Friday, October 31, 2014
Jenayah bom di Kuala Lumpur lagi...
Dua bahan letupan kecil telah dimusnahkan oleh skuad pemusnah bom di Jalan Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur, petang semalam.
Bom tersebut diletakkan di dalam sebuah beg dan berada hanya 5 kaki di depan pintu pejabat Maybank, ditemui oleh staf bank yang bekerja di bangunan itu kira-kira jam 4 petang.
The Star Online melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asst Comm Zainol Samah berkata bahan letupan itu diletakkan di dalam beg bagasi berwarna kelabu.
Sepasukan skuad pemusnah bom yang dihantar ke tempat kejadian telah memusnahkan bom yang pertama pada pukul 7.30pm dan bom kedua, lima minit kemudian.
Kes sedang disiasat kerana melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kerosakan awam di bawah kanun keseksaan.
Kredit kepada siakapkeli.com dan thestar.com.my
Teguran panas Calon PAS DUN Jabi kepada Mahasiswa UM Pro-Anwar
Ramai juga yang PM marahkan saya berkaitan post saya dalam peristiwa di UM semalam.
https://www.facebook.com/drazman.ibrahim/posts/962433327106127?pnref=story

Yang lembut ada, yang caci ada termasuk yang sindir pun ramai jugok.
Ada yang kata, "kalau tak berani duduk diam-diam sajalah. Tak payah kritik apa orang lain nak buat."
Ada yang kata, "kepala awak dah masuk virus UG."
Ada juga yang cadangkan, "awak duduk diam kat klinik cabut gigi sudoh."
Ada yang kata, "Mahasiswa sekarang berani, tak macam zaman Dr dulu."
Ada yang kata, "kita nak bela Anwar untuk buat reformasi menyeluruh dalam negara."
Hahahaa... semua tu saya baca sambil senyum terutamanya bila belek profile, nampaknya ramai mereka adalah pelajar univ. yang saya consider masih berpangkat adik berbanding saya.
Respon saya...
Adik-adikku...
Saya juga pernah berada dalam posisi semua benda nak langgar seperti adik-adik sekarang ini. Malah lebih berani dari itu. Bila kita meningkat dewasa, adik akan mula berfikir dengan pertimbangan yang lebih rasional.
Dunia mahasiswa satu dari dunia sementara untuk kita belajar suatu sudut dari kehidupan tapi bukan keseluruhan lapangan hidup.
Bila dah keluar nanti...
Cabaran yang pertama ialah samada kita dapat kerja atau tidak. Bila dapat kerja. Apakah kita masih kekal dalam perjuangan setelah menjawat apa-apa profesion?
Cabaran yang kedua, bila dah ada suami atau isteri. Istiqamah lagikah kita dengan perjuangan setelah berkeluarga.
Cabaran yang ketiga, bila dapat anak. Setelah menjadi bapa atau ibu, di mana kita ketika itu?
Cabaran yg keempat, sanggupkah kita korbankan kerja kita kerana perjuangan. Contohnya kalau jadi doktor, kita tutup klinik 3 atau 4 hari seminggu dengan zero income kerana tugasan parti dan jemaah?
Cabaran yang kelima, kalau kita terjun ke medan tetapi kita tak dilantik menjawat apa-apa jawatan penting apatah lagi dipilih menjadi calon, bolehkah kita kekal istiqamah?
Cabaran yang ke enam, sanggupkah kita bersusah payah dalam perjuangan di saat rakan-rakan sebaya kita mula mempamerkan kereta besar masing-masing? Perjuangan tak menjanjikan kemewahan wahai adikku.
Kalau semua ini boleh dijawab, marilah jumpa saya bila-bila masa, saya akan tarik balik posting tersebut dan minta maaf.
Dr Azman Ibrahim,
Bekas Pensyarah Pergigian di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia,
Calon PAS bagi N.05 Dun Jabi PRU13.

