Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Wednesday, September 7, 2016

Tun Mahathir jumpa Anwar - Gambar salam erat yang penuh dengan makna!

Gambar pertemuan dua bekas pemimpin kontroversi negara. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan bekas musuh politik beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mereka dilihat bersalam erat dalam pertemuan yang dikatakan sangat bersejarah itu.

Anwar ke mahkamah hari ini untuk memfailkan tuntutan mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari sudut perlembagaan.

Sementara Tun Dr Mahathir pula dikatakan datang ke mahkamah bersama para penyokong beliau bagi memberikan sokongan kepada Anwar.


Bagi penyokong-penyokong yang selama ini begitu taksub dengan Anwar, sila jelaskan. 

Adakah Anwar:

- difitnah oleh Mahathir sehingga pernah dipenjarakan 

atau

- memang betul dia telah melakukan perbuatan itu dan terpaksa rela dipenjarakan.

Kerana jika benar Anwar difitnah, adakah dia sanggup menggengam erat tangan orang yang pernah memfitnahnya itu?


Atau

Ia sekadar satu sandiwara, bersalaman tetapi genggam dengan luar biasa erat.. apakah maksudnya itu?

Saturday, March 5, 2016

Dedak TunM, macai DAP. Anggap Najib bodoh tetapi mereka sendiri terpedaya.


Jangan kita lihat orang yang kelihatan diam itu bodoh. Mereka adalah orang yang berfikir dan mempunyai strategi dalam senyap sehingga tidak seorang pun boleh meramal tindakan seterusnya.

Mereka tidak melatah dan menampakkan emosi ketika diserang keperibadiannya. Dituduh dengan pelbagai jenis fitnah yang tiada berkesudahan. 

Tidak pernah kita lihat Datuk Seri Najib menampakkan amarah, berlaku kasar walaupun sekali, apatah lagi mencampakkan microfon di khalayak umum seperti dilakukan oleh presiden Amanah, parti yang diuar-uarkan sebagai pengganti umno. 

UMNO dalam fasa pembersihan parti. Ramai pengkhianat parti yang terasa panas mula meninggalkan janji taat setia mereka untuk bersama pembangkang pimpinan DAP. Akhirnya yang tinggal itulah orang-orang yang boleh dipercayai.

Mari kita baca artikel yang dipetik daripada Malaysia Today di bawah. Cukup menarik. Agaknya inilah yang telah berlaku tanpa kita ketahui.

Mahathir, Muhyiddin Dan ANC “Menari” Ikut Rentak Najib

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

Pepatah mengatakan, jika anda boleh bertindak bodoh dan membuat orang percaya bahawa anda bodoh maka anda sebenarnya sangat bijak, lebih bijak daripada orang-orang yang berfikir yang anda adalah bodoh. Kemudian apabila kamu menentang musuh yang licik, khususnya musuh atau musuh-musuh dalam selimut , maka anda perlu mengambil kesempatan dengan pelbagai helah , ketangkasan, dan kelicikan untuk mendapatkan perkara yang lebih baik daripada mereka.

Pelajar-pelajar Sun Tzu akan memahami perkara ini dengan baik. Orang Melayu tidak memahami Sun Tzu tetapi mereka mempunyai peribahasa mereka sendiri untuk menggambarkan keadaan yang sama. Orang Melayu memanggilnya bodoh – bodoh sepat . Sepat adalah ikan yang bersembunyi dalam sawah padi. Ia akan duduk diam-diam, tanpa bergerak untuk memberi gambaran bahawa ia adalah ikan yang bodoh. Walaupun tangan dekat dengannya, ia masih kekal diam dan tidak bergerak. Namun kemudian, ia akan menyengat tangan anda dan berlalu pergi dengan tersenyum.

Baiklah, saya melebih-lebih di sini. Ikan tidak tersenyum. Tetapi jika mereka boleh, pasti sepat ini akan tersenyum memikirkan bagaimana mudah ia menipu anda untuk menganggap yang ia ikan yang bodoh dan kemudian menyengat anda yang cuba menangkapnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak inilah yang bersikap bodoh – bodoh sepat , manakala mereka yang memburu beliau adalah bodoh  sombong , yang bermaksud dahlah bodoh, sombong pulak .

Setelah 72 jam Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap Najib , Najib sudah tahu siapa yang berada di belakangnya . Ramai menyangka bahawa memandangkan Khairuddin bersekongkol dengan Matthias Chang, dan Matthias pula orang Tun Dr Mahathir Mohamad maka ini bermakna Khairuddin juga sudah tentu merupakan orang Dr Mahathir.

Walaubagaimanapun, 72 jam kemudian, Najib tahu bahawa Khairuddin ketika itu adalah orang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi Najib tidak bertindak balas terhadap perkara itu. Beliau tetap tenang dan tidak mendedahkan bahawa beliau tahu yang Khairuddin bekerja untuk siapa sebenarnya. Apabila Najib tahu siapa musuh sebenar beliau, dan individu tersebut berpura-pura menyokong beliau, sebenarnya adalah ‘pemegang pisau’, maka ia menjadi lebih mudah untuk beliau merancang strategi dan memasang perangkap.

Najib boleh ‘membunuh’ Muhyiddin sebelum ini, dalam minggu yang sama Muhyiddin membuat langkah beliau. Tetapi Najib tidak mahu berbuat demikian. Najib mahu Muhyiddin terus berfikir bahawa beliau tidak tahu peranan Muhyiddin dalam semua ini dan bahawa beliau adalah penggerak utama. Beliau mahu meredakan Muhyiddin sehingga beliau berpuas hati dan melihat siapa lagi yang akan muncul dan menunjukkan wajah sebenar mereka. Apabila anda menghendap mangsa, anda perlu menetapkan perangkap anda dan bersabar, tidak bergerak atau membuat bunyi. Apabila orang lain menghendap anda dan telah memasang perangkap mereka, dan anda mahu mereka berjalan ke dalam perangkap mereka sendiri, maka anda perlu kekal lebih sabar tanpa bergerak atau membuat bunyi.

Menjadikan pemburu kepada yang diburu dan memastikan bahawa anda tidak perlu menembak pemburu tetapi membuat pemburu yang menembak dirinya sendiri adalah kemahiran yang tidak dimiliki oleh ramai orang . Kemahiran inilah yang dimiliki Najib dan beliau menggunakan kelebihannya sejak tahun lepas lagi.

