Sunday, November 30, 2014

Berita buruk buat aktivis SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia)

Kerajaan Malaysia semakin serius. Tiada lagi acah-acah tangkap, beri amaran pertama, amaran terakhir, tiada lagi tunggu-tunggu.. Sebaik dikuatkuasakan, mana-mana pihak yang cuba untuk menimbulkan kekecohan terhadap kerajaan akan terus dihukum.

Difahamkan, penjara mandatori akan dikenakan terhadap pesalah. Sekiranya usul tersebut diterima kelak, ia akan menjadi benteng yang paling ampuh dalam mempertahankan kesejahteraan rakyat dan perpaduan kaum di negara ini.



Najib: Tiada 'warning' lagi untuk batu penghasut

KUALA LUMPUR: Pindaan kepada Akta Hasutan yang bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan memastikan agama lain tidak boleh dihina akan dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang.

Ketika mengumumkan demikian, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tempoh memberi amaran kepada 'batu penghasut' sudah berakhir dan tumpuan sekarang ialah membawa mereka ke muka pengadilan.

Najib turut mempertahankan keputusan mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Najib berkata akta itu penting untuk memastikan agama Islam, kedudukan orang Melayu, raja-raja Melayu dan askar Melayu dipertahankan bersama kepentingan kaum lain.

Berucap menggulung perbahasan pada Persidangan Tahunan Umno 2014, Najib berkata Peguam Negara akan diminta untuk mengambil tindakan yang diperlukan.

“Kalau kita tidak menghasut, tidak ada apa untuk dibimbangkan. Jangan jadi penghasut. Tidak ada warning (amaran) lagi,” kata Najib.

“Kita nak pastikan keamanan dalam negara...setiap kaum, penganut agama menghormati satu sama laim,” tambah beliau.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agong Umno Selasa lalu, Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dikekal dan ditambah dengan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.

Pindaan juga akan dibuat supaya supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. - antarapos,com

Saturday, November 29, 2014

Permukaan sebesar sebuah pulau, setinggi Gunung Emei terbalik ke dalam laut.

Kebesaran Allah yang harus direnungi, menunjukkan betapa kerdilnya manusia..


Rakaman diambil pada tahun 2008 di Glacier Ilulissat, Barat Greenland.. Apa yang kita lihat dalam video ini ialah satu permukaan seluas bandar Manhattan di Amerika Syarikat, bergerak kemudian terbalik di tengah lautan.

Sumber menyatakan tinggi keseluruhan ketulan glacier ais tersebut sekitar 3000 kaki, lebih tinggi daripada puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan yang hanya mempunyai ketinggian 2,187 kaki.

Tinggi di permukaan ais itu pula dianggarkan sekitar 300-400 kaki yang menyamai ketinggian sebuah bangunan 22 tingkat. Fenomena pergerakan ais ini dirakamkan daripada jarak jauh menggunakan kamera beresolusi tinggi.

Pemandangan yang menggerunkan. Agaknya beginilah keadaan gunung ganang dan lembah Sodom kaum Lut yang diterbalikkan mengikut terjemahan al Quran.

Gambar bawah menunjukkan setinggi mana Gunung Emei

Mount Emei (Emeishan) 3000ft



Dr Mashitah di'bogel'kan oleh Dyana dan Rara

Laporan polis dibuat oleh MP DAP, Teo Ni Ching terhadap Dr Mashitah berikutan ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung UMNO di PWTC berkenaan isu pembakaran beberapa cebisan helaian Al-Quran oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut mereka, kenyataan Dr Mashitah tersebut mengundang rasa tidak senang dan boleh menimbulkan huru-hara dan berpecah belah. Difahamkan, laporan polis itu dibuat kerana dalam ucapan Dr. Mashitah menyeru perwakilan supaya jangan menjadi majoriti senyap atas kejadian bakar Al-Quran di Kedah yang turut mengandungi perkataan 'Rasa tercabar atau tidak?'

Artikel seterusnya di astroawani

Sugul saja raut wajah kedua ahli melayu DAP.. Rasa bersalah ke?

Sedih melihat dua gadis melayu beragama Islam yang merelakan diri mereka diperalatkan oleh DAP sekehendak hati.

Saat ini kita bukan lagi memperkatakan soal parti atau ideologi politik, tetapi kedudukan maruah bangsa dan agama sendiri. DAP tidak mungkin mempunyai kekuatan untuk mempolitikkan isu yang melibatkan agama, jika bukan dengan bantuan orang melayu itu sendiri.

Maka, apakah mereka sangkakan laporan polis yang dibuat oleh DAP terhadap Dr Mashitah itu sekadar bersuka-suka kemudian dilupakan, atau tujuannya untuk mencari publisiti? Dan apabila DAP mengajak bergambar bersama dengan dokumen dan laporan polis itu, adakah ia semata-mata untuk kenang-kenangan di hari tua?

Tidakkah mereka sedar apabila DAP mengambil tindakan ke atas isu seperti ini, ia dibuat dengan matlamat untuk menggambarkan kepimpinan orang Islam tidak lagi relevan buat rakyat di negara ini?

Apa sahaja bentuk serangan terhadap pemimpin-pemimpin kita pada hari ini akan dijadikan alasan untuk DAP mempertikaikan kredibiliti kepimpinan Islam di negara kita pada hari besok.

Semua yang dilakukan tercatat dalam laporan harian mereka dan direkodkan untuk strategi DAP pada masa depan. DAP cukup pakar dalam bab strategi, ahli melayunya tahu apa?

Jadi, apa sebenarnya yang diperjuangkan kedua ahli melayu ini bersama DAP?

Tanyalah diri, apabila orang Islam digunakan sebagai simbolik untuk menentang pendirian pemimpin Islam lain dalam perkara melibatkan maruah agama sendiri, pihak manakah sebenarnya yang dimalukan? UMNO atau Islam?


DAP mengajar orang melayu supaya membenci UMNO. Atas apa perkara pun, kaitannya dengan sentimen perkauman atau agama mesti ada diselitkan. Walhal UMNO tidak pernah sekelumit pun mengajak kaum India dan Cina menolak DAP melalui isu perkauman mahupun agama, jauh sekali untuk membuatkan mereka membenci pemimpin agama masing-masing.

UMNO cuma lantang memperjuangkan hak melayu/bumiputera dan agama Islam, begitu juga pemimpin-pemimpin parti lain yang sudah tentu mengutamakan hak bangsa masing-masing, jadi di mana salahnya? Wajarkah ia diamalkan secara hipokrit dengan melakukannya secara senyap-senyap sahaja?

DAP tidak sekadar membenci pemimpin-pemimpin UMNO sahaja, mereka mempertikaikan kedudukan Islam dalam pentadbiran negara dan keistimewaan bumiputera/melayu secara terang-terangan.


