Sunday, May 17, 2015

Gambar-gambar insiden di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibakar penyokong liar malam tadi.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, malam tadi dicemari dengan insiden apabila penyokong Terengganu menyerang pengadil sebaik tamat perlawanan.

Difahamkan insiden berlaku berikutan rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak yang dikatakan banyak memihak kepada pihak lawan menyebabkan skuad Penyu gagal ke pentas akhir selepas tewas dengan agregat Terengganu 4 – 4 Lions Xii (kelebihan gol tempat lawan).

Berikutan rusuhan itu, pintu masuk utama pecah manakala sebahagian besar tempat duduk rosak selain ada yang mengalami kecederaan.

Sehingga saat ini rusuhan teruk apabila penyokong bertindak ganas dengan membakar sebahagian tempat duduk dan kenderaan ambulan.

Ada penyokong yang mengalami kecederaan, manakala Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

Malah, kumpulan media yang membuat liputan juga turut sama terperangkap dalam kawasan stadium. Pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2015 pada 9 Mei 2015 yang lepas, pasukan Lions Xii telah menewaskan pasukan Terengganu dengan jaringan 2 – 1.

Di bawah berikut adalah gambar-gambar yang diambil oleh peminat bola di kawasan stadium malam tadi.



P/S: Janganlah hanya kerana marahkan pengadil, stadium sendiri dibakar. Bila stadium dah musnah, jangan salahkan sesiapa jika perlawanan terpaksa dibuat di tempat lain.

4 comments:

  1. Apalah bala yg ada kat Stadium Sultan Mizan ni?Awal2 siap dah runtuh.Lepas baru jer repair,dah kene bakar. :D

    ReplyDelete
  2. JANGAN dok salahkan hanya anak-anak muda kita - kenapa?! JAKIM/MAIN bersama Kementerian Multimedia juga telah GAGAL menjalankan tanggungjawabnya MELINDUNGI ISLAM dan NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni serta hak umatnya yg. MAJORITI rakyat negara ini!

    Lihat sajalah INTERNET dan ASTROBANGANG tu serta iklan-iklan GERGASI-LUCAH yg. makin MENINGKAT, di kedai-kedai sy. ASING di "shopping-mall" besar - makin AGRESIF, diBIASAkan ("NORMALIZE") BUDAYA Barat/ZIONIS-KEPARAT tanpa sebarang PENAPISAN; spt. budaya PORNOGRAFI (terutamanya menunjukkan wanita berpakaian LUCAH kat bahagian dada)-SEKS BEBAS, KETAGIH DADAH/ALKOHOL-/JUDI, HOMO-LESBI, PENGGUGURAN ANAK, KEGANASAN MELAMPAU dsbnya, terutamanya di siaran-siaran Baratnya spt. FoxTV, Star World, Diva dsbnya! Dahlah umat Islam terutamanya wanita Islam yang BERTUDUNG (seolah TAK WUJUD kat siaran ASING mcm. ni), serta Bahasa Kebangsaan kita juga diPERLEKEHkan dlm. iklan-iklan dan program-program depa - seolah sebahagian Malaysia, NEGARA ISLAM kita ini adalah JAJAHAN Barat-Zionis/ASING melalui siaran-siaran TV-ASINGini!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  3. apa benda lu..jakim pulak yang salah..yang buat kerja bangang ni budak belum akil baligh..kecik2 tak nak mampos ..dah besar bakar stadium...bangsa mana la ni

    ReplyDelete
  4. ini peninggalan anwar ibrahim kalau kalah hakim atau pengadil tak betul kalau mnang ok semua bagus...imej bolasepak mlaysia bila nk jadi propesional...tangkap ponyokong yg buat hal dakwa sekeras kerasnya supaya jadi pengajaran kpd orng lain...bodoh..

    ReplyDelete