Saturday, July 4, 2015
Dakwaan WSJ - Kenyataan Najib terhadap tuduhan mereka
Dakwaan WSJ (Wall Street Journal) dan Sarawak Report berkenaan saluran dana berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib amatlah serius. Samada kebenarannya itu benar atau tidak, akan ada satu pihak yang bakal menghadapi tindakan berat.
WSJ sebelum ini cukup terkenal dengan reputasinya sebagai penyampai berita di mata dunia, berpangkalan di New York dan diterbitkan sejak 125 tahun lepas. Pernah memenangi Pulitzer Prize sebayak 36 kali dan merupakan akhbar terbesar di Amerika Syarikat.
Di sebelah pihak DS Najib pula, beliau merupakan antara pemimpin negara yang didakwa menerima kemasukan berbilion ringgit ke akaun peribadinya. Satu perkara yang dipertikaikan ialah benarkah begitu dangkal seorang ketua negara menggunakan akaun peribadinya untuk menerima dana yang sedemikian besar? Mengapa akaun peribadi?
Sarawak Report pula, tidak lebih daripada satu portal yang tujuannya cuma untuk memburuk-burukkan pemimpin kerajaan, penyampaiannya pula tercemar dengan pelbagai jenis pemalsuan fakta, dokumen, malah pernah tersalah orang kononnya ahli keluarga Pehin Sri Taib Mahmud sebelum pilihanraya negeri yang lepas.
Pihak SPRM, Bank Negara, PDRM serta Jabatan Peguam Negara haruslah segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan WSJ yang amat berat seperti ini. Difahamkan, WSJ melaporkan mempunyai dokumen dan bukti kukuh terhadap dakwaan mereka dan tidak gentar dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh pihak Perdana Menteri.
Di bawah adalah penjelasan Datuk Seri Najib berkenaan tuduhan yang paling berat diterimanya sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri yang ke-6. Semoga Allah membuka kebenaran kelak, siapa sebenarnya yang bersalah dan patut dihukum. Moga-moga negara kita selamat serta dilindungi daripada tangan-tangan perosak yang sentiasa mencari ruang untuk memporak-perandakan negara kita seperti yang berlaku di Timur Tengah.
Amin Ya Robbal Alamiin..
Kenyataan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak
SABTU, 4 JULAI 2015 - 12:00AM

DAKWAAN terbaharu kononnya Dato Sri Najib Razak menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi, dianggap sebagai satu lagi pembohongan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjatuhkan kerajaan.
Justeru, Perdana Menteri memberi amaran, pihak yang terus menggunakan taktik sedemikian bakal berdepan tindakan undang-undang.
Berikut adalah kenyataan penuh Najib yang dikeluarkan malam ini.

1. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai tuduhan - semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut - dilakukan terhadap saya dan keluarga.
2. Serangan bermula apabila saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya enggan kerana berasa adalah tidak wajar bagi Malaysia ditadbir secara proksi.
3. Tun kemudian mencipta krisis apabila tanpa usul periksa mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan hakikatnya ia adalah hutang yang diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion.
4. Dakwaan terbaharu ialah kononnya saya mengambil dana berkaitan kerajaan untuk kepentingan peribadi. Saya percaya Tun berada di belakang pembohongan ini, berganding bahu dengan pihak asing termasuk blog politik Sarawak Report yang semakin diragui kredibilitinya.
5. Saya ingin berterus terang: Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi seperti didakwa seteru politik - baik daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti mana disahkan oleh semua syarikat terbabit.
6. Jelas sekali, tuduhan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen terancang sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.
7. Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang bukti. Apa yang kita dengar hanyalah dakwaan berasaskan kebocoran dokumen dan penyiasat tanpa nama. Tiada sekali pun sumber dokumen ini ditampilkan, manakala dokumen berkenaan juga tidak pernah dikemukakan untuk pengesahan pihak berkuasa.
8. Seperti diketahui, beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan kebelakangan ini dilaporkan telah diubah. Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya. Hakikat ini besar kesannya terhadap kesahihan dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk memburuk-burukkan kerajaan serta negara kita.
9. Mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia untuk berdepan tindakan berikutan perbuatan mereka. Taktik kotor - termasuk taktik jenayah dalam beberapa keadaan - untuk menumbangkan kerajaan akan gagal. Dalam beberapa keadaan, mereka bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.
