Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Sunday, January 10, 2016

SWP dedah usaha penggabungan dengan DAP di Sarawak temui kegagalan



SIBU: Parti Pekerja Sarawak (SWP) semalam mendedah  mengenai penggabungan mereka bersama  Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)  akan datang telah gagal.

Setiausaha Agung SWP Munan Laja berkata, parti akan terus meletak calon mereka sendiri pada PRN yang bakal diadakan pada masa terdekat.

Dalam pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan akhbar semalam, Munan bagaimanapun tidak memberikan sebab perancangan penggabungan dengan DAP menemui jalan buntu tetapi beliau berharap kedua-dua pihak masih mempunyai peluang bekerjasama.

Beliau berkata, SWP akan bertanding di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar.

“Ahli-ahli SWP telah pun turun padang sejak dua bulan ini. Kami semua sudah bersedia menghadapi PRN,” katanya lagi.

Munan bagaimanapun masih belum mengumum jumlah kerusi yang akan ditandingi SWP tetapi beliau menjamin bahawa mereka bertanding dengan logo parti mereka sendiri.

Sementara itu, beliau menggesa rakyat Sarawak untuk menjadi ahli parti sambil berkata, SWP sebuah parti cukup besar untuk rakyat Sarawak.

Beliau turut mengalu-alukan individu yang gagal dalam perjuangan politik mereka untuk menyertai SWP dan turut meminta calon berpotensi PRN yang ditolak sebelum ini supaya menyertai SWP

“Siapa tahu, SWP mungkin mempunyai tempat untuk anda berjaya, bersama kami,” tambahnya lagi - Borneopost

Sunday, December 6, 2015

Video: Nurul Izzah dihalau dari masuk Sarawak




Kuching – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dihalang daripada memasuki Sarawak hari ini.

Nurul Izzah ditahan pegawai imigresen di kaunter kawalan pasport sebaik mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuching pada jam 4 petang ini dengan penerbangan AirAsia.

“Setibanya saya di Kuching, saya disambut pegawai-pegawai imigresen yang memberi notis penolakan masuk saya ke Sarawak. Satu pencabulan kuasa!” tulisnya di akaun Twitter sebentar tadi.

Dr Xavier Jayakumar, seorang lagi naib presiden parti yang bersama dengannya dalam penerbangan itu, memberitahu pemberita, pegawai imigresen memaklumkan Nurul Izzah arahan menghalang kemasukan beliau itu datangnya dari pejabat ketua menteri.

Beliau sebelum ini terbabit dengan kontroversi ekoran penyebaran gambar perjumpaannya bersama anak perempuan pengganas Lahad Datu, Jacel Kiram di Manila beberapa bulan lalu.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa Nurul Izzah, yang merupakan Anggota Parlimen Lembah Pantai, boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Walaupun Nurul Izzah telah memohon maaf, tindakan beliau dianggap serius kerana telah bertemu musuh negara yang bertanggungjawab terhadap pencerobohan di Lahad Datu, kata Khalid, sambil menambah kata bahawa pemimpin PKR itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Susulan daripada itu sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu memutuskan untuk mengemukakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen setelah usul itu yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dipersetujui untuk dibahaskan.

Daripada 222 ahli Parlimen, 105 mengundi bersetuju dan 77 ahli pembangkang mengundi tidak bersetuju.

Kedudukan Naib Presiden PKR itu bakal ditentukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dalam sidang akan datang.

Nurul Izzah dirujuk ke jawatankuasa berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat (27 (3) dan 80.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut digesa membawa Jacel dan bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada sebagai saksi bagi menyokong tindakan berhubung lawatan beliau.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini.


Sumber: http://www.suara.tv/2015/12/06/video-nurul-izzah-dihalau-ketika-cuba-masuk-sarawak/

Tuesday, November 17, 2015

Cara keji politik pembangkang raih sokongan..

Lihat betapa kejinya modus operandi pembangkang untuk menghalalkan pembohongan mereka. Dosa dan larangan agama seolah-olah tidak lagi menjadi masalah dalam berpolitik. Caranya, burukkan lawan sehingga sudah jadi viral kemudian memohon maaf.. buang kes...





BUAL BICARA HARI INI TAJUKNYA RAMAI DIKALANGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG PEMBUAT FITNAH BILA BERSALAH MOHON MAAF TIADA HUKUMAN DIKENAKAN. ADILKAH PERBUATAN KEJI MEREKA INI PADA PANDANGAN KITA SEMUA?



1) Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin FITNAH Jamil Khir Baharom guna duit zakat untuk biayai kos guaman Menteri dalam kes qazaf Anwar Ibrahim. Jamil Khir bawa ke mahkamah. Setelah fitnah berjalan begitu jauh, akhirnya Shamsul mengaku bersalah dan mohon maaf. 



2) Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah FITNAH bekas Menteri, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sehari sebelum PRU 13 berhubung isu pembelian tanah di Bukit Kiara. Reputasi merudum, Raja Nong Chik kalah di Lembah Pantai pada PRU 13. Fitnah bermaharajalela tanpa sempadan. Kesudahannya, kes dibawa ke mahkamah. Nurul Izzah mengaku bersalah dan mohon maaf.




3) Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli FITNAH Datuk Seri Najib dan isteri, berikutan kenaikan harga minyak dengan mendakwa ia akan memudahkan Datin Rosmah Mansor untuk membeli lebih banyak cincin berlian. Setelah dibawa ke mahkamah, Rafizi kata, dia hanya bergurau. Penipuan merebak begitu cepat dan pantas. Bagi Rafizi mengaitkan 'Rosmah dengan isu cincin berlian hanyalah gurauan semata-mata.





