Wednesday, October 15, 2014

Kampung Melayu Pulau Pinang tergadai, amaran maut untuk Bumiputra Sarawak !!!

Senyuman Melayu sebelum terkena penangan muslihat DAP

Kampung Melayu di Pulau Pinang sudah tergadai.. DAP berkuasa, rakyat hilang kampung. Dijangka 10 tahun akan datang, tidak ada lagi kawasan yang tinggal bernama 'kampung' di negeri itu.

Rujuk berita rasmi di bawah;

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141014/dn_01/Lagi-kampung-Melayu-bakal-hilang

Antara yang menjadi mangsa sebelum ini ialah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Tengah, Kampung Genting, Kampung Permatang Tepi Laut, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Rawa, Kampung Rawana dan banyak lagi.. Terbaru menjadi mangsa ialah Kampung Mutiara.

Itu tidak termasuk kampung Buah Pala, Jelutong, Sungai Nibong, Gelugor dan Bayan Lepas..

Inilah kejayaan hasil keberkesanan kempen INI KALI LAH, UBAH anjuran DAP

Pulau Pinang akan dijadikan Kota Metropolitan hanya untuk golongan kaya dan mewah. Jadi usahlah bermimpi menyangka projek mega seperti terowong bawah laut dibuat untuk kemudahan orang-orang kampung Melayu di Pulau Pinang.

Maaf, realitinya apa-apa sahaja pembangunan struktur yang dibuat DAP bukan untuk orang Melayu yang hidup di kampung-kampung. Setiap tahun, ada sahaja kampung yang tergadai ke tangan pemaju projek perumahan.

Slogan UBAH, INI KALI LAH benar-benar mengubah pemilikan tanah penduduk kampung 


Cara DAP mudah. Beri sedikit sumbangan, kemudian raih sokongan.. Bila dah dapat undi dan diberi berkuasa, mereka menentukan siapa kekal dan siapa kena keluar..  Itulah yang kita lihat di Pulau Pinang pada hari ini.


Sarawak sasaran DAP selepas Pulau Pinang

Di Sarawak belum lagi kedengaran DAP merampas tanah Bumiputra.

DAP belum lagi berkuasa dan sedang menanti peluang dalam setiap pilihanraya. Lebih menarik, Sarawak mempunyai hak autonomi yang tidak dikuasai Kerajaan Pusat sepertimana negeri-negeri lain di Tanah Semenanjung juga tiada Undang-Undang Tubuh di bawah naungan Sultan. Sesiapa pun boleh menjadi Ketua Menteri jika mendapat mandat rakyat.

Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai kuasa ke atas tanah-tanah pribumi yang diwartakan selepas tahun 1958. Turut sama tersenarai ialah tanah yang tidak diterokai, biasanya dinamakan tanah kerajaan. Dengan saiz negeri yang hampir menyamai seluruh semenanjung, DAP sudah tentu mampu mewujudkan sebuah negara mereka sendiri.

Burung Kenyalang menjadi ikon kempen DAP Pulau Pinang.
Semuanya adalah simbol yang membawa makna tersembunyi kepada cita-cita DAP di Sarawak
 


Tanah NCR Sarawak dianggap berisiko lantaran tiada geran seperti status tanah persendirian yang lain. Bukti pemilikan biasanya direkodkan melalui peta dan didokumentasikan oleh pejabat daerah. Kawasan sempadan pemilikan tanah pula diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Tanah dan Survei.

Kebanyakan rakyat Sarawak mempunyai aset tanah tetapi disebabkan pengeluaran geran tanah dikawal kerajaan pemerintah, pihak-pihak daripada luar tidak dapat sewenang-wenangnya mengambil alih tanah untuk kegiatan ekonomi dan kepentingan sendiri. Dominasi tanah oleh satu pihak banyak berlaku di Semenanjung sehingga ada dijadikan pelaburan untuk dijual kepada syarikat pemaju.

Bagaimana jika DAP menjadi Kerajaan Negeri Sarawak?

Contoh yang berlaku di Pulau Pinang sekarang telah didahulukan dengan bantuan-bantuan DAP termasuk dijanjikan segala macam janji-janji manis bagi meraih kepercayaan penduduk tempatan untuk memilih wakil mereka sebagai pemimpin. Strategi sama diperkenalkan kepada Sarawak.

Satu contoh, Projek Impian Sarawak yang merupakan 'umpan beracun' kini giat masuk ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang. Kempen ini kononnya menunjukkan keprihatinan DAP terhadap masalah yang dihadapi masyarakat pedalaman khususnya kaum Dayak berjaya menipu semua macai pakatan di seluruh Malaysia.

