Wednesday, April 6, 2016

Warga tempatan pampang banner mahu calon anak jati tempatan di DUN Muara Tuang

Kami Mahu Calon Anak Jati Tempatan - DUN Muara Tuang




Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding mewakili Barisan Nasional Sarawak pada hari ini.

Sebelum ini, Adenan telah mengumumkan calon di beberapa tempat yang akan bertanding pada piliharaya negeri tidak lama lagi.

Namun terdapat kawasan yang menginginkan Adenan ambil perhatian tentang permintaan mereka.


Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang kini masih menjadi teka teki tentang siapa yang akan menjadi calon apabila penyandang sebelumnya iaitu Datuk Ali Mahmud telah berpindah ke kawasan baru iaitu DUN Stakan.

Kekosongan DUN Muara Tuang membuka peluang kepada calon yang berkelayakan untuk mengisi kerusi tersebut. Berbagai pendapat mula berlegar dan menjadi perbualan hangat masyarakat di Muara Tuang.

Yang paling ketara adalah permintaan mereka untuk calon Muara Tuang kali ini mesti terdiri daripada calon anak jati tempatan. Kain rentang yang tertulis dengan ayat ' Kami Mahu Calon Anak Jadi Tempatan' mula terdapat dipinggir jalan Kota Samarahan.

Ternyata penduduk DUN Muara Tuang mula bersuara dan inginkan calon mereka adalah anak tempatan. Hal sebegini memberi mesej yang dituju kepada Adenan untuk mempertimbangkan permintaan mereka.

Namun Adenan mempunyai kebijaksanaan untuk memilih calon yang berwibawa dan mampu mendapat kemenangan. Tanpa mengira siapa calon walaupun anak jati atau luar.

Calon kali ini adalah calon yang sepasukan dengan Adenan untuk melaksanakan tugas serta pembangunan luar bandar dengan lebih efisyen lagi.

Inilah cara Adenan yang lebih mementingkan kemenangan yang besar untuk menjayakan segala agenda yang berkepentingan untuk rakyat kawasan serta calon yang mampu menggalas tugas dengan lebih dedikasi serta bekerja keras selari dengan dasar mensejahterakan luar bandar yang menjadi prinsip beliau.

Justeru beliau meminta mandat yang besar kepada kerajaan negeri dan ingin berkhidmat lima tahun lagi untuk rakyat khasnya. - Sarawakiana

No comments:

Post a Comment