Friday, December 5, 2014

Perkauman! Antara nyamuk dengan DAP, mana patut dipukul dulu?



Apa-apa isu pun yang diketengahkan oleh kiasu DAP mesti dikaitkan dengan perkauman. Sikit-sikit perkauman. Inilah sentimen yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat terhadap umno sejak PAS mula bergabung dalam Pakatan Rakyat pada tahun 2008.

Video menunjukkan ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim sedang membahaskan masalah nyamuk Aedes ketika di dewan rakyat. Katanya, nyamuk mempunyai 'semangat lebih bagus' kerana menggigit mangsa tidak mengira kaum.

Mungkin dek kerana mengamalkan semangat nyamuk itulah maka DAP menjadi begitu tamak mahukan jawatan speaker dan timbalan speaker DUN negeri Selangor.. Habis semua rakan-rakan digigitnya tanpa mengira pendapat dan perasaan mereka. Jadi, memang wajarlah nyamuk itu dibunuh selagi kelihatan kelibatnya di mana-mana.

Sudah-sudahlah DAP. Usah main sentimen perkauman, buktikan apa sumbangan DAP terhadap rakyat pelbagai kaum terutama melayu/bumiputera selama ini. Apa buktinya DAP itu lebih relevan berbanding umno yang sudah lebih 50 tahun diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah negara.

Penulis cukup yakin, seandainya perkataan 'perkauman/rasis' dimasukkan ke dalam Akta Hasutan 1948, DAP sudah tentu akan tersungkur menjilat PAS... Itulah saja yang kita lihat modal mereka untuk meraih undi demi survival parti mereka.



1 comment:

  1. Sya tak skong Pas sebab Dap. Dap benci sgt bumi sdangkan bumi dn bangsa ini ini bgi tpt kat kmu bila kmu dtg dri cina. Daif dn miskin. Jdikan pduduk cni dgn syarat kmu hormati hak2 bumi itu je. Sgt susah ke. Tkan skong pas slagi ade mt sbu dn sewaktu dgnnye.

    ReplyDelete