Ingatlah, tidak ada perjuangan yang lebih besar daripada mempertahankan syiar Islam di negara kita. Biarpun umno koyak rabak direntap lawan, Islam sama sekali tidak dijajanya bagi meraih sokongan politik kaum bukan melayu. Nafsu DAP itu buas dan rakus, walau diberi air seluas lautan ia takkan mampu menghilangkan dahaga mereka yang tak pernah puas.

Politik melayu adalah politik yang seimbang. Seimbangnya ialah kerana akan sentiasa wujud segolongan orang melayu bangang yang sanggup menentang dan mempertikaikan hak-hak keistimewaan yang dikecapi oleh bangsa sendiri. Bangsa melayu bukan rasis... yang rasisnya ialah orang yang tidak melihat apa yang orang melayu buat untuk menjatuhkan orang melayu yang berkuasa demi kepentingan politik bangsa lain...

Friday, November 28, 2014

Banner mencabar kedaulatan negara. Patutkah dibiarkan?

Majlis meraikan parti komunis malam besok ? Mengapa Dewan Serbaguna Cina?

Diharap pihak bertanggungjawab menyiasat siapa dalang yang semakin berani cuba mengembalikan ideologi komunis di negara kita. Kelihatan gambar pemimpin pembangkang turut digunakan untuk menarik sokongan golongan yang membenci kerajaan.




Perjungan yang berteraskan dendam kesumat sama sekali tidak akan menyumbang kepada keamanan lebih-lebih lagi perpaduan rakyat.

Buat barua pro-komunis yang lupa daratan... sumber daripada millitaryofmalaysia.net


KOMUNIS VS ANAK MELAYU ISLAM

1. Tidak kira siapa mereka, berambut gondrong atau berserban, apabila sudah mengangkat senjata menentang kerajaan Islam yang sah dan membunuh orang Islam yang lain, mereka ini tidak lebih dari banjingan dan pengacau.

2. Anda (Komunis) mengaku bahawa anda telah berjuang dengan penuh ikhlas untuk membebaskan negara ini dan kini anda kecewa kerana sudah dilupakan. Bagaimana dengan ribuan tentera Melayu Islam serta kaum-kaum bumiputera lain yang putus kakinya, patah lehernya, pecah dadahnya dan yang mati di atas taktik kamu yang pengecut dengan menanam ranjau pada laluan mereka.

3. Hari ini, kamu mahu kami mengiktiraf kamu, bagaimana pula dengan bapa saudara saya yang kamu belah isi perutnya hingga terburai di padang sekolah di bandar Segamat pada tahun 1946 dahulu kerana beliau seorang anggota polis dan kakitangan kerajaan.

4. Bagaimana dengan ribuan Melayu seperti aruah nenek saya, yang kamu taruh najis dan digaulkan bersama nasi untuk dimakan ketika beliau ditahan. Di mana kamu? wahai Komunis Melayu ketika rakan-rakan berbangsa Cina kamu menganiaya guru-guru agama kami dan anak-anak muda kami yang enggan mengikuti perjuangan kamu.

5. Bagaimana ribuan nasib anak bangsa yang tidak pernah minta diiktiraf dari zaman Datuk Bahaman, Mat Kilau sehingga ke penubuhan Rejimen Askar Melayu Pertama dan pahlawan kami seperti Leftenan Adnan yang mati tanpa lelah berjuang untuk negara ini.

6. Mereka di atas turut menentang penjajah, sultan-sultan kami juga menentang penjajah. Bagaimana nasib askar-askar kami yang menentang kamu apabila negara ini sudah mencapai kemerdekaan sedangkan kamu terus-terusan masih mengangkat senjata dan membakar hingga rentung daging anggota polis kami di Bukit Kepong pada 23 Feb 1950.

7. Kamu kata kamu berjuang untuk nusa, agama dan negara. Jika demikian bagaimana dengan ulamak kami, seperti Kiai Salleh, seorang guru mengaji yang mengangkat senjata menentang kekejaman soldadu kamu di Bandar Muar, Johor pada 1945.

8. Kamu pasti ingat bagaimana ulamak dan wali-wali Melayu ketika itu mengirimkan parang terbang untuk memutuskan urat nadi komunis kamu bukan?, Mengapa ya ketika itu ulamak dan wali-wali serta ribuan pendekar Melayu mengangkat selendang merah dan mengasah keris pusaka mereka untuk menentang kamu. Adakah mereka ini tali barut British?.

9. Kamu tahu kamu siapa? Buku merah komunis yang kamu gunakan dan diletakkan tinggi tarafnya dengan Bible serta Al Quran. Siapa yang mengarangnya, jika bukan Karl Marx, rakyat Jerman yang berketurunan Yahudi dan merupakan sebahagian dari agenda Dajal Al Masehi yang turut melaksanakan gerakan revolusi ke atas keluarga di raja Russia, Peranchis dan Amerika Syarikat sepaya mudah tangan-tangan halus ini menguasai dunia melalui perancangan yang sudah bermula ribuan tahun lepas.

10. Kamu pejuang kemerdekaan? Bagaimana kamu kata kamu pejuang kemerdekaan, sedangkan selepas 1957 kamu masih menyembelih dan mencungkil serta mencacatkan jenazah-jenazah askar Melayu yang beragama Islam sepanjang mereka berjuang menentang kamu di antara tahun 60, 70an dan 80an.

11. (UNTUK ORANG MELAYU BUKAN KOMUNIS) — Kamu pun satu bodoh…di mana kamu berada ketika negara ini diperjuangkan oleh orang Umno sehingga terpacaknya sebuah kerajaan Melayu Islam di rantau ini.

12. Kamu kata ini perjuangan kemerdekaan negara ini merupakan dakyah Umno, jadi kamu yang tolol dan buta sejarah ini sanggup menerima jika satu hari ada orang kata yang KAMU ORANG MELAYU BUKAN BERASAL DARI TANAH INI.

13. dan bahawasanya negara ini bukan dimerdekakan oleh pemimpin Melayu Islam dalam parti Umno tetapi KAUM LAIN yang tidak meletakkan diri mereka setaraf seperti kamu.

14. Hairan dengan kaliannnn…kamu membenci parti yang mewakili kaum kamu dan agama kamu sendiri, hari ini kamu menyokong partai pengganas yang berpaksikan kepada komunis, digerakkan oleh seorang lelaki bukan Melayu dan di dalam kitab komunisnya menolak semua kepercayaan beragama. Kamu patut ke neraka kerana fahaman inilah yang menerapkan ideologi bahawa “AGAMA ITU ADALAH CANDU MASYARAKAT” dalam erti kata lain, agama itu melalaikan.

15. Hari ini kamu kata sejarah yang ditulis menipu kamu???? Kamu sudah membaca sejarah Singapura? Apa perasaan kamu di mana buku-buku teks sejarah di Singapura menyatakan bahawa pulau itu ditemui oleh Stamford Raffles, TANPA MENYEBUT SEDIKIT PUN MENGENAI SANG NILA UTAMA dan kerajaan Melayu yang sudah sedia ada di situ.

16. Buku sejarah Singapura menipu kamu, orang Melayu Singapura disebabkan kepentingan-kepentingan kaum satu lagi yang kini menjadi semakin dominan apabila Kamu, duhai anak Melayu yang tolol berpecah.

17. Sejarah negara ini tidak pernah menipu kamu kerana kalendar dan memo negara ini ditulis oleh orang Melayu sendiri. Gampang kamu ini kerana tidak mahu membaca sejarah kamu sendiri yang ditulis dengan tinta airmata dan darah, kamu tahu peristiwa Kalabakan??? Kamu tahu Kiai Salleh? Kamu tahu peristiwa Natrah? Kamu tahu 13 Mei, Kamu tahu Konfrantasi? Kamu tahu peristiwa Bukit Payung? Kamu tahu tragedi Batu Pahat Okt 1980, Mana letaknya maruah kamu wahai Melayu.

18. (UNTUK SEGELINTIR PEJUANG MELAYU ISLAM) — Biarkan mereka ini. Hari ini kuasa kita mengecil tetapi apa yang berlaku merupakan aturan Allah Taala. Nampak gayanya pada saat kita berpecah, semakin banyak fahaman asing yang masuk dan meracuni pemikiran yang dikatakan “Open Mind” anak-anak muda kita yang masih merangkak di universiti.

19. Mereka ini memang tolol, secara tidak langsung. Menyokong kembalinya seorang komunis seperti Chin Peng. Sebenarnya, agenda sebenar kaum satu lagi ini ialah untuk mengangkat lagenda Chin Peng sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

20. Cuba kalian bayangkan impaknya 20-30 tahun lagi, sejarah akan tertulis semula bahwa Chin Peng pejuang dan kaum satu lagi ini sudah membuktikan sumbangan mereka kepada kemerdekaan dan dengan mudahnya, sejarah dirombak meminggirkan lagi orang Melayu.

21. Kalian harap bersabar, ini bukan saat kita meraung, rapatkan saf dan susun juzuk perjuangan, kita mungkin pernah melakukan kesilapan tetapi segala yang berlaku adalah urusan Allah Taala.

22. Kepada pejuang Melayu Islam, bangkit saudara…ini bukan masa untuk berdiam. Jangan malu memakai songkok.

KDN jelaskan bagaimana rakyat Republik Korea Utara boleh bekerja di Sarawak



Sarawak merupakan satu-satunya negeri dalam Malaysia yang mempunyai kebenaran untuk menggunakan rakyat daripada negara republik Korea Utara sebagai pekerja di tempat berisiko tinggi di negeri ini melalui satu perjanjian khas dengan kerajaan tersebut.

Terdapat sekitar 65,000 rakyat Korea Utara bekerja di luar negara, antaranya China, Rusia, Mongolia dan beberapa negara Timur Tengah yang kebanyakannya terdiri daripada negara kesatuan komunis. Sarawak hanya mempunyai 46 orang pekerja rakyat Korea Utara. Kesemua mereka telah disaring dan disahkan tidak mempunyai rekod jenayah sebelum masuk ke negeri ini.

Kaedah pembayaran gaji pekerja-pekerja tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan dengan jelas. Menurut sumber daripada theguardian.com, kesemua gaji mereka dibayar terus kepada regim Kim Jong-Un, sementara pekerja sendiri hanya menerima sekitar 10-15% sahaja daripada gaji penuh mereka.

Menurut seorang rakyat Korea Utara yang bekerja sebagai buruh untuk pembinaan Stadium baru di Qatar, baru-baru ini mendedahkan beliau tidak pernah melihat wang gajinya seperti yang diterima oleh pekerja-pekerja daripada negara lain. Katanya, dia berharap sekembalinya ke Korea nanti, dia mungkin akan mendapat bayaran hasil titik peluhnya.

Artikel MStar berkenaan penjelasan KDN boleh diikuti di bawah,


KDN Jelaskan Bagaimana Pekerja Korea Utara Diambil Bekerja Di Sarawak



MIRI: Berdisiplin, berdedikasi dan tahan lasak adalah alasan mengapa pekerja Korea Utara diupah untuk bekerja di lombong arang batu di Sarawak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pekerja Korea Utara telah dibawa masuk ke Sarawak untuk bekerja melalui perjanjian khas antara Sarawak dan kerajaan Korea Utara.

"Hanya Sarawak mempunyai pekerja Korea Utara (di Malaysia). Ini tidak (dibenarkan) di Semenanjung, '' katanya ketika mengulas mengenai kehadiran puluhan rakyat Korea Utara di sebuah lombong arang batu di bahagian Sri Aman.

Selain daripada 46 warga Korea Utara, 119 pekerja asing di lombong itu datang dari Myanmar (29), Indonesia (19), China (15) dan Bangladesh (10).
Wan Junaidi, yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata, Sarawak mempunyai hak untuk mengupah pekerja dari Korea Utara kerana kerajaan negeri mempunyai autonomi ke atas imigresen dan perkara-perkara mengenai buruh.

"Untuk industri seperti perlombongan arang batu, pekerjaan itu adalah sangat berbahaya dan sukar. Lombong boleh mempunyai kedalaman beratus-ratus meter.

"Tiada pekerja tempatan atau dari Sarawak yang berani membuat kerja itu, itulah sebabnya terdapat keperluan mengambil pekerja asing. Dalam sektor perlombongan arang batu, hanya Britain, China dan Korea Utara yang mempunyai pekerja berkemahiran tinggi, '' kata Wan Junaidi.
Menyokong keputusan Sarawak yang mengupah pekerja dari Korea Utara, beliau berkata, tidak ada rekod jenayah yang melibatkan mereka di negeri ini.

Mengenai pekerja yang terbabit dalam letupan pada Sabtu lalu di lombong itu, Wan Junaidi berkata, hasil siasatan menunjukkan bahawa semua pekerja asing mempunyai permit kerja yang sah.

"Kemasukan pekerja ini dikendalikan oleh Jabatan Imigresen dan permit kerja mereka yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak," katanya.
Wan Junaidi berkata, Malaysia tidak mempunyai isu dengan kewarganegaraan dari ideologi yang berbeza yang bekerja di negara ini asalkan mereka "mempunyai permit bekerja, melakukan kerja dan tidak menyebarkan ideologi".

"Ramai orang dari negara-negara komunis yang bekerja di negara kita dan berniaga di sini," katanya.

"Apa yang kita perlukan adalah mereka datang ke sini secara sah, bekerja secara sah dan bebas daripada masalah serta mengikut undang-undang kita."

sumber: mstar online



Thursday, November 27, 2014

Hancur! Bahasa Kebangsaan tunggang terbalik, tanda awal lenyap penggunaannya.

Tinggal bertahun di Malaysia, bahasa kebangsaan masih tidak betul. Malah mereka yakin dengan penggunaannya sehingga tidak segan silu menayangkannya untuk menarik perhatian orang ramai.