2 ditembak mati - Gerakan pengganas sulu di Penampang, Sabah?
Menurut media, dua penjenayah yang ditembak mati di Penampang, Sabah dipercayai pengganas sulu..
Sekarang masalah pengganas sulu sudah merebak dari Semporna dan Lahad Datu ke Kota Kinabalu?
Penampang - Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.
Menurut sumber polis, pihaknya membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu - (Sumber) di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.
"Suspek berusia 30-an dan 50-an berasal dari Kota Kinabalu. Mereka juga sedang cuba melakukan samun bersenjata di kawasan kedai itu. Polis kini sedang mengesan saki baki kumpulan ini dan mereka juga dipercayai mula aktif di luar kawasan pantai timur Sabah," katanya.
penduduk pekan itu panik seketika dengan insiden berbalas tembakan di kawasan perniagaan Penampang Baru itu.
Saksi kejadian seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang tidak ingin dikenali, mendakwa beliau mendengar tembakan dilepaskan di kawasan perniagaan itu.
"Saya sedang bekerja, terdengar bunyi seperti barang jatuh dan saya keluar dari kedai ternampak sekumpulan lelaki bersenjata memakai topeng melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Pekerja kedai makanan itu berkata, beliau bersembunyi di kawasan kedai itu dan sempat melihat sekumpulan anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa yang ditembak mati.
Beliau berkata, melihat anggota polis membawa masuk dua plastik hitam dipercayai mayat mangsa yang ditembak.
Tinjauan mendapati polis menutup dua blok perniagaan dengan memasang tali kuning bagi melarang mana-mana pihak memasuki kawasan itu.
artikel sumber

Lagi gambar penyokong PKR pada hari ke-4 rayuan kes liwat Anwar
Gambar sekitar jam 9.00 pagi tadi. Lengang saja. Hanya dihadiri penyokong kira-kira 30 orang sahaja. Tidak ada laungan klip klap klip klap klip klap wanita muslimah PKR yang di ketuai MP Ampang. Mereka sudah letih berklip klap..
Sebelum ini banyak pertengkaran sesama sendiri di tempat perhimpunan seperti yang biasa kita lihat ketika pemilihan parti mereka. Salah menyalahi berlaku apabila masing-masing yang terlibat dalam program cuba mempertahankan diri daripada dipertikaikan. Akhirnya ada yang merajuk, hari ini kita nampak inilah yang terjadi.
Nampak sungguh tidak ada perancangan dan susun atur kerja yang baik. Semua kelam kabut.. Sedangkan hari seperti ini adalah hari penentuan hidup mati kerjaya politik penasihat PKR merangkap ketua umum Pakatan Rakyat. Bagaimana nak uruskan negara jika begini keadaannya?
Kata orang, ramai tak suka tindakan PKR selama ini kerana mereka terlalu angkuh.. pemecatan TSKI, penggantungan keahlian Chegu Bard, pembulian ke atas parti PAS, perlantikan kontroversi ketua AMK semuanya menjadi punca mengapa tidak ada penyokong yang mahu ambil peduli lagi..
Tema RAKYAT HAKIM NEGARA anjuran PKR nampaknya sangat-sangat tidak bertepatan dengan keadaan yang ditunjukkan rakyat terhadap parti itu.
- artikel berkaitan juga boleh dilayari di http://celahgelegar.blogspot.com/

Perhimpunan PKR suram. tanda sokongan politik Anwar semakin malap..
Berbeza suasana sebelum ini, kompleks Istana Keadilan di Putrajaya semakin tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan PKR. Rata-rata yang hadir untuk menunjukkan solidariti kepada Ketua Pembangkang merasa kecewa dengan jumlah penyokong yang memalukan itu. Tiada laungan reformasi yang menggegarkan persekitaran mahkamah dan sebagainya.
Difahamkan berlaku juga pertengkaran sesama ahli PKR berkenaan masalah logistik, masalah tambang dan sebagainya seperti yang didedahkan melalui youtube dan laman-laman sosial. Pada hari pertama perbicaraan dianggarkan seramai 800 orang hadir memberikan sokongan, namun berbeza keadaan semalam di mana hampir tidak ada orang selain penyokong kuat PKR sahaja yang datang memberi sokongan kepada Anwar.
Ada yang menjangkakan prosiding berakhir dengan bilangan penyokong yang lebih sedikit berbanding semalam dan hanya disertai oleh orang-orang PKR sendiri. Pemimpin PKR, Wong Chen memberitahu orang ramai pada hari Selasa bahawa perbicaraan akan dilanjutkan dan menggesa mereka bersedia satu hari lagi bagi meneruskan perhimpunan di hadapan mahkamah namun ramai yang tidak bersetuju lantas memboikot prosiding mahkamah hari ini.

