Showing posts with label #SSKM. Show all posts
Showing posts with label #SSKM. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

Berita buruk buat aktivis SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia)

Kerajaan Malaysia semakin serius. Tiada lagi acah-acah tangkap, beri amaran pertama, amaran terakhir, tiada lagi tunggu-tunggu.. Sebaik dikuatkuasakan, mana-mana pihak yang cuba untuk menimbulkan kekecohan terhadap kerajaan akan terus dihukum.

Difahamkan, penjara mandatori akan dikenakan terhadap pesalah. Sekiranya usul tersebut diterima kelak, ia akan menjadi benteng yang paling ampuh dalam mempertahankan kesejahteraan rakyat dan perpaduan kaum di negara ini.



Najib: Tiada 'warning' lagi untuk batu penghasut

KUALA LUMPUR: Pindaan kepada Akta Hasutan yang bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan memastikan agama lain tidak boleh dihina akan dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang.

Ketika mengumumkan demikian, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tempoh memberi amaran kepada 'batu penghasut' sudah berakhir dan tumpuan sekarang ialah membawa mereka ke muka pengadilan.

Najib turut mempertahankan keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Najib berkata akta itu penting untuk memastikan agama Islam, kedudukan orang Melayu, raja-raja Melayu dan askar Melayu dipertahankan bersama kepentingan kaum lain.

Berucap menggulung perbahasan pada Persidangan Tahunan Umno 2014, Najib berkata Peguam Negara akan diminta untuk mengambil tindakan yang diperlukan.

“Kalau kita tidak menghasut, tidak ada apa untuk dibimbangkan. Jangan jadi penghasut. Tidak ada warning (amaran) lagi,” kata Najib.

“Kita nak pastikan keamanan dalam negara...setiap kaum, penganut agama menghormati satu sama laim,” tambah beliau.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agong Umno Selasa lalu, Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dikekal dan ditambah dengan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.

Pindaan juga akan dibuat supaya supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. - antarapos,com

Tuesday, September 16, 2014

Doris Jones SSKM cabar PDRM?




Difahamkan berikut adalah update terbaru Dois Jones. Katanya dia tidak melarikan diri ke Britain, tetapi bekerja. Sudah 20 tahun dia bertugas di London katanya..

Mengapa tidak balik ke sahaja Malaysia untuk disoal-siasat jika berani? Update bukan main hebat bagai.. bekerja dengan Hakim bertauliah dari Australia.

Gambar di bawah dipetik daripada laman FBnya. Apa maksudnya Negara-negara Tanpa Negeri yang dinamakan Nations Without States? Nampak seperti agenda untuk tubuhkan negara baru melalui gerakan pemisah dengan dibantu orang asing.

Kini setelah Anwar dan Ambiga gagal mencetuskan perpecahan kalangan rakyat, Doris Jones pula tiba-tiba muncul dengan kontroversi baru. Seolah-olah ada pengganti untuk satu agenda - hancurkan Malaysia.

Apakah alasan kerajaan untuk menghalang gerakan-gerakan seperti ini daripada terus bebas aktif di negara kita sekiranya Akta Hasutan 1948 dihapuskan?


 



Saturday, September 13, 2014

Doris Jones diburu Polis!



Petualang SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia) kini diburu polis. Doris Jones, rakyat Sabah kini dipercayai melarikan diri ke Britain bagi mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang kerana menghasut.

Ternyata Akta Hasutan 1948 benar-benar memberi tekanan kepada penghasut sehingga tidak boleh berbuat sesuka hati untuk mencapai matlamat jahat mereka.

Britain kebiasaan menjadi pilihan pengkhianat negara dan mereka mahukan Sabah-Sarawak kembali di bawah pentadbirannya seperti ketika sebelum merdeka. Itulah sebabnya begitu ramai penyokong SSKM amat yakin Sabah-Sarawak boleh berdikari tanpa Malaysia.

Sebelum ini aktivis anti kerajaan di Sarawak seperti Peter John Jaban juga menyembunyikan diri di Britain. Kebanyakan aktiviti anti kerajaan amat aktif, semua yang kita lihat berpusat di Britain. Malah seorang rakyat Britain, Clare Rewcastle Brown juga amat aktif dalam kempennya terutama dalam memburuk-burukkan kepimpinan Negeri Sarawak dan Kerajaan Malaysia. Hakikatnya kita percaya mereka adalah daripada kumpulan yang sama.

Amat sedih, kerana ada kelompok kecil manusia pengkhianat ini lebih mahukan negara kita berpecah belah. Mereka langsung tidak memandang pengorbanan pasukan keselamatan kita di Sabah yang sedang mempertaruhkan nyawa, meninggalkan anak serta keluarga bagi melindungi persempadanan negara daripada dicerobohi penceroboh bersenjata asing.

Tahniah PDRM, berkat ketegasan dan ketelusan dalam menguatkuasakan undang-undang, gerakan kumpulan pemisah, militan, pelampau politik dapat dibendung di negara kita - sarawakia.blogspot.com


KOTA KINABALU - Polis sedang memburu seorang wanita tempatan dikenali sebagai Doris Jones bagi membantu siasatan berhubung isu mengenai Sabah keluar dari Malaysia yang menimbulkan suasana kurang senang penduduk di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, wanita berkenaan yang menjadi jurucakap kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) sudah meninggalkan negara ini dan dipercayai ‘bersembunyi’ di Britain.

“Polis cuba menghubungi wanita ini untuk tujuan merakamkan keterangannya, namun gagal dan sehingga kini tidak dapat dikesan.

 “Serahkan kepada polis dan biar kami (polis) jalankan siasatan dulu,” katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Cawangan Khas Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzer, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman.

Jalaluddin berkata, usaha memanggil wanita itu akan diteruskan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948, namun enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, Jalaluddin mengesahkan sudah menerima 12 laporan membabitkan isu berkenaan.


“Laporan diterima termasuklah daripada individu dan pihak tertentu yang mahukan polis menjalankan siasatan terhadap mereka yang sengaja mahu menimbulkan isu ini.

“Setiap laporan dibuat termasuk mereka yang menyokong isu ini akan disiasat merangkumi pelbagai aspek termasuk memanggil pengadu, saksi dan mereka yang terbabit,” katanya.

Menurut Jalaluddin, pihaknya sudah mewujudkan satu pasukan khas dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara khususnya di negeri ini.

“Pasukan khas ini akan memantau aktiviti dilakukan segelintir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mengadakan perhimpunan secara terbuka dan sebagainya.

“Ini termasuklah bagi menghadapi sebarang perhimpunan dan perarakan haram bakal dilakukan setengah pihak menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan,” katanya.

Terdahulu, Jalaluddin memberitahu, indeks jenayah di negeri ini sepanjang lapan bulan pertama tahun ini menurun 359 kes atau 9.10 peratus dengan 3,584 kes berbanding 3,943 kes bagi tempoh sama tahun lalu, lapor Hmetro.


Read more: http://www.kualalumpurpost.net/doris-jones-diburu-polis/#ixzz3D9uAHOBK