Thursday, October 9, 2014

Kejadian letupan Bom di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Satu kejadian letupan bom dilaporkan telah berlaku di Bukit Bintang pagi tadi. Difahamkan letupan berlaku di hadapan sebuah kelab malam dan merosakkan beberapa kenderaan yang berhampiran.

Mujur tidak berlaku pada waktu siang, ketika orang ramai sibuk dengan urusan masing-masing di sekitar kawasan itu.

Difahamkan letupan itu berlaku dari bawah sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu. Setakat ini, jenis bahan letupan belum dapat dipastikan.

Polis akan menyiasat latar belakang mangsa yang terbabit dalam letupan berkenaan.

Setakat ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan letupan di Jalan Bintang, Bukit Bintang itu.

P/S: Penjenayah dipercayai menggunakan bom buatan sendiri. Harap tak sampai ke tahap buat RPG.





Laporan berita daripada MStar

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 14 orang cedera selepas satu letupan berlaku di kawasan di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang di sini, pagi Khamis.

Polis berkata, mereka menerima maklumat mengenai insiden letupan dekat sebuah pub pada kira-kira pukul 4.30 pagi. 

Empat kereta rosak akibat letupan itu. 

Turut difahamkan bahawa dua bahan letupan telah dilemparkan di lokasi kejadian. Bagaimanapun, salah satu daripadanya gagal meletup.

Satu lagi bahan letupan itu, yang turut dipercayai merupakan bom tangan, ditemui di bawah sebuah lagi kereta.

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tung Shin.

Seorang joki kereta dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).



No comments:

Post a Comment