Monday, December 1, 2014

Pusat Khidmat PKR di Seberang Jaya cuba di bakar

Bahagian depan pejabat Pusat Khidmat ADUN Seberang Jaya telah dibakar pagi tadi. Kelihatan beberapa kesan terbakar pada dinding dan juga lantai di luar Pusat Khidmat tersebut. 

Tiada pihak disyaki bertanggungjawab, kebakaran mungkin disebabkan daripada molotof koktail yang dilemparkan ke arah depan pintu pejabat. Tiada komen daripada pihak Afif Bahardin mengenai punca yang berkemungkinan menyebabkan insiden ini.

Pusat khidmat tersebut telah ditutup bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak polis dan bomba. 



No comments:

Post a Comment