Tuesday, March 18, 2014

PRK DUN Balingian - Laporan isu kawasan



Laporan Pemantaun Isu Kawasan

Tarikh: 17 Mac 2014
PDM: Hulu/Kuala Balingian (Rumah Kumbong)

Bilangan Pengundi: 272 orang

Isu yang diperolehi:
1. Janji Ahli Parlimen untuk membina Gelanggang Futsal yang berjumlah RM70 ribu yang telah dijanjikan sejak PRU ke-13 masih belum ditunaikan sehingga kini.

Tarikh: 17 Mac 2014
PDM: Temesu

Isu yang diperolehi:
1. Rumah Grunah (17 pintu)-
Janji Ahli Parlimen pada musim PRU ke-13 untuk menggantikan atap rumah panjang masih belum ditunaikan.
2. Rumah Sibah-
Janji Ahli Parlimen pada PRU ke-13 untuk menyumbang geran sebanyak RM5 ribu kepada JKKK masih belum ditunaikan.
3. Janji Ahli Parlimen untuk membuat wiring rumah panjang iaitu sebanyak RM800 tiap-tiap pintu masih lagi belum ditunaikan.

Lain-Lain Isu:
1. Mohon agar Timbalan Pengarah Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya Barisan Nadsional, Encik Akit bin Sebli agar sama-sama turun padang untuk membantu aktiviti berkempen bersama dengan calon Barisan Nasional.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian,

Pada 29 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh Balo, 47, dan calon PKR, Abdul Jalil Bujang, 55. Perkara ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Balingian, Shafri Saili, sebentar tadi.

DUN Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus). Sementara itu, proses penamaan calon pagi ini berlangsung tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini, sekali gus memperlihatkan kematangan berpolitik di Sarawak. Hanya calon BN, PKR kemuka pencalonan.

Calon BN diwakili Yussibnosh Balo, 47, manakala PKR, Abdul Jalil Bujang, 55, dengan nama kedua-dua calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Balingian, Shafri Saili.


Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Hj Abdul Jalil Bujang, 56, tiba di pusat penamaan calon Plihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balinginan, di Dewan Suarah, di sini, jam 9.05 pagi dengan diiringi kumpulan penyokongnya. Turut kelihatan mengiringinya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian. Abdul Jalil bin Bujang yang juga seorang ahli perniagaan adalah Naib Pengerusi PKR Cabang Bintulu dan pernah menjadi calon untuk DUN N.58 Jepak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 atas tiket pembangkang.

Calon BN tiba di pusat penamaan calon diiringi Muhyiddin,
Yussibnosh Balo, 47, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, di sini kira-kira jam 8.55 pagi bagi menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Udangan Negeri (DUN) Balingian. Mengiring beliau ialah kira-kira 3,000 penyokong BN diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang Timbalan Pengerusi BN.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem; Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohammad Leo Toyad selaku Ahli Parlimen Mukah. Yussibnosh yang juga bekas Pegawai Daerah Dalat bersama lebih 3,000 penyokong BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berarak sejauh satu kilometer ke pusat penamaan calon.

Ulasan
PKR mempunyai peluang tipis untuk menang kerana Hj Abdul Jalil Bujang, 56 dikatakan mempunyai sedikit masalah dengan penduduk beragama Kristian kurang mesra dan seorang yang


No comments:

Post a Comment