaran itu dengan hasrat membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan baharu pada 2008.

Najib berkata ahli Umno harus cekap menilai realiti politik yang dibawa oleh pembangkang.

“Jangan fikir kita teruk, pembangkang lagi teruk. Boleh suruh wakil rakyat letak jawatan kerana isteri mahu bertanding. Suruh menteri besar yang tidak bersalah letak jawatan kerana isteri mahu jadi MB. Bayangkan kalau saya suruh MB Negeri Sembilan letak jawatan (untuk) isteri saya jadi MB. Mati saya, dia pun tak nak. Jadi Ketua Bahagian pun dia tak nak.  Ini neoptisme terbesar,” kata Najib.

Perdana Menteri merujuk kepada krisis Menteri Besar Selangor yang dicetuskan apabila PKR menggerakkan Langkah Kajang bagi memaksa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur sebagai Menteri Besar.

ADUN PKR Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu yang kemudian dimenangi oleh isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Susulan keputusan itu, Khalid dipecat daripada PKR dan terpaksa berundur sebagai MB. Bagaimanapun Wan Azizah gagal mendapat perkenan Sultan Selangor untuk mengisi jawatan itu.

Sebaliknya Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih timbalan presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui Selangor. - antarapos

Monday, November 24, 2014

Doa laknat pencacai PR hanya kerana bergambar dengan kapcai...



Biasa terjumpa posting melaknat seperti ini. Bahasa seperti manusia tidak beragama dan beradab. Kasihan dia, mempunyai hati yang berpenyakit, tutur bicaranya menunjukkan yang dia tidak sedetik pun menggunakan akal ketika berinteraksi dengan orang lain di media sosial. Mungkin terbit dari hasil didikan yang tidak sempurna.

Dakyah pembangkang seringkali diiringi politik benci, doa laknat ke atas orang lain, berbahasa kesat dan memaki hamun menunjukkan mereka tidak relevan kepada pembangunan perpaduan ummah.

Sebagai orang Islam, kita tahu di pihak mana kita berada. Kerana tidak pernah berlaku di dalam mana-mana parti komponen BN, pemimpin yang dibicarakan atas kesalahan meliwat atau pemimpin yang mendoakan laknat terhadap pemimpin lain atau yang sanggup bekerjasama dengan syaitan atau mengkafirkan umat Islam yang lain atau yang sudah terbukti memfitnah atau mempunyai budaya khalwat dengan isteri orang atau mempunyai video-video porno dan sebagainya.

Semoga admin tersebut diberikan hidayah oleh Allah lalu bertaubat di atas keterlanjurannya sebelum dia sendiri mampus dilanggar lori najis lalu bergandingan dengan doa laknatnya menuju ke neraka jahannam... Nauzbillahimin zalik..



CheguBard sebar fakta longkang aibkan diri sendiri.




Nak buat fakta sekurang-kurangnya kena ada pengetahuan. Bukan setakat hentam membuta tuli, akhirnya menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Minyak Sawit pun orang tak boleh jadikan minyak masak dengan hanya perah buah sawit, terus masuk ke kuali..Begitu juga dengan bekalan air mentah yang perlu dirawat terlebih dahulu sebelum disalurkan ke paip-paip untuk kegunaan harian kita. Semuanya perlu diproses dan setiap yang diproses itu ada kos yang perlu ditanggung.

Di bawah adalah penjelasan KJ tentang minyak mentah dan apa yang mempengaruhi harganya setelah siap diproses. Mudah dan ringkas untuk difahami..


Penjelasan Khairy Jamaluddin.

Saya nak ambil sedikit masa untuk menjelaskan tentang harga petrol. Ramai yang tidak memahami cara bagaimana harga petrol dikira. Ini menimbulkan keadaan dimana ramai pakar ekonomi mee segara tiba-tiba muncul dengan teori tersendiri.