4) Ahli Parlimen PKR Batu,Tian Chua FITNAH bahawa UMNO terlibat merancang konspirasi pencerobohan di Lahad Datu. UMNO bertindak untuk mengheret Tian Chua ke mahkamah untuk disaman. Setelah kes berlangsung, UMNO sedia menarik kembali dakwaan saman tersebut dengan syarat Tian Chua menarik kembali kata-katanya itu. Menyedari dirinya dikecam teruk, Tian Chua memutar belit kenyataan yang pernah dibuatnya dulu dengan menyalahkan editor KeadilanDaily kononnya berlaku salah faham maksud beliau. Kes selesai di luar mahkamah dan artikel tersebut dikeluarkan daripada KeadilanDaily.




5) Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin FITNAH Perdana Menteri, Najib Razak kononnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil untuk siap siaga berbuat sesuatu jika BN kalah pilihan raya umum. Nizar mengaku salah dan mohon maaf. 


KES YANG SEDANG BERLANSUNG...



6) Kini, setelah tempoh 24 jam tamat, Jamil Khir tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Akmal Nasir berhubung isu perbelanjaan YAPEIM. Kali ini bagaimana? Fitnah! Mangsa buat laporan polis! Jadi kes mahkamah bertahun lamanya! Berakhir dengan mohon maaf. Episod apakah ini?


Wednesday, October 28, 2015

Malaysian Opposition Never Learned !

Opposition's attitude in Malaysia never had developed, and it really worries public. For instance, no matters how good is the country's development and progress or no matter how positive is the effort made for benefit of rakyat, to them are of no importance and value.

Clearly, they are playing politics of deception and perception and apparently, it's all year round games.

Any good ideas and concepts come from the ruling government must be condemned, yet ironically, later they collected as theirs.

No other word to define such conduct other than hypocrite and the pits. They are the bad egg in a basket as I may called it, and what should we do to bad egg other than to discard before it breaks and spreads unpleasant smell.

Anyhow, I really hope the oppo gangs could sample from oppositions in some developed countries, where campaigning only during election season and hand-in-hand with the ruling government for country's betterment after that.


Tuesday, October 27, 2015

Pan Borneo - Ketua Pembangkang ditanya lain, dijawab lain..

Beginilah sifat pembangkang.. Bila kerajaan wujudkan highway tanpa tol kepada rakyat melalui pembentangan bajet, mereka akan kata ia gula-gula untuk memancing undi. Bila dibiarkan jalan ber Tol, mereka spin kata kerajaan raih keuntungan daripada masalah rakyat.

Dibuat salah, dibiar salah...

Tapi yang penting, kena ada sifat pemimpin yang baik dan prihatin akan keluhan rakyat. Bukan dari jenis yang hanya tahu memburukkan semua usaha murni pihak lain dan membalun pakai serkap jarang.

Padanlah kenapa pembangkang bila disoal lain, dijawab lain.. mungkin sudah terbiasa 'divert' isu yang terpalit pada mereka sendiri..



Monday, July 27, 2015

Panas! Pandangan benar warga Britain tentang politik di Malaysia.

Di bawah berikut adalah komen warga Barat tentang amalan politik di Malaysia. Bukan kita nak tentukan siapa betul atau siapa yang patut dipersalahkan apabila berlaku kontroversi melibatkan nama negara.

Kadang-kadang pendapat individu luar yang tidak berpihak, menjelaskan segala apa yang kita tidak mampu lihat tentang keadaan sebenar negara dari sudut pandangan mereka.

Benarlah kata beliau, kestabilan politik memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah negara.

Terlalu ramai jaguh segala bidang apabila bercakap hal-ehwal negara kita. Semua terhasil dari pemikiran politik sempit yang dikaut dari ruang media sosial.

Bercakap bab hukum Islam, sekarang sudah ada yang bukan Islam berhujah mengalahkan mufti.. bicara perihal ekonomi, FDI, KDNK, jatuh naik pasaran minyak dunia sudah jadi topik bualan di warung mamak.

Pendek kata, generasi kita sekarang terlalu hebat... Lebih hebat daripada mana-mana generasi yang kita pernah jumpa dalam dunia....

Malaysia boleh!



(Berikut adalah terjemahan surat terbuka daripada seorang pegawai ekspatriat Britain yang dimuatkan dalam akhbar online Malaysiakini pada 13 Julai 2015)


Saya adalah seorang warganegara Britain dan telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun lepas dalam sebuah syarikat bioteknologi antarabangsa yang terkenal.

Sejak 20 tahun yang lepas saya telah melawat banyak tempat diseluruh dunia atas kehendak tugas. Daripada pengalaman ini, saya berani menyatakan yang Malaysia dihuni oleh ahli-ahli politik yang buruk dan rakyat yang besikap amat teruk sekali.

Pengetahuan tentang situasi politik didalam sesebuah negeri adalah penting bagi saya kerana kestabilan politik memberi kesan kepada syarikat tempat saya bertugas. Keadaan di Malaysia adalah yang terburuk pernah saya alami setakat ini.

Malaysia mempunyai dua buah gabungan politik yang besar, iaitu kerajaan dan pembangkang. Kedua-dua gabungan ini seperti ayam tanpa kepala yang tidak tahu apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Mereka gemar menyalahkan antara satu sama lain daripada berusaha menyelesaikan konflik dalaman. Keadaan menjadi lebih buruk oleh rakyat yang tidak tahu apa sebenarnya mereka mahu.

Dari sudut pandangan saya, saya faham yang kebanyakan rakyat Malaysia mahu Perdana Najib mengundur diri, ini tidak menghairankan dalam suasana tuduhan-tuduhan skandal yang timbul hampir setiap hari. Seringkali saya berada bersama kumpulan yang berbeza, pasti ada sahaja soal politik dalam perbualan. Kebanyakan mahu Perdana Menteri Najib berundur.

Saya bertanya kepada mereka apabila Najib pergi, siapa yang akan menggantinya. Tiada satupun kumpulan yang saya temui bersepakat tentang seorang pengganti. Orang nombor dua, Muhyddin Yassin tidak juga mereka gemari. Anwar Ibrahim kini dalam penjara. Mereka perlu akur yang isteri beliau bukan seorang pemimpin. Tiada seorangpun pemimpin wanita lain yang berkempen sering menangis dan dikelilingi cucu-cucunya.

