Kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 masih belum lagi ditemui oleh pasukan SAR setakat ini. Kini khabar angin sudah mula kedengaran mengenai kehilangannya. Semakin lama, semakin pelik dakwaan dibuat pelbagai pihak. Terbaru beberapa individu melaporkan terlihat sebuah pesawat AirAsia yang terbang rendah merentasi Kampung Buntal, di Santubong ke arah laut mengejutkan pelbagai pihak.
Namun pihak berkuasa menafikan khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial, termasuk Facebook, mendakwa pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501, dilihat terbang di ruang udara bandaraya ini dan Santubong.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek, ketika membuat penafian itu, berkata penyebaran maklumat yang tidak tepat boleh menjejaskan usaha pihak berkuasa mengesan pesawat berkenaan yang dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi tadi.
Penafian polis mengenai khabar angin ini turut dilaporkan dalam www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment