Thursday, March 20, 2014

PRK DUN Balingian - reaksi kurang senang penduduk terhadap PKR

Program PKR berjemaah di Surau Hikmah, Kampung Petanak Seri tidak mendapat sambutan. Hanya dihadiri oleh kalangan mereka sahaja. AJK Surau keluar dari surau kerana kurang senang dengan kehadiran mereka menggunakan surau tanpa persetujuan mereka.

Dalam pada masa yang sama juga PKR mengambil kesempatan di atads majlis kenduri kahwin penduduk d situ untuk mengadakan ceramah umum pada malam ini.

Sementara itu menurut laporan rakan di ceramah PKR, calon mereka mula memainkan sentimen agama untuk meraih sokongan orang Islam di kawasan itu.





PRKBALINGIAN: SIAPA YANG NAK MEMURTADKAN ORANG ISLAM DI BALINGIAN NI?

Ingat tak kenyataan, “Hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang melayu yang beragama Islam”?

Siapa yang mengeluarkan kenyataan tu sebelum ini? Yang pastinya bukan calon BN PRK Balingian Yussibnosh Balo yang berkata demikian tetapi si Nurul Izzah anak Ketua Umum Pembangkang Anuar Ibrahim.

Kumpulan pembangkang yang sama ini jugalah yang menamakan calon mereka sendiri, Haji Jalil Bujang dan kumpulan pembangkang ini juga yang kini cuba memainkan sentimen murtad sebagai salah satu dari isu mereka semasa kempen PRK Balingian.

Kenyataan Nurul semasa ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang tidak berapa mampu menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati seluruh umat Islam.

No comments:

Post a Comment