Saturday, April 11, 2015

Gambar-gambar terkini projek rumah moden mangsa banjir Pahang dan Kelantan - Sumber JKR

Usaha JKR dalam projek-projek pembinaan rumah bagi menggantikan rumah-rumah yang terjejas teruk akibat bencana banjir pada tahun lepas menunjukkan kesungguhan kerajaan persekutuan untuk mengurangkan keperitan yang dihadapi rakyat.

Dalam masa beberapa bulan sahaja pembinaannya, rumah-rumah kini kelihatan hampir siap. Proses yang kebiasaannya mengambil masa sekitar 2 tahun kini dipercepatkan agar boleh diduduki sepenuhnya.

Selain bentuk rumah yang lebih selesa dan teratur, lokasi yang lebih selamat juga disediakan bagi melindungi rakyat daripada menghadapi musibah yang sama berulang. Bagi sesetengah tempat, tapak rumah yang sedia ada dibangunkan dengan bentuk rumah yang lebih kukuh dan tinggi daripada struktur rumah yang lama.

Tidak ada kepimpinan mana-mana negara maju di dunia pun yang sanggup menyediakan semua bantuan seperti ini tanpa perlindungan insuran atau kepentingan yang menguntungkan segelintir pihak. Kerajaan kita melakukan semuanya tanpa mengira perbezaaan ideologi politik atau latar belakang kaum mangsa yang terlibat.

Syabas..

1) Perkembangan Pembinaan Rumah Mangsa Banjir di Pahang ( sumber : JKR Pahang)



2) Perkembangan Projek Rumah Mangsa Banjir Terkini di Kelantan (Sumber Gambar : JKR Negeri Kelantan)


7 comments:

  1. Itu pun ada yg mengatakan kerajaan kejam...tak bersyukur lansung

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Syukur.

    ReplyDelete
  3. Seragam cantik pulak..takut ada tangan gatai dok tambah ubah suai..kalau seragam boleh jadi produk pelancungan..contoh sebagai bandar bah kuning

    ReplyDelete
  4. Tahniah la.. JKR yg sbm nie kuat tido akhirnya turun padang. Semoga berterusan bgini jgn bila dah ada bencana baru trhegeh2 nak tunjuk muka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah penang terutamanya nibong tebal jalan teruk tampal sana sini yg tak cantik bergegar kereta motor.

      Delete
  5. Alhamdulillah.....kongsi happy bila ada yang akan mendapat rumah baru.

    Thank you Kerajaan Pusat dan Kerajaan2 Negeri masing2. Mangsa pun kebanyakkannya orang Melayu. Baguslah kita dapat bersatu dalam membantu rakyat.

    Semoga perpecahan yang didalangi puak2 asing akan berakhir!

    ReplyDelete
  6. Agak-agak korang lah, dengan segala bantuan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan pimpinan UMNO rakyat Kelantan akan menunjukkan kesyukuran dan berterima kasih kepada UMNO tak? Atau mereka dan puak-puak tok-tok Pas dan ustaz-ustaz Pas akan tetap menidakkan bantuan tersebut dan spin bahawa ini semua hasil perjuangan Pas "menekan" UMNO? Ambo rasa apa-apa pun bantuan diberi, yang akan dituduh jahat dan akan terus difitnah adalah UMNO/BN. Ini lah hakikat berjasa kepada manusia yang tidak tahu apa itu "IMAN" dan "IHSAN". Semoga ALLAH tidak turunkan bala lagi kepada puak yang tidak bersyukur ini.

    ReplyDelete