Contoh pakar mi segera seperti gambar dibawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata "ini fakta..." Saya juga yakin ramai yang mebaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. "Mesti Mamat ni betul." "Logik juga dia tulis."

Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dll. Jadi fakta dibawah tidak betul. Kalau beliau konfiden dengan 'fakta' beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.

Mungkin disini ada yang nak tulis, "OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni."

Baik.

Harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.

Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses. (Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google).

Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:

- Kos operasi (9.58 sen/liter)
- Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
- Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
- 'Alpha' yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)

Jadi dengan mudah:
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

Satu lagi gambar dibawah menunjukkan penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau KPDNKK.

Di sini ada pula yang nak menyampuk, "Sudah lah bro. Harga minyak naik lettew. Bangang barang naik."

Kerajaan pun telah mengumumkan penarikan subsidi petrol pada 1 Disember. Ramai kutuk. "Kerajaan ale utoo" bagai.

Yang kutuk ini tidak pantau harga pasaran minyak.

Kita guna formula diatas.

Purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemunkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.

Kesimpulannya, semak semua 'fakta' dulu. Jangan cepat share. Think first.



Friday, November 14, 2014

Ketua Pemuda PAS dibelasah teruk oleh pengikut sendiri kerana menyokong Fahmi Zainol


Ketua Pemuda PAS pusat yang baru dilantik tahun lepas, Suhaizan Kaiat sebelum ini berkata Pemuda PAS Malaysia (PPM) akan membuat kutipan derma bagi membantu Fahmi Zainol jika JPA menarik biasiswa mahasiswa tersebut.

Kenyataannya itu bagaimanapun mengundang rasa tidak senang di kalangan ahli-ahli PAS yang lain, kebanyakannya berpendapat Suhaizan hanya bercakap di atas kapasiti sendiri selaku Ketua Pemuda.

Hubungan PAS dengan PKR sebelum ini retak berikutan isu MB Selangor, sehingga meleret kepada pembentukan PASma (pro-Anwar) yang bertanggungjawab memecah-belahkan perpaduan pemimpin serta penyokong-penyokongnya.

Fahmi Zainol adalah pro-Anwar, sudah tentulah kebanyakan ahli-ahli PAS di kalangan penyokong presiden parti dan golongan ulama mengecam tindakan Suhaizan itu.

Malang buat kumpulan-kumpulan mhasiswa bernama Fahmi Zainol, dia bukan sahaja berdepan tindakan tatatertib daripada Universiti, malah biasiswa tajaan JPA juga diancam untuk ditarik balik. Kemana sahaja kumpulan mahasiswa ini pergi mendapat kecaman keras rakyat, hatta penyokong PAS sendiri meluat dengan kelibatnya. Itu belum lagi termasuk wall facebook Fahmi sendiri malah wall pemimpin parti pembangkang yang menyokong gerakannya.. Semuanya penuh dengan sindiran, kata cacian akibat diserang orang ramai.

Kini Ketua Pemuda PAS umpama menempah bala.. Berikut adalah posting yang menyebabkan Suhaizan dikecam..

  



Di bawah pula posting Suhaizan yang lain.. lihatlah respon pengikut beliau sendiri hanya kerana bergambar bersama kumpulan Fahmi Zainol..




Hanya disebabkan gambar ini sahaja, begitu banyak komen-komen pedas pengkritik facebooker dalam wall page Suhaizan kerana tindakannya menyebelahi Fahmi Zainol,

Antaranya,

- Dhiaul-haya' B Shaifuddin Suhaizan..kalau kamu ajak mahasiswa pertahan tanah melayu kg chubadak kami sokong..tapu kalau kamu ajak mahasiswa rempuh pagar kami tentang..bertindak ikut akhlak Islam..jangan jadi Barua Anwar..jangan rosakkan Nama Pas..bantah arak kamu x ada..bantah pondan kamu x ada..bantah sis kamu x ada..senang ckp kalau isu Islam kamu mesti x ada..jgn main playsave suhaizan..kamu dah x ada identiti pas..tapi identiti pkr..adakah kamu golongan Pasma?