Inilah akibat tidak mengambil berat bahasa kebangsaan, penggunaannya hanya ketika perlu sahaja. Perkataan dalam bahasa Inggeris diterjemahkan secara terus dan bercampur aduk. Akhirnya lahirlah generasi yang bahasa melayunya lintang pukang atau lebih teruk, tidak faham sepatah haram pun.

Bila bercakap tentang hak sebagai warganegara, semuanya mahu diberikan samarata.. Lebih sikit untuk Melayu dan Bumiputera, dikatakannya rasis.

Ini bukan nak pertikai siapa pun.. Tapi bahasa adalah perkara yang paling asas dan perlu memahaminya sebelum mencanangkan diri lebih berhak sebagai seorang warganegara Malaysia.

Merujuk kepada gambar, kita hargai usaha pihak berkenaan yang cuba menampilkan bahasa kebangsaan daripada tidak menggunakannya langsung. Cuma perhatian yang lebih serius perlu diberikan terhadap ketepatan penggunaannya. Jika tidak ia hanya akan mengundang salah faham dan kegusaran di kalangan orang awam.

Food Court = Mahkamah Makanan?





Muktamad! Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan penambahbaikan - Datuk Seri Najib.

Akhirnya Perdana Menteri telah membuat satu pendirian. Akta Hasutan bukan sahaja akan dikekalkan malah akan diperkukuh dengan penambahbaikan. 

Saifuddin Abdullah sebagai salah seorang panel forum PAU di Astro Awani hari ini tetap dengan pendiriannya untuk menyokong pemansuhan Akta tersebut. Apapun, tolak ke tepi pandangan peribadi, suara majoriti rakyat adalah yang paling utama.

Kita harap Datuk Seri Najib akan lebih bijak menangani serangan pembangkang kelak berkenaan janji pemansuhan Akta Hasutan yang pernah dibuat dulu. Ledakan laut di sebelah sana sudah kedengaran, hanya menanti deburan ombaknya membelah pantai..  

Najib: Akta Hasutan dikekalkan



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.

Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Beliau berkata, akta itu akan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu.

- Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.

- Kita akan memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari malaysia.


Sumber : malaysiakini

Astro dikecam KJ dan Bung Moktar sampai bergegar satu Malaysia. Akhirnya Astro...

Belasah saja! - Khairy Jamaluddin  menyifatkan stesen televisyen yang memonopoli hak penyiaran itu sebagai menyusahkan rakyat.


Astro juga yang menang..

Orang kedua yang mengkritik Astro selepas MP Kinabatangan. Sememangnya kadar yang dikenakan tidak sepadan dengan mutu perkhidmatan yang diberikan. Hujan saja, hilang siarannya. Rancangannya pula dimainkan berulang kali sampai naik jemu penonton dibuatnya.

Lebih menjelekkan, ketika tengah menonton tiba-tiba diselitkan iklan selang beberapa minit. Tapi Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia kata iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam itu adalah kebiasaan bagi stesen televisyen berbayar. 10 minit iklan untuk setiap jam banyak tu. Menariknya pak menteri kita pula yang bela Astro bila dikritik.

Astro nampak kebal, tak kira siapa yang mengkritik caj perkhidmatannya tetap naik juga sebanyak RM5 pada 1 Disember ini. Tahun depan entah caj apa lagi yang akan dikenakan. Katanya, caj RM5 itu dikenakan atas alasan proses naik taraf Astro HD dengan 8 saluran HD terbaru. Pihak pengguna langsung tidak diberi pilihan.

Itulah keburukan bila hanya satu syarikat sahaja diberi ruang untuk mendominasikan industri stesen TV satelit berbayar di negara kita. Tak macam syarikat perkhidmatan talian telefon dan internet, berbagai pakej ditawarkan dalam persaingan untuk menarik pelanggan.

Awal tahun ini sahaja Astro mencatat keuntungan RM4.8 bilion. Lebih tinggi daripada rizab kerajaan Negeri Selangor yang pernah tercatat dalam sejarah. Di mana rasionalnya kenaikan kadar bayaran ini, hanya mereka yang bersama Astro sahaja yang tahu.

Kita sokong pendirian KJ dan Bung Moktar tentang kenaikan kadar bayaran RM5 yang dikenakan terhadap pengguna. Masalahnya kalau setakat melenting sahaja tapi tiada apa-apa tindakan, tidak guna. Itu hanya menambahkan lagi sakit hati rakyat dengan pelbagai kos sara hidup yang kian meningkat. Lebih baik diam saja.

Soalan pokok kita, siapa pemilik saham Astro? Jika aduan dibuat terhadap Astro, apa bentuk tindakan yang kerajaan boleh buat bagi membendung kenaikan kadar bayaran ini? Siapa lagi berkuasa mengawal caj perkhidmatan oleh sesebuah syarikat, Astro sendiri atau Kerajaan?

Sekian..


Wednesday, November 26, 2014

Ucapan panas TPM membuatkan keadaan dewan menjadi riuh!



UMNO tidak mempunyai pemimpin yang berani seperti beliau. Beliau adalah antara seorang daripada ratusan pemimpin-pemimpin dalam parti yang mempunyai pendirian, tidak berubah mengikut musim, apatah lagi hendak tunduk mengikut selera pembangkang.

Jika hendak remajakan UMNO, hendaklah ia dimulakan daripada dalam... Berikut adalah point-point yang diambil daripada ucapan penuh beliau.


Teguran TPM dalam ucapan beliau di Majlis Perasmian Perhimpunan Sayap UMNO 2014
TANGGAPAN DAN KRITIKAN ORANG MUDA TERHADAP UMNO

1. Trust defisit
Kepimpinan yang tidak menampakkan ciri untuk memperjuangkan bangsa dan negara.

2. Parti Fuedal
Orang bawah tak boleh bersuara selagi orang atas bersuara.

3. Pak turut
Banyak berdiam diri daripada beri idea sebab play safe. Justeru itu umno ketandusan pemimpin.

4. War Lord
Banyak pemimpin yang punya barisan setia yang sanggup buat apa sahaja. Ia akan menyebabkan ugut dan sabotage.

5. Ugut & Tabur
Tak perlu buat kerja. Cuma kumpul kekayaan dan tabur untuk bertahan dalam UMNO. Politik wang berleluasa.

- Orang muda mahu UMNO menjadi parti yang sederhana iaitu teguh memperjuangkan teras melayu tetapi tidak terlalu ekstrem.


