Sunday, October 5, 2014

Yaman sudah jatuh ke tangan Syiah, kerajaan bawa keluar rakyat Malaysia bermula esok



Ketika dunia asyik dengan agenda Barat memerangi kumpulan Negara Islam di Syria dan Iraq... Yaman, negara di pinggir Barat Daya Semenanjung Tanah Arab  dan bersempadan dengan Arab Saudi jatuh ke tangan pemberontak Syiah.

Agensi-agensi berita dunia baru melaporkan perkara tersebut setelah lebih 24 jam kejadian.

Dipercayai kejatuhan Sanaa berlaku dengan cepat berikutan tentera Yaman meninggalkan kem-kem mereka dan menukar uniform kepada pakaian awam.

Agensi berita dunia AP misalnya melaporkan, pemberontak Syi'ah Houti menguasai sepenuhnya bangunan-bangunan kerajaan, membuat sekatan jalan selepas merampas kuasa.

"Mereka melaungkan slogan mati Amerika dan mati Israel, menyumpah Yahudi dan melaungkan kejayaan Islam, - slogan popular di Iran dan kumpulan pejuang Hezbollah," lapor AP.

Lebih membimbangkan adalah pemberontah Syiah anti Amerika itu menguasai lapangan terbang dan bangunan kementerian pertahanan Yaman.

Koresponden Al Arabiya News Channel di Yaman melaporkan  bahwa pemberontak Syi'ah Houthi menguasai semua pos strategik, termasuk kes tentera dan balai berita.

Rakyat Malaysia kebanyakkan pelajar di Universiti Al Iman yang merupakan musuh utama pemberontak Syiah.

Mengambil kira semua itu, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar memutuskan untuk membawa keluar rakyat Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan di Yaman mulai Isnin.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan Ahad berkata, kedutaan Malaysia di ibu negara Yaman iaitu Sana?a telah menyediakan penginapan sementara kepada 449 rakyat Malaysia sejak 19 September lalu.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk membawa rakyat Malaysia pulang dengan secepat mungkin, kumpulan pertama dijangka bertolak dari Sana'a ke tanahair pada 6 Oktober.

"Pihak kedutaan akan terus menyediakan bantuan kepada semua rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman sehingga mereka selamat pulang ke tanah air," kata kenyataan yang dikeluarkan Ahad.

September lalu, Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) melahirkan kebimbangan terhadap pergolakan dan ketidakstabilan yang mulai berlaku di Yaman.

Menurut laporkan AFMY serangan dan pertempuran di antara askar dan puak pemberontak Syiah Houthi di Universiti Al-Iman, Sana'a memberikan isyarat bahawa krisis ini semakin merebak jika tiada penyelesaian segera.

Yaman merupakan sebuah negara republik yang terletak di pinggir Barat Daya Semenanjung Tanah Arab (Barat Daya Benua Asia). Ianya juga bersempadan dengan Arab Saudi di sebelah utara Laut Arab (jarak 1,458 km) dan Teluk Aden di selatan, Oman di sebelah timur, (288 km) dan Laut Merah di sebelah barat dan mempunyai anggaran populasi penduduk sebanyak kira-kira 13 juta orang.

Teruskan membaca artikel ini di http://www.agendadaily.com/Berita-Terkini/perang-saudara-kerajaan-bawa-keluar-rakyat-malaysia-dari-yaman-bermula-isnin.html

No comments:

Post a Comment