Menembak pemburu supaya menjadi yang diburu adalah mudah . Ramai orang boleh berbuat demikian. Membuat pemburu masuk ke dalam perangkap sendiri dan mengalami kematian paling menyeksakan adalah apa yang memisahkan antara lelaki dan budak lelaki . Najib telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang lelaki dewasa manakala yang lain masih lagi kanak-kanak lelaki.

Najib menulis skrip tentang bagaimana mereka yang mahu melihat darahnya, sebaliknya akan dapat melihat darah mereka sendiri tertumpah. Untuk berbuat demikian anda bukan sahaja perlu bijak tetapi anda juga perlu bersabar. Ini adalah permainan yang dimainkan Najib , permainan kesabaran. Beliau tidak mahu membunuh musuh-musuh yang menghendapnya. Beliau mahu mereka membunuh diri. Dan memang itulah apa yang mereka lakukan . Mereka membunuh diri seorang demi seorang.

Najib membuat mereka seperti kucing bermain dengan tikus. Beliau memberikan mereka ruang untuk membuat seberapa banyak kesilapan yang mereka kehendaki. Beliau mahu kesilapan ini menjadi kejatuhan mereka. Dan lebih banyak kesilapan yang mereka lakukan, lebih pasti kejatuhan mereka.

Dalam hal itu, Najib adalah lebih bijak daripada Dr Mahathir. Apabila Dr Mahathir mahu meneutralkan Anwar, beliau menyingkirkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden dan ahli Umno sekaligus. Najib tidak berbuat demikian. Beliau pada mulanya menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian membiarkannya. Apabila Muhyiddin terus dengan perbuatan mengarut beliau, Najib membiarkan parti menyingkirkannya sebagai Timbalan Presiden. Bagaimanapun , Muhyiddin tidak dikeluarkan sebagai ahli.

Memandangkan Muhyiddin terus menolak nasibnya maka beliau akan mengalami peringkat akhir kemusnahannya. Beliau akan melihat dirinya dikeluarkan sebagai ahli juga. Dan ia akan menjadi tiga ‘strike’ dan beliau perlu keluar.

Adakah Najib membunuh Muhyiddin sebagaimana Dr Mahathir membunuh Anwar? Najib hanya mengeluarkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang merupakan hak mutlak Perdana Menteri. Dan kemudian beliau berhenti di situ. Ini memberikan Muhyiddin gambaran bahawa beliau masih dalam zon selamat kerana Najib tidak berani meneruskan lebih dari itu.

Ia bukanlah Najib tidak berani pergi lebih jauh. Beliau mahu Muhyiddin pergi lebih jauh dan masuk ke dalam perangkap sendiri. Beliau mahu Muhyiddin mati di tangan sendiri. Dan itulah yang Muhyiddin lakukan dan akan terus lakukan .

Dr Mahathir juga salah perkiraan mengenai Najib dan sentimen orang Umno. Beliau berpendapat bahawa selepas satu tahun isu mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion, sokongan terhadap Najib akan berkurangan. Justeru, Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC (Kempen Anti -Najib ) memainkan muslihat (trump card) mereka dalam bulan Julai 2015.

Kemudian Najib membuat langkah beliau selepas enam bulan bermain “bodoh – bodoh sepat”. Beliau melancarkan operasi pembersihan dan semua mereka yang ‘memegang pisau’ dijatuhkan. Ia adalah satu langkah yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC fikir tidak berani dilakukan oleh Najib dan walaupun beliau melakukannya, Umno tidak akan menyokongnya.

Namun Najib telah berani membuat langkah itu dan beliau melakukannya pada akhir Julai 2015. Dan Umno tidak bangkit protes. Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC telah salah percaturan dan mereka kalah. Penyingkiran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah satu peristiwa yang tidak memberikan kesan besar kecuali beberapa “bunyi” yang kurang enak .

Satu ‘strike’.

Kemudian Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC terus dengan serangan mereka. Plot Julai 2015 mereka telah gagal. Maka mereka merancang plot November 2015 – penyingkiran Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen. Itu juga gagal. Jadi mereka melancarkan rancangan seterusnya , plot untuk menjatuhkan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2015. Dan gagal juga. Tiga percubaan dan semuanya gagal.

Kemudian Najib membuat ‘strike’ kedua. Dan itu adalah apabila Umno menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Tetapi Najib tidak mahu menjadi orang yang melaksanakannya . Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah menyediakan surat peletakan jawatan Mukhriz dan Majlis Diraja Kedah atas perintah DYMM Sultan membuat beliau menandatanganinya.

Jadi Najib tidak memecat Mukhriz. Mukhriz meletak jawatan. Dan beliau meletakkan jawatan dengan titah diraja. Dan itu adalah langkah yang paling bijak lagi yang akan ditulis dalam sejarah dan diingati untuk masa akan datang .
Dua ‘strike’.

Dan kemudian Umno mengeluarkan Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti itu. Ya, parti, bukan Najib, yang menyingkirkan Muhyiddin.

Tiga ‘strike’. Dan sebagaimana yang mereka katakan : tiga ‘strike’ dan anda keluar.

Sekarang Muhyiddin mahu membawa kesnya ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mencabar penyingkirannya. Beliau juga mempertimbangkan untuk pergi ke mahkamah . Apabila ini berlaku, semuanya akan berakhir. Mereka yang telah membawa kes mereka kepada ROS atau ke mahkamah semuanya telah melihat kerjaya politik mereka berakhir. G. Palanivel , Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah  adalah antara contoh terbaik.

Anda berpegang kepada kedudukan anda melalui sokongan politik yang nyata. Anda tidak pergi menangis kepada mahkamah atau kepada ROS untuk mendapatkan mereka untuk membantu anda berpegang kepada kedudukan anda. Dan anda tidak cuba mendapatkan sokongan politik,  ahli atau pembangkang untuk membantu memastikan anda berkuasa. Dan ini adalah apa yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC cuba lakukan .

Ini seperti kerajaan Afghanistan, Libya atau Iraq yang cuba untuk terus berkuasa dengan sokongan tentera Amerika. Ia tidak akan berjaya kerana tidak mendapat sokongan daripada rakyat sendiri. Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC, bagaimanapun, berfikir bahawa Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan pimpinan DAP boleh membantu mereka menggulingkan Najib supaya Dr Mahathir dan proksi beliau boleh merebut kuasa.

Itu bukanlah yang dipanggil sebagai sokongan politik yang nyata. Itu dipanggil sokongan politik tidak ketara. Ketara boleh diukur. Tidak ketara adalah dalam minda. Ia bukan apa yang anda lihat. Ia adalah apa yang anda fikir yang anda lihat. Ia adalah fatamorgana yang hilang apabila anda semakin dekat.

Setakat ini Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC melakukan sebagaimana yang Najib mahu mereka lakukan. Dan saya tidak nampak mengapa ia perlu berubah. Jika mereka terus melakukan apa yang Najib mahu mereka lakukan, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz akan melihat diri mereka dalam kesusahan. Dan Najib tidak akan berbuat apa-apa kepada mereka. Mereka akan melakukannya untuk diri mereka seperti mana Najib telah merancangnya.

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

– Malaysia Today

Wednesday, February 10, 2016

Mat Sabu mengamok baling mic

Presiden Parti AMANAH, Mat Sabu yang terbaik...


Begini rupanya ciri-ciri kepimpinan melalui teladan. Baling membaling itu kan small matter bagi pemimpin tertinggi parti.. Nafsu marah melonjak-lonjak tak terkawal.

Parti kamu nak bertanding kerusi DUN di Sarawak. Kami rakyat Sarawak tak pandang politik cara kasar. Dari garang berucap boleh jadi ke bertumbuk.

Pandai DAP jadi perancang. Kamu burukkan parti tempatan, parti AMANAH kamu mahu jadi penggantinya.

Nama saja parti AMANAH rupanya parti AMARAH.



Saturday, March 21, 2015

Gambar Mogok Lapar demi Anwar Ibrahim

Fanatik Anwar sudah mula mengganas.. Bukan ganas apa, tapi ganas berlapar... Semua itu dilakukan demi Anwar yang sangat dipercayai.

Jangan lupa, setakat mogok lapar yang entah jujur entah tidak, ada orang yang lebih sanggup dipenjarakan demi Anwar satu ketika dulu. Cuba fikir di pihak mana beliau sekarang dan mengapa?



Demonstrasi ini dilakukan di perhentian bas, di luar kawasan penjara Sungai Buloh tempat Anwar menjalani hukuman. Banner memaparkan gambar Mahatma Gadhi, Aung San Suu Kyi, entah apa kaitan dengan Anwar tidak pula dinyatakan..

Difahamkan kumpulan '#kita bangkit kita lawan' yang dipimpin Chegu Sekar ini melakukan mogok bertujuan untuk memohon DYMM memanggil panel rayuan yang dikemukakan oleh keluarga Anwar secepat mungkin dan memohon KDN, pihak Penjara dan Peguam Negara membenarkan Anwar untuk menghadiri sidang Parlimen sementara menunggu pengampuan DYMM.

Rakaman video di bawah..



Beginilah yang kita lihat, seolah-olah memaksa DYMM untuk berbuat sesuatu yang hanya hak atas perkenan baginda sahaja dengan cara sedemikian. Bukankah ini agak keterlaluan?

Kenapa Anwar terlalu istimewa, sehingga Pakatan Pembangkang tidak sedikitpun berupaya untuk mencari penggantinya?

Beruntunglah Anwar jika permintaan mereka diperkenankan, di penjara pun dapat mengikuti sidang Parlimen kemudian yakin akan dibebaskan dengan mendesak DYMM YDP Agong, pada masa yang sama juga berjuang menjatuhkan kepimpinan kerajaan sedia ada.

Sungguh luar biasa. Tapi inilah demokrasi pembangkang di Malaysia..




Friday, March 20, 2015

Gambar yang sungguh mendukacitakan.. Ceramah solidariti untuk Anwar oleh Wan Azizah lengang!!

Gambar yang dirakam ketika Presiden PKR sedang memberikan sepatah dua kata. Keadaan cukup menyedihkan buat parti PKR yang sememangnya tunggu nak rebah. Tak boleh nak dibayangkan, Anwar tentu menangis dalam penjara jika tahu keadaan ini sekarang.

Rakyat sudah faham, perjuangan PKR tidak lebih hanya untuk kepentingan individu tertentu sahaja.

Mungkin ramai yang lebih seronok menyertai program PAS di Rusila malam tadi. Sementara DAP langsung tidak membantu baik PAS mahupun PKR ketika kedua parti itu memerlukan sokongan.

Dulu kata kerjasama erat bersama Pakatan Rakyat. Iyalah... kerjasama lah sangat..



Tuesday, March 17, 2015

Gempar! gambar perhimpunan solidariti untuk Nurul Izzah

PKR dengan lilin tidak boleh dipisahkan.. Asal sahaja ada perhimpunan untuk menunjukkan sokongan atau solidariti mesti ada lilin.

Gambar diambil semasa perhimpunan yang dibuat oleh penyokong PKR di depan lokap tempat Nurul Izzah direman malam tadi. Nurul Izzah sebelum ini ditahan di bawah akta hasutan.

Penahanan Nurul itu bagaimanapun telah mencetuskan kemarahan seramai 500 orang penyokong PKR dari seluruh Malaysia sehingga membuatkan BN dalam dilemma.

Akhirnya rakyat turut sama diheret ke dalam masalah anak beranak yang tidak henti-henti mempolitikkan semua isu untuk melepaskan diri.

Antara yang kelihatan hadir ialah presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, MB Selangor Azmin Ali dan beberapa ahli politik PKR lain.


500 sertai nyalaan lilin sokong Nurul Izzah

500 orang penyokong menyertai nyalaan lilin di luar balai polis Jinjang malam ini sebagai tanda sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditahan di lokap balai itu.

Mereka membawa plakad yang bertulis "Bebaskan Nurul Izzah", "Solidariti Bersama Nurul Izzah" dan "Kita Lawan".

Turut kedengaran ialah laungan kuat "bebas Nurul", "hidup Nurul" dan "Puteri Reformasi".

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba pada jam 9.30 malam dan meluahkan perasaan sedihnya kepada para penyokong yang hadir

"Memang sedih anak diperlakukan sebegitu. Apa salah dia, dia cuma menyuarakan suara hati rakyat.

"Kezaliman tidak akan berkekalan,  kita akan kuat dan bersemangat untuk membela rakyat.

"Mungkin malam ini anak saya... tapi percayalah semangat yang ada pada kita akan lawan kezaliman sehabisnya," kata Azizah dalam ucapannya.

Wan Azizah seterusnya membimbing para penyokong melaungkan "lawan tetap lawan, lawan sampai malam".

Adik Nurul Izzah dan anak perempuan keempat Anwar, Nurul ilham turut hadir.

