Showing posts with label DUN Balingian. Show all posts
Showing posts with label DUN Balingian. Show all posts

Friday, March 28, 2014

PRK Balingian - Sabotaj DAP Terhadap Calon PKR Balingian Tersebar?! 

Kemelut dalaman pakatan rakyat sememangnya terjadi namun ianya sengaja disembunyikan demi mempertahan benang yang basah; terutama sekali pada PRK DUN Balingian ini-semuanya nampak manis, namun pahit derita hanya pihak dalaman parti yang merasanya.

Pagi tadi, krew kami terjumpa satu risalah yang mungkin agak mengejutkan rakyat di DUN Balingian, khasnya di Mukah. Jika dilihat dan dibaca, sememangnya agak tidak logik jika benar calon PKR untuk PRK Balingian ini berniat seperti yang dinyatakan dalam risalah di bawah.


Dari risalah di atas, benarkah calon PKR ingin mempejuang hak bumiputera untuk orang cina? Atau dengan makna lain, hak istimewa bumiputera akan dihapuskan? 

Memang benar perjuangan PKR adalah untuk keadilan, tetapi jika benar calon PKR ini berjuang untuk menghapuskan keistimewaan bumiputera yang terdiri daripada palbagai kaum di Sarawak, PKR jelas sudah lari dari landasan politik. Jika bukan, siapakah yang membuat risalah ini?

Pada bulan lepas, 1 artikel kami telah dedahkan mengenai niat sebenar perjuangan DAP di Sarawak. Artikel tersebut menyentuh satu perkara serius iaitu berkenaan perjuangan DAP mendapatkan status bumiputera untuk orang cina dan india di Sarawak.



Anda boleh lihat di [SINI].

Satu blog milik jurucakap DAP, seorang pembantu khas kepada ketua DAP Sarawak, menyatakan secara terang-terangan bahawa "Sudah Masanya Status Bumiputera Diberikan Kepada Orang Cina dan India".

Satu perjuangan nyata bertujuan memecahbelah kaum di Sarawak, tetapi sehingga kini pemilik blog itu bebas menyebarkan fahaman rasis nya; dan beliau ada di Mukah sekarang.

Jika dikaji dari segi jentera dan arah sokongan, di Mukah khasnya mencatat sokongan untuk DAP lebih banyak daripada parti PKR atau PAS. Semua penyokong pakatan rakyat menjangkakan bahawa calon DAP akan bertanding di PRK Balingian. Namun apa yang berlaku, calon PKR pula yang kena.

Adakah kerana kekecewaan penyokong DAP mendorong mereka untuk melakukan sabotaj terhadap calon PKR? Dimanakah perginya otai-otai DAP sepanjang kempen PRK Balingian ini? Baru semalam muka mereka muncul. Adakah kehilangan mereka selama tempoh kempen ini menunjukkan protes mereka terhadap keputusan pemilihan calon?

Walau apa pun, yang menjadi mangsa keadaan sekarang ialah calon PKR, Hj Abdul Jalil. Seorang yang warak, namun dijadikan 'kambing hitam' kesan daripada kemelut dalaman pakatan rakyat.

Tetapi jika benar poster tersebut adalah dari PKR sendiri semata-mata ingin mendapatkan undi orang cina, kami dengan lantangnya menyarankan agara semua etnik bumiputera Sarawak khasnya di DUN Balingian menolak calon PKR dan undilah calon BN agar status keistimewaan bumiputera sentiasa terjaga.

Sumber: http//:www.sematankelawas.com

Thursday, March 27, 2014

Anwar dicabar saman Ketua Menteri Sarawak


Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman beliau dan kerajaan negeri jika tidak berpuas hati dengan tindakan melarang individu tertentu dari semenanjung memasuki Sarawak.

Adenan juga menyelar tindakan Anwar yang terus mempertikai keputusan kerajaan negeri walaupun beliau masih dibenarkan datang ke negeri ini.

Sarawak tidak memerlukan campur tangan orang luar untuk menentukan hala tuju dan masa depannya dan orang luar tidak perlu datang ke negeri ini untuk menimbulkan kekacauan, katanya ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Teh di Mukah hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, berkata negeri ini sudah cukup aman, malah rakyatnya hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni walaupun berbeza kepercayaan agama dan etnik budaya.

Sementara itu, penganalisis politik Datuk Peter Minos berkata Adenan melakukan perkara yang tepat dan rakyat Sarawak sentiasa bersama beliau yang sentiasa mahu memelihara keharmonian kaum dan kebebasan beragama di negeri ini sama ada waktu pilihan raya atau tidak.