CADANGAN 7 LANGKAH PEMBAHARUAN DALAM UMNO :

1.  Lahirkan pemimpin muda sebagai opinion leader dalam masyarakat

2.  Pencarian bakat dari golongan intelektual, profesional, keagamaan untuk bergerak aktif dalam parti.

3.  Wujudkan modul perkaderan utk lahir pemimpin yang kental dalam perjuangan.

4.  Semarakkan semangat sukarelawan untuk dekati rakyat.

5.  Wujudkan institut naziran untuk pantau aktiviti akar umbi di bahagian.

6.  Gerakkan revolusi mental 2.0. Cernakan idea baru dalam semua bidang. Berpandukan Revolusi Mental oleh Tun Abd Razak.

7.  Bangkitkan nilai undi. Tingkatkan pendaftaran pemilih melayu supay melayu tidak jadi minoriti dalam PRU.


PEREMAJAAN PARTI

- Individu yang menjadi penghalang kepada agenda ini perlu undur diri secara terhormat dengan segera.
- Ini adalah last call untuk UMNO terus relevan.
- Cari dan selesaikan kesilapan dulu dengan segera. Tak perlu nafikan.
- Tunjukkan keazaman bahawa UMNO mahu berubah.


Teks penuh ucapan beliau boleh dirujuk di laman MIM di bawah;

http://novandri.blogspot.com/2014/11/teks-penuh-ucapan-ts-muhyiddin-yassin.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed






Tuesday, November 25, 2014

Awas! Kedah haramkan 15 perkataan bagi bukan Islam.



Kedah akan mewartakan 15 perkataan ekspresi dalam Islam yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam samada dalam bentuk cetakan ataupun pengucapan umum (ceramah).

Keputusan kerajaan Kedah sangat bertepatan bagi memelihara kesucian Islam yang sebelum ini banyak perkataan-perkataan dalam Islam sering digunakan oleh DAP bagi meraih sokongan orang-orang Islam yang pro-PR kepada parti itu, kononnya mereka adalah mesra Islam.

Antara perkataan tersebut ialah;
  1. Assalamualaikum 
  2. Insyaallah
  3. Allahu Akbar
  4. Subhanallah
  5. Alhamdulilah
  6. Lailahaillallah
  7. Masyaallah
  8. Astagfirullahalazim
  9. Auzubillahi
  10. Walillahilhamd
  11. Watallahi
  12. Tabarakaallah
  13. Wallahi
  14. Wabillahi
  15. La haula Walaquata lllabillahilaliyil Azim
Artikel lengkap http://www.kedahnews.com/2014/11/kedah-senarai-15-perkataan-larangan.html

Larangan ini bakal berkuatkuasa di Kedah setelah Enakmen 1988 dipinda bagi memelihara kesucian Islam daripada diserang di pelbagai sudut. Penulis percaya dengan pengukuhan undang-undang begini akan menyekat segelintir ahli DAP daripada mempergunakan Islam untuk kepentingan parti mereka.

Antara contoh yang kita perlu elak di masa depan ialah pengucapan yang pernah berlaku sebelum ini seperti yang kita lihat dalam rakaman di bawah;

<

Terdapat dua jenis manusia apabila menggunakan ayat-ayat Al Quran dalam ucapan umum di hadapan umat-umat Islam (majoritinya penyokong PAS) seperti ini.

  • orang bukan Islam yang membaca ayat Al-Quran
  • orang bukan Islam yang membacakan ayat Al-Quran.

Lebih menyedihkan, terdapat bijak pandai agama dalam PAS yang tidak tahu membezakan di antara keduanya malah menyokong penggunaan ayat-ayat suci oleh bukan Islam.

Dunia sekarang sudah terbalik. Yang kita lihat, para ulama dan mufti diperlekehkan, sedangkan orang bukan Islam dimuliakan malah disokong apabila membacakan ayat-ayat suci kepada orang Islam walhal dia sendiri tidak mahu beriman dengan ajaran Islam.

Apa yang dibuat oleh kerajaan Negeri Kedah adalah tepat. Langkah pencegahan perlu dibuat daripada awal. Peribahasa Melayu mengatakan, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekecil mana pun pintu perpecahan harus ditutup agar tiada lagi ruang untuk musuh-musuh Islam merosakkan perpaduan ummah yang terjalin di negara kita.


Wallahualam.

Monday, November 24, 2014

Doa laknat pencacai PR hanya kerana bergambar dengan kapcai...



Biasa terjumpa posting melaknat seperti ini. Bahasa seperti manusia tidak beragama dan beradab. Kasihan dia, mempunyai hati yang berpenyakit, tutur bicaranya menunjukkan yang dia tidak sedetik pun menggunakan akal ketika berinteraksi dengan orang lain di media sosial. Mungkin terbit dari hasil didikan yang tidak sempurna.

Dakyah pembangkang seringkali diiringi politik benci, doa laknat ke atas orang lain, berbahasa kesat dan memaki hamun menunjukkan mereka tidak relevan kepada pembangunan perpaduan ummah.

Sebagai orang Islam, kita tahu di pihak mana kita berada. Kerana tidak pernah berlaku di dalam mana-mana parti komponen BN, pemimpin yang dibicarakan atas kesalahan meliwat atau pemimpin yang mendoakan laknat terhadap pemimpin lain atau yang sanggup bekerjasama dengan syaitan atau mengkafirkan umat Islam yang lain atau yang sudah terbukti memfitnah atau mempunyai budaya khalwat dengan isteri orang atau mempunyai video-video porno dan sebagainya.

Semoga admin tersebut diberikan hidayah oleh Allah lalu bertaubat di atas keterlanjurannya sebelum dia sendiri mampus dilanggar lori najis lalu bergandingan dengan doa laknatnya menuju ke neraka jahannam... Nauzbillahimin zalik..



CheguBard sebar fakta longkang aibkan diri sendiri.




Nak buat fakta sekurang-kurangnya kena ada pengetahuan. Bukan setakat hentam membuta tuli, akhirnya menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Minyak Sawit pun orang tak boleh jadikan minyak masak dengan hanya perah buah sawit, terus masuk ke kuali..Begitu juga dengan bekalan air mentah yang perlu dirawat terlebih dahulu sebelum disalurkan ke paip-paip untuk kegunaan harian kita. Semuanya perlu diproses dan setiap yang diproses itu ada kos yang perlu ditanggung.

Di bawah adalah penjelasan KJ tentang minyak mentah dan apa yang mempengaruhi harganya setelah siap diproses. Mudah dan ringkas untuk difahami..


Penjelasan Khairy Jamaluddin.

Saya nak ambil sedikit masa untuk menjelaskan tentang harga petrol. Ramai yang tidak memahami cara bagaimana harga petrol dikira. Ini menimbulkan keadaan dimana ramai pakar ekonomi mee segara tiba-tiba muncul dengan teori tersendiri.

Contoh pakar mi segera seperti gambar dibawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata "ini fakta..." Saya juga yakin ramai yang mebaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. "Mesti Mamat ni betul." "Logik juga dia tulis."

Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dll. Jadi fakta dibawah tidak betul. Kalau beliau konfiden dengan 'fakta' beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.

Mungkin disini ada yang nak tulis, "OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni."

Baik.

Harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.

Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses. (Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google).

Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:

- Kos operasi (9.58 sen/liter)
- Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
- Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
- 'Alpha' yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)

Jadi dengan mudah:
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

Satu lagi gambar dibawah menunjukkan penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau KPDNKK.

Di sini ada pula yang nak menyampuk, "Sudah lah bro. Harga minyak naik lettew. Bangang barang naik."

Kerajaan pun telah mengumumkan penarikan subsidi petrol pada 1 Disember. Ramai kutuk. "Kerajaan ale utoo" bagai.

Yang kutuk ini tidak pantau harga pasaran minyak.

Kita guna formula diatas.

Purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemunkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.

Kesimpulannya, semak semua 'fakta' dulu. Jangan cepat share. Think first.



Sunday, November 23, 2014

Lelaki dakwa datang dari masa depan gemparkan facebooker Indonesia.

Facebook dihebohkan oleh seseorang yang mengaku berasal dari tahun 2035. Melalui akaun facebooknya, orang itu mengaku kalau ia berasal dari tahun 2035 dan kembali ke tahun 2014 dengan membawa misi...

Berikut adalah perkenalan orang yang mengaku berasal dari masa depan itu melalui sebuah postingan di facebook...



Dan ada banyak lagi kenyataan daripada Putra Kandias ini yang anda boleh baca sendiri melalui screenshot di bawah:

Yang pertama, tahun 2035 nanti sudah ada mesin masa yang canggih...


Lagi cerita pasal mesin masa...



Indonesia bakal ditenggelami air...


Bakal juara liga Indonesia pun dia bagitahu


Putra Kandias juga tanpa teragak-agak memberikan amaran dan ingatan kepada seluruh rakyat Indonesia mengenai bencana besar yang akan berlaku pada awal tahun 2015 nanti...



p/s: Buat para ibubapa, tolonglah awasi anak-anak anda dengan baik terutamanya semasa menonton filem-filem yang agak berat seperti “Interstellar”. Tak nak lah esok ada pula rakyat Malaysia yang mengaku lahir tahun 2020 pula dan kembali ke tahun 2014 atas nama misi masa depan....

SUMBER : THEVOCKET.COM

Gambar-gambar letupan lombong arang batu di Pantu, Sri Aman. Sarawak.

KUCHING: Tiga maut manakala 26 cedera dalam kejadian letupan di lombong arang batu di Selantik, Sri Aman, hari ini, kira-kira 130km dari sini.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ini dan punca letupan sedang disiasat.

Menurutnya ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sri Aman.

Katanya enam daripada mereka yang cedera telah dirujuk ke Hospital Serian, kira-kira 60km dari sini dan lima lagi ke Hospital Umum Sarawak, di sini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamad, berkata tiga yang maut dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu dikenal pasti sebagai warganegara Indonesia, Korea Utara dan Myanmar.

"Bagaimanapun, butiran lanjut berkenaan identiti mangsa-mangsa yang mati ini masih belum diperolehi sepenuhnya," katanya.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada percikan api kipas angin yang rosak dan seterusnya menyebabkan kebakaran gas dan letupan di dalam sebuah terowong lombong itu yang sedalam kira-kira 69 meter.

"Semasa kejadian itu, 29 orang pekerja yang berada di dalam terowong itu telah bergegas keluar untuk menyelamatkan diri di samping membantu rakan sekerja mereka yang mengalami kecederaan serius," katanya.

Mat Jusoh berkata mayat ketiga-tiga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu telah dibawa ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat sementara 16 orang daripada mereka yang tercedera turut dirawat di hospital sama.

Mangsa lain yang cedera telah dirujuk ke Klinik Desa Pantu dan Hospital Daerah Serian, kira-kira 60km dari sini, katanya.

Menurutnya lombong arang batu berkenaan yang terletak tiga kilometer dari jalan utama Sri Aman-Kuching telah beroperasi sejak lapan tahun lepas.

 "Kini terdapat 119 orang pekerja warga China, Myanmar, Indonesia, Bangladesh dan Korea Utara yang bekerja di lombong berkenaan," katanya.

Sementara itu Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata tiada pekerja yang terperangkap dalam letupan yang berlaku di Lombong Arang Batu Selantik di Sri Aman kerana semua mangsa telah dipindahkan sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

"Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak dan keadaan di lombong berkenaan masih terkawal.

"Beberapa pegawai masih memantau lokasi kejadian bagi memastikan keadaan di sana selamat," kata Soiman kepada The Star.

Pada Mac 2012, seramai empat pekerja warga China maut selepas berlaku kebakaran di dalam terowong lombong arang batu di Abok yang terletak tidak jauh dari Pantu. - The Star



- Gambar-gambar keadaan kawasan dan mangsa yang terlibat dalam letupan di lombong arang batu tersebut.

Anggota Bomba dan Penyelamat Sarawak memasuki pintu lombong arang batu yang meletup di Selantik, Pantu dekat Sri Aman, kira-kira 130km dari Serian 
Kumpulan pekerja lombong arang batu yang terselamat daripada tragedi di Pantu ketika berada di hospital di Kuching semalam

Mayat dua dari tiga pelombong yang maut dalam kejadian letupan di lombong arang batu tersebut dikenal pasti sebagai warganegara asing manakala jumlah yang cedera meningkat kepada 26 orang berbanding 11 orang sebelum ini. – Foto BERNAMA
Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada percikan api kipas angin yang rosak dan seterusnya menyebabkan kebocoran gas dan letupan di terowong itu. - Foto Bernama


Keadaan mangsa yang terbakar sebahagian badan

Gambar-gambar mangsa yang parah dirawat di unit kecemasan hospital


Saturday, November 22, 2014

Langkah BIJAK! PDRM, ATM nak serbu PATI.. dia kantoikan pula...

Langkah kerajaan mengarahkan pasukan PDRM dan ATM untuk membanteras pencerobohan warga asing di Cameron Highlands merupakan satu keputusan yang amat dialu-alukan. Laporan berita melalui link di bawah;

Polis, tentera akan gempur Cameron Highlands waktu malam - astroawani

Ia susulan luahan kecewa baginda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang murka dengan kejadian pencerobohan tanpa kawalan di negeri naungannya sehingga menjadi punca kepada tragedi yang mengorbankan nyawa berikutan banjir lumpur baru-baru ini.

Bagaimanapun, secara tidak langsung ia menggambarkan keadaaan di Genting Highland dalam keadaan darurat. Kali terakhir kerjasama membanteras pencerobohan secara besar-besaran melibatkan kedua pasukan itu ialah ketika di Lahad Datu, Sabah.

Cuma yang kita persoalkan tindakan DS Najib itu ialah,

1.  KENAPA MESTI NAK BAGITAHU SATU DUNIA ATM DAN PDRM AKAN BUAT OPERASI SERBUAN TERHADAP PATI PADA WAKTU MALAM?

2. KENAPA TIDAK DITERANGKAN SEKALI LOKASI, MASA DAN JUMLAH KEKUATAN ANGGOTA YANG TERLIBAT DALAM OPERASI ITU?

Tindakan itu secara semulajadinya akan menghalang penangkapan PATI yang bermaharajalela di Pahang jika mereka awal-awal lagi dapat melarikan diri, mengelak daripada diserbu. Ayam yang buta malam pun akan lari jika tahu akan ditangkap.

