Tuesday, May 26, 2015

3 ikon PAS berisiko dipecat

Jadi ahli PAS bukan saja kena akur dengan kehendak pemimpin malah mereka tidak boleh ditegur apatah lagi dikritik. Berbeza pendapat akan jadi alasan untuk disingkirkan. 

Jika benar sekalipun pandangan mereka, harus diingat pihak yang layak untuk mengkritik hanyalah DAP sahaja. Tiada pihak yang lain boleh seperti mereka. Walaupun dasar perjuangan PAS dikritik, golongan ulama dikritik, pemimpin PAS dikritik, Majlis Syura PAS dikritik, tetapi PAS masih tetap setia bersama DAP.

Kesimpulannya, jika teringin nak kritik pemimpin PAS secara terbuka, masuklah DAP. Mereka bukan sahaja akan diam menikus malah menyokong dengan menyerang pemimpin sendiri secara senyap. 

Lihat saja krisis MB Selangor dulu..

Tiga Ikon PAS bakal dipecat?



Tiga ikon dalam Pas yang sering menghiasi pentas ceramah parti itu kini berada dalam dilema, gara-gara didakwa mengkritik pimpinan parti itu sehingga menjadi viral di laman sosial.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak; Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin serta Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp berhubung kepimpinan dalam Pas.

Rentetan itu, beberapa ahli parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahliannya kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.

Leman Raja Lawak ketika dihubungi bagaimanapun berkata, beliau reda dengan apa jua keputusan parti sekiranya perlu mengambil tindakan berhubung perkara itu.

“Apabila menyuarakan pendapat supaya ustaz dalam Pas jangan terlalu ekstrem dan perlu membuat pendekatan kepada bukan Islam selain jangan kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi parti, didesaknya pula kami dipecat,” katanya.

Mengulas mengenai perbualan terbabit, Leman antaranya membangkitkan isu rakyat yang mempersoalkan pimpinan mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin Islam yang sepatutnya bergaul dengan bukan Islam kerana ia termasuk dalam konsep peradaban Islam dan siasah politik.

“Ada sesetengah golongan ustaz dalam Pas yang dipilih menjadi pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam. Mereka bukan hanya memberi kuliah Subuh atau Maghrib tetapi perlu peka semua aspek termasuk isu akar umbi hingga peringkat nasional,” katanya.

Menurutnya, kelemahan golongan itu yang diangkat menjadi pemimpin hanya dengan memberi ceramah agama dan pandai bercakap tetapi langsung tidak menjiwai rakyat bawahan yang daif dengan permasalahan ekonomi.

“Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberikan idea dan hala tuju masa depan parti apabila dipilih sebagai ketua. Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi,” katanya.

Leman berkata, selepas kenyataan itu diviralkan dalam WhatsApp, ada golongan yang menyarankan agar beliau dipecat daripada parti.

Sementara itu, Wan Aishah turut melahirkan rasa kecewa di laman Facebook dan menegaskan kenyataan itu bukan sebahagian daripada ucapannya di mana-mana program.

“Ia sebahagian dari perbualan dalam grup WhatsApp yang diviralkan. Seingat saya, ketika itu kami sedang berbincang tentang definisi ulama, saya juga ditanya kenapa sertai Pas. Macam-macam isu dibincangkan secara baik,” katanya.

Menurutnya, beliau memberikan pandangan dan jawapan secara ikhlas termasuk mengenai pergolakan Pas sekarang namun, kesal kerana perbincangan yang dianggap tertutup itu tersebar dan dijadikan isu.

“Kalau rasa nak kecam, kecamlah. Nak pecat sama sekali pun terpulanglah. Saya tidak bimbang, sekadar mahu perbetulkan persepsi yang saya dianggap mengkritik kepimpinan secara terbuka,” katanya.

Wan Aishah turut mempersoalkan apakah kepimpinan dalam parti tidak boleh dikritik, tambahan pula pandangan itu disuarakan secara santai melalui laman sosial.

