Tuesday, November 4, 2014

Anwar Mohon Maaf Sebelum Kembali Ke 'Kajang' - rakyatnews



PUTRAJAYA 4 Nov - Perbicaraan rayuan ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ketepikan hukuman penjara lima tahun memasuki hari keenam pada Selasa dan keputusan juga dijangka dibuat oleh lima panel hakim pada hari ini.

Sekiranya didapati bersalah, Anwar mungkin menjalani hukuman di Penjara Kajang di atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Beliau yang menjangkakan keputusan tidak berpihak kepadanya memohon maaf diatas perjuangan reformasi bersama Pakatan Rakyat.

"Saudaraku, esok 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi. Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara,"

"Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita," katanya menerusi sebuah kenyataan.

Prosiding perbicaraan rayuan liwat II bersambung hari ini dengan pihak pendakwaraya diketuai Tan Sri Shafee Abdullah akan menghabiskan baki hujahnya kepada mahkamah.

 Sumber

2 comments:

  1. Aaminn..Ya ALLAH kepada engkau sahaja kami menadah tangan untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan. Manusia yang bertopeng telah melakukan perbuatan terkutuk gara-gara liberalisme..Dah terserlah dimahkamah oleh peguamnya sendiri bahawa telah berlaku perbuatan meliwat tetapi masih tidak mengaku. Selamatkan umat melayu dan ISLAM agar menghindari dari perbuatan terkutuk ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Semoga dia bertaubat bila di penjara...

      Delete