Apapun, pilihan terbaik ialah dengan menggunakan kekuatan pasukan pertahanan kita untuk mengawal kegiatan PATI yang semakin menjadi-jadi di negara kita. Malangnya, pihak ketiga yang menjadi dalang sebagai penggalak kemasukan PATI ini tidak pula diberi perhatian dalam media.

Contohnya,

Siapa majikan yang menggaji PATI
Siapa yang melakukan urusan perniagaan dengan PATI
Siapa yang menjadi dalang sindiket pencerobohan PATI
Siapa yang membantu memasarkan produk hasil kerja PATI

Mereka inilah yang wajib dibanteras sehingga ke akar umbi. Harus diingat, selagi ada permintaan yang tinggi terhadap penggunaan tenaga kerja PATI selagi itulah masalah pencerobohannya tidak akan selesai sampai bila-bila.




Cadangan lucut kewarganegaraan orang yang tidak tahu bahasa kebangsaan - Adun DAP buat laporan polis



Adun DAP Pekan Nenas, Yeo Tung Siong buat laporan polis terhadap YB Shahruddin Adun Jorak sebab mencadangkan agar dilucutkan kewarganegaraan mereka yang gagal kuasai bahasa kebangsaan.

Terbaiklah YB Shahruddin. Penulis sokong 100%..

Nak kata warganegara, cakap melayu pun tak faham. Bagaimana ini? Contohnya ini..

Kenapa setelah 57 tahun merdeka tidak tahu berbahasa Melayu? Adun Pekan Nenas yang membuat laporan polis ingat dia masih di tanah besar China. Negara mana iktiraf sekolah vernakular? Jangan buat Malaysia jadi Indonesia sampai nama 'Cina' pun di hapuskan.

Bagaimana negara boleh iktiraf keadaan orang yang tidak tahu berbahasa kebangsaan tetapi mengaku sebagai warganegara Malaysia? Cadangan YB Shahruddin ada asasnya, rujuk perkara 25(b) Perlembagaan Malaysia di bawah,


Bila sebut sahaja lucut hak warganegara kerana tidak tahu berbahasa kebangsaan, DAP cepat melenting... Nyanyian lagu NegaraKu dipersendakan oleh pemimpin mereka. Tak boleh nak dibayangkan bagaimana keadaannya jika puak mereka mengambil pentadbiran negara.

Nauzubillah..



Protes pertama terhadap Datuk Seri Najib sebelum PAU

Penulis percaya ada perwakilan UMNO yang akan menyerahkan memorandum pertahankan Akta Hasutan 1948 pada perhimpunan kali ini. Kita harap Akta Hasutan akan jadi salah satu topik hangat yang akan dibincangkan kelak.

Kepimpinan tertinggi UMNO perlu mendengar suara perwakilan dari peringkat akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh menghilangkan kepercayaan ahli-ahlinya dan merugikan parti itu sendiri.

Terbaru, seorang Ketua UMNO Cawangan Simpang Morib bertindak meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terutama berkenaan pemansuhan Akta Hasutan 1948. Ia mungkin sebagai isyarat kepada kepimpinan UMNO akan kesungguhan beliau yang mahukan supaya suara pihak dari akar umbi diberi perhatian.

PAU adalah tempat untuk segelintir ketua-ketua harimau menunjukkan ketajaman kuku dan taring masing-masing, juga tempat pendekar menghunus kerisnya yang kemudiannya 'mintak mahap' setelah dihentam teruk oleh macai pakatan di media sosial.

p/s: Letak jawatan, bukan bermakna keluar UMNO....



Ketua Cawangan Letak Jawatan Protes Presiden UMNO

BANTING – Ketua UMNO Cawangan Simpang Morib, Zulkefli Mohamed Ghouse, hari ini, mengumumkan mengenai peletakkan jawatannya, di sini, sebagai tanda protes terhadap kepimpinan presiden parti itu, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang disifatkan gagal mendengar suara akar umbi terutama melibatkan isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu.

Menurut Zulkefli, keputusan tersebut dibuat setelah menilai kegagalan pentadbiran Najib dalam mempertahankan Akta Dalam Negeri (ISA) dan keputusan terbaru Presiden UMNO untuk menghapuskan pula Akta Hasutan yang dianggap tidak menepati kehendak ahli UMNO dan sebilangan besar rakyat Malaysia.

“Selaku Presiden UMNO dan merangkap Perdana Menteri Malaysia, beliau (Najib) tidak mampu mempertahankan ISA, bahkan beliau memansuhkannnya tanpa ada persetujuan dari akar umbi UMNO atau dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

“Beliau juga berkeras mahu memansuhkan Akta Hasutan yang memungkinkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia dalam bahaya,” ulas Zulkefli ketika dihubungi Selangor Press.

Zulkefli turut meluahkan kekecewaannya apabila Najib dilihat seolah-olah cuba meletakkan kegagalannya mengemudi Badan Perhubungan UMNO Selangor semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) tewas teruk kepada pihak lain dan malu untuk mengakui kelemahannya sendiri.

“Selaku Pengerusi Perhubungan Negeri sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13, beliau (Najib) gagal meletakkan calon yang sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen dan DUN di Selangor sehingga BN tewas dengan kekalahan yang teruk,” tambah Zulkefli lagi.

Keputusan Zulkefli untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan merupakan kes pertama dilaporkan selepas insiden kecaman Presiden UMNO terhadap Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Sumber

Thursday, November 20, 2014

Demontrasi mahasiswa Indonesia diserang ribuan penduduk yang berang sekitar kampus


Presiden Jokowi yang baru dilantik, telah membuat satu keputusan yang paling sukar buat pertama kalinya sejak memegang jawatan sebagai presiden Indonesia. Kenaikan harga BBM (Bahan Bakar Minyak) telah mengundang rasa tidak senang segelintir rakyatnya.

Berikutan itu, berlaku protes terutama oleh gerakan mahasiswanya yang bergelar BEM (Badan Eksekutif Mahasiswa) yang menolak kenaikan harga minyak di negara itu.

Ketua BEM, gerakan mahasiswa yang diketuai oleh Mohamad Ivan Riansa pada Selasa lepas telah bercadang untuk mengepung Istana Presiden di Jakarta bersama gabungan mahasiswa daripada kampus lain dengan niat untuk memberi tekanan kepada Jokowi berikutan keputusan tidak popular tersebut.

Hari ini (Khamis), kumpulan mahasiswa merancang demonstrasi terhadap presiden. Dianggarkan sekitar seribu orang bersama para aktivis lain daripada seluruh Indonesia akan menyertai demonstrasi tersebut.