Lim Guan Eng seorang berketurunan Cina, jadi tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Azmin Ali mungkin, tetapi cara Azmin memimpin kerajaan Selangor, juga menggugurkan potensi beliau. Ini bukan kata-kata saya tetapi daripada orang-orang yang mahu Najib digugurkan. Semua mahu Najib dijatuhkan, tetapi tidak wujud Plan B. Sesiapapun yang mengambil alih daripada Najib tidak akan memuaskan hati rakyat Malaysia, dan pasti dengan sekelip mata anda akan mahu pengantinya juga sama berundur.

Politik yang tidak setabil menyebakan ekonomi yang tidak seimbang dan menakut pelabur asing. Nilai Ringgit jatuh dan kerajaan dipersalahkan. Sebenarnya suasana yang tidak setabil disebabkan reaksi yang tidak menentu daripada rakyat Malaysia sendiri.

Pada amnya kebanyakan rakyat Malaysia menganggap Najib sudah bersalah sebab laporan dari Wall Street Journal, sebuah akhbar Amerika yang di yakini rakyat Malaysia lebih daripada rakyat Amerika sendiri. Wall Street Journal dan New York Times bukanlah akhbar pilihan buat rakyat Amerika.

Jaguh Dunia Keyboard

Ketika syarikat Penerbangan Malaysia ditimpa musibah, kebanyakan rakyat Malaysia menjadi ‘pakar penerbangan’ dan beranggapan mereka lebih mengetahui daripada pihak berkuasa.

Ketika kematian berlaku dalam festival muzik, mereka berlagak seperti ahli sains pathology dan forensik. Sekarang mereka berlagak seperti pakar perbankan dan ekonomi. Sebenarnya orang Malaysia hanyalah jaguh keyboard (jaguh media sosial). Saya nampak kini puak pembangkang akan menganjurkan himunan jalanan, dan pasti ramai pengamal media sosial akan mudah di pengaruhi.

Sewaktu krisis banjir di Kelantan, mengapa puak pembangkang dan orang ramai tidak kumpulkan orang yang boleh membantu secara fisikal? Orang Malaysia nampaknya lebih gemar mengempur jalanan, menjerit-jerit dan buat bising, merosakkan hartabenta bukan milik mereka sambil menyalahkan kerajaan. Itulah orang Malaysia.

Saya selalu mendengar suara-suara menyalahkan pasukan penyelamat dan polis kerana lambat sampai ke tempat kejadian kemalangan. Mengapa salahkan mereka apabila anda sendiri tidak mematuhi peraturan jalanraya? Lane kecemasan dipenuhi oleh kereka-kereta mereka yang terlambat ke majlis makan malam atau ke panggung wayang.

Orang Malaysia telah mendapat jolokan sebagai pemandu yang paling teruk di dunia. Anda tidak boleh mematuhi peraturan jalan yang paling asas dan anda menyalahkan semua orang lain. Apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan dan pemeriksaan, anda kata mereka itu pengacau dan pengamal rasuah. Apabila mereka tidak bertindak seperti diatas, anda katakan mereka tidak membuat kerja mereka. Apakah yang anda sebagai orang Malaysia mahu?

Kawasan-kawasan baru yang dipenuhi pelbagai bangunan ‘Concrete jungles’ telah menimbulkan isu persekitaran. Anda mahu modernisasi dan anda anggap Mahathir sebagai bapa modernisasi Malaysia. Akan tetapi PERKASA suatu ciptaan Mahathir berterusan mengerakkan sentimen perkauman. Adakah ini modernisasi pada anda? Lebih separuh kekayaan di Malaysia dimiliki bukan orang Malaysia, dan Mahathirlah, jaguh anda, menjadi penyebabnya.

Kontrak kerja saya di negara ini kini hampir tamat. Saya ada pilihan terus bekerja di sini, tetapi ini dengan sukacita saya tolak. Fikiran orang Malaysia terlalu cetek dalam menghadapi sebarang isu. Daripada berbicara menyelesaikan krisis semasa, orang Malaysia biasa mengenepi sebarang usaha menanganinya sambil berharap penyeselaian akan jadi dengan sendirinya. Teruskan berharap, hai orang Malaysia.

Dengan kadar semasa, Malaysia pasti akan menempah kegagalan dan bukan ahli politik sahaja yang harus dipersalahkan. Sikap rakyat Malaysia juga apa bezanya.



Tuesday, May 26, 2015

3 ikon PAS berisiko dipecat

Jadi ahli PAS bukan saja kena akur dengan kehendak pemimpin malah mereka tidak boleh ditegur apatah lagi dikritik. Berbeza pendapat akan jadi alasan untuk disingkirkan. 

Jika benar sekalipun pandangan mereka, harus diingat pihak yang layak untuk mengkritik hanyalah DAP sahaja. Tiada pihak yang lain boleh seperti mereka. Walaupun dasar perjuangan PAS dikritik, golongan ulama dikritik, pemimpin PAS dikritik, Majlis Syura PAS dikritik, tetapi PAS masih tetap setia bersama DAP.

Kesimpulannya, jika teringin nak kritik pemimpin PAS secara terbuka, masuklah DAP. Mereka bukan sahaja akan diam menikus malah menyokong dengan menyerang pemimpin sendiri secara senyap. 

Lihat saja krisis MB Selangor dulu..

Tiga Ikon PAS bakal dipecat?



Tiga ikon dalam Pas yang sering menghiasi pentas ceramah parti itu kini berada dalam dilema, gara-gara didakwa mengkritik pimpinan parti itu sehingga menjadi viral di laman sosial.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak; Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin serta Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp berhubung kepimpinan dalam Pas.

Rentetan itu, beberapa ahli parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahliannya kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.

