Thursday, November 20, 2014

Demontrasi mahasiswa Indonesia diserang ribuan penduduk yang berang sekitar kampus


Presiden Jokowi yang baru dilantik, telah membuat satu keputusan yang paling sukar buat pertama kalinya sejak memegang jawatan sebagai presiden Indonesia. Kenaikan harga BBM (Bahan Bakar Minyak) telah mengundang rasa tidak senang segelintir rakyatnya.

Berikutan itu, berlaku protes terutama oleh gerakan mahasiswanya yang bergelar BEM (Badan Eksekutif Mahasiswa) yang menolak kenaikan harga minyak di negara itu.

Ketua BEM, gerakan mahasiswa yang diketuai oleh Mohamad Ivan Riansa pada Selasa lepas telah bercadang untuk mengepung Istana Presiden di Jakarta bersama gabungan mahasiswa daripada kampus lain dengan niat untuk memberi tekanan kepada Jokowi berikutan keputusan tidak popular tersebut.

Hari ini (Khamis), kumpulan mahasiswa merancang demonstrasi terhadap presiden. Dianggarkan sekitar seribu orang bersama para aktivis lain daripada seluruh Indonesia akan menyertai demonstrasi tersebut.

Bagaimanapun respon majoriti rakyat Indonesia dilihat tidak begitu terkesan oleh gesaan para mahasiswa untuk mengadakan bantahan terhadap Jokowi, berikutan sebahagian besar daripada mereka mempercayai tindakan beliau itu dibuat untuk kebaikan yang mana hasilnya hanya dapat dilihat selepas perlaksanaannya. Perspektif rakyat terhadap Jokowi cukup berbeza berbanding presiden sebelumnya kerana ramai di kalangan mereka mengenali beliau bukan berasal daripada keluarga yang senang.




Malam kelmarin berlaku pertempuran di antara para mahasiswa serta penyokong mereka dengan kumpulan penduduk tempatan di depan pintu masuk Universiti Hasanudin (Unhas) menggunakan batu, kayu, batang besi, panah (lastik) dan bom molotof sebagai senjata.

Puncanya, disebabkan protes yang dibuat secara melampau oleh kumpulan mahasiswa dengan menyekat akses jalanraya dan jambatan sehingga menyusahkan penduduk sekitar.  Perbuatan mahasiswa itu telah membuatkan ribuan warga penduduk mengamuk lalu bertindak menyerang mereka. Pertempuran itu berlanjutan sehingga merebak ke dalam kampus Universiti.

Ribuan penduduk yang merusuh menjadi tidak terkawal kemudiannya merempuh masuk kawasan kampus, merosakkan bangunan dan pos kawalan di laluan masuk kampus, membakar 2 kereta, 15 motosikal serta berpuluh-puluh basikal dipercayai milik mahasiswa di kawasan universiti tersebut.



Polis anti-rusuhan dengan bantuan pasukan TNI segera berkejar ke tempat kejadian dan meleraikan pertempuran itu. Tiada kemalangan jiwa berlaku di kedua belah pihak. Keadaan kemudiannya kembali menjadi tenang, namun kerosakan banyak dialami oleh pihak universiti dan para mahasiswa.

Kerajaan Indonesia pernah ditukarkan melalui gelombang demonstrasi oleh gerakan mahasiswa sehingga menumbangkan pemerintahan Presiden Suharto yang berkuasa selama 32 tahun sebelum ini. Namun sejarah telah membuktikan sebarang bentuk demonstrasi untuk menumbangkan kerajaan sebenarnya memburukkan lagi masalah yang sedia ada.

Rakyat Indonesia mungkin telah nekad untuk tidak mahu lagi bertindak secara melulu sehingga akhirnya merugikan rakyat sendiri terutama golongan-golongan miskin.

Artikel lain boleh dirujuk dalam bahasa Indonesia di sini




4 comments:

  1. Si Jokowi-LIBERAL pro-Barat/ZIONIS ni akan menjadikan lebih ramai saudara se BUMIPUTERA dari Alam Melayu kita di Indonesia, yang sungguh malang, akan terus menjadi KULI termasuk sbg. org. gaji-buruh-pengutip sampah (di Indonesia juga ada perkampungan "Rubbish Slum" spt- di Manila), serta jadi mangsa bot-karam kat Malaysia ni apabila terpaksa naik bot haram untuk pulang bercuti Hari Raya/Ramadhan dsbnya!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Aku cadangkan supaya kerajaan Malaysia karamkan bot2 pendatang haram Indonesia yg masuk ikut celah selat Melaka supaya Jokowi sedar rakyatnya yg paling byk menceroboh perairan negara kita. Kalau setakat diplomasi cara karamkan bot, aku rasa pendatang Indonesia lagi byk rugi. Itulah sbb org kampung indon bila dipilih jadi Presiden, otak kekampungan ttp xdpt dipisahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oi anon 7.14am, lu ni manusia atau SETAN SIAL?! PI MAMPOS lu PENGGANAS kat KANDANG PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM-ejen-ZIONIS-no-1!

      Delete
    2. Dan lagi si SIAL, si PATI dari BERATUS RIBU PELANCHONG CHINA yg. hilang tu lu tak pula BISING aahh?! PI MAMPOS lu!

      Delete