"Biar mereka menahan satu Nurul tapi mereka kena tahu, ada empat Nurul akan terus melawan," laung Nurul Ilham, disambut tepukan para penyokong.

Nurul Ilham berkata, penahanan kakaknya membuatnya sedar bahawa setiap perjuangan mesti ada pengorbanan.

Himpunan turut dihiburkan dengan lagu-lagu gubahan penyanyi muda seperti lagu "suara rakyat", "asal bukan Umno" dan lagu sindiran terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Pemuda DAP,Teo Kok Seong yang dibebaskan semalam dan turut hadir dalam himpunan malam ini berkata beliau dapat merasai sendiri perasaan apabila dimasuk dalam lokap.

"Kita mahu Nurul dibebaskan segera," katanya.

MP PAS Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap berkata sebagai ahli Parlimen sepatutnya ada "imuniti" atau kekebalan.

Beliau kesal kerana mendakwa hak ahli Parlimen untuk bersuara dalam Dewan Rakyat telah dicabul dengan penahanan Nurul Izzah.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack turut muncul dalam himpunan dan melaungkan "kita mesti lawan balik".

"Kita telah bersama-sama dalam isu Lynas, sekarang kita bersama sekali lagi untuk menentang kezaliman," katanya. - Malaysiakini

Thursday, March 12, 2015

Panas! Terjemahan video Ketua Publisiti DAP yang gelar BN anjing..

Kata orang dia mempunyai pendidikan tinggi.. Ada PhD dengan CGPA 4. Dapat jawatan bagus dalam politik, kemudian diangkat menjadi seorang pemimpin. Kononnya dia dipandang mulia oleh penyokong DAP malangnya akhlak dia tidak lebih daripada seorang budak liar yang baru nak kenal dunia..


Inilah kualiti seorang pemimpin pembangkang yang ada dalam parti di Malaysia. Hari ini kamu gelar orang lain yang tak sealiran politik kamu dengan panggilan 'anjing'.. Andaikata kamu jadi pemimpin dalam kerajaan kamu, kamu nak panggil orang yang kamu tak suka dengan apa?

Kamu ajak orang buat rally #lawantetaplawan kumpul beramai-ramai depan SOGO untuk menyusahkan rakyat. Apa kena mengena rally 307 ini dengan BN makan daging dan Parti kamu pula makan sayur? Atau sebenarnya berjuang untuk orang yang sudah banyak kali 'makan sedap'?

Video 'terbaik' seorang pemimpin DAP tersohor bernama Hew Kuan Yau @ Suparman. Mungkin kerana sudah kebiasaan, cakap-cakap seperti ini tidak lagi menjadi hal baginya. Memang sesuailah dia dapat title PhD (Permanent head Damage)

Nilailah sendiri...





Monday, March 9, 2015

Gambar-gambar berikut menjadi saksi penyokong PR sudah hilang waras

Nampak sangat sudah terdesak tahap kronik.. Semenjak Anwar masuk penjara, penyokong-penyokong PKR seakan tidak mampu berfikir dengan waras sehingga menaikkan gambar Tun Mahatir sebagai pengganti untuk menjadi Ketua Pembangkang. Entah apa rasionalnya..

Dulu bukan main lagi kutuk sampai gelar 'mahafiraun'. Sekarang 'mahafiraun' juga yang mereka mahu sebagai pengganti Anwar.

Apa sudah jadi sebenarnya..? kenapa tidak pilih Tuan Guru Hadi Awang, Mat Sabu, Guan Eng, Kit Siang, Gobind Singh, Wan Azizah, Nurul Izzah atau Azmin sendiri sebagai Ketua Pembangkang?

Nampak sangat mereka nak melaga-lagakan Najib-Tun Mahathir. Ataupun ia petanda bahawa PR memang sudah tiada lagi pemimpin yang boleh dipercayai...?








Saturday, March 7, 2015

Gambar suram ceramah Solidariti Bersama Anwar di Taman Dato Senu

Ceramah solidariti untuk Anwar bersama Tian Chua dan pemimpin PKR lain pada malam tadi. Tidak kelihatan seorang pun kelibat orang PAS bersama mereka. Kini kita melihat kekuatan PKR melalui kehadiran penyokongnya.. LIVE...

Semakin lama parti ini semakin tenggelam.. akhirnya PKR tinggal pemimpinnya saja. 

Suasana dingin, suram dan bosan menyelubungi mereka yang hadir...

Krik.. krik.. krik.. krik......




Friday, December 5, 2014

Rakaman Encik Anwar cuba berdalih Kenyataan Sokong Israel

Terbaik dari KJ..


Kenyataan Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal (WSJ) tentang isu Israel sebagai 'menakjubkan'...sebab daripada situ, kita seolah-olahnya mengiktiraf penjajahan Israel terhadap Palestin dan memandang bahawa Israel dan Palestin mempunyai hak yang sama ke atas bumi Palestin.

Dan menafikan hak rakyat Palestin dalam memperjuangkan pembebasan sepenuhnya terhadap bumi Palestin. Sedangkan penjuangan membebaskan bumi Palestin adalah satu perjuangan yang sah di sisi Islam dan undang-undang antarabangsa,

Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata;

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians"

Maksudnya;

Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin".
.
'Two state solution' merupakan gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat, di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.




KUALA LUMPUR 13 Mac -- Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri' apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja.

Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians".

"Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.

"Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.

Berdasarkan laporan WSJ mengenai temu ramah dengan Anwar dalam laman webnya berbunyi: "Dalam temu ramah Anwar menjawab kepada soalan sama ada beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel dengan menyatakan 'sokongannya' untuk 'usaha melindungi keselamatan negara Israel' manakala pada masa yang sama menyokong 'hak sah rakyat Palestin'.

Beliau berhenti sejenak dan berkata akan menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara dan berkata sebarang perubahan status quo akan kekal bergantung kepada Israel mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin."

Pertanyaan Khairy itu menyebabkan persidangan dewan yang tenang bertukar kecoh apabila kedua-dua Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah.

Anwar walaupun nampak tenang menghadapi 'pukulan' itu, cuba membuat serangan balas dengan melontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada Khairy.

"Inilah Ketua Pemuda yang boleh berniaga dengan Israel, yang boleh berkawan dengan tokoh-tokoh Yahudi, yang boleh pertahan Apco, yang boleh sokong Perdana Menteri tulis surat kepada Perdana Menteri Israel," katanya yang enggan memberi laluan seterusnya kepada Khairy untuk berhujah.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta masing-masing bertenang dan duduk.

