Thursday, October 2, 2014

Gambar - Lagi kebakaran kampung di Sabah

Kerap sangat kampung-kampung di Sabah terbakar. Sekali terbakar sampai satu kampung. Sebelum ini berlaku Pulau Gaya KK (berlaku Julai, 30 buah rumah) kemudian di Tawau, (September, 100 buah rumah) sekarang pula di Sandakan.

Jarang kita dengar berlaku kebakaran musnah satu kampung dalam jarak masa terdekat. Mungkin kerajaan harus bantu rakyat dalam penempatan yang lebih selamat.

Rumah dekat-dekat memang berisiko dengan ancaman kebakaran.


Gambar Kampung Karamunting Sandakan Terbakar 2 Oktober 2014

Sandakan: Lebih 20 rumah musnah dalam kejadian kebakaran di kawasan setinggan di Kampung Karamunting Baru, Sandakan Sabah jam 4 petang tadi.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan sehingga kini usaha memadam kebakaran masih dijalankan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Afendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 4 petang.

Sebanyak empat jentera dengan kekuatan seramai 32 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran rumah setinggan dianggarkan lebih 20 rumah dan masih belum terkawal,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

 Menurutnya, usaha memadam giat dlakukan namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. -HM








No comments:

Post a Comment