Saturday, November 21, 2015

BN Sarawak bakal memilih dua calon baru wanita Pilihanraya Negeri akan datang


 

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang juga Pengerusi BN negeri memberitahu BN Sarawak setakat ini mempunyai empat wakil wanita dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Datuk Fatimah Abdullah (Dalat), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Semariang), Simoi Peri (Lingga) dan Rosey Yunus (Bekenu).

Berkemungkinan besar, beliau akan menambah dua orang lagi calon baru wanita dari 11 kawasan pilihan raya baru akan datang adalah Gedong, Kabong, Telian , Stakan , Selirik, Samalaju, Murum , Long Lama, Serumbu , Triboh, dan Batu Kitang.

"Keputusan ini juga merupakan satu penghargaan serta pengiktirafan kepentingan peranan yang dilaksanakan golongan wanita dalam masyarakat di negeri ini, dan saya berharap rakyat boleh memberi sokongan penuh bakal calon baharu ini nanti," katanya semasa menjawab soalan salah seorang belia pada forum belia yang dianjurkan oleh Tegas.

Tegas merupakan pertubuhan yang menggalakkan pendidikan teknikal di kalangan pelajar-pelajar bumiputera di negeri Sarawak yang di adakan di Pusat Konvesyen Borneo (BCCK) Kuching hari ini.

"Saya akan memohon peruntukan tambahan RM500 juta untuk melaksanakan projek dan program pembangunan luar bandar dalam persidangan DUN pada bulan depan, sejumlah RM500 juta telah diluluskan dalam perbelanjaan bagi membina jambatan di Limbang, Long Lama, Bako dan Sibuti," ujarnya

Beliau memberitahu terdapat masih ramai lagi penduduk miskin di kawasan luar bandar yang memerlukan bantuan kerajaan untuk meningk
atkan taraf hidup mereka.

Menyentuh mengenai Bahasa Inggeris, beliau berkata Inggeris adalah bahasa antarabangsa yang sangat penting. Adalah kurang bijak jika generasi muda kita tidak menguasainya dalam usaha merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan sektor swasta dan sektor industri teknikal," tambahnya - Sarawakiana

No comments:

Post a Comment