Beginilah cara Indonesia mengajar pesawat yang menceroboh milik Singapura
Kes pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh Singapura bukan perkara baru bagi Malaysia.
Malaysia adalah negara yang sangat menghormati negara-negara yang dianggap sahabat.
Namun, sifat hormat Malaysia kepada negara-negara jiran sentiasa diambil kesempatan oleh Singapura yang tidak sensitif dengan membiarkan pesawat terbangnya mencabuli kawasan sempadan ruang udara Malaysia.
Adalah menjadi tanggungjawab sesebuah negara untuk menjaga kedaulatan negaranya. Malaysia harus mencontohi ketegasan Indonesia dalam menjaga ruang udara mereka tanpa kompromi. Mana-mana pesawat yang menceroboh ruang udara harus dipintas dan dipaksa mendarat seperti yang kita lihat pada gambar-gambar di bawah.
Beginilah cara tentera Indonesia bertindak apabila menahan pesawat yang didapati menceroboh ruang udara mereka..

Thursday, October 30, 2014
Wakil DAP dimalukan, kena kaw-kaw dengan kaum India
Hantar diri untuk dimalukan..! Dah tahu orang tak suka, masih tersengih-sengih nak raih sokongan untuk parti..
Terbaikla.. uncle-uncle semua..
"DAP hancur! DAP hancur! DAP hancur! Tak bley pakai! Boleh jalan! tak mau tengok lu punya muka!" "DAP penjenayah!!, DAP Penipu! DAP Pencuri!! Baliklah, baliklah!!! tak mau tengok lu punya muka!!!" Itulah respon spontan uncle-uncle kaum India siap kena tengking sebaik wakil Cina DAP itu memperkenalkan dirinya. Tersipu-sipu malu wakil DAP itu kemudian dia pun pergi dengan malu besar..

Video Mak Lampir buat demonstrasi paling lucu
Sejak PAS dah takde lagi ikut demo tiba-tiba pula ada group yang dinamakan muslimah PKR. Ketua muslimah pula mak lampir sendiri? Kenapa mesti mak lampir???
Orang lain sibuk demo, turun padang panas terik, peluh sampai basah baju semata-mata nak tunjuk solidariti kepada Anwar, dia plak ambik kesempatan cari pubilisiti murahan siap tayang banner dengan muka dia besar-besar padahal tak ada kena mengena pun dengan perbicaraan Anwar. Lol....
Pulak tu ada laungan klip klap klip klap klip klap, yang entah kejadah apa ke maksudnya hanya Tuhan dan dia saja yang tahu...
Aduhai... Syukur Ketua wanita PKR ni takde niat nak kempen sebagai orang nombor 1 PKR... pelik-pelik aksi PKR ni bila dah ketandusan idea...!
Warkah luahan hati Saiful Bukhari
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu (DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk "tunda" lagi.
Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.
Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.
Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.
Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada 'deal', harap tidak benar) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan.
Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.
Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.
Jika tidak didunia, di Masyar pasti…
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.
Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar.
MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN

Bantuan Interpol buru Alvin & Ali
Lari ke luar negara dan lambat sikit kena tindakan bukan bermakna boleh lepas hukuman sewenang-wenangnya. Negara kita ada undang-undang. Di negara orang pun ada undang-undang.. Tak mungkin dibenarkan tinggal di sana selama-lamanya..
KUALA LUMPUR 29 Okt - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan kepada Interpol di Perancis untuk membantu pihaknya menahan seorang aktivis Ali Abd Jalil dan penulis blog, Alvin Tan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, permohonan itu dibuat setelah kedua-dua mereka cuba memohon perlindungan politik di luar negara.
Ali memohon suaka di Sweden manakala Alvin di Amerika Syarikat.
"Polis telah memohon 'red notice' kepada Interpol. Jadi kita tunggu jawapan," katanya kepada pemberita pada Seminar Ketua Polis Daerah, di Maktab PDRM Cheras di sini, hari ini.
Alvin, 26, dan teman wanitanya Vivian Lee, 25, telah didakwa mengikut Akta Hasutan kerana ucapan Ramadan di laman blog mereka, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini pada tahun lepas.
Kes mereka masih dalam perbicaraan.
Ali juga menghadapi tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya.
Sumber

