Thursday, April 28, 2016

Fitnah Hospital Sri Aman modal Pembangkang yang terdesak


Menjelang Pilihanraya Negeri ke 11 (PRN11) Negeri Sarawak, pihak Pembangkang telah mula menyebarkan foto Papan Tanda Fasa 1 Kerja Rawatan Tanah tahun 2012 yang kini telah dirobohkan.

Sedangkan pembinaan Hospital Sri Aman telah melalui ke Fasa 2 iaitu proses Pembinaan Hospital Sri Aman yang dijangka tamat kontrak pada 2018

Menurut Dato' Hasnul Mohamad Salleh, TKPKR Sektor Bangunan menyatakan tarikh milik tanah Hospital Sri Aman ialah pada 26.10.15 dan  kontrak pembinaan bakal tamat pada 25.10.18.

“ Buat masa ini di tapak berkenaan sedang di buat kerja kerja test piling. Papan tanda yg ditunjukkan dalam aduan adalah papan tanda lama. Saya telah arahkan CKK untuk membuang papan tanda lama itu. Untuk makluman papan tanda yg lama sebenarnya  untuk fasa 1 earthwork. Dimaklumkan oleh CKK bahawa papan tanda fasa 2 kerja bangunan sudah mula dinaikkan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan yang pihak CKK sedang menyediakan maklumat lengkap beserta gambar gambar sebagai makluman dan pelaporan kepada umum.

“Buat masa ini pihak kontraktor sedang menyediakan pejabat tapak dengan  mematuhi ciri ciri keselamatan DOSH, local authority dan JKR Standards. Pihak JKR akan memantau dengan rapi kemajuan kerja  kontraktor,” tambah beliau.

Menurutnya, kemajuan sekarang adalah 3% berbanding jadual 8% . Semua ujian piling telah disiapkan pada akhir Februari 2016. Kerja kerja piling sebenar untuk membina bangunan telah bermula pada bulan Mac 2016.

Beliau juga berharap agar masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Sarawak tidak terperdaya dengan mainan fitnah yang menyatakan pembinaan Hospital ini terbengkalai sedangkan ia masih dalam proses pembinaan agar bangunan yang dapat dihasilkan kukuh dan manfaat kepada masyrakat.

 
 
 
 
 
 
 


http://www.barisannasional.org.my/news/pembinaan-hospital-sri-aman-modal-fitnah-pembangkang

No comments:

Post a Comment