Terdahulu, Anwar dalam hujahnya mendakwa media kerajaan digunakan untuk menyebarkan fitnah terhadapnya dengan menyentuh pelbagai isu termasuk isu Israel dan kenyataan kontroversinya dalam temubual dengan BBC mengenai isu undang-undang homoseksual.

Tuesday, December 2, 2014

Bangang! Demo yang memalukan terpalit ke muka sendiri...

Tian Chua bersama NGO dilihat mengadakan protes dengan kain rentang bertulis 'DICTATOR NOT WELCOME' bagi membantah kedatangan Perdana Menteri Thailand ke Malaysia. Antara NGO yang disebutkan turut bersama dalam protes itu ialah Suara Anak Haram dan Parti Sosialis Malaysia.



Inilah gelagat paling bangang di dunia dan memalukan rakyat Malaysia. Sibuk nak campurtangan urusan politik negara orang, walhal pemimpin mereka sendiri itu adalah kepala dictator nombor satu di Malaysia. Mana pernah kita dengar dalam mana-mana negara berdemokrasi, seorang ketua parti pecat menteri besarnya kemudian paksa ahli dan kawan sepakatan lantik bini sendiri sebagai pengganti? Benda macam ini hanya berlaku di Malaysia saja...

Anwar merancang mengadakan kunjungan ke Bangkok untuk Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) pada 3 Disember 2014. Bagaimanapun atas sebab tertentu, difahamkan ia telah dibatalkan.

Nasihat kita kepada rakyat Thailand kalau mereka tahu, suruh mereka pula buat demo seperti ini kalau-kalau Anwar jadi pergi ke Bangkok. Tak perlu ramai orang, memadai sekadar 5-6 orang saja tapi syaratnya kena pang pung kuat-kuat dalam media sosial, kerana itu cara mereka nak malukan orang lain.

Sewaktu Obama datang ke Malaysia, puak ini juga yang buat kacau, kemudian PM Thailand. Bendera Jepun pun pernah dibakar oleh mereka.. kecoh!

Singapura yang terang-terang amalkan dictator dalam demokrasinya kenapa tak pernah diprotes?

NGO bantah lawatan PM 'haram' Thai

Monday, December 1, 2014

Isu rasuah RM100 Juta. Kebenaran kata-kata Hadi Awang?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah membongkar adanya peranan Broker dan Barua dalam politik bersama PKR. Rujuk sini.

Pendedahan Menteri Luar Datuk Anifah Aman tentang tawaran RM100 juta oleh seorang sekutu Anwar untuk menyakinkan 10 wakil rakyat Sabah BN lompat parti mengukuhkan dakwaan Hadi Awang itu.

Kita tunggu bila Anwar mahu saman Datuk Anifah jika tawaran RM100 juta itu adalah palsu.




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan “ibu kepada segala rasuah” apabila didakwa menawarkan RM100 juta menerusi sekutunya kepada seorang Menteri selepas PRU 2008, kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memetik laporan media mengenai pendedahan Menteri Luar Datuk Anifah Aman bahawa beliau ditawar wang itu oleh seorang sekutu Anwar untuk menyakinkan 10 wakil rakyat Sabah BN lompat parti.

Anifah berkata beliau telah turut ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan baru.

“Bukankah ini the mother of all corruption (ibu kepada segala rasuah)? Kita dituduh macam-macam tetapi yang membuat angkara adalah pembangkang,” kata Najib semasa menggulung perbahasan di Perhimpunan Agong Umno 2014.

Anifah memberitahu Mahkamah Tinggi kelmarin bekas timbalan pengerusi KFC Holdings (M) Berhad, Datuk Ishak Ismail menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.

Anifah berkata Ishak, yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut membuat tawaran itu dengan hasrat membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan baharu pada 2008.

Najib berkata ahli Umno harus cekap menilai realiti politik yang dibawa oleh pembangkang.

“Jangan fikir kita teruk, pembangkang lagi teruk. Boleh suruh wakil rakyat letak jawatan kerana isteri mahu bertanding. Suruh menteri besar yang tidak bersalah letak jawatan kerana isteri mahu jadi MB. Bayangkan kalau saya suruh MB Negeri Sembilan letak jawatan (untuk) isteri saya jadi MB. Mati saya, dia pun tak nak. Jadi Ketua Bahagian pun dia tak nak.  Ini neoptisme terbesar,” kata Najib.

Perdana Menteri merujuk kepada krisis Menteri Besar Selangor yang dicetuskan apabila PKR menggerakkan Langkah Kajang bagi memaksa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur sebagai Menteri Besar.

ADUN PKR Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu yang kemudian dimenangi oleh isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Susulan keputusan itu, Khalid dipecat daripada PKR dan terpaksa berundur sebagai MB. Bagaimanapun Wan Azizah gagal mendapat perkenan Sultan Selangor untuk mengisi jawatan itu.

Sebaliknya Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih timbalan presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui Selangor. - antarapos

Tuesday, November 18, 2014

Video Fahmi Zainol kena basuh



Kesian pula bila tengok budak ini kena tenyeh hidup-hidup....

Jiwa remaja memang nak memberontak jer memanjang... usah katakan kepada kerajaan, kadang-kadang dengan mak bapak sendiri pun mereka tak reti nak membalas jasa. Perit jerih orang tua kumpul duit buat belanja hantar anak masuk universiti langsung tak dihargai.

Akhirnya mereka buat perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah walau satu sen pun... Kawan-kawan semua pakat sukalah, sokong bagai nak rak sebab kononnya berani... Tapi yang berisiko kena akta hasutan, masuk penjara nanti bukannya mereka.. ada ke tak antara mereka yang sanggup menggadaikan masa depan kerana Anwar?

Bangga ke mak bapak bila kena heret ke dalam masalah seperti ini tak pasal-pasal? Satu Malaysia tahu dah anak mereka buat hal...

Kepada mahasiswa pro-Anwar yang lain, fikir-fikirlah..



Saturday, November 15, 2014

Ambiga diharamkan masuk ke Sabah dan Sarawak



Hanya sehari selepas menerima anugerah antarabangsa di Hong Kong, peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan diharamkan daripada memasuki Sabah menjelang lawatan yang beliau rancang ke negeri di timur Malaysia itu.