Leman Raja Lawak ketika dihubungi bagaimanapun berkata, beliau reda dengan apa jua keputusan parti sekiranya perlu mengambil tindakan berhubung perkara itu.

“Apabila menyuarakan pendapat supaya ustaz dalam Pas jangan terlalu ekstrem dan perlu membuat pendekatan kepada bukan Islam selain jangan kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi parti, didesaknya pula kami dipecat,” katanya.

Mengulas mengenai perbualan terbabit, Leman antaranya membangkitkan isu rakyat yang mempersoalkan pimpinan mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin Islam yang sepatutnya bergaul dengan bukan Islam kerana ia termasuk dalam konsep peradaban Islam dan siasah politik.

“Ada sesetengah golongan ustaz dalam Pas yang dipilih menjadi pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam. Mereka bukan hanya memberi kuliah Subuh atau Maghrib tetapi perlu peka semua aspek termasuk isu akar umbi hingga peringkat nasional,” katanya.

Menurutnya, kelemahan golongan itu yang diangkat menjadi pemimpin hanya dengan memberi ceramah agama dan pandai bercakap tetapi langsung tidak menjiwai rakyat bawahan yang daif dengan permasalahan ekonomi.

“Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberikan idea dan hala tuju masa depan parti apabila dipilih sebagai ketua. Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi,” katanya.

Leman berkata, selepas kenyataan itu diviralkan dalam WhatsApp, ada golongan yang menyarankan agar beliau dipecat daripada parti.

Sementara itu, Wan Aishah turut melahirkan rasa kecewa di laman Facebook dan menegaskan kenyataan itu bukan sebahagian daripada ucapannya di mana-mana program.

“Ia sebahagian dari perbualan dalam grup WhatsApp yang diviralkan. Seingat saya, ketika itu kami sedang berbincang tentang definisi ulama, saya juga ditanya kenapa sertai Pas. Macam-macam isu dibincangkan secara baik,” katanya.

Menurutnya, beliau memberikan pandangan dan jawapan secara ikhlas termasuk mengenai pergolakan Pas sekarang namun, kesal kerana perbincangan yang dianggap tertutup itu tersebar dan dijadikan isu.

“Kalau rasa nak kecam, kecamlah. Nak pecat sama sekali pun terpulanglah. Saya tidak bimbang, sekadar mahu perbetulkan persepsi yang saya dianggap mengkritik kepimpinan secara terbuka,” katanya.

Wan Aishah turut mempersoalkan apakah kepimpinan dalam parti tidak boleh dikritik, tambahan pula pandangan itu disuarakan secara santai melalui laman sosial.

“Komen yang saya berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja. Takkan pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara peribadi?” katanya yang secara spontan teringatkan bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil berkias, ‘things are not the same without him’

sumber: sejarahmelayu.blogspot.com

Monday, April 13, 2015

Sarawak keluar Malaysia? Buat pelampau IS4S dan SSKM...

Haruskah Sarawak kekal dalam Malaysia?

Berikut adalah pandangan Leng Teck Chiang yang penulis petik daripada laman facebook beliau. Bagi segelintir pembangkang, mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti Sarawak berdiri sebagai sebuah negara bunyinya seakan-akan menguntungkan rakyat negeri ini. Hakikatnya begitu banyak implikasi dan kesan negatif yang perlu difikirkan sebelum menyokong idea yang tidak cerdik seperti ini.

Semoga pandangan Leng Teck Chiang menjadi sumber kepada golongan fanatik SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia) dan IS4S (Independent Sarawak for Sarawakian) untuk mendapat gambaran apa yang mungkin akan berlaku sekiranya Sarawak keluar daripada gabungan Persekutuan Malaysia.



Should Sarawak remain in Malaysia? 

PR supporters has been twisting Sarawak CM - Sarawak for Sarawakians into one of Independent Sarawak type of Sarawak for sarawakians.

Their reason for doing this is purely for the interest of their Semenanjung masters. If Sarawak is out from Malaysia than maybe PR can finally take over Putrajaya next GE.

But is it beneficial for Sarawak to withdraw from Malaysia like Singapore?? For me its not beneficial for the reasons below:-

1)  Singapore is strategically located thus it can survive as a port city but even that they are struggling as competing with Malaysia thus they trying tourism and also casino. Sarawak sadly is not strategically located. And also remember its land mass is small compare to Sarawak that is almost the size of semenanjung.
2)   If Sarawak where to withdraw from Malaysia its economical growth will come to a complete stand still for the next 30 to 50 years. Why? Because hospitals,schools,govt agencies,polis, army, infrastructural developments and maintain it all will come under Sarawak alone. The human resource, the training, new currency, international recognition, passport acceptance. As a lot of this is currently maintained by federal.
3)   Those for sarawak withdrawal quoted sarawak natural resources, a lot of coutry has even more resources but also remain even worst off than malaysia. Take fuel for example, would and extra 95% enable sarawak to maintain itself and developed itself?how much fuel resource is still available? 
How many years it can sustain? 
Remember the amount of things that is currently under federal, rm1 hospitals, medicines, army, polis, roads and government agencies, SRK,SMK, scholarships and study loans.by being independent you would need a new admin infra, new international airport, your own airlines even. Not to mention your army and polis hardware, the cars,bikes,tanks,weapons,fighter jet,helicopter. Also suddenly there wont be any federal grants.

