Wednesday, November 5, 2014

Buli pengundi.. cara Pakatan Rakyat tunjuk kuasa.

Ini adalah insiden ketika pilihanraya yang lalu. Belum pernah berlaku dalam sejarah mana-mana ahli parti politik ada kuasa untuk memeriksa pengundi atau menentukan siapa yang boleh mengundi dan siapa yang patut dihalang...

Tetapi sekumpulan samseng dipercayai ahli DAP sudah mula buat seolah-olah negara ini milik parti mereka. Beginikah cara politik bertamadun di Malaysia sekarang?

Apa perlunya berlagak seperti tuan besar di pusat pengundian? Bukankah di setiap pusat pembuangan undi itu ditempatkan wakil-wakil dari parti calon yang bertanding untuk mengesahkan kelayakan pengundi sebelum kertas undi diberikan oleh petugas SPR?

Dalam video ini sudah menunjukkan satu contoh kecenderungan mereka untuk bertindak mengikut peraturan sendiri. Boleh pula mereka memeriksa seperti polis lagaknya..

Penulis sangat berasa lega kerana pihak berkuasa telah mengharamkan pertubuhan PPS. Ia adalah satu tindakan yang sangat wajar... Jika dibiarkan, dibimbangi lama-kelamaan puak-puak seperti ini akan bertindak lebih polis daripada PDRM.

Hormatilah undang-undang, hormatilah semua kaum... bukan bermakna orang berkulit gelap itu warga asing, juga bukan bermakna orang yang berkulit cerah itu warganegara Malaysia..


1 comment:

  1. cek pulak yg kulit putih kunig tu..ada ic tak

    ReplyDelete