Satu surat memaklumkan bekas Presiden Majlis Peguam itu mengenai larangan tersebut menyambut beliau setibanya di Malaysia semalam, selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group ke-4 di Hong Kong pada Khamis.

Surat daripada Jabatan Imigresen Sabah itu ialah respons kepada surat Ambiga sendiri kepada mereka pada Selasa, memaklumkan mengenai hasratnya melawat Sabah pada 25 November bagi program bersama gerakan rakyat baru, Negara-Ku.

“Saya menulis surat kepada mereka kerana tidak mahu terbang jauh ke sana hanya untuk diberitahu saya tidak dibenarkan masuk. Ia hanya satu formaliti, bagi memastikan tiada sekatan.

"Tetapi kemudian, mereka menulis balik dan mengatakan mereka menolak permohonan saya – walaupun saya sebenarnya bukan memohon kebenaran memasuki Sabah," kata penaung Negara-Ku itu kepada The Malaysian Insider.

Lawatan ke Sabah itu sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara Negara-Ku bagi "memulih semula Malaysia" dan mengembalikan rasional, perbincangan terbuka dan sivil, kesederhanaan dan keharmonian kepada negara ini.

Ia bermula pada Rabu malam di Melaka dan akan meliputi 6 negeri lain: Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur.

Disokong lebih 60 kumpulan masyarakat sivil, penaung gerakan itu ialah Ambiga, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Simon Sipaun.

Ambiga dan Samad dahulunya pengerusi bersama kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0.

Dalam surat beliau kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Noor Alam Khan A Wahid Khan bertarikh 11 November, Ambiga menulis: "Menjadi hasrat saya pergi ke Sabah pada 25 November, 2014 (Selasa) bagi menyampaikan ucapan pada satu forum mengenai perpaduan negara bersama Simon dan Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan.

"Di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63, saya berhak memasuki Sabah kerana lawatan saya semata-mata bagi melibatkan diri dalam aktiviti komuniti yang sah dan non-partisan.

"Memandangkan saya ingin memuktamadkan rancangan saya, saya menghargai pengesahan segera anda yang tidak ada sekatan bagi saya memasuki Sabah pada hari itu."

Namun Alam menulis di dalam suratnya kepada Ambiga semalam yang "permohonan" beliau dipanjangkan kepada pihak berkuasa negeri, dan "amat dikesali yang permohonan memasuki Sabah itu ditolak."

Alam tidak memberi sebarang sebab mengenakan sekatan itu.

Ambiga berkata ini kali pertama beliau tidak dibenarkan masuk ke Sabah, sambil menambah kali terakhir beliau datang ke negeri itu ialah sebelum pilihan raya umum tahun lalu dan beliau tidak menghadapi sebarang masalah.

"Saya tidak akan merayu (kepada jabatan). Saya hanya akan bawa kes ini terus ke mahkamah. Saya pasti akan lawan. Ini negara saya, saya ada hak," tegasnya.

"Saya tahu negeri ada kuasa tertentu (menghalang orang masuk), tetapi pada pandangan saya, mereka tiada sebab menghalang saya. Mereka tidak boleh sesuka hati halang sesiapa tanpa alasan yang bagus."

Dengan larangan baru ini, pergerakan Ambiga di negaranya sendiri kini terhad kepada negeri di Semenanjung; pada 2011, pengarah Imigresen Sarawak menghalang beliau memasuki Sarawak dan usahanya mencabar notis itu ditolak Mahkamah Persekutuan pada 2012.

Beliau berkata tidak tahu jika pengharaman terhadapnya di Sarawak sudah ditarik balik atau tidak, kerana dia tidak pernah cuba memasuki negeri ini.

Ditanya mengenai anugerah yang dimenanginya pada Khamis, Ambiga tidak mahu membesar-besarkannya dan berkata, ia hanya "satu majlis yang kecil dan peribadi."

Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group 2014 disasarkan bagi meraikan pencapaian wanita di dalam bidang guaman di rantau ini.

Legal Media Group ialah sebahagian Euromoney Institutional Investor PLC yang berpengkalan di London, salah satu kumpulan media perniagaan antarabangsa yang tertumpu kepada sektor kewangan antarabangsa.

Majlis pada Khamis diadakan di Hotel JW Marriott di Hong Kong, dan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Ambiga turut membuat ucapan kepada tetamu yang hadir. – 15 November, 2014. - The Malaysian Insider


Komen penulis ;

- Ambiga boleh lawan dengan apa sahaja medium untuk masuk ke Sabah. Nak masuk rumah orang kena dipersetujui tuan rumah dahulu baru boleh masuk, Bukan ikut kehendak hati main rempuh macam kempen BERSIH dulu.

Jangan lupa Sabah dan Sarawak adalah negeri yang punya autonomi sendiri. Kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengawal kemasukan orang awam lebih-lebih lagi atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Sedikit maklumat untuk dikongsikan di bawah;

Perjanjian Perkara 18 & 20 Sabah dan Sarawak;
Perkara 6: Imigresen 
Kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo (Sarawak & Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk veto kemasukan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak & Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak & Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakan orang lain daripada orang awam Kerajaan Persekutuan dari bahagian-bahagian lain Malaysia Borneo (Sarawak & Sabah).

Turut diharamkan ke Sabah ialah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Tahun lepas, Ambiga mencabar keputusan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di mahkamah atas sebab sama apabila dihalang daripada memasuki Sarawak. Beliau bagaimanapun gagal dalam tuntutannya dan tidak lagi mempunyai peluang untuk ke Sarawak.

Jika Sabah menggunakan alasan yang sama sepertimana Sarawak, maka apa jenis tuntutan pun yang Ambiga buat, pasti tidak akan dapat mengubah keputusan pengharamannya ke negeri itu. Andaikata keputusan kerajaan negeri itu boleh dicabar, sudah tentulah Anwar dan Kit Siang awal-awal lagi sudah menjejakkan kaki ke negeri Sabah dahulu.

Ramai aktivis politik dihalang daripada memasuki Sabah dan Sarawak, Gobalakhrisnan contohnya pernah cuba memasuki Sarawak sekalipun dengan alasan untuk berkempen bagi pihak BN, tetapi beliau tetap diharamkan. begitu juga presiden PERKASA, pemimpin PKR seperti Rafizi, Tian Chua, Saifudin Nasution dan yang lain-lain.

Pendekkata, Sabah dan Sarawak tiada ruang untuk mereka yang mempunyai kontroversi untuk bebas berkeliaran dan mengganggu perpaduan rakyat di negeri ini.