Wednesday, October 29, 2014
Gambar 'RAKYAT HAKIM NEGARA' yang memalukan PKR dan Anwar Ibrahim
Dirakam pada hari perbicaraan Anwar Ibrahim..
Lebih ramai penyokong Mohd Saiful Bukhari datang bagi menyatakan solidariti kepada Saiful berhubung rayuan kes liwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.
Selain laungan mempertahankan Saiful, penyokong terbabit yang majoritinya adalah anak muda turut membawa sepanduk tertera tulisan "Justice for Saiful", "We are the people, we demand justice for the victim Saiful" serta "PKR, Anwar, don't threaten the court".
Slogan RAKYAT HAKIM NEGARA yang dicanangkan PKR kini mula menunjukkan apa yang rakyat mahukan.
Dijangkakan lebih ramai lagi yang akan turun padang menyokong Saiful, harapnya melebihi jumlah penyokong PKR yang kebanyakannya mungkin dipaksa datang untuk tunjuk solidariti kepada Anwar.
Persoalannya, adakah Anwar akan dimalukan oleh slogan 'rakyat hakim negara' ciptaan mereka sendiri?
Perbicaraan disambung besok

Kredit foto kepada: hambaliabdullah.blogspot.com, malaysiakini
Peguambela mengaku DNA 'lelaki Y' dalam rektum Saiful bukan milik Anwar
ANWAR LIWAT: DNA 'lelaki Y' Dalam Rektum Mohd Saiful Bukan Milik Anwar - Peguam Bela
PUTRAJAYA, 29 Okt (Bernama) -- Profil DNA "Lelaki Y" yang dijumpai dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan milik pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Rabu.
Dalam hujahnya di hadapan lima panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Sangeet Kaur Deo berkata tiada bukti sama sekali untuk mengaitkan "Lelaki Y" dengan Anwar.
Beliau menjelaskan tiada seorang pegawai polis yang bertugas di lokap melihat Anwar menggunakan tiga barangan -- berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral - yang telah diberikan kepadanya oleh pihak polis ketika beliau ditahan semalaman dari 16 Julai 2008 hingga 17 Julai 2008.
Sangeet berkata seorang pegawai polis memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mendengar bunyi seolah-olah Anwar memberus giginya.
"Dia melihat Anwar menggunakan tandas sel tetapi dia tidak melihat perayu (Anwar) memberus gigi," katanya.
Oleh itu, beliau berkata, adalah tidak mungkin untuk menghubungkan profil DNA 'Lelaki Y' untuk Anwar kerana ia boleh menjadi sesiapa sahaja.
Ketika ditanya Hakim Arifin sama ada terdapat orang lain dalam sel itu, Sangeet berkata Anwar adalah penghuni tunggal.
Beliau berhujah bahawa pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan bahawa Anwar telah menggunakan barangan itu, bagaimanapun, pegawai polis tidak pernah melihat Anwar menggunakannya.
"Keterangan mengikut keadaan biasanya bergantung kepada bila tidak ada keterangan langsung. Tetapi dalam kes ini, kita mempunyai saksi yang melihat perayu tidak menggunakan barang-barang itu," katanya.
Namun, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong menjelaskan bahawa dalam undang-undang, keterangan mengikut keadaan boleh digunakan, tidak semestinya hanya mengarahkan keterangan, ia boleh menjadi kedua-duanya.
--BERNAMA
Video Tian Chua, Ketua AMK cuba rempuh halangan polis..
Marilah sekalian rakyat Malaysia, kita menonton aksi para pejuang Demokrasi cara PKR.. Beginilah caranya kalau nak tegakkan keadilan.. barulah dinamakan 'Demokrasi Terpimpin'...
Video berdurasi 0.23 saat menunjukkan Tian Chua dan Nik Nazmi kelihatan sedang 'sibuk berkhidmat' cuba memecahkan halangan polis pada hari kedua perbicaraan kes liwat Anwar. Kenapa ketika prosiding kes dijalankan, mereka pula buat kerja seperti ini?
Inilah mentaliti pemimpin PKR. Kalau setakat ahli biasa orang tak hairan sangat, tapi mereka pula yang berperangai seperti budak-budak..