Bagaimanapun respon majoriti rakyat Indonesia dilihat tidak begitu terkesan oleh gesaan para mahasiswa untuk mengadakan bantahan terhadap Jokowi, berikutan sebahagian besar daripada mereka mempercayai tindakan beliau itu dibuat untuk kebaikan yang mana hasilnya hanya dapat dilihat selepas perlaksanaannya. Perspektif rakyat terhadap Jokowi cukup berbeza berbanding presiden sebelumnya kerana ramai di kalangan mereka mengenali beliau bukan berasal daripada keluarga yang senang.




Malam kelmarin berlaku pertempuran di antara para mahasiswa serta penyokong mereka dengan kumpulan penduduk tempatan di depan pintu masuk Universiti Hasanudin (Unhas) menggunakan batu, kayu, batang besi, panah (lastik) dan bom molotof sebagai senjata.

Puncanya, disebabkan protes yang dibuat secara melampau oleh kumpulan mahasiswa dengan menyekat akses jalanraya dan jambatan sehingga menyusahkan penduduk sekitar.  Perbuatan mahasiswa itu telah membuatkan ribuan warga penduduk mengamuk lalu bertindak menyerang mereka. Pertempuran itu berlanjutan sehingga merebak ke dalam kampus Universiti.

Ribuan penduduk yang merusuh menjadi tidak terkawal kemudiannya merempuh masuk kawasan kampus, merosakkan bangunan dan pos kawalan di laluan masuk kampus, membakar 2 kereta, 15 motosikal serta berpuluh-puluh basikal dipercayai milik mahasiswa di kawasan universiti tersebut.



Polis anti-rusuhan dengan bantuan pasukan TNI segera berkejar ke tempat kejadian dan meleraikan pertempuran itu. Tiada kemalangan jiwa berlaku di kedua belah pihak. Keadaan kemudiannya kembali menjadi tenang, namun kerosakan banyak dialami oleh pihak universiti dan para mahasiswa.

Kerajaan Indonesia pernah ditukarkan melalui gelombang demonstrasi oleh gerakan mahasiswa sehingga menumbangkan pemerintahan Presiden Suharto yang berkuasa selama 32 tahun sebelum ini. Namun sejarah telah membuktikan sebarang bentuk demonstrasi untuk menumbangkan kerajaan sebenarnya memburukkan lagi masalah yang sedia ada.

Rakyat Indonesia mungkin telah nekad untuk tidak mahu lagi bertindak secara melulu sehingga akhirnya merugikan rakyat sendiri terutama golongan-golongan miskin.

Artikel lain boleh dirujuk dalam bahasa Indonesia di sini




Video Artis Mentor Legend Mas Idayu mengamuk di sesi ujibakat


Sekadar untuk dikongsikan kepada pembaca.

Jadi 'public figure' bukan senang, ada sedikit hal saja terus jadi viral. Pembuli jalan pun boleh jadi popular sekelip mata, siap boleh kesan sampai alamat rumahnya sekali. Inilah impak peranan media sosial yang kadang-kadang menakutkan.

Artikel tentang insiden dalam video di atas boleh dibaca di sini..

Selepas PPS, wujud NGO menyerupai PDRM menggemparkan negara

Bermacam-macam cara pihak tertentu cuba nak wujudkan pasukan keselamatan sendiri.. Sebelum ini PPS pro-DAP di Pulau Pinang disiasat kerana menyalahgunakan nama NGO untuk membuat pasukan berunifom sendiri seperti PDRM.

Kali ini Briged PPPM atau nama NGOnya Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia muncul dengan penampilan lebih berani. Persatuan yang asalnya ditubuhkan sebagai sukarelawan untuk membantu pasukan keselamatan mencegah jenayah di kawasan mereka. Tetapi kini lain pula jadinya.. Mereka dilihat sudah ada jawatan pegawai, dengan tag pengenalan, entah mungkin bergaji bulan seperti kakitangan kerajaan juga.

Sekali pandang tak ubah seperti PDRM.. uniform gelap lengkap dengan epaulet dan ribbon bar.  Apa pandangan anda?


Mereka juga dilihat menjalankan penguatkuasaan memeriksa premis dan kedai-kedai. Rujuk pada gambar bawah.. Penulis kurang faham, adakah sebuah persatuan NGO mempunyai kuasa untuk menjalankan tanggungjawab seperti pihak penguatkuasa kerajaan? Sekiranya pemilik premis enggan bekerjasama, apa pula bentuk tindakan yang akan diambil mereka? 


Kes terbaru, 2 orang daripada anggota mereka telah ditahan lengkap dengan kereta peronda mirip MPV pasukan peronda PDRM. Dalam kad beliau jelas tertera nama Briged PPPM yang mengandungi maklumat nombor ahli, cawangan dan jawatan - Ketua Inspektor dan Konstable? Cukup hebat, apa sebenarnya yang sedang berlaku di negara kita?

 
Kereta 'polis' PPPM?
Negara kita sekarang terancam bukan oleh anasir daripada luar sahaja, bahkan terdapat segelintir pihak yang menggunakan NGO sebagai lesen untuk melakukan kerja-kerja tertentu bagi pihak yang berkepentingan. Tidak pasti samada PPPM yang sebenarnya terlibat atau sebaliknya. Tetapi melihat daripada gambar yang ada menunjukkan nama PPPM jelas digunakan.

Kita tidak mahu wujud satu pasukan mirip pasukan keselamatan sendiri yang boleh mengelirukan orang awam yang dibentuk kononnya untuk kepentingan masyarakat. Akhirnya nanti mereka tubuhkan unit bersenjata pula. Diminta pihak berkuasa siasat tindakan seperti ini sehingga ke akar umbi.

Di bawah adalah laporan kosmo berkenaan penahanan seorang anggota PPPM


Polis siasat Briged PPPM - Kosmo


KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Briged Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) kerana didapati menggunakan kenderaan mirip kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Peta­ling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menjalankan siasatan itu selepas seorang anggota pa­sukan kereta peronda polis membuat laporan mengenai kehadiran kenderaan yang digunakan NGO itu di sebuah kawasan Seksyen 17, Petaling Jaya, Se­langor baru-baru ini.

Mengikut laporan itu, anggota polis terbabit mendapati kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki ahli NGO tersebut menggunakan corak petak-petak warna ku­ning dan biru yang seakan-akan sama dengan kereta peronda polis.

“Belum ada laporan polis mengenai kekeliruan ini, bagaimanapun pihak kami sedang menyiasat kesalahan yang mungkin dilakukan pihak ber­kenaan (Briged PPPM),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Briged PPPM ditubuhkan Julai lalu bertujuan mengawasi kawasan perumahan di seluruh negara yang didakwa mempunyai masalah jenayah.

Setiap ahli Briged akan memakai pakaian sera­gam berwarna hitam serta lambang pangkat seakan-akan pasukan keselamatan.