Ghazali Mohd Salleh Dia ni bukan KP Pas tp KP Anwar.... Ketua Pemuda Pas yg tiada pendirian dan Idealisma....patutlah senang di perbo?hkan oelh PKR dan DAP...sedarlah diri melukut di tepi gantang

- Farhan Ismail Fbi Kohkohkoh .. hangpa pertahankan budak hingusan ni buat ape Suhaizan Kayat .. pas puas anwar pergunakan budak ni , hang dok pertahankan budak ni ilang JPA pasal ape ? Ade anwar dtg mai tlg dye ke ? X dak kan ? Yg hang dok sebok tlg dye pasal ape ? Alang presiden kita sndrik hang pas tu dok kalut terus lari g chubadak tanpa bersalaman dgn presiden kita , jumpa ka bg semangat .. aku dok kisah la hang nk p mana ponn pastu , tp bapak org hang bkn main hang peluk cium , bapak sndrik hang bg terkontang kanting .. KP jenis ape hang ni ?


Ada banyak lagi komen-komen panas sampai tak tertanggung untuk dimuatkan dalam posting blog.

Sila rujuk sendiri.https://www.facebook.com/suhaizankayat2013

Satu pertanyaan yang biasa untuk kita semua fikirkan.. di mana Anwar Ibrahim ketika saat Fahmi Zainol dilanda musibah? Bukankah kerana dia, Fahmi Zainol merisikokan pengajiannya?

Dan kenapa Ketua Pemuda PAS pula yang sibuk-sibuk bersusah payah nak membantu walhal apa yang diperjuangkan Fahmi tidak kena mengena sedikitpun dengan perjuangan PAS?

Setakat mana kutipan tabung milo dapat menggantikan kemudahan biasiswa yang diberikan JPA kepada Fahmi Zainol selama ini? Dapatkah ia menjamin perbelanjaan pengajian sehingga tamat?



Friday, November 7, 2014

3 ahli Parlimen PAS pertahankan Sisters in Islam. Amina Wadud?


Telah sepakat ulama' mengatakan bahawa Islam liberal dan pluralisme agama adalah satu bentuk ajaran sesat yang diseludup masuk bagi menghancurkan pegangan agama yang murni kepada umat ini, yang hairannya mengapalah ada lagi yang masih 'kebingungan' terhadap istilah sebegini, sehingga perlu diadakan sidang akhbar mempertahankan NGO yang terang2an menentang Islam di atas nama Islam itu? - Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.


Drastik kepala mangkuk.. tunggu dah terbarai baru nak perbetulkan?

Tindakan 3 ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan majlis fatwa negeri, MAIS yang mengharamkan pertubuhan NGO (Sisters In Islam) dan diistiharkan sesat baru-baru ini menghairankan ramai umat Islam di negara kita.

Kata mereka, pihak berkuasa agama sepatutnya mengusahakan satu dialog untuk mengenalpasti maksud "pluralisme" dan "liberalisme" terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Pihaknya mahu penjelasan daripada MAIS berhubung Fatwa mengenai takrifan liberalisme dan pluralisme yang "tidak dijelaskan".

Nah, PAS sekarang jadi jurucakap bagi pihak Sisters in Islam pula.... Bab akidah jangan dibuat perkara mainan. Tak perlu hendak mempolitikkan isu dengan putar belit demi untuk meraih sokongan sebilangan pengundi. 

MAIS ialah penguatkuasa agama negeri Selangor dan penasihat kepada DYMM Sultan Selangor. Mereka adalah AHLI dalam bidang mereka. Sedangkan kamu semua cuma ahli politik, bukan ulama.. Jadi usahlah menjadi professor serba tahu dalam semua bidang. Serahkan perkara melibatkan hukum dan bab akidah kepada pihak yang bertanggungjawab.