Friday, November 14, 2014

Ketua Pemuda PAS dibelasah teruk oleh pengikut sendiri kerana menyokong Fahmi Zainol


Ketua Pemuda PAS pusat yang baru dilantik tahun lepas, Suhaizan Kaiat sebelum ini berkata Pemuda PAS Malaysia (PPM) akan membuat kutipan derma bagi membantu Fahmi Zainol jika JPA menarik biasiswa mahasiswa tersebut.

Kenyataannya itu bagaimanapun mengundang rasa tidak senang di kalangan ahli-ahli PAS yang lain, kebanyakannya berpendapat Suhaizan hanya bercakap di atas kapasiti sendiri selaku Ketua Pemuda.

Hubungan PAS dengan PKR sebelum ini retak berikutan isu MB Selangor, sehingga meleret kepada pembentukan PASma (pro-Anwar) yang bertanggungjawab memecah-belahkan perpaduan pemimpin serta penyokong-penyokongnya.

Fahmi Zainol adalah pro-Anwar, sudah tentulah kebanyakan ahli-ahli PAS di kalangan penyokong presiden parti dan golongan ulama mengecam tindakan Suhaizan itu.

Malang buat kumpulan-kumpulan mhasiswa bernama Fahmi Zainol, dia bukan sahaja berdepan tindakan tatatertib daripada Universiti, malah biasiswa tajaan JPA juga diancam untuk ditarik balik. Kemana sahaja kumpulan mahasiswa ini pergi mendapat kecaman keras rakyat, hatta penyokong PAS sendiri meluat dengan kelibatnya. Itu belum lagi termasuk wall facebook Fahmi sendiri malah wall pemimpin parti pembangkang yang menyokong gerakannya.. Semuanya penuh dengan sindiran, kata cacian akibat diserang orang ramai.

Kini Ketua Pemuda PAS umpama menempah bala.. Berikut adalah posting yang menyebabkan Suhaizan dikecam..

  



Di bawah pula posting Suhaizan yang lain.. lihatlah respon pengikut beliau sendiri hanya kerana bergambar bersama kumpulan Fahmi Zainol..




Hanya disebabkan gambar ini sahaja, begitu banyak komen-komen pedas pengkritik facebooker dalam wall page Suhaizan kerana tindakannya menyebelahi Fahmi Zainol,

Antaranya,

- Dhiaul-haya' B Shaifuddin Suhaizan..kalau kamu ajak mahasiswa pertahan tanah melayu kg chubadak kami sokong..tapu kalau kamu ajak mahasiswa rempuh pagar kami tentang..bertindak ikut akhlak Islam..jangan jadi Barua Anwar..jangan rosakkan Nama Pas..bantah arak kamu x ada..bantah pondan kamu x ada..bantah sis kamu x ada..senang ckp kalau isu Islam kamu mesti x ada..jgn main playsave suhaizan..kamu dah x ada identiti pas..tapi identiti pkr..adakah kamu golongan Pasma?

Ghazali Mohd Salleh Dia ni bukan KP Pas tp KP Anwar.... Ketua Pemuda Pas yg tiada pendirian dan Idealisma....patutlah senang di perbo?hkan oelh PKR dan DAP...sedarlah diri melukut di tepi gantang

- Farhan Ismail Fbi Kohkohkoh .. hangpa pertahankan budak hingusan ni buat ape Suhaizan Kayat .. pas puas anwar pergunakan budak ni , hang dok pertahankan budak ni ilang JPA pasal ape ? Ade anwar dtg mai tlg dye ke ? X dak kan ? Yg hang dok sebok tlg dye pasal ape ? Alang presiden kita sndrik hang pas tu dok kalut terus lari g chubadak tanpa bersalaman dgn presiden kita , jumpa ka bg semangat .. aku dok kisah la hang nk p mana ponn pastu , tp bapak org hang bkn main hang peluk cium , bapak sndrik hang bg terkontang kanting .. KP jenis ape hang ni ?


Ada banyak lagi komen-komen panas sampai tak tertanggung untuk dimuatkan dalam posting blog.

Sila rujuk sendiri.https://www.facebook.com/suhaizankayat2013

Satu pertanyaan yang biasa untuk kita semua fikirkan.. di mana Anwar Ibrahim ketika saat Fahmi Zainol dilanda musibah? Bukankah kerana dia, Fahmi Zainol merisikokan pengajiannya?

Dan kenapa Ketua Pemuda PAS pula yang sibuk-sibuk bersusah payah nak membantu walhal apa yang diperjuangkan Fahmi tidak kena mengena sedikitpun dengan perjuangan PAS?

Setakat mana kutipan tabung milo dapat menggantikan kemudahan biasiswa yang diberikan JPA kepada Fahmi Zainol selama ini? Dapatkah ia menjamin perbelanjaan pengajian sehingga tamat?



Monday, November 10, 2014

Fahmi Zainol mahasewel UM kena kutuk warga Sabah


Sumber: http://mymassa.blogspot.com/

Kolej Kediaman E Selama Ini Aman Damai, Fahmi Datang Sabah Bikin Kacau- Bilau Saja Kehidupan Kami


Fahmi kamu ingat kamu tarbang datang sini Sabah kami sukakah? Phuiiii muka kau, hidung tak mancung muka tersorong-sorong. Kamu ingat kami orang Sabah bodoh-bodohkah mau dikasi bodoh sama orang macam kamu?

Kamu Fahmi sudahlah tak habis belajar, kamu mahu menghasut lagi kami pelajar-pelajar Sabah untuk mengikut cara kamu? Apa kamu pikir kamu siapa? Kamu ingat kamu hebatkah? Kamu pikir kamu boleh kasi maju ini negeri Sabah kah dengan tabiat kamu macam setan!

Kami di Sabah sudah lama hidup harmoni, kami di Sabah bukan suka bergaduh-gaduh macam cara kamu hasut kami. Sama ada kami PBS kah, UMNO kah, DAP kah, PAS kah, PKR kah bukan kami peduli semua itu. Jadi yang kamu datang ke UMS buat kacau apa pasal? Kami mahu belajar, kami mahu kampus kami tenang-tenang, bukan bikin ribut. Bullshit!

Orang Malaya macam kamu inilah bikin kami benci kamu tahukah? Kamu jangan datang bawa budaya samseng kamu sini, sadar sikit kamu sekolah pun tak habis mahu ajar kami sini.

