Thursday, November 12, 2015

Too much 'Politicking'... Short message from YB Ripin Lamat to Chong DAP..



DAP should not keep moving their goalposts all the time.

On one hand DAP Penang shameless keep claiming Penang is enjoying good growth because of their own policies and actions despite Malaysia's so-called economic collapse  while on the other hand DAP Sarawak says the State is beholden to the Federal Govt.

So, which is which?

It looks like Chong is both jealous and scared of TS Adenan's good work for Sarawak and engaging in all these rhetoric just for political mileage and to seek publicity.

DAP may have its Tokong in Penang but in Sarawak, we have our bona-fide Anak Sarawak Chief Minister of the people and for the people..

Surely Chong understands that Sarawak has special rights under the 18/20 points agreements and that Sarawak is equal partner to Peninsular Malaysia and not just another state?

YB Ripin Lamat
Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak


*****

Chong sudah semakin ketandusan idea dan risau dengan pencapaian YAB Ketua Menteri Sarawak sehinggakan beliau keliru berkaitan peranan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

DAP lantang bersuara dan mendakwa bahawa Pulau Pinang menikmati pencapaian dan pembangunan yang positif walaupun dalam keadaan ekonomi Negara yang beliau sifatkan sebagai buruk. Pencapaian yang mereka dakwa hasil dari polisi dan dasar kerajaan negeri dan tiada kaitan dengan kerajaan persekutuan.

Bila dalam konteks Sarawak pula dan disebabkan oleh keperluan dan publisiti politik, beliau mendakwa Kerajaan Negeri Sarawak tertakluk kepada kawalan serta dasar Kerajaan Persekutuan.

Adakah beliau lupa bahawa Sarawak mempunyai hak-hak istimewa dalam Perjanjian Perkara 20? Adakah beliau lupa bahawa peranan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.

Kerajaan Negeri dalam tempoh yang singkat telah berjaya dalam perlaksanaan Lebuhraya Pan Borneo, memperjuangkan hak semua kaum dan menumpas pembalakan haram, memperjuangkan hak autonomi dari Kerajaan Persekutuan, menghapuskan tol di Sarawak dan bayangkan apa yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Adenan Satem dalam masa 5 tahun lagi.

Chong sepatutnya berhenti bermain politik retorik murahan ini untuk meraih sokongan rakyat. Sarawak mempunyai anak jatinya sendiri sebagai Ketua Menterinya dan sentasa memberi khidmat yang terbaik untuk rakyatnya. Di situlah kita harus memberi sokongan 100% demi Negeri Sarawak.


P/S: Mungkin DAP sudah lupa pada kenyataan tentang kerajaan negeri Sarawak sebelum ini. Kononnya sanggup mengenepikan perbezaan politik demi kebaikan rakyat. Apapun, biarlah rakyat sendiri menilaikannya. Jangan merisikokan masa depan dengan mempercayai parti lidah bercabang...

Ini kata mereka dulu..

DAP sokong kerajaan demi kebaikan rakyat - Borneopost



No comments:

Post a Comment