Friday, July 24, 2015

TTPA perjanjian paling kotor abad ini - Naib Presiden ISMA

Tolak TTPA jika ia lebih banyak mudarat kepada rakyat daripada manfaatnya.

Ketepikan pendirian politik, rakyat harus peka sebarang keputusan yang boleh merugikan negara pada masa depan.


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemimpin-yang-kuat-akan-tolak-tppa-kata-dr-mahathir-kepada-najib-39616


BANGI, Khamis – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dijadual masuk fasa akhir dua minggu lagi disifatkan konspirasi paling kotor di abad ini.

Naib Presiden Isma, Abdul Rahman Mt Dali berkata, negara-negara yang terlibat dalam perjanjian ini akan kehilangan daulat apabila kuasa pemutus diserah bulat-bulat kepada Amerika Syarikat (AS).

“Malah keputusan mahkamah Agung boleh dicabar dan diterbalikkan oleh ‘mahkamah kangroo’ di AS,” katanya

Risalah bantah TPPA yang diedar di masjid-masjid seluruh negara.

Beliau berkata, sehingga kini majoriti rakyat di 12 negara yang terlibat dengan TPPA ini, tidak tahu tentang isi kandungan perjanjian.

Bagaimanapun, ada sebahagiannya mendapat tahu daripada maklumat bocor, dan mereka menolak keras perjanjian ini kerana disifatkan berat sebelah dan merugikan negara.

“Perjanjian ini dirangka secara rahsia kcuali sgelintir manusia yang boleh dicucuk hidung mereka.

“TPPA adalah satu konspirasi tertinggi zaman ini,” katanya.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam mengakui bahawa rundingan TPPA bakal memasuki fasa akhir dalam masa dua minggu lagi.


Sekalipun belum pasti bila akan ditandatangan, yang pastinya ia semakin hampir untuk dimuktamadkan.

Sebanyak 12 negara menyertai rundingan TPPA iaitu Australia, Brunei, Chile, Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Tindakan Malaysia menyertai rundingan TPPA menimbulkan kebimbangan banyak pihak khususnya terhadap kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung rakyat, akibat perjanjian itu.

Ia termasuk NGO Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang melancarkan kempen ‘Rakyat Bersatu Tolak TPPA’ awal bulan ini.

Selain menyebarkan hampir 200,000 ribu risalah ‘10 sebab mengapa TPPA mesti ditolak’, mereka juga mendesak kerajaan Malaysia tidak menandatangani perjanjian yang disifatkan akan mempertaruhkan Malaysia ke tangan Yahudi.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2015/07/tppa-perjanjian-paling-kotor-abad-ini/

4 comments:

  1. Rileks la....kerajaan pun belum lagi tandatangan TPPA...

    Najib bijak....dia nak tahu apa kandungan perjajnjian ni.....

    Kalau tak baik utk negara, tentu kerajaan tak setuju dgn TPPA...

    Jgnlah ambil keputusan awal...

    Najib pun tak pernah kata nak sign perjajnjian tu...

    Ini satu lagi fitnah dari Mahathir......

    Dulu kata 42 billion hilang/leasp....lepas tu bila dah kantoi, kata23 billion aje...lepas tu dah kantoi lagi
    , kata hutang 1MDB byk....etc..etc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik bising sekarang dari menyesal kendian....lebih baik kecoh sekarang dr meroyan kendian.

      kalau ikut nilai persahabatan golf PM-Presiden US, mmg teramat membimbangkan n patut dikecohkan awal2.

      Delete
    2. Ni la contoh Melayu Lama.. Semuanya tak apa.. Sikap tak apa ni la yg menyebabkan org2 Melayu skang ni ketinggalan serba serbi sebab senang untuk dimanipulasi oleh pihak2 tertentu yg tak bertanggungjawab.

      Saudara penah bace blog Tun M ke tak sebenarnya ni? Part mana yang Tun M ckp 42billion hilang/lesap tu ek? Atau saudara tak paham baca Bahasa Inggeris?
      Sila baca balik blog chedet bertarikh 23 Apr 2015 ni: 1MDB

      11. The Government invested one million Ringgit in the 1MDB. According to known records 1MDB then borrowed from various sources 42 billion Ringgit.

      12. A company with 1 million Ringgit capital with no assets cannot borrow 42,000 times its capital with no collaterals. That 1MDB is able to do so is because of Government guarantees.

      13. In other words it is Government which is borrowing the money. If 1MDB loses money, the Government will bear the loss. Yet the operation of 1MDB is not overseen by Government officers responsible for the management of Government funds.


      Kat atas ni perenggan2 yg menyebutkan mengenai 42 billion tu. Cuba bgtau sikit part mana yg Tun M cakap 42billion tu hilang/lesap??
      Malahan jelas kat situ Tun M bgtau bahawa 42billion tu dipinjam oleh 1MDB, sebuah syarikat yg dimiliki kerajaan yg mempunyai modal berbayar rm1 juta sahaja. Tun M persoalkan di situ bagaimana syarikat baru yg hanya bermodal bayar tanpa aset rm1 juta boleh membuat pinjaman sehingga 42,000 kali ganda? Disebabkan 1MDB ni milik kerajaan, maka pinjaman yg dibuat syarikat adalah tanggungan kerajaan juga di mana SEKIRANYA 1MDB kehilangan tunai, kerajaan yang akan menanggung kehilangan tersebut.

      Sila baca sepenuhnya dan fahami betul2 isi kandungan blog tersebut sebelum saudara mengatakan bahawa Tun M hanya pembawa fitnah.

      Delete
    3. Hehe amik kau anon 11.43pm

      Delete