Husan Musa kalah kes saman Utusan
Sekarang terbukti siapa di pihak yang benar. Sudahlah kalah saman, kena bayar kos RM45,000.00 pula.
PAS kena double slap. Presiden masuk mahkamah, naib timbalan pula kalah saman.
Sumber: www.rakyatnews.my
KUALA LUMPUR 29 Okt - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini bukan sahaja gagal dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan dua lagi malah beliau diperintah membayar RM45,000 sebagai kos.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan tersebut berhubung saman fitnah membabitkan penerbitan satu laporan bertajuk 'Husam Letak Jawatan? Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran' yang disiarkan pada 22 November 2009 di Mingguan Malaysia.
Pada 22 Februari 2010 Husam memfailkan saman itu dengan menamakan syarikat terbabit, wartawan Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Menerusi pernyataan tuntutan, Husam mendakwa kesemua defendan berniat jahat menulis, menyunting dan menerbitkan laporan tersebut dengan tujuan mempersenda serta memalukannya.
Beliau menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi.
Bagaimanapun menerusi pernyataan pembelaan defendan, kesemua mereka mendakwa bahawa perkataan dan kandungan laporan tersebut adalah bersifat semula jadi serta tidak berkeupayaan untuk membawa 'maksud fitnah' terhadap plaintif.
Tambah defendan, maklumat yang terkandung di dalam laporan itu juga adalah bermutu tinggi dan diperoleh menerusi sumber rasmi.
Sepanjang perbicaraan plaintif memanggil tiga saksi manakala defendan lima orang.
Husam diwakili peguam Dr Zulqarnain Lukman manakala kesemua defendan diwakili Mohana Kumar.

Pakcik macai PKR ini masih tak serik lagi rupanya!
Dia datang lagi..... masih ingat dua minggu lepas punya cerita? Pakcik fanatik yang pakai bendera DAP buat baju itu...
Yang kemudiannya kena tipu.. kampung dia tergadai kena dengan regim DAP!!!

Sekarang dia datang lagi dengan penuh semangat dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim.. Senang nak cam kelibatnya, penampilan sama saja..
Dah kena tipu pun masih nak sokong Pakatan Rakyat lagi.. Orang Kampung nanti tak marah ke?
Ini satu jenis kesetiaan yang sungguh menakjubkan! Tak kesah kena tipu pakatan rakyat... Kalau ada 100 orang lagi seperti dia, Anwar tentu dah jadi PM di Putrajaya..
Tuesday, October 28, 2014
Perbandingan Bangang Hannah Yeoh dalam kes liwat Anwar !
Aksi maut si bodek... kipas, jangan tak kipas.! Ini hujah ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh.. penulis percaya dirakam sewaktu bersama ceramah Anwar yang dibuat di Stadium Mini MPSJ semalam.
Disebabkan dia sendiri pun keliru dengan kes liwat Anwar, maka dia pun buatlah satu perbandingan lucu yang tiada kaitan antara satu dengan yang lain..
Kata Hannah Yeoh, UMNO dan Kerajaan Malaysia boleh menjumpai kesan air mani Anwar Ibrahim dalam pertuduhan kes liwat sedangkan kapal terbang MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang tidak mampu dicari...lol
Berikut adalah soalan yang dia patut fikirkan..
1) Satu orang kena rogol dan satu orang lagi dilaporkan hilang.. yang mana satu boleh diambil buktinya dan yang mana satu tidak meninggalkan bukti?
2) Kes liwat VS kehilangan pesawat MAS.. yang mana satu jenayah, yang mana satu tragedi?
3) Air mani VS pesawat MAS.. Namakan satu negara bertamadun yang pihak berkuasanya tidak tahu mengesan bukti jenayah seks? Namakan berapa buah negara kuasa dunia terlibat dalam operasi SAR yang sampai sekarang cari pun tak jumpa? Salah Barisan Nasional lagi?
Kata Hannah Yeoh lagi, apa yang berlaku semuanya salah Anwar.. apa-apa kes pun semua salah Anwar Ibrahim..
Cuba jawab....
1) Kes Anwar liwat Saiful - Siapa Saiful? Pembancuh kopi Najib? Orang UMNO?
2) Dalang Lahad Datu - Siapa yang mula-mula sekali mengaitkan nama Anwar Ibrahim dengan insiden pencerobohan? Adakah Philippines Daily Inquirer? atau UMNO? atau Utusan? atau Berita Harian?
3) Krisis MB Selangor - Siapa yang sebenarnya punca pengikut bertelagah, Adakah ini pun salah UMNO juga?
Banyak lagi kes semuanya salah UMNO... aksi chinadoll, aksi cium ketiak, kewujudan pelanduk dua serupa paling ramai di dunia dan banyak lagi semuanya salah UMNO...?
Inilah putarbelit. Rakyat pun dah meluat sampai kempen di Stadium pun tak ramai yang mahu datang lagi. Masa telah berubah, mungkin ini waktunya untuk Anwar Ibrahim meletak jawatan dan perbanyakkan ibadat sementara hayat masih dikandung badan..
Usahlah Hannah Yeoh berbohong untuk kelansungan politik dia.. memalukan diri sendiri saja.!