Ada banyak lagi jenis fatwa bangang bertaraf tadika seperti 'haram solat berimamkan penyokong UMNO/BN', 'haram memakan sembelihan orang UMNO/BN' dan sebagainya. Kenapa tak dipertikaikan takrifan 'haram' yang dibuat PAS dulu? Apa dalil PAS menghukum kafir terhadap saudara seagama sendiri? Waktu itulah sepatutnya PC dibuat lepas sidang Parlimen, itupun kalau berani 'dikorbankan' demi Islam.. 

Jadi kita andaikan totok PAS yang masih berpegang pada ajaran seperti itu juga sama sesatnya. Orang sesat pasti akan tolong menyesatkan orang sesat yang lain dalam keadaan kedua-duanya sesat. 

Bukankah lebih baik cegah sebelum terkena daripada cegah sebelum parah..? 


Rujuk artikel berkaitan dalam posting terbaru www.rakyatnews. 

Lebih gempak lagi... Klik link

PAS Pertahan SIS Lawan Fatwa Selangor


Monday, November 3, 2014

Ahli DAP kata Azan mengganggu orang tidur.

Bekas ahli Pas Tawau memuat-turun pertikaian penduduk terhadap calon ahli DAP, Jimmy Wong Sze Phin Parlimen Kota Kinabalu yang tidak membenarkan sebarang pembinaan masjid di kawasan itu. 

Sebelum itu penduduk di kawasan tersebut telah datang menemui beliau dan merungut tentang kesukaran untuk mendapat tapak bagi pembinaan masjid/surau yang amat diperlukan di kawasan yang mempunyai ramai penganut Islam. Sebaliknya ahli DAP itu menidakkan permintaan mereka atas alasan ia melibatkan ketenteraman penduduk bukan Islam lain yang turut sama tinggal di kawasan itu. Katanya Azan mengganggu tidur orang-orang bukan Islam pada waktu subuh.

Antara dialog yang jelas dirakam, penduduk bertanyakan kepada Jimmy Wong, “Bos, apa masalahnya kalau ada masjid..Apa masalahnya kalau ada surau? Kami menganggukah?"

Jawab Jimmy Wong, "Bukan... kalau lain bukan beragama Islam, ada gangguan..kerana pagi-pagi mau tidur pun susah!"

"Bos.. bos, sebenarnya ini negara Islam sebenarnya.. ramai orang Islam tinggal di sini.." sampuk salah seorang daripada kumpulan penduduk itu.

Selamba sahaja jawab Jimmy Wong.” walaupun ini negara Islam, tapi ini sama lain pun kita mau hormat sama hormat....kalau ini kita paksa, lain bukan ugama itu susah..!"

Alasan yang sama digunakan oleh pemimpin PAP ke atas rakyat beragama Islam di Singapura, yang satu ketika dahulu asalnya tanah milik melayu. Sekarang di Pulau Pinang pun azan dihadkan. Syukur, isu azan tidak pernah timbul di Sarawak. Kata mereka Azan itu mengganggu ketenteraman dan tidur mereka. Sekarang sedikit demi sedikit, ia mula dihadkan di kawasan-kawasan yang bermajoriti bukan Islam, bayangkan kelak di bandar-bandar besar azan tiada lagi kedengaran.

Inilah yang dikatakan PAS tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat. Maka apabila masalah seperti ini menjadi perkara kecil buat mereka, orang-orang Islam pun mula disekat daripada mengamalkan salah satu syiar Islam seperti azan meskipun di sebuah negara Islam. Bukan itu sahaja, bahkan mereka turut dihalang daripada membina rumah ibadat di kawasan yang bermajoriti agama Islam.


Video merakamkan insiden yang dipercayai berlaku pada tahun lepas...


Siapa Jimmy Wong yang dirakam dalam video di atas?

Berikut adalah kenyataan yang dipetik daripada Bernama mengenai ahli DAP ini.


PANAS! CINA DAP Jadi Bumiputera Dengan Cara Menipu? Kantoi Jugak Akhirnya.
http://mymassa.blogspot.com/2012/03/panas-cina-dap-jadi-bumiputera-dengan.html

YB DAP Sri Tanjong Jimmy Wong Sze Phin memalsu salasilah keturunannya
http://musramrakunman.blogspot.com/2012/03/yb-dap-sri-tanjong-jimmy-wong-sze-phin.html


Akuan batal Sijil Anak Negeri ADUN Sri Tanjong dikemukakan

Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong Jimmy Wong.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor berkata lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri anggota DAP tersebut atas beberapa faktor.

Beliau berkata ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.

"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh YB Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.

"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati YB Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada Selasa.

Bagaimanapun, Hajiji berkata keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas.-BERNAMA

Lagi rujukan mengenai ahli DAP ini di bawah


Saturday, November 1, 2014

Cari Gaduh? Banner DAP suruh PAS keluar Pakatan Rakyat

Dulu hanya keluar paper.. detik-detik awal PAS diberi amaran oleh 'Big Brother' dalam Pakatan Rakyat. Yang kita tak faham, adakah PR salah satu daripada parti komponen DAP? Siapa sebenarnya yang berkuasa dalam PR?


Sekarang kelihatan seperti DAP berkuasa ke atas PAS. Isu hudud bukan perkara kecil bagi DAP kerana bagi mereka, ia dianggap mencabuli muafakat PR sedangkan PAS pula bertegas untuk melaksanakan hudud jika mentadbir kerajaan. Cuba lihat banner di bawah...


Tidak pasti siapa yang menggantung banner di atas, namun jika tanpa banner ini sekalipun, PAS sepatutnya sudah mendapat petunjuk bahawa DAP sememangnya tidak menyenangi PAS dalam Pakatan Rakyat.



Kira kira lebih kurang 3 bulan lepas Anthony Loke juga telah menghalau PAS supaya keluar dari Pakatan jika ingin melaksanakan hudud..

Kemudian kita lihat pula bagaimana Tony Pua menghalau PAS keluar dari pakatan sekiranya tidak membuat permohonan maaf kepada Pakatan. Kenapa DAP cuba mengugut PAS sampai begitu sekali? Apakah PAS tidak mempunyai kekuatan langsung dalam Pakatan?

PAS kini dilihat terlalu hina di mata pemimpin DAP dan PKR, semenjak menjadi parti gabungan dalam pakatan mereka. Perasaan tidak puas hati dan marah pada PAS semakin memuncak terutama apabila PAS membelakangi keputusan bersama PR dalam krisis perlantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini,

PAS harus berani membuat keputusan jika mahu melaksanakan agenda parti mereka sendiri. Masalahnya sekarang, apa keputusan PAS terhadap tuntutan DAP di atas? MEMINTA MAAF atau KELUAR PR, apa jawapan PAS?



Friday, October 31, 2014

Teguran panas Calon PAS DUN Jabi kepada Mahasiswa UM Pro-Anwar




Ramai juga yang PM marahkan saya berkaitan post saya dalam peristiwa di UM semalam.
https://www.facebook.com/drazman.ibrahim/posts/962433327106127?pnref=story
Yang lembut ada, yang caci ada termasuk yang sindir pun ramai jugok.
Ada yang kata, "kalau tak berani duduk diam-diam sajalah. Tak payah kritik apa orang lain nak buat."
Ada yang kata, "kepala awak dah masuk virus UG."
Ada juga yang cadangkan, "awak duduk diam kat klinik cabut gigi sudoh."
Ada yang kata, "Mahasiswa sekarang berani, tak macam zaman Dr dulu."
Ada yang kata, "kita nak bela Anwar untuk buat reformasi menyeluruh dalam negara."