10. Malang sekali serangan palsu bertubi-tubi yang didorong kepentingan peribadi ini berlaku pada ketika Malaysia memiliki pelbagai kelebihan unik - kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan status negara maju yang semakin hampir dicapai. Saya kekal dengan fokus untuk membangunkan negara demi rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
... saya kini lebih percaya cakap DSN dari TDM... bukan TDM tidak bagus semasa beliau menjadi PM satu ketika dahulu, namun strategi 'matlamat menghalalkan cara' yang dilakukan mutakhir ini menyebabkan orang yang mahu berfikir dengan otak sendiri membuat kajian semula bagi setiap pandangan yang dilontarkan... kami faham bahawa politik adalah satu permainan catur tanpa sempadan dan peraturan... tetapi bila saorang yang digelar 'Negarawan'... ' stoop so low' untuk mengalahkan lawannya.. ia adalah suatu perbuatan orang beragama yang sangat memalukan .. dalam hal seperti ini kita sepatutnya lebih beradab dari dari budak suruhan Dajjal seperti George Bush, Bill Clinton, Tony Blair, Barrack Obama dan yang seangkatan dengan nya..
ReplyDeleteWalaupun saya tak menyukai cara pentadbiran najib yg byk membebankan rakyat dgn gst dan kenaikan harga minyak tetapi saya xpercaya najib sebegitu bodoh nak merompak harta rakyat sesuka hati seperti itu.... beliau byk kali difitnah walaupun pada bulan mulia skrg.. saya harap najib buat declare akaun tersebut dan tunjuk kebenaran bagi membersihkan namanya....
ReplyDeleteKalau aku jadi Najib , aku saman 100B Usd , itu pun kalau aku tak salah ler .
ReplyDeleteampa berdoa mintak tuhan tunjukkan kebenaran. tapi awa2i ampa dah buyers kat pendekar bugis tu. xbuleh la lagu tu. kena berlapang dada lah dari awai.
ReplyDeleteWSJ tu memang sebenaqnya media ZIONIS-amat-KEPARAT!
ReplyDeleteSi BETINA omputih-KEPARAT S.Repot (patutnya diHARAMkan selamanya masuk M'sia kita ni) ini disyaki DALANG belakang kumpulan PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu, yg. KELENTONG psl. IMDB ni, terutamanya puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak, bersama puak PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM - iaitu si KULI-Barat/NATO-ISrael/Zionis yg. memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!
Dan BETINA ni juga sebenaqnya adalah adik ipar kpd. bekas PM UK yg. amat pro-ISrael/Zionis, Gordon Brown yg. terlibat bersama Blair utk. melancarkan perang Iraq yg. telah menyebabkan BERJUTA Bumiputera Arab Islam Iraq diBUNUH/diROMPAK/diPERKOSA dgn. amat KEJAM dlm. GENOSID oleh tentera PENGGANAS US/UK – lihat di http://www.whale.to/b/bollyn.html , How Mossad Controls Our Political Parties, by Christopher Bollyn, 25 October 2008:
……MOSSAD CONTROLS BRITAIN
The evidence indicates that Israeli intelligence has near complete control of the leading political parties in Britain and the United States. While the Zionist political controllers in London and Washington are well known to the owners of the mass media, discussion of the subject of Zionist or Israeli control of the parties is censored in the media outlets they control. This censorship illustrates how Zionist control of the media serves to deceive the people and cause extreme harm to the nations.
Specific examples of the current pro-Israel bias in the mass media would include the media's unquestioning support of the 9-11 cover-up, the costly and disastrous wars in Iraq and Afghanistan, and the trillion dollar "bail-out." The complete lack of transparency in U.S. elections and discussion of the secretive private companies that run our elections are also censored subjects.
The utterly fraudulent Zionist construct called the "War on Terror" and the illegal wars in Iraq and Afghanistan have all been designed and forced onto the American and British nations by Zionists who control the political systems of London, New York, and Washington.
In Britain, the two political leaders who have promoted and supported the Zionist agenda and wars of aggression are Tony Blair and Gordon Brown. Their Zionist paymasters and handlers are not hard to discern, although they are never discussed in the media in such terms……
Nek Tempoyak.