Akhirnya laporan polis dibuat UM terhadap siswa dan penceroboh Pro-Anwar
Laporan polis telah dibuat hari ini berikutan pencerobohan dan perhimpunan haram yang dianjurkan individu tertentu tanpa kebenaran pihak pentadbiran Universiti Malaya. Siasatan dalaman juga turut dibuat untuk mengenalpasti dalang yang menyebabkan rusuhan di kampus tersebut.
Sekarang tentu siswa-siswi yang terlibat akan resah memikirkan nasib dan masa depan mereka jika ditangkap kelak. Yang paling merugikan, ada yang hilang fokus terhadap pembelajaran oleh masalah yang tidak sepatutnya mereka tempuhi..
Keseronokan dan populariti untuk satu malam bersama Anwar tidak berbaloi jika nak dibandingkan dengan penat lelah dan segala usaha serta wang ringgit yang telah dilaburkan bagi mendapatkan segulung ijazah di Universiti.
Kerana politik untuk sokong Anwar, pengajian terbarai... akhirnya jadilah seperti Adam Adli yang terus terjebak ke dunia politik kemudian didakwa di bawah akta hasutan dan dijatuhkan hukuman penjara.
Perhimpunan Haram: UM Buat Siasatan Dalaman, Laporan Polis
Dalam masa sama juga, UM turut membuat laporan polis di Balai Polis Pantai pada Selasa berhubung perhimpunan haram itu.
Keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.
Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan.
MStar
Prosiding kes liwat Anwat Ibrahim dilanjut sehingga Khamis
Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang dijadual berlangsung hari ini dan esok (28 & 29 Oktober) akan berlanjutan ke hari ketiga.
Setelah bertanya kepada peguambela kes atau pihak perayu mengenai tempoh masa yang diperlukan dalam penbentangan hujah, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memberi indikasi bahawa sesi prosiding rayuan berkemungkinan dilanjutkan sehingga Khamis (30 Oktober).
Ini berikutan hujah oleh ketua pasukan pembelaan iaitu Datuk Gopal Sri Ram masih belum selesai sejak prosiding bermula jam 9.20 pagi tadi.
Walaupun sudah berhenti rehat dua kali termasuk makan tengah hari, Gopal Sri Ram yang berhujah tentang kredibiliti saksi utama iaitu Saiful, masih berbaki dua jam.
Sesi hujah beliau didengar lagi selepas sidang bersambung semula pada jam 2.30 petang.
Selepas Gopal Sri Ram, ada tiga lagi perayu dalam pasukan pembelaan akan membentangkan hujah masing-masing.
Mereka ialah N. Surendran yang bakal berhujah tentang kes pembelaan, Sangeet Kaur Deo yang akan berhujah mengenai prosiding Mahkamah Rayuan dan Ramkarpal Singh yang berhujah tentang keterangan pakar dan bukti perubatan.
sumber
Sekitar hari perbicaraan Anwar di Mahkamah pada 28 Oktober 2014
Lebih 100 orang penyokong Anwar dilihat berkumpul di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini, sejak jam 7 pagi tadi.
Sebahagian besar daripada mereka datang menaiki bas dan dipercayai tiba sejak malam dan awal pagi tadi. Sekumpulan penyokong sudah mula berarak ke Istana Kehakiman dengan membawa sepanduk dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap Anwar.
Turut dilihat bersama kumpulan penyokong itu ialah A Samad Said.
Di bangunan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 8:50, Anwar tiba dan disambut oleh penyokong dengan teriakan “Reformasi”.
Beliau diiringi oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR. Anak perempuan Anwar, Nurul Izzah Anwar, yang juga Naib Presiden PKR juga kelihatan di ruang sidang.
Lima Panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria kini mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan terdiri daripada 14 peguam mewakili Anwar, diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan.
Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Sementara itu, difahamkan bahawa bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram akan menggantikan Sulaiman Abdullah sebagai peguam bela utama kerana dia (Sulaiman) tidak sihat dan tidak dapat hadir.