Hahahaa... semua tu saya baca sambil senyum terutamanya bila belek profile, nampaknya ramai mereka adalah pelajar univ. yang saya consider masih berpangkat adik berbanding saya.
Respon saya...

Adik-adikku...
Saya juga pernah berada dalam posisi semua benda nak langgar seperti adik-adik sekarang ini. Malah lebih berani dari itu. Bila kita meningkat dewasa, adik akan mula berfikir dengan pertimbangan yang lebih rasional.
Dunia mahasiswa satu dari dunia sementara untuk kita belajar suatu sudut dari kehidupan tapi bukan keseluruhan lapangan hidup.
Bila dah keluar nanti...
Cabaran yang pertama ialah samada kita dapat kerja atau tidak. Bila dapat kerja. Apakah kita masih kekal dalam perjuangan setelah menjawat apa-apa profesion?
Cabaran yang kedua, bila dah ada suami atau isteri. Istiqamah lagikah kita dengan perjuangan setelah berkeluarga.
Cabaran yang ketiga, bila dapat anak. Setelah menjadi bapa atau ibu, di mana kita ketika itu?
Cabaran yg keempat, sanggupkah kita korbankan kerja kita kerana perjuangan. Contohnya kalau jadi doktor, kita tutup klinik 3 atau 4 hari seminggu dengan zero income kerana tugasan parti dan jemaah?
Cabaran yang kelima, kalau kita terjun ke medan tetapi kita tak dilantik menjawat apa-apa jawatan penting apatah lagi dipilih menjadi calon, bolehkah kita kekal istiqamah?
Cabaran yang ke enam, sanggupkah kita bersusah payah dalam perjuangan di saat rakan-rakan sebaya kita mula mempamerkan kereta besar masing-masing? Perjuangan tak menjanjikan kemewahan wahai adikku.

Kalau semua ini boleh dijawab, marilah jumpa saya bila-bila masa, saya akan tarik balik posting tersebut dan minta maaf.

Dr Azman Ibrahim,
Bekas Pensyarah Pergigian di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia,
Calon PAS bagi N.05 Dun Jabi PRU13.

Wednesday, October 29, 2014

Husan Musa kalah kes saman Utusan

Sekarang terbukti siapa di pihak yang benar. Sudahlah kalah saman, kena bayar kos RM45,000.00 pula.

PAS kena double slap. Presiden masuk mahkamah, naib timbalan pula kalah saman.

Sumber: www.rakyatnews.my



KUALA LUMPUR 29 Okt - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini bukan sahaja gagal dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan dua lagi malah beliau diperintah membayar RM45,000 sebagai kos.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan tersebut berhubung saman fitnah membabitkan penerbitan satu laporan bertajuk 'Husam Letak Jawatan? Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran' yang disiarkan pada 22 November 2009 di Mingguan Malaysia.

Pada 22 Februari 2010 Husam memfailkan saman itu dengan menamakan syarikat terbabit, wartawan Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Menerusi pernyataan tuntutan, Husam mendakwa kesemua defendan berniat jahat menulis, menyunting dan menerbitkan laporan tersebut dengan tujuan mempersenda serta memalukannya.

Beliau menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi.

Bagaimanapun menerusi pernyataan pembelaan defendan, kesemua mereka mendakwa bahawa perkataan dan kandungan laporan tersebut adalah bersifat semula jadi serta tidak berkeupayaan untuk membawa 'maksud fitnah' terhadap plaintif.

Tambah defendan, maklumat yang terkandung di dalam laporan itu juga adalah bermutu tinggi dan diperoleh menerusi sumber rasmi.

Sepanjang perbicaraan plaintif memanggil tiga saksi manakala defendan lima orang.

Husam diwakili peguam Dr Zulqarnain Lukman manakala kesemua defendan diwakili Mohana Kumar.