Syukur tidak ada apa-apa kemalangan jiwa dalam satu lagi insiden melibatkan pesawat milik syarikat Air Asia yang berlaku selepas tragedi yang menimpa penerbangan QZ8501 kelmarin.
Gambar pendaratan cemas di kawasan rumput ini dilakukan oleh sebuah pesawat AirAsia dengan kod penerbangan Z2272 di Lapangan Terbang Kalibo lewat petang tadi.
Penerbangan tersebut awalnya dijangka tiba pada pukul 4.15pm juga difahamkan telah ditunda selama hampir dua jam sebelum berlepas akibat cuaca buruk.
Bagaimanapun, kesemua penumpang seramai 153 orang beserta anak kapal bernasib baik berikutan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian cemas itu.
Menurut laporan portal Rappler.com, kejadian tidak diduga ini berlaku disebabkan faktor cuaca angin kencang.
Setakat ini, pihak AirAsia Filipina masih belum membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
No comments:
Post a Comment