Nak saman kerajaan Negeri Sarawak? Dipersilakan dengan segala hormatnya.
Bulan lepas, Ambiga juga dihalang daripada memasuki Sarawak. Difahamkan dia juga nak bawa perkara ini ke mahkamah dan ambil tindakan undang-undang ke atas pemimpin negeri.
Percayalah, baik di pihak BN mahupun pembangkang tempatan Sarawak, keduanya tidak mahu orang luar datang ke negeri ini buat hal.
Jangan lupa Sabah dan Sarawak adalah negeri yang punya autonomi sendiri. Kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengawal kemasukan orang awam lebih-lebih lagi atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.
Padan dengan mukamu mak lampir...
Zuraida ambil tindakan atas Kerajaan Sarawak
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Sarawak kerana menghalangnya masuk ke negeri itu tanpa sebab.
Ketika bercakap kepada The Rakyat Post, Ahli Parlimen Ampang itu turut mempersoalkan sekiranya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, yang dikenali sebagai seorang yang demokratik dan liberal, cuba mengulangi tindakan Gabenor Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.
“Sebagai ahli politik dan ahli Parlimen, saya sepatutnya diberi kebebasan untuk pergi ke mana saja kecuali sekiranya saya ada kes jenayah,” kata Zuraida yang kecewa dengan halangan itu.
“Apa yang mereka takutkan?”
Katanya, ini adalah kali kedua dia dihalang masuk di mana kali pertama adalah ketika pilihan raya kecil pada Mac tahun ini.
“Tetapi, saya tidak menghadapi masalah ketika ke Kuching, sebulan selepas itu.”
Menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang membingungkan, Zuraida berkata kerajaan negeri sepatutnya membuat pengumuman senarai nama individu yang tidak dibenarkan masuk supaya mereka tidak terpaksa menghadapi kesusahan untuk menguruskan perjalanan kemudian diberitahu bahawa mereka dilarang masuk.
“Saya tidak dibenarkan masuk pada jam 9.30 pagi semalam apabila mereka memberitahu sistem komputer tergendala.
Biasanya saya akan menggunakan kad Ahli Parlimen untuk masuk.”
“Apabila saya meminta mereka memerika menggunakan komputer yang lain, saya diberitahu bahawa nama saya tidak tersenarai di dalam sistem,” kata Zuraida.
Dia kemudian diberitahu bahawa disebabkan oleh “arahan” dia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa sebab dinyatakan.
“Saya sepatutnya hadir dalam satu majlis politik dan terpaksa mengambil penerbangan pulang pada jam 8.30 malam.”
Peguamnya kini menyiasat kes berkenaan dan akan mengambil tindakan ke atas kerajaan negeri kerana melarang Zuraida masuk ke Sarawak secara tiba-tiba.
Sumber
kalau ade kes jenayah lagi hebat, siap bole gi oversea lagi mcm ang non...
ReplyDeleteSibuk nak kacau negeri org... kat tempat sendiri batang idung pun x nmpak
ReplyDeleteKt Selangor dia tak tak cukup tanah dh utk buat jahat, hasutan, fitnah dan makan rasuah.
ReplyDeleteJadi dia nampak Sarawak ini masih suci gebu.. masa utk meratah 'kesucian' ini supaya rosak lingkup seperti Selangor.
mereka ibarat iblis yang berkeliaran mencari mangsa.. Pakatan Haram..
Harus waspadalah Sarawakian.. jgn terpesona dengan kata2 menipu mereka..
fikir dengan waras..
Peliwat bebas masuk sabah dan swk, x baneuan lagi dan booeh gi mwlancung luar negara, Rakyat biasa agaknya boleh tak..Itu La sistem kita..elok LGE jadi ketua kita
ReplyDelete