Sunday, October 5, 2014

Foto terakhir dirakam pendaki ketika letupan gunung berapi di Gunung Ontake, Jepun

Izumi Noguchi mengabadikan foto awan panas bercampur abu gunung berapi raksasa dari Gunung Ontake di Jepun, yang meletus pada Sabtu minggu lepas, 27 September 2014 ketika sesaat sebelum kepulan itu terhempas dan menamatkan hidupnya.

Gambar berkenaan menunjukkan saat-saat selepas Gunung Ontake meletus sehingga mengeluarkan kepulan gas dan abu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 47 orang disahkan telah terkorban, sementara 16 lagi masih belum ditemui.






Sebahagian besar mangsa yang terkorban ditemui berhampiran puncak adalah pendaki gunung. Salah seorang mangsa yang terkorban adalah Izumi Noguchi. Mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemui di berhampiran bangunan kuil di puncak Gunung Ontake. Pasukan penyelamat SAR yang menemui mayatnya, turut menjumpai kamera di sisinya.

Di antara foto-foto yang telah diambil mendiang adalah pemerhatian dari awan panas besar yang menghampiri kearahnya. Isteri mangsa, Hiromi, memutuskan untuk menerbitkan foto-foto terakhir yang diambil mendiang suaminya sebagai bentuk penghormatan atas kenangan terakhirnya.

Sementara itu, doktor membuat andaian seluruh korban yang kehilangan nyawa akibat kecederaan parah disebabkan hujan batu yang meletus dari gunung. Menurut mereka yang terselamat berkata, mereka lari lintang-pukang menyelamatkan diri dari 'hujan' batu dan serpihan yang menghujani mereka. Sementara hawa panas bercampur abu menerpa wajah mereka.





No comments:

Post a Comment