4)    If sarawak where to withdraw from Malaysia not only it would financially drained but even its cheap electricity may need to be increased as the country now needs the income. And not forgetting fuel price may drop, forest cant be cut anyhow.as sarawak has alot of national parks and forest reserve.international lobby group also wont allow you to cut your trees. Sarawak maybe out from malaysia but would it get out from FDI that will control everything here because suddenly we need investors. This FDI would include malaysians as they are now foreign country.
5)    For a country to have strong currentcies it would need a large reserve and also economic infra and so on. Sarawak currently infra is still way behind. Economy would also need to rely on just fuel, that even may not be enough. How about food and manufacturing sector? We are also not able to sustain that thus need to import. With a weak currency is it viable?
6)    Infrastructral wise, telco company. Internet, roads, ports,airports. All this suddenly all need to be build this and maintain existing ones.
7)    Kuching was way behind pontianak years back, but since Sarawak join malaysia it has overtaken pontianak in terms of development and so on.
8)    Universities, currently Sarawak only have unimas, and 2 private overseas universities in Sarawak which was brought in by bn sarawak. 
Would this be able to sustain sarawakians education? Would the chinese independent school be able to sustain itself?? Dont even talk about UEC recognition but can it stay open just to give education???

9)    How many doctors are sarawakians and in how many fields, would they be able to run the hospitals?? Without army and polis personal from semenanjung and sabah would sarawakians be able to fill up all that empty place?? Would the army be able to keep sarawak safe from intruders??? Would they have the hardware needed?
10)   Without own national airlines would sarawak be able to build on its tourism sector? Would security suddenly become a concern and thus turn off tourist? Would the current tourism industry earn as much with lower currency value of new Sarawak currency??
11)   An independent Sarawak would just set Sarawak into an frozen time zone and turn it into a 3rd world country. Is this beneficial to sarawakians? Or are you sabotaging Sarawak??
12)   Isn't it easier to bring sarawak forward under malaysia? Isnt it more beneficial to sarawakians? Wont it be easier to just say no to semenanjung based political party?? Dap,pas,pkr included?? Hasnt bn sarawak always managed to protect sarawak?? This is the actual call of the cm of sarawak.
13)    If not for bn sarawak but if its under PR maybe even hudud would be implemented in sarawak. As pr sarawak has shown it dare not speak up againts its semenanjung masters. Dont forget PR held states are doing badly now. Dont be fooled by simple drama and sweet empty promises.
14)   Selangor has water issues, denggi issues, raise in license fee and quit rent. FDI drop.
Penang also has increased its water tariff 3 times, and soon the 4th time by another 16%. Parking collection till midnight, car clamping where you need to pay on the stop, if its towed you need to pay towing fee even. License fee up, quit rent up, rentals fees of stalls also up. 

Selling of states prime lands where 12% of 16% prime land have been sold off. But no land for chinese schools. Deficit budget, increased in administration cost.undersea tunnel issue.40 words ban.FDI drop from 1st to 7th. Hotel bed TAX. 1st islamic hospital soon even.




Friday, March 27, 2015

DAP Sarawak keluar Pakatan Rakyat, DAP Pusat termangu-mangu..

DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada Pakatan Rakyat berikutan keputusan PAS yang menetapkan pendirian dengan tegas untuk melaksanakan hudud di negeri Kelantan.

Agak pelik kerana DAP Pusat masih lagi bertarik tali akan bentuk tindakan terhadap PAS dalam Pakatan Rakyat, tetapi DAP Sarawak melalui pengerusinya, Chong Chieng Jen dilihat telah mendahului kepimpinan partinya sendiri.

Di sini apakah DAP pusat dengan DAP Sarawak adalah dua parti yang tidak sama?

Atau

Adakah DAP Sarawak bukan Pakatan Rakyat sementara DAP Pusat adalah gabungan Pakatan Rakyat?

Atau

Adakah ahli-ahli DAP Sarawak tidak tertakluk pada peraturan dan perlembagaan parti serta bebas membuat keputusan atas nama parti tanpa perlu merujuk kepada kepimpinan pusat?

Atau

Parti DAP memang jenis boleh ikut main suka-suka cakap, asal lawan tetap lawan dengan BN Sarawak?


Integriti parti adalah penting. Penting dilihat mempunyai susunan dalam kepimpinan. Kalau sebelah Utara kata 'kita' dalam Pakatan Rakyat, sebelah Timur sepatutnya kena ikut keputusan parti pusat. Ini seolah gabungan DAP-PR dianggap tidak sah di Sarawak sebaliknya digunapakai di Semenanjung Malaysia. Nampak seperti DAP ada dua parti yang berlainan ketua. Begini keadaannya jika jadi pemerintah kerajaan, robohlah Malaysia..

Kesimpulannya, DAP hanya alat untuk meraih undi bagi menentang BN di Sarawak. Ia bukan kerana prinsip atau atas dasar perjuangan parti yang dilaung-laungkan dan sudah tentu ia sama sekali bukan untuk perjuangan membela nasib masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Ubahlah sekarang!

-Sarawakianmarks


DAP Sarawak Keluar Pakatan Rakyat Sarawak


KUCHING, 27 Mac (Bernama) -- DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

"Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.

Chong, yang juga anggota Parlimen Kuching MP dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, berkata resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.

Sementara itu, PAS Sarawak berkata ia menghormati keputusan DAP Sarawak untuk keluar daripada PR Sarawak.

Ketua Penerangannya Andri Zulkarnaen Hamden berkata beliau hairan dengan tindakan DAP Sarawak yang disifatkannya drastik dan merugikan.

"DAP Sarawak tahu undang-undang serta pluralisasi pelbagai etnik Sarawak tidak memungkinkan hudud dilaksanakan di negeri ini," katanya.

Katanya PAS Sarawak menyokong penuh keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu. - Bernama

Saturday, March 21, 2015

Gambar Mogok Lapar demi Anwar Ibrahim

Fanatik Anwar sudah mula mengganas.. Bukan ganas apa, tapi ganas berlapar... Semua itu dilakukan demi Anwar yang sangat dipercayai.

Jangan lupa, setakat mogok lapar yang entah jujur entah tidak, ada orang yang lebih sanggup dipenjarakan demi Anwar satu ketika dulu. Cuba fikir di pihak mana beliau sekarang dan mengapa?



Demonstrasi ini dilakukan di perhentian bas, di luar kawasan penjara Sungai Buloh tempat Anwar menjalani hukuman. Banner memaparkan gambar Mahatma Gadhi, Aung San Suu Kyi, entah apa kaitan dengan Anwar tidak pula dinyatakan..

Difahamkan kumpulan '#kita bangkit kita lawan' yang dipimpin Chegu Sekar ini melakukan mogok bertujuan untuk memohon DYMM memanggil panel rayuan yang dikemukakan oleh keluarga Anwar secepat mungkin dan memohon KDN, pihak Penjara dan Peguam Negara membenarkan Anwar untuk menghadiri sidang Parlimen sementara menunggu pengampuan DYMM.

Rakaman video di bawah..



Beginilah yang kita lihat, seolah-olah memaksa DYMM untuk berbuat sesuatu yang hanya hak atas perkenan baginda sahaja dengan cara sedemikian. Bukankah ini agak keterlaluan?

Kenapa Anwar terlalu istimewa, sehingga Pakatan Pembangkang tidak sedikitpun berupaya untuk mencari penggantinya?

Beruntunglah Anwar jika permintaan mereka diperkenankan, di penjara pun dapat mengikuti sidang Parlimen kemudian yakin akan dibebaskan dengan mendesak DYMM YDP Agong, pada masa yang sama juga berjuang menjatuhkan kepimpinan kerajaan sedia ada.

Sungguh luar biasa. Tapi inilah demokrasi pembangkang di Malaysia..




Friday, March 20, 2015

Gambar yang sungguh mendukacitakan.. Ceramah solidariti untuk Anwar oleh Wan Azizah lengang!!

Gambar yang dirakam ketika Presiden PKR sedang memberikan sepatah dua kata. Keadaan cukup menyedihkan buat parti PKR yang sememangnya tunggu nak rebah. Tak boleh nak dibayangkan, Anwar tentu menangis dalam penjara jika tahu keadaan ini sekarang.

Rakyat sudah faham, perjuangan PKR tidak lebih hanya untuk kepentingan individu tertentu sahaja.

Mungkin ramai yang lebih seronok menyertai program PAS di Rusila malam tadi. Sementara DAP langsung tidak membantu baik PAS mahupun PKR ketika kedua parti itu memerlukan sokongan.

Dulu kata kerjasama erat bersama Pakatan Rakyat. Iyalah... kerjasama lah sangat..



Thursday, March 19, 2015

Selangor akan jadi Darul Sampah..

Selangor bakal berhadapan pelbagai masalah. Banyak masalah yang tidak selesai...Mungkin tidak akan selesai pun sampai bila-bila.

Sebelum ini kalut dengan masalah air. Pembinaan loji yang baru untuk menyelesaikan masalah bekalan air dicaturi handalan politikus-politikus Pakatan Rakyat. Hari ini lulus usul, besok boleh batal tanpa alasan yang logik.

Kemudian datang masalah denggi. Tahun 2015 ini saja 17 kematian dilaporkan media dengan peningkatan kes sebanyak 75 peratus.. Secara asasnya nyamuk aedes berpunca daripada pengurusan sampah yang tidak teratur. Masalah sampah yang tidak diselenggarakan dengan baik akan menyebabkan rakyat mengambil jalan mudah membuang sampah di sungai, di bawah pokok, di tempat lain sesuka hati..

Lori sampah PKR?

Sejak 2 tahun lepas macam-macam persoalan dilemparkan terhadap kerajaan negeri.. Pengurusan sampah kelam kabut, nak uruskan 20,000 tan sampah sehari tidak praktikal dibuat menggunakan lori jenis 1 tan dan kenderaan 4WD sahaja. Dulu PKR kata mereka beli 50 buah lori daripada China dengan kos RM14.5 juta. Mana hasilnya? sampah kian hari kian melambak...

Masalah penyelenggaraan jalan raya dan sampah antara isu yang menjadi perhatian Adun Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mac, 2015.

Sekarang kualiti jalan raya pula dipersoalkan secara terbuka. Bagaimanapun. masalah ini tentu akan menjadi perkara biasa. Ada masalah yang lebih besar perlu ditangani PKR - sekat ruang untuk BN merampas kembali Selangor..

Uruskan masalah rakyat bukan satu tugas mudah. Jadi MB yang prihatin tak semestinya kena turun longkang, selongkar lori sampah, sembur racun nyamuk lagi bagai..

Apapun, mungkin inilah yang dimahukan oleh pengundi PR di Selangor. Nak sangat perubahan, tak semestinya daripada buruk menjadi elok, boleh jadi juga daripada buruk menjadi teruk..

Cuba baca di sini..





Tuesday, March 17, 2015

Gempar! gambar perhimpunan solidariti untuk Nurul Izzah

PKR dengan lilin tidak boleh dipisahkan.. Asal sahaja ada perhimpunan untuk menunjukkan sokongan atau solidariti mesti ada lilin.

Gambar diambil semasa perhimpunan yang dibuat oleh penyokong PKR di depan lokap tempat Nurul Izzah direman malam tadi. Nurul Izzah sebelum ini ditahan di bawah akta hasutan.

Penahanan Nurul itu bagaimanapun telah mencetuskan kemarahan seramai 500 orang penyokong PKR dari seluruh Malaysia sehingga membuatkan BN dalam dilemma.

Akhirnya rakyat turut sama diheret ke dalam masalah anak beranak yang tidak henti-henti mempolitikkan semua isu untuk melepaskan diri.

Antara yang kelihatan hadir ialah presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, MB Selangor Azmin Ali dan beberapa ahli politik PKR lain.


500 sertai nyalaan lilin sokong Nurul Izzah

500 orang penyokong menyertai nyalaan lilin di luar balai polis Jinjang malam ini sebagai tanda sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditahan di lokap balai itu.

Mereka membawa plakad yang bertulis "Bebaskan Nurul Izzah", "Solidariti Bersama Nurul Izzah" dan "Kita Lawan".

