Sunday, April 12, 2015

Gambar Flat kediaman yang runtuh di Sibu - Sabtu 11 April 2015

Bangunan Flat kediaman jenis kekal 4 tingkat runtuh sebahagian di HDC Terace Garden, Jalan Sibu Jaya, Sibu. Kejadian berlaku kira kira jam 2.45 pagi semalam 11.04.2015 (Sabtu).

Ketika kejadian, kebanyakan penghuni sedang nyenyak tidur. Tiga buah unit rumah didapati telah terjejas teruk. Seramai 11 orang mangsa dalam kejadian ini, 3 lelaki 8 perempuan.

Kesemua mangsa telah pun dihantar oleh orang awam ke Hospital Sibu. Pasukan Bomba diketuai oleh TPgB Mutalif bin Jaafar, Komander OPerasi Kanan PgKBI Abdul Mutalif bin Rashid mengarahkan semua penghuni flat untuk mengosongkan kediaman masing-masing dan mengumpul segala maklumat kejadian dari penghuni flat berkenaan.

Difahamkan kejadian berpunca daripada letupan gas. Bagaimanapun punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan. Syukur tidak ada melibatkan kehilangan jiwa.


Runtuhan Dinding Flat Di Sibu Jaya Akibat Letupan Gas - Mstar

SIBU: Kejadian runtuhan dinding pada sebuat flat tiga tingkat di HDC Terrace Garden di Sibu Jaya awal pagi Sabtu dipercayai disebabkan letupan gas di sebuah unit.

Kejadian dipercayai berlaku di Blok D yang menyebabkan tiga unit rumah rosak teruk.

"Seorang mangsa Sng Nic Eng melecur 52 peratus dan dia dijangka akan dipindahkan dari Hospital Sibu ke Hospital Umum Sarawak di Kuching," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalib Jaafar.

Mangsa dikatakan baharu pulang dari Hospital Sibu setelah menjalani rawatan telinga.

"Mangsa telah memberitahu anaknya supaya berada di dalam kereta apabila mereka tercium bau gas dan apabila mangsa memeriksa rumahnya di tingkat bawah, berlaku letupan kuat," kata Mutalib.

Namun mangsa dilapor sempat keluar dari rumahnya selepas letupan dan dibawa anaknya ke hospital.

Sepuluh penghuni lain termasuk seorang bayi berusia 27 hari turut dihantar ke hospital.

Kejadian turut menyebabkan dinding sebuah lagi unit di tingkat satu runtuh.

Mutalib berkata pihaknya telah mengarahkan penghuni 80 unit rumah di dua blok flat terlibat supaya mengosongkan unit mereka dan mereka kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Sibu Jaya dan Dewan Polis Sibu Jaya.

Pihak Jabatan Kerja Raya telah dihubungi bagi memastikan keselamatan blok.

5 comments:

  1. Beginila rupa flat kos murah.. mcm xde pillar/tiang yg sokong bangunan. Semua seperti kotak2 konkrit

    ReplyDelete
  2. K'jaan Sarawak mesti PEBAIKI flat-flat kos rendah yg. ROSAK ni - dan siasat habis-habisan! Manalah tahu mungkin diSABOTAJ utk. MENGHALAU rakyat miskin terutamanya BUMIPUTERA ISLAM/MELAYU miskin, dari kwsn perumahan tersebut!

    Ini adalah MO biasa si PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu - lihat saja kebakaran BERLELUASA di kpg-kpg setinggan TEPI LAUT/SUNGAI di Sabah/Sarawak termasuk di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Kuching dsbnya!!

    Nek Tempoyak.



    ReplyDelete
  3. PEMBETULAN:

    K'jaan Sarawak mesti PEBAIKI flat-flat kos rendah yg. ROSAK ni - dan siasat habis-habisan! Manalah tahu mungkin diSABOTAJ utk. MENGHALAU rakyat miskin terutamanya BUMIPUTERA ISLAM/MELAYU miskin, dari kwsn perumahan tersebut!

    Ini adalah disyaki, MO biasa si PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu. terutamanya PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak (iaitu si KULI-Barat/NATO-ISrael/Zionis yg. memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak gas dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!) - lihat saja kebakaran BERLELUASA di kpg-kpg setinggan TEPI LAUT/SUNGAI di Sabah/Sarawak termasuk di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Kuching dsbnya!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete