Friday, October 3, 2014

Datuk Ahmad Maslan minta kena Smash!

Minyak Ron95 guna RM132 sebulan = RM4.50 satu hari.

Pergi kerja RM2.25, balik kerja RM2.25.. Ini kalau guna EX5 mungkin boleh. Kalau guna kancil belum tentu lepas. Belum tol lagi. Entah mana punya kajian Datuk Maslan ambil.

Naik 20sen bukan nak kata rakyat jadi terus papa kedana, tapi impak pada harga barang keperluan harian semua meningkat. Gaji pun bukan senang nak naik.

Kereta rakyat kebanyakannya proton lama, kereta tahun 90an enjin guna karburator tak ada teknologi Hybrid atau Ecotech atau seangkatan dengannya. Orang tak berkemampuan pun banyak bergantung hidup pada kereta, jangan anggap setakat layak pakai motosikal saja.

Dah kurangkan subsidi buat lagi kenyataan macam bawah tu, suka sangat bagi bola tanggung untuk pembangkang smash.






Sekarang kita sudah tahu... Lain kali kalau PR ada krisis besar, itu tandanya kerajaan akan buat satu lagi kejutan buat rakyat. 


No comments:

Post a Comment