Turut kedengaran ialah laungan kuat "bebas Nurul", "hidup Nurul" dan "Puteri Reformasi".

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba pada jam 9.30 malam dan meluahkan perasaan sedihnya kepada para penyokong yang hadir

"Memang sedih anak diperlakukan sebegitu. Apa salah dia, dia cuma menyuarakan suara hati rakyat.

"Kezaliman tidak akan berkekalan,  kita akan kuat dan bersemangat untuk membela rakyat.

"Mungkin malam ini anak saya... tapi percayalah semangat yang ada pada kita akan lawan kezaliman sehabisnya," kata Azizah dalam ucapannya.

Wan Azizah seterusnya membimbing para penyokong melaungkan "lawan tetap lawan, lawan sampai malam".

Adik Nurul Izzah dan anak perempuan keempat Anwar, Nurul ilham turut hadir.

"Biar mereka menahan satu Nurul tapi mereka kena tahu, ada empat Nurul akan terus melawan," laung Nurul Ilham, disambut tepukan para penyokong.

Nurul Ilham berkata, penahanan kakaknya membuatnya sedar bahawa setiap perjuangan mesti ada pengorbanan.

Himpunan turut dihiburkan dengan lagu-lagu gubahan penyanyi muda seperti lagu "suara rakyat", "asal bukan Umno" dan lagu sindiran terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Pemuda DAP,Teo Kok Seong yang dibebaskan semalam dan turut hadir dalam himpunan malam ini berkata beliau dapat merasai sendiri perasaan apabila dimasuk dalam lokap.

"Kita mahu Nurul dibebaskan segera," katanya.

MP PAS Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap berkata sebagai ahli Parlimen sepatutnya ada "imuniti" atau kekebalan.

Beliau kesal kerana mendakwa hak ahli Parlimen untuk bersuara dalam Dewan Rakyat telah dicabul dengan penahanan Nurul Izzah.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack turut muncul dalam himpunan dan melaungkan "kita mesti lawan balik".

"Kita telah bersama-sama dalam isu Lynas, sekarang kita bersama sekali lagi untuk menentang kezaliman," katanya. - Malaysiakini

Thursday, March 12, 2015

Panas! Terjemahan video Ketua Publisiti DAP yang gelar BN anjing..

Kata orang dia mempunyai pendidikan tinggi.. Ada PhD dengan CGPA 4. Dapat jawatan bagus dalam politik, kemudian diangkat menjadi seorang pemimpin. Kononnya dia dipandang mulia oleh penyokong DAP malangnya akhlak dia tidak lebih daripada seorang budak liar yang baru nak kenal dunia..


Inilah kualiti seorang pemimpin pembangkang yang ada dalam parti di Malaysia. Hari ini kamu gelar orang lain yang tak sealiran politik kamu dengan panggilan 'anjing'.. Andaikata kamu jadi pemimpin dalam kerajaan kamu, kamu nak panggil orang yang kamu tak suka dengan apa?

Kamu ajak orang buat rally #lawantetaplawan kumpul beramai-ramai depan SOGO untuk menyusahkan rakyat. Apa kena mengena rally 307 ini dengan BN makan daging dan Parti kamu pula makan sayur? Atau sebenarnya berjuang untuk orang yang sudah banyak kali 'makan sedap'?

Video 'terbaik' seorang pemimpin DAP tersohor bernama Hew Kuan Yau @ Suparman. Mungkin kerana sudah kebiasaan, cakap-cakap seperti ini tidak lagi menjadi hal baginya. Memang sesuailah dia dapat title PhD (Permanent head Damage)

Nilailah sendiri...





Monday, March 9, 2015

Gambar-gambar berikut menjadi saksi penyokong PR sudah hilang waras

Nampak sangat sudah terdesak tahap kronik.. Semenjak Anwar masuk penjara, penyokong-penyokong PKR seakan tidak mampu berfikir dengan waras sehingga menaikkan gambar Tun Mahatir sebagai pengganti untuk menjadi Ketua Pembangkang. Entah apa rasionalnya..

Dulu bukan main lagi kutuk sampai gelar 'mahafiraun'. Sekarang 'mahafiraun' juga yang mereka mahu sebagai pengganti Anwar.

Apa sudah jadi sebenarnya..? kenapa tidak pilih Tuan Guru Hadi Awang, Mat Sabu, Guan Eng, Kit Siang, Gobind Singh, Wan Azizah, Nurul Izzah atau Azmin sendiri sebagai Ketua Pembangkang?

Nampak sangat mereka nak melaga-lagakan Najib-Tun Mahathir. Ataupun ia petanda bahawa PR memang sudah tiada lagi pemimpin yang boleh dipercayai...?








Saturday, March 7, 2015

Gambar suram ceramah Solidariti Bersama Anwar di Taman Dato Senu

Ceramah solidariti untuk Anwar bersama Tian Chua dan pemimpin PKR lain pada malam tadi. Tidak kelihatan seorang pun kelibat orang PAS bersama mereka. Kini kita melihat kekuatan PKR melalui kehadiran penyokongnya.. LIVE...

Semakin lama parti ini semakin tenggelam.. akhirnya PKR tinggal pemimpinnya saja. 

Suasana dingin, suram dan bosan menyelubungi mereka yang hadir...

Krik.. krik.. krik.. krik......




Friday, December 5, 2014

Rakaman Encik Anwar cuba berdalih Kenyataan Sokong Israel

Terbaik dari KJ..


Kenyataan Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal (WSJ) tentang isu Israel sebagai 'menakjubkan'...sebab daripada situ, kita seolah-olahnya mengiktiraf penjajahan Israel terhadap Palestin dan memandang bahawa Israel dan Palestin mempunyai hak yang sama ke atas bumi Palestin.

Dan menafikan hak rakyat Palestin dalam memperjuangkan pembebasan sepenuhnya terhadap bumi Palestin. Sedangkan penjuangan membebaskan bumi Palestin adalah satu perjuangan yang sah di sisi Islam dan undang-undang antarabangsa,

Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata;

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians"

Maksudnya;

Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin".
.
'Two state solution' merupakan gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat, di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.




