Difahamkan bekalan air paip di beberapa bahagian di bandar Kuching, Serian, Bau dan Kota Samarahan akan dihentikan selang sehari bermula 21 Julai 2015 dari jam 9am sehingga 22 Julai 2015 jam 9am keesokan harinya.
Bekalan air disambung semula tarikh tersebut sehingga 23 Julai 2015 dan dihentikan lagi pada hari berikutnya.
Gangguan ini dijangka akan berlangsung secara selang sehari sehingga notis pemberitahuan dikeluarkan kelak oleh pihak berwajib.
Punca gangguan bekalan air adalah disebabkan paras air sungai yang rendah dan penggunaan air yang banyak terutama pada sambutan perayaan.
Para pengguna dinasihatkan memastikan air di tangki penuh ataupun membuat catuan air di tempat sesuai untuk keperluan sepanjang tempoh gangguan tersebut.
aku dah check official website takde pun pengumuman ni? mana dapat sumber?
ReplyDeleteSumber dipetik daripada FB wall, stesen radio RTM Sarawak. Sila terus ke https://www.facebook.com/pages/RTM-Sarawak/502451303153609?fref=ts/
ReplyDeleteTerima kasih