“Komen yang saya berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja. Takkan pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara peribadi?” katanya yang secara spontan teringatkan bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil berkias, ‘things are not the same without him’

sumber: sejarahmelayu.blogspot.com

Sunday, May 17, 2015

Gambar-gambar insiden di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibakar penyokong liar malam tadi.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, malam tadi dicemari dengan insiden apabila penyokong Terengganu menyerang pengadil sebaik tamat perlawanan.

Difahamkan insiden berlaku berikutan rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak yang dikatakan banyak memihak kepada pihak lawan menyebabkan skuad Penyu gagal ke pentas akhir selepas tewas dengan agregat Terengganu 4 – 4 Lions Xii (kelebihan gol tempat lawan).

Berikutan rusuhan itu, pintu masuk utama pecah manakala sebahagian besar tempat duduk rosak selain ada yang mengalami kecederaan.

Sehingga saat ini rusuhan teruk apabila penyokong bertindak ganas dengan membakar sebahagian tempat duduk dan kenderaan ambulan.

Ada penyokong yang mengalami kecederaan, manakala Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.

Malah, kumpulan media yang membuat liputan juga turut sama terperangkap dalam kawasan stadium. Pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2015 pada 9 Mei 2015 yang lepas, pasukan Lions Xii telah menewaskan pasukan Terengganu dengan jaringan 2 – 1.

Di bawah berikut adalah gambar-gambar yang diambil oleh peminat bola di kawasan stadium malam tadi.



P/S: Janganlah hanya kerana marahkan pengadil, stadium sendiri dibakar. Bila stadium dah musnah, jangan salahkan sesiapa jika perlawanan terpaksa dibuat di tempat lain.

Thursday, May 14, 2015

Menteri tolak cadangan PKR agar motosikal dikenakan Tol


Sifat terdesak pihak pembangkang untuk memutarbelitkan fakta dengan menuduh Menteri Kerja Raya yang mencadangkan motosikal dikenakan tol ibarat meludah ke langit, kerana hansard perbahasan tersebut jelas tercatat apa sebenarnya yang berlaku, siapa sebenarnya yang mencadangkan agar motosikal dikenakan tol.

Hakikatnya ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh yang cuba mempertikai keputusan kerajaan yang tidak mengenakan tol terhadap motosikal, dan telah dijawab oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah ketika menjawab soalan ahli Parlimen Kuantan itu semasa sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada November 2013 berkata, Kadar Tol di lebuh raya negara ini tidak ditentukan mengikut kapasiti enjin ataupun CC, sebaliknya dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan.

“Motorsikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk dibawah kategori kenderaan dua gandar atau dua roda (motorsikal) yang dikecualikan dari kutipan tol.

“Penetapan untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 dan keputusan ini ditetapkan adalah berdasarkan akta dan perundangan.” katanya.

Fauziah yang jelas tidak berpuas hati meminta agar keputusan tersebut dikaji semula kerana menurut ahli Parlimen PKR itu, kewajaraan untuk mengenakan tol terhadap motosikal ialah kerana terdapat motosikal berkuasa tinggi yang setaraf dengan kereta.

Walau bagaimanapun, Fadillah yang juga ahli Parlimen Petra Jaya menolak gesaan tersebut ketika itu berkata, jika kerajaan mahu mewujudkan kutipan tol kepada motorsikal, mereka perlu mewujudkan lorong-lorong kutipan tol untuk motorsikal.

“Jika ingin juga dilaksanakan ianya akan mengakibatkan penggunaan belanja yang agak besar.” katanya.

Meskpun isu ini sudah lama, namun akibat ketandusan itu ianya terpaksa dikitar semula demi untuk mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan.

Namun disini jelas terbukti siapa atau pihak mana sebenarnya yang mahu motosikal dikenakan tol...?

