Sunday, November 30, 2014

Berita buruk buat aktivis SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia)

Kerajaan Malaysia semakin serius. Tiada lagi acah-acah tangkap, beri amaran pertama, amaran terakhir, tiada lagi tunggu-tunggu.. Sebaik dikuatkuasakan, mana-mana pihak yang cuba untuk menimbulkan kekecohan terhadap kerajaan akan terus dihukum.

Difahamkan, penjara mandatori akan dikenakan terhadap pesalah. Sekiranya usul tersebut diterima kelak, ia akan menjadi benteng yang paling ampuh dalam mempertahankan kesejahteraan rakyat dan perpaduan kaum di negara ini.



Najib: Tiada 'warning' lagi untuk batu penghasut

KUALA LUMPUR: Pindaan kepada Akta Hasutan yang bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan memastikan agama lain tidak boleh dihina akan dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang.

Ketika mengumumkan demikian, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tempoh memberi amaran kepada 'batu penghasut' sudah berakhir dan tumpuan sekarang ialah membawa mereka ke muka pengadilan.

Najib turut mempertahankan keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Najib berkata akta itu penting untuk memastikan agama Islam, kedudukan orang Melayu, raja-raja Melayu dan askar Melayu dipertahankan bersama kepentingan kaum lain.

Berucap menggulung perbahasan pada Persidangan Tahunan Umno 2014, Najib berkata Peguam Negara akan diminta untuk mengambil tindakan yang diperlukan.

“Kalau kita tidak menghasut, tidak ada apa untuk dibimbangkan. Jangan jadi penghasut. Tidak ada warning (amaran) lagi,” kata Najib.

“Kita nak pastikan keamanan dalam negara...setiap kaum, penganut agama menghormati satu sama laim,” tambah beliau.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agong Umno Selasa lalu, Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dikekal dan ditambah dengan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.

Pindaan juga akan dibuat supaya supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. - antarapos,com

No comments:

Post a Comment