Saturday, May 2, 2015
Agihan Projek Pan Borneo Bukan Sembrono Seperti Didakwa
Pertama sekali, Projek Pan Borneo dilaksanakan secara PFI (private finance initiative) - syarikat yang mendapat projek menggunakan duit sendiri untuk laksana projek.
Kenapa PFI?
Kerana jika kita menunggu peruntukan kerajaan, dianggarkan berjumlah RM15 billion, maka pelaksanaan Pan Borneo tidak akan dapat dilaksana dan disiapkan dalam tempoh yang pendek (5-7 tahun) disebabkan kerajaan perlu membahagikan peruntukan pembangunan di semua negeri dan bukan hanya di Sarawak. Kalau mengikut peruntukan tahunan kerajaan berdasarkan rancangan malaysia, tempoh bagi menaiktaraf keseluruhan jajaran akan memakan masa lebih dari 15 tahun.
Mana-mana syarikat boleh membuat proposal kepada EPU(Economic Planning Unit) dan UKAS (unit kerjasama awam swasta - jk ini terdiri dari pelbagai agensi) untuk mana-mana projek PFI seperti projek-projek lebuhraya di semenanjung tetapi mereka mengenakan tol, Pan Borneo pula tidak dikenakan tol.
UKAS/EPU/MOF akan mengkaji proposal dan memperakukan proposal tersebut. Keputusan untuk mencadangkan kelulusan terletak d tangan EPU. JKR di bawah KKR hanya memberi bantuan dari segi nasihat teknikal dan bukannya ada kuasa untuk meluluskan projek ini.
Syarikat yang membuat proposal tentunya akan menunjukkan keupayaan dari segi kewangan dan teknikal dalam proposal tersebut. Dan jika sudah diluluskan projek kepada mereka barulah bank akan mengeluarkan pinjaman kepada mereka.
Syarikat yang mendapat projek ini perlu mengeluarkan modalnya sendiri. Modal dari pinjaman bank dan mungkin pelabur-pelabur. Bank pula hanya akan melulus pinjaman jika mereka yakin bahawa syarikat ini betul-betul layak dan berwibawa untuk melaksana projek dan seterusnya membayar balik pinjaman.
Untuk memastikan projek tersebut dilaksanakan dgn baik maka perlulah syarikat memilih konsultant-konsultan, kontraktor-kontraktor, dan pembekal-pembekal yang dapat perform.
Dalam masa yang sama kerajaan juga akan memastikan bahawa sebahagian projek-projek ini hendaklah diagihkan kepada ahli-ahli persatuan-persatuan tempatan.
Sudah tentu yang paling penting rakyat sarawak dapat menikmati jalan yang elok dan selesa dalam masa yang singkat, secara tidak lansung merancakkan lagi ekonomi setempat.
Syarikat-syarikat tempatan dapat a piece of the pie.
Syarikat utama dapat laksana projek mengikut waktu dan mendapat keuntungan, dan dapat membayar semula pinjaman bank.
Kita boleh lihat ianya tidaklah semudah yang dinyatakan untuk menganugerahkan sesuatu projek lebih-lebih lagi projek yang berskala besar. Untuk menuduh sedemikian, sedikit sebanyak menghina orang-orang yang bekerja keras untuk memastikan semua proses dikuti dengan betul demi untuk memastikan rakyat dapat merasa pembangunan projek ini. - SMSa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment