Monday, October 27, 2014

Anwar tak lari ke luar negara, katanya..

Himpunan Anwar di Maran rupanya guna dialog yang sama.. cuma kali ini mungkin ada penambahan nama tokoh-tokoh Islam tersohor seperti Professor Ahmad Asaad Affendi, Dr Yusof Al-Qardawi..

Lebih ramai rupanya tokoh-tokoh yang tidak mahu Anwar dipenjarakan seperti Presiden Turki, Afghanistan, Mesir, Syria, Dr. Abdul Wahab Al-Affendi dan terbaru, Professor Ahmad Asaad Affendi, Dr Yusof Al-Qardawi. Belum lagi termasuk rakan-rakan di negara Barat dan seumpamanya..

Sampai nangis-nangis... sampai marah-marah...

Beliau juga menceritakan perihal bekas Presiden PAS  Allahyarham Fadzil Noor  yang selalu menjelaskan kepadanya bahawa ‘jangan kita selalu tidor , jangan alpa dan cuai tetapi hendaklah  bangun , bahawa yang besar itu bukan kuasa, yang besar itu bukannya maharaja , yang besar bukan orang, tetapi hendaklah sedar kelemahan dan ingat kebesaran Tuhan dan bersihkan badan dan jiwa’.

“Hari ini ramai yang bercakap negara madani,wasatiah, hadhari, apa saja istilah tapi  yang penting amalannya. Apa guna wasatiyyah kalau menghina agama lain?



“Ini tidak, ada anak beranak menteri  dapat kontrak syarikat arak , mana ulamak Umno, ini kes orang pegang anjing jadi heboh, pegang arak, diam, syarikat judi kasino sana sini, mana tok guru Umno”

“Saya bukan galakkan orang pegang anjing, namun cara nak tegur itu haruslah berhemah, namun yang di atas yang besar besar , anak orang kaya kaya, kamu buat apa?” soal Anwar.

Beliau juga menjelaskan bahawa kalau anak muda dan orang susah, selalu kena, tetapi kalau orang kaya kaya selalunya lepas bebas.

Anwar turut menjelaskan  mengapa beliau mengambil keputusan tidak keluar negara memohon suaka politik. Katanya, penjara tidak akan mengubah perjuangannya dan lebih rela terus berjuang di dalam negara berbanding melakukannya dari luar.

“Ramai yang bertanya kepada saya adakah saya akan ke penjara lagi pada kali ini. Saya mula ke penjara ketika berusia 20an, kemudian 40an dan kini 60an , namun saya dilatih oleh ibu-bapa dan kawan kawan menyatakan benda yang benar

“Ketika di London baru-baru ini , dalam sebuah forum yang dihadiri berbagai ilmuan Islam ,  prof Ahmad As Saad Afendi  , salah seorang sarjana Islam mencadangkan  satu agenda khas,  menasihati saya agar saya tidak pulang  ke Malaysia, mereka menasihat saya agar berada di luar dan jangan kembali

“Kemudian Prof  Wahab menjelaskan kepada saya, bahawa mereka boleh membantu saya jika saya mahu tinggal di London , mereka juga  mengatakan saya degil. ‘Kamu ingat nak jadi hero ,  sedangkan Mandela ditahan 27 tahun ditangkap ketika hendak lari , Lenin pun lari kemudian  ditangkap dan dipenjara, kamu tak lari kenapa? Kamu hendak menyerah diri kenapa?”

“Saya jawab dan ingin menjelaskan bahawa saya tidak bersalah. Mahkamah mempercepatkan perbicaraan saya. Jadi di mana keadilan untuk saya? Malah saya menjelaskan mahkamah harus  ikut undang undang dan fakta.

“Malah Yusoff al Qardawi melalui anaknya bertanya kepada saya kenapa saya harus balik. Saya kata nak balik kerana tidak untuk menangkis fitnah ke atas  saya. Saya kena terima jika saya masuk ke penjara.

“Sedangkan anak anak muda berjuang tapi saya berada di luar. Untuk memberi mesej kepada anak muda bahawa jika saya yang masuk ke penjara berulang kali, anak anak muda di seluruh negara mesti bangkit dan lawan. Inilah mesej yang harus saya tegaskan,” katanya.

4 comments:

  1. Boleh percaya ke cakap raja penipu ni?

    ReplyDelete
  2. KALAU ITU AYAT-AYATNYA .......MACAM ORANG YANG SEDANG GIAN KETUM YANG BERKHAYAL YANG BERCAKAP..............

    SEDAR-SEDARLAH KITA NIE UMUR SEMAKIN MENINGKAT DAN BILA-BILA MASA JE ALLAH YANG MAHA ESA BOLEH MENARIK NYAWA KITA TANPA APA-APA ISYARAT......BERUBAHLAH KITA UNTUK MENCARI BEKALAN DI AKHIRAT SELAGI KITA MAMPU DI KALA SENJA INI............... JANGAN LAH DOK MELALAK MENYALAHKAN DAN MENUDUH ORANG LAIN.......

    MUASABAH AKAN DIRI KITA SENDIRI.............

    ReplyDelete
  3. anuar ni cakap je pandai nak bodohkan orang melayu.....masaalah dia ,,,, liberal uitm anuar sokang.....kalimah Allah boleh dipakai oleh org bukan islam anuar skomg....cakap nak jatuhkan sultan anuar sokong.....akta hasutan lupuskan anuar so akong......pesta arak anuar diam.....pegang anjing anuaar diam.....jatuhkan mb selangor punca dia.....lawan tuan guru punca dia.....LGBT anuar diam....melayu kt pulau pinang susah ..anuar lansung tak suara ,,,,,,,kkebalan melayu.bumiputra...langsung tak pertahan dan macam2 lagilah,,,,,,apa dia fikir orag melayu bodoh......brothr nuar lu jangat ingatlu je pandai....orang lain pun pandai jugak

    ReplyDelete
  4. Macamana nak dakwa orang kaya kat Malaysia? Kalau nak dakwa peliwat ni pun susah. Benihnya 4 Inci dalam lobang kunyit, tapi masih mempertikai sistem kehakiman Malaysia. Cakap tak serupa bikin. Dah muak dengan cerita penipu mamat ni semenjak 15 tahun lalu. Imej Tun M yang begitu banyak berbakti kepada Malaysia juga tercalar teruk akibat melaun yang tamak kuasa ni. Sudah-sudahlah, reformasi sudah banyak mengajar rakyat Malaysia siapa yang penipu sebenarnya.

    ReplyDelete