Beliau turut menyokong tindakan melarang siapa sahaja dari Semenanjung yang memasuki negeri ini dengan niat untuk menimbulkan kekacauan.

Pada 21 Mac, Adenan berkata kerajaan negeri akan menggunakan hak Imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk menghalang kemasukan mana-mana ekstremis kaum atau agama atau menghantar mereka balik menurut undang-undang yang ada. - Bernama

Tuesday, March 25, 2014

Saifuddin Nasution dihalau dari memasuki Sarawak?


SETIAUSAHA AGUNG KEADILAN DISEKAT MEMASUKI SARAWAK

KEADILAN pagi ini dikejutkan dengan berita bahawa Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN telah disekat dari memasuki negeri Sarawak. Beliau telah tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon KEADILAN dalam kempen PRK Balingian.

Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari memasuki negeri Sarawak.

Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Saturday, March 22, 2014

YB Datuk Fadillah melawat DUN Balingian

Foto lawatan YB Datuk Hj Fadillah hari ini menjelang kempen Pilihanraya Kecil DUN Balingian.









Krisis PKR dlm PRK Balingian

Maklumat mendedahkan berlaku ketidakpuasan hati beberapa petugas PKR khususnya dari Miri, Bintulu dan Sabah terhadap pengurusan kewangan yg diketuai oleh Hj.Baharudin Datuk Hj.Moksen - Pengarah PRK DUN Balingian.

Ketidakpuasan hati berapa petugas PKR timbul kerana sikap Hj.Baharudin dibantu oleh Abg Zulkifli Abg Engkeh - Pengarah strategi kempen dikatakan terlalu menyekat perbelanjaan sedangkan peruntukan sepanjang PRK mencukupi.

Calon PKR difahamkan hanya sebagai boneka sahaja termasuk petugas PKR kerana semua strategi mahupun kewangan perlu memohon restu dari Hj.Baharudin ataupun Abg Zulkifli. Selain dari itu hasil maklumat turut mendedahkan bantuan dari Miri yang diketuai Dr.Teo (MP Miri) & petugas dari Sabah difahamkan bergerak ke Kajang membantu jentera pilihanraya PKR.

Friday, March 21, 2014

Panas! Ceramah PKR DUN Balingian di Kampung Petanak lengang



Ceramah bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri seramai lebih kurang 30 orang. Penduduk tempatan yang hadir cuma sekitar 10 orang sahaja. Agak memalukan kerana kebanyakan mereka golongan belia bawah umur (belum cukup usia sebagai pengundi) .Selebihnya ahli PKR dari luar dan agensi risikan.

Turut hadir dalam ceramah itu ialah Ketua Cabang PKR Balingian - En. Kassim, Ketua Wanita PKR Negeri Sarawak - Puan Nurhanim, Calon PKR DUN Balingian - En. Abdul Jalil dan Hj. Baharuddin Dato' Mukhsin.


Lengang, hambar dan dingin. Begitulah persekitaran ceramah PKR pada malam  tadi


Sepanjang program dijalankan, tiada kejadian yg tidak diingini berlaku. Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 8.30mlm terpaksa ditunda ke pukul 9mlm kerana terpaksa menunggu kehadiran penduduk kampung dan tamat jam 10.26mlm. Majlis yang hambar/tidak mendapat sambutan & turut kedengaran suara provokasi dari audien semasa calon & mc berceramah.

Amat ketara kelihatan penduduk sekitar tegar penyokong BN walaupun sedikit-sebanyak kecewa kerana calon BN bukan dari kampung tersebut.

Thursday, March 20, 2014

PRK DUN Balingian - reaksi kurang senang penduduk terhadap PKR

Program PKR berjemaah di Surau Hikmah, Kampung Petanak Seri tidak mendapat sambutan. Hanya dihadiri oleh kalangan mereka sahaja. AJK Surau keluar dari surau kerana kurang senang dengan kehadiran mereka menggunakan surau tanpa persetujuan mereka.

Dalam pada masa yang sama juga PKR mengambil kesempatan di atads majlis kenduri kahwin penduduk d situ untuk mengadakan ceramah umum pada malam ini.

Sementara itu menurut laporan rakan di ceramah PKR, calon mereka mula memainkan sentimen agama untuk meraih sokongan orang Islam di kawasan itu.





PRKBALINGIAN: SIAPA YANG NAK MEMURTADKAN ORANG ISLAM DI BALINGIAN NI?

Ingat tak kenyataan, “Hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang melayu yang beragama Islam”?