Tambirang saja kau cakap pelajar UMS panggil kau berceramah sini, phuiiii muka kau. Siapa mahu dangar kau berucap sini, adalah 10 orang yang boleh kau kasi bodoh-bodoh.

Nasehat kami kepada kamu Fahmi, kalau sekolah pun kau tidak habis kau jangan tembirang mahu ceramah sini Sabah. Jangan karana kau baru satu hari sampai Sabah terus mahu jadi hero.

Kami di Sabah tidak suka orang macam kau datang sini buat kacau. Kalau kau mahu makan ambuyat kasi tahu, boleh sumbat di mulut kau. Kami di Sabah tidak suka orang macam kau datang negeri kami buat kacau, bikin semak fikiran saja. Kami ada banyak orang Malaya baik-baik di sini, tapi macam kau ini karana satu titik kamu kasi conteng muka di muka kawan-kawan kamu dari sana.

Jadi besok-besok kalau kamu sudah dihalau balik sana Semenanjung, jangan kamu datang Sabah lagi ya, nanti dimakan kau sama orang Utan di Sepilok. Sama perangai kau jua, suka menjerit-jerit macam orang gila.

From,
Simon and Semon,
Kota Kinabalu, Sabah

---------------------------------
*Surat dari kotak emel.

Sunday, November 9, 2014

2 gambar yang mengaibkan geng mahasewel Fahmi Zainol di Kota Kinabalu


Kata orang Sabah...Jual ubat? Jual politik? Kamurang ingat ini Selangor kah? Indada isu bah kami di sini.... 

The reality of so called 'Student power'. Duduk dalam flight 5 jam, sampai KK ada halangan tidak dibenarkan ke UMS. Last-last gamble buat pertunjukan di pasar tamu, Jalan Gaya.. 

Di pasar pula satu hal, cakap sorang-sorang, warga kota sibuk membeli belah barang keperluan 'limpas' saja mereka...(limpas = lalu)  Jika diteliti pada gambar, macam tak dipandang saja kelibat mereka. 

Aneh sungguh orang Sabah... 

Landrover polis sudah siap sedia nak angkut mereka bawa ke balai. Di balai, kena buat ujian air kencing.. takut-takut kena pengaruh dadah. Sebab bertindak seperti orang gila di tempat awam.

Ini pengajaran... 

Jika Anwar Ibrahim sendiri yang buat flashmob pun belum tentu orang ramai akan berkumpul mendengar pidatonya. Pilihanraya lepas PKR kalah teruk di Sabah. Menandakan orang tempatan tidak menggemari gaya politik pakatan rakyat Selangor. 

Penulis sudah katakan daripada awal lagi, orang Sabah lain daripada yang lain.  



Saturday, November 8, 2014

Anwar kaku ketika doa dibacakan pengikut mereka?

Doa bersama Anwar Ibrahim ketika di luar Istana Kehakiman, Putrajaya..

Marilah kita sama-sama meng'Amin'kan doa mereka. Semoga Allah tunjuk kepada rakyat siapa sebenarnya yang telah berbuat zalim.

Yang nyata, mereka telah memfitnah DS Najib dengan mengaitkan beliau sebagai perancang dalam pendakwaan kes liwat tersebut. Mereka juga telah memfitnah para hakim dengan rasuah sedangkan mereka tidak tahu menahu langsung tentangnya malah tidak peduli akan kesahihannya.

Adakah Saiful Bukhari atau Anwar sebenarnya yang dizalimi? Jika benar Anwar dizalimi, mengapa tidak mahu serahkan DNA bagi membuktikan dia tidak bersalah? Mengapa pula tiada alibi ditunjukkan sebagai membuktikan Anwar tiada di tempat kejadian?

Ingatlah doa Saiful, sumpah laknat yang dilafaznya, sedangkan Anwar sekadar berani membuktikan kebenaran melalui perhimpunan beramai-ramai penyokongnya dan menggunakan 14 orang peguam menentang 2 orang pendakwaraya?

Kedengaran guruh yang kuat (1:19) mengiringi ketika doa sampai kepada "Ya Allah, kami serahkan kepada Engkau, orang yang buat zalim kepada kami.."... Semoga Allah mendengar doa mereka. Amin.

Adakah Anwar turut mengaminkan doa tersebut? Lihatlah sendiri..


Friday, November 7, 2014

Anwar imam maghrib.. lagi ramai menonton dari ikut solat..

Penyokong Anwar yang berkumpul dianggarkan sekitar 600 orang. Awalnya dilaporkan dalam blog pembangkang kehadiran mereka dikatakan mencecah lebih seribu orang.

Kemudian Anwar dilihat sedang mengimamkan solat Maghrib di bawah khemah berhampiran bangunan Mahkamah Persekutuan sejurus selepas keluar dari pekarangan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 7.11 malam tadi.



Nama saja lautan manusia di bawah khemah. tetapi lagi ramai yang menonton daripada mengikut solat. Saf tak sampai pun sepuluh orang...

Hari ini boleh masuk frontpage Suara Keldaian. Anwar imam solat maghrib, setanding mursyidul am PAS, Nik Aziz.

Dah namanya puak pakatan rakyat, apa-apa saja propaganda mesti ada solat depan khalayak.


Thursday, November 6, 2014

Pelawak Anwar beraksi di luar Istana Kehakiman

Mereka ada banyak jenis gimik.. Mereka datang dari salah satu parti yang paling busuk di Malaysia dalam menguruskan pemilihan parti.

Ahli-ahli parti merekalah yang bergaduh dan bertarung sesama sendiri bersenjatakan kerusi plastik... Mereka pakar dalam bab melunyai kerusi dan meja, kepala orang, hatta peti undi yang memegang maruah parti.

Puncanya?

Tabiat menipu dalam pengundian parti. Ada calon yang dinafikan hak, ahli-ahli peringkat cabang ramai dihalang mengundi dan sebagainya.

Sekarang mereka jadi Rakyat Hakim Negara. Hakim jenis yang berpandangan kalau Anwar bebas, mahkamah dah buktikan Anwar tak bersalah.. Kalau Anwar dipenjarakan, mahkamah yang membicarakan Anwar adalah zalim..

Tapi penulis setuju dengan Zunar. Memang betul apa yang dia kata, Hakim Negara Kartun... Sebabnya ahli-ahli PKR punya perangai memang serupa kartun.



Seronoknya mereka dengan duit elaun yang diterima sebagai upah berpeluh, berpanas serta mencacai untuk Anwar di luar Istana Kehakiman..