Difahamkan insiden berlaku berikutan rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak yang dikatakan banyak memihak kepada pihak lawan menyebabkan skuad Penyu gagal ke pentas akhir selepas tewas dengan agregat Terengganu 4 – 4 Lions Xii (kelebihan gol tempat lawan).
Berikutan rusuhan itu, pintu masuk utama pecah manakala sebahagian besar tempat duduk rosak selain ada yang mengalami kecederaan.
Sehingga saat ini rusuhan teruk apabila penyokong bertindak ganas dengan membakar sebahagian tempat duduk dan kenderaan ambulan.
Ada penyokong yang mengalami kecederaan, manakala Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.
Malah, kumpulan media yang membuat liputan juga turut sama terperangkap dalam kawasan stadium. Pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2015 pada 9 Mei 2015 yang lepas, pasukan Lions Xii telah menewaskan pasukan Terengganu dengan jaringan 2 – 1.
Di bawah berikut adalah gambar-gambar yang diambil oleh peminat bola di kawasan stadium malam tadi.
P/S: Janganlah hanya kerana marahkan pengadil, stadium sendiri dibakar. Bila stadium dah musnah, jangan salahkan sesiapa jika perlawanan terpaksa dibuat di tempat lain.