Siapa yang mengeluarkan kenyataan tu sebelum ini? Yang pastinya bukan calon BN PRK Balingian Yussibnosh Balo yang berkata demikian tetapi si Nurul Izzah anak Ketua Umum Pembangkang Anuar Ibrahim.

Kumpulan pembangkang yang sama ini jugalah yang menamakan calon mereka sendiri, Haji Jalil Bujang dan kumpulan pembangkang ini juga yang kini cuba memainkan sentimen murtad sebagai salah satu dari isu mereka semasa kempen PRK Balingian.

Kenyataan Nurul semasa ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang tidak berapa mampu menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati seluruh umat Islam.

Tuesday, March 18, 2014

Majlis perasmian program kebajikan dan 1 Azam.


(18/03/2014) - Jabatan kebajikan Masyarakat Malaysia

Pada 18 MAC 2014 bermula jam 0800 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Teh telah berlangsung majlis diatas. Kehadiran dianggarkan 300 orang.

Pada jam 1000 Datuk Hjh Fatimah Abdullah telah tiba di lokasi dan antara kenamaan yang hadir. Ketika ini ceramah motivasi bertajuk Kebahagiaan Rumahtangga telah berlangsung yg disampaikan profesor dr. Shafie logom.


PRK DUN Balingian - Laporan isu kawasan



Laporan Pemantaun Isu Kawasan

Tarikh: 17 Mac 2014
PDM: Hulu/Kuala Balingian (Rumah Kumbong)

Bilangan Pengundi: 272 orang

Isu yang diperolehi:
1. Janji Ahli Parlimen untuk membina Gelanggang Futsal yang berjumlah RM70 ribu yang telah dijanjikan sejak PRU ke-13 masih belum ditunaikan sehingga kini.

Tarikh: 17 Mac 2014
PDM: Temesu

Isu yang diperolehi:
1. Rumah Grunah (17 pintu)-
Janji Ahli Parlimen pada musim PRU ke-13 untuk menggantikan atap rumah panjang masih belum ditunaikan.
2. Rumah Sibah-
Janji Ahli Parlimen pada PRU ke-13 untuk menyumbang geran sebanyak RM5 ribu kepada JKKK masih belum ditunaikan.
3. Janji Ahli Parlimen untuk membuat wiring rumah panjang iaitu sebanyak RM800 tiap-tiap pintu masih lagi belum ditunaikan.

Lain-Lain Isu:
1. Mohon agar Timbalan Pengarah Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya Barisan Nadsional, Encik Akit bin Sebli agar sama-sama turun padang untuk membantu aktiviti berkempen bersama dengan calon Barisan Nasional.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian,

Pada 29 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh Balo, 47, dan calon PKR, Abdul Jalil Bujang, 55. Perkara ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Balingian, Shafri Saili, sebentar tadi.

DUN Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus). Sementara itu, proses penamaan calon pagi ini berlangsung tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini, sekali gus memperlihatkan kematangan berpolitik di Sarawak. Hanya calon BN, PKR kemuka pencalonan.

Calon BN diwakili Yussibnosh Balo, 47, manakala PKR, Abdul Jalil Bujang, 55, dengan nama kedua-dua calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Balingian, Shafri Saili.


Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Hj Abdul Jalil Bujang, 56, tiba di pusat penamaan calon Plihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balinginan, di Dewan Suarah, di sini, jam 9.05 pagi dengan diiringi kumpulan penyokongnya. Turut kelihatan mengiringinya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian. Abdul Jalil bin Bujang yang juga seorang ahli perniagaan adalah Naib Pengerusi PKR Cabang Bintulu dan pernah menjadi calon untuk DUN N.58 Jepak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 atas tiket pembangkang.

Calon BN tiba di pusat penamaan calon diiringi Muhyiddin,
Yussibnosh Balo, 47, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, di sini kira-kira jam 8.55 pagi bagi menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Udangan Negeri (DUN) Balingian. Mengiring beliau ialah kira-kira 3,000 penyokong BN diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang Timbalan Pengerusi BN.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem; Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohammad Leo Toyad selaku Ahli Parlimen Mukah. Yussibnosh yang juga bekas Pegawai Daerah Dalat bersama lebih 3,000 penyokong BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berarak sejauh satu kilometer ke pusat penamaan calon.

Ulasan
PKR mempunyai peluang tipis untuk menang kerana Hj Abdul Jalil Bujang, 56 dikatakan mempunyai sedikit masalah dengan penduduk beragama Kristian kurang mesra dan seorang yang