Difahamkan Gopal dilantik sebagai peguam utama pembelaan di saat-saat terakhir. Menurut Latheefa Koya, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri.
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin bersama penyokong Anwar Ibrahim menyarungkan sarung tangan dengan tulisan ‘Rakyat Hakim Negara’. Foto TRP
R
Imam Hoslan Husin mengetuai bacaan doa dan diaminkan oleh penyokong yang mula memenuhi kawasan persekitaran Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Foto TRP
Kelihatan sebahagian daripada penyokong Anwar Ibrahim mula berkumpul di Mahkamah Persekutuan Putrajaya untuk menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu. Foto TRP
Sebahagian besar daripada mereka datang menaiki bas dan dipercayai tiba sejak malam dan awal pagi tadi. Sekumpulan penyokong sudah mula berarak ke Istana Kehakiman dengan membawa sepanduk dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap Anwar.
Turut dilihat bersama kumpulan penyokong itu ialah A Samad Said.
Beliau diiringi oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR. Anak perempuan Anwar, Nurul Izzah Anwar, yang juga Naib Presiden PKR juga kelihatan di ruang sidang.
Lima Panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria kini mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan terdiri daripada 14 peguam mewakili Anwar, diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan.
Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Sementara itu, difahamkan bahawa bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram akan menggantikan Sulaiman Abdullah sebagai peguam bela utama kerana dia (Sulaiman) tidak sihat dan tidak dapat hadir.
Difahamkan Gopal dilantik sebagai peguam utama pembelaan di saat-saat terakhir. Menurut Latheefa Koya, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri.
Senarai peguam-peguam yang mewakili Anwar
Sekali lagi, perhimpunan besar-besaran rakyat menjelang perbicaraan Anwar pada hari ini tidak berjalan seperti dirancangkan. Sejak pagi tadi banyak dilaporkan kehadiran dalam beberapa ratus orang penyokong sahaja mungkin dijangka akan berkumpul di satu tempat..
Tiada kelibat penyokong PAS yang turun beramai-ramai seperti ketika perhimpunan BERSIH 2.0. Juga tiada kumpulan penyokong dan pemimpin DAP bersama mengikuti perbicaraan Anwar selaku Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat.
Berita lain akan menyusul kemudian. Sementara itu, mari lihat gambar-gambar yang dipaparkan di bawah;
Lagi suasana dan telatah penyokong-penyokong PKR di bawah; Gambar dipetik daripada laman http://bm.therakyatpost.com/
Imam Hoslan Husin mengetuai bacaan doa dan diaminkan oleh penyokong yang mula memenuhi kawasan persekitaran Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Foto TRP
Kelihatan sebahagian daripada penyokong Anwar Ibrahim mula berkumpul di Mahkamah Persekutuan Putrajaya untuk menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu. Foto TRP
Antara yang menjadi Perbicaraan dalam kes liwat Anwar - Peguam minta mahkamah terima gambar Saiful hidang teh di kediaman Anwar.
Pendengaran disambung semula dengan Gopal meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.
Katanya, Saiful bersetuju dia pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu.
Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim.
“Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima),” tambahnya.
Gopal mempersoalkan pelakuan Saiful yang tidak ke tandas selama dua hari dan dia dilihat berada di rumah Anwar pada hari berikutnya selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.
Beliau menyerahkan gambar Saiful yang dirakamkan di rumah Anwar.
Bagaimanapun, Ketua Hakim Ariffin berkata gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti.
Beliau meminta Gopal berhujah mengenai perkara itu, sama ada gambar tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti.
Subscribe to:
Posts (Atom)