Kredit kepada suaramassa.blogspot

Wednesday, May 6, 2015

Keputusan rasmi PRK Rompin - 5 May, 2015



BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calonnya, Datuk Hasan Ariffin berjaya menewaskan calon daripada PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi, namun dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Tahniah. Dengan amanah yang diberikan oleh para pengundi kepada Datuk Hasan sebagai wakil rakyat, beliau pasti akan meneruskan semua usaha dan tugas-tugas yang dipikul oleh arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebelum ini.

Selamat Berbakti kepada rakyat.



Saturday, May 2, 2015

Agihan Projek Pan Borneo Bukan Sembrono Seperti Didakwa



Pertama sekali, Projek Pan Borneo dilaksanakan secara PFI (private finance initiative) - syarikat yang mendapat projek menggunakan duit sendiri untuk laksana projek.

Kenapa PFI?

Kerana jika kita menunggu peruntukan kerajaan, dianggarkan berjumlah RM15 billion, maka pelaksanaan Pan Borneo tidak akan dapat dilaksana dan disiapkan dalam tempoh yang pendek (5-7 tahun) disebabkan kerajaan perlu membahagikan peruntukan pembangunan di semua negeri dan bukan hanya di Sarawak. Kalau mengikut peruntukan tahunan kerajaan berdasarkan rancangan malaysia, tempoh bagi menaiktaraf keseluruhan jajaran akan memakan masa lebih dari 15 tahun.

Mana-mana syarikat boleh membuat proposal kepada EPU(Economic Planning Unit) dan UKAS (unit kerjasama awam swasta - jk ini terdiri dari pelbagai agensi) untuk mana-mana projek PFI seperti projek-projek lebuhraya di semenanjung tetapi mereka mengenakan tol, Pan Borneo pula tidak dikenakan tol.

UKAS/EPU/MOF akan mengkaji proposal dan memperakukan proposal tersebut. Keputusan untuk mencadangkan kelulusan terletak d tangan EPU. JKR di bawah KKR hanya memberi bantuan dari segi nasihat teknikal dan bukannya ada kuasa untuk meluluskan projek ini.

Syarikat yang membuat proposal tentunya akan menunjukkan keupayaan dari segi kewangan dan teknikal dalam proposal tersebut. Dan jika sudah diluluskan projek kepada mereka barulah bank akan mengeluarkan pinjaman kepada mereka.

Syarikat yang mendapat projek ini perlu mengeluarkan modalnya sendiri. Modal dari pinjaman bank dan mungkin pelabur-pelabur. Bank pula hanya akan melulus pinjaman jika mereka yakin bahawa syarikat ini betul-betul layak dan berwibawa untuk melaksana projek dan seterusnya membayar balik pinjaman.

Untuk memastikan projek tersebut dilaksanakan dgn baik maka perlulah syarikat memilih konsultant-konsultan, kontraktor-kontraktor, dan pembekal-pembekal yang dapat perform.

Dalam masa yang sama kerajaan juga akan memastikan bahawa sebahagian projek-projek ini hendaklah diagihkan kepada ahli-ahli persatuan-persatuan tempatan.

Sudah tentu yang paling penting rakyat sarawak dapat menikmati jalan yang elok dan selesa dalam masa yang singkat, secara tidak lansung merancakkan lagi ekonomi setempat.

Syarikat-syarikat tempatan dapat a piece of the pie.

Syarikat utama dapat laksana projek mengikut waktu dan mendapat keuntungan, dan dapat membayar semula pinjaman bank.

Kita boleh lihat ianya tidaklah semudah yang dinyatakan untuk menganugerahkan sesuatu projek lebih-lebih lagi projek yang berskala besar. Untuk menuduh sedemikian, sedikit sebanyak menghina orang-orang yang bekerja keras untuk memastikan semua proses dikuti dengan betul demi untuk memastikan rakyat dapat merasa pembangunan projek ini. - SMSa