Saturday, April 9, 2016

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching dilarang masuk Sarawak


Banned from entering Sarawak  
Seorang lagi ahli politik daripada Semenanjung dihalang daripada memasuki Sarawak. Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching menjadi ahli politik parti pembangkang terbaru dalam senarai yang dihalang ke Sarawak.

Beliau dihantar pulang ke Kuala Lumpur sejurus tiba di Lapangan Terbang Bintulu dalam penerbangan sama dengan Ahli Parlimen DAP Rasah, Teo Kok Seong.

Menurut Kok Seong, mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 5.10 Jumaat petang.

“Sebaik sahaja tiba di Bintulu sekitar jam 7.45 malam, saya menyedari bahawa dia tidak berada di kaunter imigresen, jadi saya anggap dia sudah melepasinya.

“Saya kemudian bertemu wakil rakyat tempatan dan Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chin Sing. Kami menunggunya di lapangan terbang. Saya menghantar mesej kepadanya, tetapi tidak sampai.

“Tidak lama selepas itu, saya mendapat mesej teks daripada Nie Ching menyatakan bahawa dia berada di pejabat imigresen dan pegawai-pegawai mahu berjumpa saya,” katanya menambah bahawa beliau bergegas ke pejabat imigresen di lapangan terbang namun dimaklumkan bahawa Nie Ching telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur melalui penerbangan jam 8 malam.

“Saya juga diberitahu bahawa namanya telah disenarai hitam. Entah bagaimana pada kali ini, saya dibenarkan (ke Sarawak),” katanya.

Nie Ching adalah antara beberapa anggota parti pembangkang yang disenarai hitamkan daripada memasuki Sarawak antaranya R. Sivarasa, Mohamad Sabu dan Tony Pua.

Beliau sebelum ini juga dikritik kerana memuatnaik video youtube mempersendakan Perdana Menteri serta memperlekehkan orang lain dalam video sambutan tahun baru cina.

1 comment:

  1. Syabas orang Sarawak! Jangan biarkan parasit2 cinapek rasis masuk Sarawak. Cukup2 lah kami di Semenanjung yang menanggung parasit2 rasis cilaka dari DAP!

    ReplyDelete