Saturday, October 25, 2014

Himpunan Anwar di Jalanan - Elaun paling gila untuk peserta!

Menarik!!!! Kali ini, majoriti rakyat tak kira parti pun akan ikut berkumpul.. Tutup mata, tutup politik, ambil duit dulu.. Dan jangan lupa.. Ingat pesan PKR, ambil duit pihak lawan tapi sokong tetap sokong pihak kita.

Bagaimana caranya untuk dapatkan elaun RM200 ini? Di mana tempat berkumpul? Pukul berapa? kayu kena bawa atau tak? cangkul? lesung? molotop koktel? :D

Cadangan terdesak PKR buat kali terakhir, hidup mati karier politik seorang ketum yang tengah menggelupur keresahan...

Di bawah hanyalah pandangan peribadi Perak Today, khabar angin dari sumber tertentu dan perkara yang diramalkan akan berlaku...


Ucapan ‘berserah takdir dan pasrah situasi’ yang diungkapkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan penyokongnya di Ipoh, malam semalam nampaknya bukan lagi perkara asing yang didengar penyokongnya sejak kebelakangan ini.

Ini kerana pada 28 dan 29 Oktober nanti, keputusan rayuan Anwar bagi mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan Liwat II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambah hukuman itu akan diumumkan.

Pada tanggal 7 Mac 2014, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Justeru, Anwar tiada pilihan hingga sanggup turun padang dari satu negeri ke negeri yang lain untuk menagih simpati para penyokong untuk menyertai himpunan ‘Rakyat Hakim Negara’ yang dianjurkan bagi mendapatkan solidariti terhadap dirinya dalam kes liwat II.

Hakikatnya, sebelum Anwar tiba di majlis itu lagi, sudah terdengar cakap kurang enak di kalangan beberapa ketua cabang PKR di Perak yang mengakui sokongan anak muda terhadap Ketua Umum itu jatuh merudum.

Isu pemilihan PKR dan pelantikan Menteri Besar Selangor dikaitkan dengan kejatuhan populariti Anwar dan parti sejak kebelakangan ini.

Dalam satu mesyuarat tertutup yang dijalankan sebelum itu, jentera parti pada asalnya mahu menyediakan 10 buah bas untuk membawa penyokong untuk himpunan Rakyat Hakim Negara di Istana Kehakiman pada 28 dan 29 Oktober nanti.

Namun, beberapa pemimpin peringkat cabang bingkas menjelaskan buat masa ini, penyokong terutamanya generasi muda sudah hilang ‘mood’ terhadap Anwar dan PKR.

Malah tauke bas yang hadir sama menjelaskan jika 10 buah bas disediakan untuk penyokong dari Ipoh, beliau khuatir hanya 10 orang saja yang akan naik bas tersebut.

Justeru, mesyuarat akhirnya mencadangkan 10 bas yang sepatutnya membawa penyokong dari kawasan Ipoh dipecahkan kepada empat cabang lain di Perak.

Di sini, jelas dan nyata sekali penyokong parti sendiri sudah hilang keyakinan terhadap Anwar malah cadangan elaun RM100 yang dipersetujui para peringkat awal diminta ditambah menjadi RM200 seorang.

Kelibat Anwar yang tiba lewat di majlis tersebut juga mengundang rasa tidak senang di kalangan para penyokong yang terpaksa menunggunya selama lebih dua jam.

Namun, jelas dari gaya dan nada ucapannya, Anwar seolah-olah cuma menyampaikan amanat terakhir kepada penyokong dengan meminta ahli meneruskan agenda menguatkan parti jika keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya kelak.

– Salleh Harisnuri

* Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Perak Today.

No comments:

Post a Comment