Majlis Pelancaran Pembinaan Jalan Empat Lorong Dari E Mart Matang ke Stapok/Batu Kawa Kuching, Sarawak telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri di Matang Jaya petang tadi.
Pembinaan jalanraya 4 lorong, 2 hala ini menggunakan piawaian jalan JKR u5 bermula daripada bulatan sedia ada di E Mart, menghubung kembali ke pusat Bandaraya Kuching melalui Jalan Stapok dengan jumlah panjang jalan sejauh kira-kira 4.4 kilometer.
Projek yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM120 Juta ini dijangka siap pada penghujung 2017. JKR telah diberikan tanggungjawab untuk memantau perlaksanaan projek ini.
Sementara itu, pembinaan jambatan kedua daripada Petra Jaya ke Kuching melalui Stapok akan dibina bagi tujuan laluan ini dan mempunyai panjang 310 meter.
Ilustrasi seperti di bawah,
Tujuan utama projek ini adalah untuk menampung peningkatan jumlah trafik yang semakin pesat di Bandaraya Kuching dan menyediakan akses aliran trafik yang lebih lancar terutama di Matang Jaya, Petra Jaya dan kawasan sekitar yang semakin sesak terutama pada waktu puncak ketika musim persekolahan.
Jalan 4 lorong ini akan menjadi laluan alternatif bagi para pengguna mengurangkan kesesakan untuk ke pusat Bandaraya. Ia juga akan menjadi penghubung utama bagi penduduk daripada Batu Kawa untuk ke MetroCity, bandar satelit utama di Petra Jaya.
Antara yang turut hadir bersama Ketua Menteri Sarawak ialah,
- ADUN N6 Tupong - YB Datuk Daud Abd Rahman,
- Ahli Parlimen Petra Jaya merangkap Menteri Kerja Raya - YB Datuk Hj Fadillah Yusof,
- ADUN N7 Samariang - Hajah Sharifah Hasidah,
- Menteri Kemajuan Tanah Sarawak - Dato Sri Michael Manyin anak Jawong,
- Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak - Datuk Dr Stephen Rundi anak Utom,
- Menteri Muda Kemudahan Awam Sarawak - Datuk Haji Md Yahaya Bin Basimin Setiausaha Persekutuan Sarawak.dan
- Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing.
Di bawah adalah gambar-gambar perasmian yang diambil petang tadi.
No comments:
Post a Comment