DAP sanggup berbuat apa saja untuk dapatkan undi Bumiputra. Kempen Sarawak for Change dipromosikan sehingga ke hujung kampung masyarakat Dayak di Sarawak.

Ahli muda mudi DAP yang tidak pernah masuk hutan, dengan pakaian berjenama, kulit bersih dan gebu, kuku kaki dan tangan yang berkilat, dihantar untuk meredah hutan, masuk ke satu kampung ke kampung lain, rela bernyamuk, bermalam malah makan bersama penduduk di rumah panjang - sesuatu yang janggal dan tidak sanggup ditempuhi melainkan dengan niat untuk kelansungan politik semata-mata.. mereka menggali tanah, menanam paip untuk saluran air, membuat jalan untuk penduduk tempatan dan banyak lagi perbuatan-perbuatan aneh mereka ini dengan lakonan menghiburkan, hanya dapat disaksikan di Sarawak sahaja..

Sampai begini tahap kesungguhan DAP demi untuk meraih sokongan rakyat Sarawak. Ramai juga orang Dayak yang mula lembut hati dan menampakkan sokongan. Baik sungguh DAP ini.... Sudahnya, kerja terpaksa diselesaikan sendiri oleh penduduk setempat, duit terpaksa keluar lagi untuk menmpung kos. DAP dapat nama kerana memulakan projek dengan sumbangan yang sedikit. Memang 'Briliant!

Bagaimanapun rakyat Sarawak sedar, DAP sama sekali tidak berminat hendak menaikkan taraf hidup warga Bumiputra. Mereka mahukan hak samarata yang dinikmati Bumiputra bukan hak samarata dalam perniagaan dan pendidikan.




Pilihanraya DUN Sarawak yang datang akan menjadi penentu kekukuhan pembangkang apabila berbagai sentimen dimainkan di negeri ini contohnya Sentimen Anti-UMNO di Sarawak, Sabah Sarawak Keluar Malaysia, Anti-Malaya, Sarawak for Sarawakian, isu Bible, isu nama Allah, isu hak Melayu semuanya dijadikan bahan propaganda politik oleh DAP dan Pakatan Rakyat.

Agak menarik kerana semuanya dijadikan trend politik sekarang seolah-olah ia satu persediaan bagi menghadapi PRN-11 kelak.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah satu teladan yang harus diambil perhatian, itulah yang akan berlaku kepada masyarakat bumiputra di Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Bolehkah rakyat Bumiputra Sarawak menerima penghijrahan besar-besaran warga luar terutama daripada Pulau Pinang dan Selangor, kemudian mereka pula berpeluang untuk memiliki serta mendominasi tanah-tanah di Sarawak dengan kebenaran kerajaan kepimpinan DAP?

Itulah bencana besar yang masyarakat Bumiputra sekali-kali tidak akan terima selagi hayat dikandung badan.

Itulah juga perasaan masyarakat Melayu di Pulau Pinang pada satu ketika dulu sebelum DAP mengambil-alih kuasa sebagai kerajaan negeri.

Lihatlah nasib mereka sekarang...




5 comments:

  1. "Salah pangkah kot"?

    ReplyDelete
  2. hati2 senyuman skill NICE..

    Nice enggang, Nice FB face MP didalam hati mereka penuh Najis..

    Seperti KHINZIR mereka membaham apa sahaja termasuk RAKAN Sendiri Walaupun sudah Kenyang.

    ReplyDelete
  3. Bukan saja bukan Bumi dr P.Pinang dan Selangor akan dibawa berhijrah ke Sarawak bahkan kaum sejenis yg berlebihan dr Taiwan dan Spork akan membeli tanah di Sarawak.Putih mata bumiputera.

    ReplyDelete
  4. Pulau Pinang dah semakin sesak.. Salah satu impian DAP ialah nak keluarkan PP dan jadikan Singapura ke 2. Kemudian tubuh parti baru, sepupu sepapat dengan PAP, DAP boleh dinamakan parti SAP (Separatis Action Parti) kalau terbalikkan nama tu jadi PAS (Parti Aslam Semalaysia) hehehe...

    ReplyDelete
  5. Berhati-hatilah dgn agenda DAP. Kerana termakan hasutan, kita berpecah belah. Contoh terpampang didepan mata (Singapura), bumiputranya tiada negeri utk diwariskan kpd anak-cucu.

    ReplyDelete