KUALA LUMPUR 13 Mac -- Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri' apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja.

Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians".

"Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.

"Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.

Berdasarkan laporan WSJ mengenai temu ramah dengan Anwar dalam laman webnya berbunyi: "Dalam temu ramah Anwar menjawab kepada soalan sama ada beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel dengan menyatakan 'sokongannya' untuk 'usaha melindungi keselamatan negara Israel' manakala pada masa yang sama menyokong 'hak sah rakyat Palestin'.

Beliau berhenti sejenak dan berkata akan menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara dan berkata sebarang perubahan status quo akan kekal bergantung kepada Israel mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin."

Pertanyaan Khairy itu menyebabkan persidangan dewan yang tenang bertukar kecoh apabila kedua-dua Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah.

Anwar walaupun nampak tenang menghadapi 'pukulan' itu, cuba membuat serangan balas dengan melontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada Khairy.

"Inilah Ketua Pemuda yang boleh berniaga dengan Israel, yang boleh berkawan dengan tokoh-tokoh Yahudi, yang boleh pertahan Apco, yang boleh sokong Perdana Menteri tulis surat kepada Perdana Menteri Israel," katanya yang enggan memberi laluan seterusnya kepada Khairy untuk berhujah.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta masing-masing bertenang dan duduk.

Terdahulu, Anwar dalam hujahnya mendakwa media kerajaan digunakan untuk menyebarkan fitnah terhadapnya dengan menyentuh pelbagai isu termasuk isu Israel dan kenyataan kontroversinya dalam temubual dengan BBC mengenai isu undang-undang homoseksual.

Perkauman! Antara nyamuk dengan DAP, mana patut dipukul dulu?



Apa-apa isu pun yang diketengahkan oleh kiasu DAP mesti dikaitkan dengan perkauman. Sikit-sikit perkauman. Inilah sentimen yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat terhadap umno sejak PAS mula bergabung dalam Pakatan Rakyat pada tahun 2008.

Video menunjukkan ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim sedang membahaskan masalah nyamuk Aedes ketika di dewan rakyat. Katanya, nyamuk mempunyai 'semangat lebih bagus' kerana menggigit mangsa tidak mengira kaum.

Mungkin dek kerana mengamalkan semangat nyamuk itulah maka DAP menjadi begitu tamak mahukan jawatan speaker dan timbalan speaker DUN negeri Selangor.. Habis semua rakan-rakan digigitnya tanpa mengira pendapat dan perasaan mereka. Jadi, memang wajarlah nyamuk itu dibunuh selagi kelihatan kelibatnya di mana-mana.

Sudah-sudahlah DAP. Usah main sentimen perkauman, buktikan apa sumbangan DAP terhadap rakyat pelbagai kaum terutama melayu/bumiputera selama ini. Apa buktinya DAP itu lebih relevan berbanding umno yang sudah lebih 50 tahun diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah negara.

Penulis cukup yakin, seandainya perkataan 'perkauman/rasis' dimasukkan ke dalam Akta Hasutan 1948, DAP sudah tentu akan tersungkur menjilat PAS... Itulah saja yang kita lihat modal mereka untuk meraih undi demi survival parti mereka.



Wednesday, December 3, 2014

DAP tidak lagi gentar cabar PAS, PKR dan UMNO

Wajah DAP sebenar... Mereka belum lagi menguasai Malaysia, tetapi lihatlah bagaimana mereka mahu menguasai sepenuhnya kerajaan negeri Selangor.

Jawatan Speaker DUN Selangor sudah dipegang DAP iaitu Hannah Yeoh. Bagaimanapun DAP tetap mahukan jawatan Timbalan Speaker juga. Tak dapat jawatan melalui proses undian, mereka mendesak agar diwujudkan satu lagi jawatan timbalan Speaker ke-2 untuk mengukuhkan penguasaan mereka.

Inilah demokrasi parti dominan. Inilah keadilan cara mereka..





Tuesday, December 2, 2014

Bangang! Demo yang memalukan terpalit ke muka sendiri...

Tian Chua bersama NGO dilihat mengadakan protes dengan kain rentang bertulis 'DICTATOR NOT WELCOME' bagi membantah kedatangan Perdana Menteri Thailand ke Malaysia. Antara NGO yang disebutkan turut bersama dalam protes itu ialah Suara Anak Haram dan Parti Sosialis Malaysia.



Inilah gelagat paling bangang di dunia dan memalukan rakyat Malaysia. Sibuk nak campurtangan urusan politik negara orang, walhal pemimpin mereka sendiri itu adalah kepala dictator nombor satu di Malaysia. Mana pernah kita dengar dalam mana-mana negara berdemokrasi, seorang ketua parti pecat menteri besarnya kemudian paksa ahli dan kawan sepakatan lantik bini sendiri sebagai pengganti? Benda macam ini hanya berlaku di Malaysia saja...

Anwar merancang mengadakan kunjungan ke Bangkok untuk Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) pada 3 Disember 2014. Bagaimanapun atas sebab tertentu, difahamkan ia telah dibatalkan.

Nasihat kita kepada rakyat Thailand kalau mereka tahu, suruh mereka pula buat demo seperti ini kalau-kalau Anwar jadi pergi ke Bangkok. Tak perlu ramai orang, memadai sekadar 5-6 orang saja tapi syaratnya kena pang pung kuat-kuat dalam media sosial, kerana itu cara mereka nak malukan orang lain.

Sewaktu Obama datang ke Malaysia, puak ini juga yang buat kacau, kemudian PM Thailand. Bendera Jepun pun pernah dibakar oleh mereka.. kecoh!

Singapura yang terang-terang amalkan dictator dalam demokrasinya kenapa tak pernah diprotes?

NGO bantah lawatan PM 'haram' Thai