Friday, January 8, 2016

SADIA Kuching menyokong penuh kepimpinan Adenan Satem

Semoga Allah merahmati pemimpin Negeri Sarawak kesayangan kami...




“Sejak Adenan mengambil alih pucuk kepimpinan negeri ini sebagai Ketua Menteri, banyak perubahan yang telah dilakukannya demi menjaga kepentingan rakyat terutama yang mendiami kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak". - Datuk Dr Anthony Nait


SADIA Kuching sokong penuh kerajaan pimpinan Adenan

KUCHING: Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) Cawangan Kuching menyokong penuh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Sokongan tersebut dinyata-kan oleh Pengerusi SADIA Cawangan Kuching Datuk Dr Anthony Nait yang mewakili ahli-ahlinya di bawah pimpinan beliau pada satu majlis ringkas bagi meraikan tahun baharu, baru-baru ini.

“Sejak Adenan mengambil alih pucuk kepimpinan negeri ini sebagai Ketua Menteri, banyak perubahan yang telah dilakukannya demi menjaga kepentingan rakyat terutama yang mendiami kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

“Justeru, kita dalam SADIA khasnya di cawangan Ku-ching akan terus menyokong penuh Ketua Menteri demi kesejahteraan rakyat dan negeri ini,” katanya.

Pada majlis itu, Anthony turut menasihati ahli-ahlinya terutama yang mempunyai tanggungjawab sebagai ibu bapa agar menekankan aspek pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka.

“Sebagai ibu bapa kita tidak boleh memandang remeh soal pendidikan anak-anak kita kerana pendidikan merupakan aset penting yang akan menentukan masa depan anak-anak kita pada masa akan datang,” katanya.

Majlis ringkas itu telah diadakan di kediaman Timbalan Pengerusinya Peter Moni di Taman Heng Guan, Matang di sini dan turut dihadiri Datin Laceylona yang merupakan isteri kepada Anthony.

Turut hadir pemimpin-pemimpin Iban yang lain antaranya Penghulu Jonathan Jelai, Penghulu Robin Jimbai, Tuai Rumah Sangi, Tuai Rumah Lia, Tuai Rumah Jijah, Tuai Rumah Robert Dino, Philip Sempurai serta yang lain.

Sambil menjamu selera dan berbual mesra antara satu sama lain, mereka yang hadir pada malam itu turut dihiburkan dengan tarian poco-poco dan persembahan karaoke.- Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment