Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Friday, April 15, 2016

Dato Jamal Yunus dihalang masuk ke Sarawak (gambar dan video)

Maaf Dato Jamal, larangan masuk ke Sarawak terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sesiapa sahaja yang dikhuatiri boleh mencetuskan kekecohan dalam kempen politik pasti akan dihalang daripada memasuki negeri ini.

Halang bukan hanya untuk kebaikan kepada masyarakat dan kesejahteraan umum, tetapi juga demi keselamatan diri individu tersebut daripada menjadi sasaran oleh orang lain.

Rakyat Sarawak mempunyai budaya politik berbeza berbanding negeri-negeri lain. Tahap sensitivitinya tinggi terutama hal-hal melibatkan kaum dan agama yang banyak menjadi modal dalam kempen politik masa kini. Di semenanjung Malaysia, mungkin isu ini perkara biasa bagi masyarakat di sana.

Larangan ke Sarawak bukan bergantung individu itu pembangkang atau pro-Barisan Nasional. Sesiapa sahaja yang dianggap boleh mencetuskan provokasi melampau akan disekat. Itu sahaja pada pandangan penulis.

Semoga menjadi peringatan kepada pihak lain, agar tidak menjadi ikon kemarahan rakyat Malaysia jika mahu ke negeri Sarawak yang tercinta ini....


 
 



Video: Jamal Kecewa Dihalang Masuk Ke Sarawak

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos bersama rakan-rakannya (seramai empat orang) yang dihalang masuk ke Sarawak meminta penjelasan daripada Ketua Menteri negeri itu berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata, tiada sebab mengapa pihaknya dihalang daripada memasuki Sarawak, sedangkan dia merupakan pemimpin Umno dan NGO kerajaan yang tidak terlibat dengan sebarang permasalahan.

“Bagi saya, kami tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan kami merupakan NGO daripada kerajaan, namun tidak dibenarkan masuk Sarawak. Jadi bagaimana NGO yang banyak lepas ke Sarawak daripada pihak pembangkang? daripada DAP, PKR dan sebagainya?.

“Kami lihat berduyun-duyun yang masuk Sarawak. Pihak kerajaan Sarawak tak boleh ‘double standard’. Kita minta pihak kerajaan Sarawak terus ‘block’ la pemimpin dan NGO-NGO daripada pihak pembangkang, kerana mereka ni sentiasa buat provokasi, fitnah dan pendusta. Jadi itulah yang saya nak sampaikan, selain daripada perasaan kecewa dan sedih pada hari ini,”ujarnya.

Sehubungan itu Jamal berkata, pihaknya akan menghantar surat dan merayu kepada Ketua Menteri untuk minta penjelasan.

Beliau turut memohon agar rayuan untuk diberi kelonggaran memasuki Sarawak dipertimbangkan supaya pihaknya dapat menyempurnakan beberapa program di sana.

Terdahulu, beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi tadi dan diarahkan kembali semula ke KLIA.

Difahamkan, beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dihalang masuk ke negeri itu berikutan pelbagai kenyataannya sebelum ini yang dikatakan bersifat perkauman.

Sumber – SuaraTV

Thursday, March 24, 2016

Video tindakan laporan Polis ke atas ikrar sumpah Phang oleh Ifan Zaimi Md Tahar

GEORGE TOWN, 23 Mac — Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang Ifan Zaimi Md Tahar (dua, kiri) keluar bersama anggota Pemuda UMNO negeri selepas membuat laporan polis berkenaan dengan akaun berkanun yang diikrarkan oleh Phang Li Koon iaitu penjual rumah No.25 Pinhorn Road kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di luar bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Jalan Petani hari ini. — fotoBERNAMA.



Susulan isu pembelian banglo oleh Lim Guan Eng, hari ini satu lagi laporan polis dibuat oleh Penolong Setiausaha Pemuda UNMO Pulau Pinang, Ifan Zaimi Md Tahar berikutan akuan bersumpah pemilik asal banglo yang dibacakan oleh exco negeri, Phee Boon Poh semalam.

Laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas ikrar Phang Li Khoon merujuk kepada perenggan 12 surat akuan bersumpah tersebut. Phang menyatakan tiada kaitan dengan kerajaan negeri, namun ia sebaliknya.

Beliau memetik kandungan surat ‘have no business dealings with the state govenrment’ yang bermaksud, ‘tidak mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan negeri’ yang menimbulkan keraguan bahawa apa yang dijelaskan itu adalah tidak tepat.

Menurut beliau, jika dilihat dalam website InvestPenang terdapat satu syarikat iaitu Winbond Management and Consultancy Sd.Bhd, Phang Li Khoon merupakan pemegang saham 20% di dalam syarikat tersebut dan nama Phang disenaraikan sebagai orang yang boleh dihubungi.

Tambah beliau adalah menjadi kesalahan jika Phang berbohong di dalam akuan bersumpah berkenaan. Kemunculan akuan bersumpah pemilik asal banglo itu mencetuskan pelbagai persoalan. Ini kerana ia dibacakan oleh exco kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar, Phee Boon Poh dalam sidang media di pejabatnya tanpa kehadiran Phang sendiri.


Tuesday, March 15, 2016

58 penyokong tegar PAS Palekbang masuk UMNO



Seramai 58 penyokong tegar Pas di kawasan Palekbang, di sini mengisytiharkan keluar Pas dan menyertai UMNO selepas kecewa terhadap kelemahan urus tadbir kerajaan Pas Kelantan meskipun telah memerintah negeri ini selama 26 tahun.

Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Ketua Pas cawangan Kampung Gerong, Abdul Manaf Ibrahim.

Menurut Abdul Manaf, mereka bertindak demikian selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan Pas terutama bagi membela nasib rakyat di daerah ini.

Malah dakwanya, berdasarkan pemerhatian dia yang menjadi ahli Pas sejak lebih 20 tahun lalu, parti itu sebenarnya gagal mengotakan banyak janji yang pernah ditabur dan sering berdolak dalih menyalahkan pihak lain apabila kepincangan pentadbirannya terdedah.

“Selama ini pemimpin Pas ke hulu ke hilir mengajar (ceramah). Baguslah mengajar agama tetapi itu sahajalah yang mereka mampu. Kalau nak harapkan mereka bantu rakyat atau membangunkan negeri, memang tak ada. Bagi saya, kami memang tidak lagi boleh bergantung harap kepada Pas.

“Saya sebenarnya sudah lama berhasrat mahu keluar parti namun baru sekarang saya mendapat kekuatan selepas menerima sokongan saudara mara serta rakan-rakan lain yang turut mahu keluar parti,” katanya.

Abdul Manaf ditemui pemberita selepas mewakili kumpulan tersebut menyerahkan borang permohonan keahlian mereka kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Abd. Aziz.

Sementara itu, Mohd. Rosdi berkata, beliau terharu dan mengalu-alukan kehadiran mana-mana ahli baharu dan kesediaan kumpulan tersebut menyertai UMNO adalah di atas kerelaan mereka sendiri tanpa dorongan mana-mana pihak.

“Mereka meninggalkan Pas dan menyertai UMNO atas kesedaran sendiri tanpa kita ajak, desak atau dorong. Penghijrahan ini bukan untuk UMNO mendabik dada tetapi kita boleh lihat rakyat sebenarnya menyedari ada perkara tidak kena dengan Pas,” katanya. – 14 Mac 2016.

sokmo.net

Monday, March 14, 2016

Ceramah Mat Sabu yang hanya tahu mencarut



Partinya baru sahaja ditubuhkan, terus masuk ke Sarawak dan mahu bertanding di Pilihanraya DUN ke-11. Sedang DAP sibuk memburuk-burukkan UMNO yang tidak ada kena mengena dengan politik di negeri ini, mereka mahu masyarakat melayu Islam menerima Parti Amanah.

Mengapa rakyat Sarawak harus menerima kepimpinan parti dari seorang yang berpewatakan kasar, suka mencarut dan mempromosi budaya berpolitik bangkangan dari semenanjung ke tanah Sarawak?

Pernah lihat pemimpin mana-mana komponen Barisan Nasional membaling microfon di atas pentas ceramah seperti beliau sebelum ini?

Itulah namanya Fanatik dalam politik dan apabila menjadi fanatik. seseorang itu akan mudah hilang pertimbangan dan mudah dikuasai oleh nafsu amarah.

Bukan cara kita...

Saturday, March 5, 2016

Dedak TunM, macai DAP. Anggap Najib bodoh tetapi mereka sendiri terpedaya.


Jangan kita lihat orang yang kelihatan diam itu bodoh. Mereka adalah orang yang berfikir dan mempunyai strategi dalam senyap sehingga tidak seorang pun boleh meramal tindakan seterusnya.

Mereka tidak melatah dan menampakkan emosi ketika diserang keperibadiannya. Dituduh dengan pelbagai jenis fitnah yang tiada berkesudahan. 

Tidak pernah kita lihat Datuk Seri Najib menampakkan amarah, berlaku kasar walaupun sekali, apatah lagi mencampakkan microfon di khalayak umum seperti dilakukan oleh presiden Amanah, parti yang diuar-uarkan sebagai pengganti umno. 

UMNO dalam fasa pembersihan parti. Ramai pengkhianat parti yang terasa panas mula meninggalkan janji taat setia mereka untuk bersama pembangkang pimpinan DAP. Akhirnya yang tinggal itulah orang-orang yang boleh dipercayai.

Mari kita baca artikel yang dipetik daripada Malaysia Today di bawah. Cukup menarik. Agaknya inilah yang telah berlaku tanpa kita ketahui.

Mahathir, Muhyiddin Dan ANC “Menari” Ikut Rentak Najib

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

Pepatah mengatakan, jika anda boleh bertindak bodoh dan membuat orang percaya bahawa anda bodoh maka anda sebenarnya sangat bijak, lebih bijak daripada orang-orang yang berfikir yang anda adalah bodoh. Kemudian apabila kamu menentang musuh yang licik, khususnya musuh atau musuh-musuh dalam selimut , maka anda perlu mengambil kesempatan dengan pelbagai helah , ketangkasan, dan kelicikan untuk mendapatkan perkara yang lebih baik daripada mereka.

Pelajar-pelajar Sun Tzu akan memahami perkara ini dengan baik. Orang Melayu tidak memahami Sun Tzu tetapi mereka mempunyai peribahasa mereka sendiri untuk menggambarkan keadaan yang sama. Orang Melayu memanggilnya bodoh – bodoh sepat . Sepat adalah ikan yang bersembunyi dalam sawah padi. Ia akan duduk diam-diam, tanpa bergerak untuk memberi gambaran bahawa ia adalah ikan yang bodoh. Walaupun tangan dekat dengannya, ia masih kekal diam dan tidak bergerak. Namun kemudian, ia akan menyengat tangan anda dan berlalu pergi dengan tersenyum.

Baiklah, saya melebih-lebih di sini. Ikan tidak tersenyum. Tetapi jika mereka boleh, pasti sepat ini akan tersenyum memikirkan bagaimana mudah ia menipu anda untuk menganggap yang ia ikan yang bodoh dan kemudian menyengat anda yang cuba menangkapnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak inilah yang bersikap bodoh – bodoh sepat , manakala mereka yang memburu beliau adalah bodoh  sombong , yang bermaksud dahlah bodoh, sombong pulak .

Setelah 72 jam Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap Najib , Najib sudah tahu siapa yang berada di belakangnya . Ramai menyangka bahawa memandangkan Khairuddin bersekongkol dengan Matthias Chang, dan Matthias pula orang Tun Dr Mahathir Mohamad maka ini bermakna Khairuddin juga sudah tentu merupakan orang Dr Mahathir.

Walaubagaimanapun, 72 jam kemudian, Najib tahu bahawa Khairuddin ketika itu adalah orang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi Najib tidak bertindak balas terhadap perkara itu. Beliau tetap tenang dan tidak mendedahkan bahawa beliau tahu yang Khairuddin bekerja untuk siapa sebenarnya. Apabila Najib tahu siapa musuh sebenar beliau, dan individu tersebut berpura-pura menyokong beliau, sebenarnya adalah ‘pemegang pisau’, maka ia menjadi lebih mudah untuk beliau merancang strategi dan memasang perangkap.

Najib boleh ‘membunuh’ Muhyiddin sebelum ini, dalam minggu yang sama Muhyiddin membuat langkah beliau. Tetapi Najib tidak mahu berbuat demikian. Najib mahu Muhyiddin terus berfikir bahawa beliau tidak tahu peranan Muhyiddin dalam semua ini dan bahawa beliau adalah penggerak utama. Beliau mahu meredakan Muhyiddin sehingga beliau berpuas hati dan melihat siapa lagi yang akan muncul dan menunjukkan wajah sebenar mereka. Apabila anda menghendap mangsa, anda perlu menetapkan perangkap anda dan bersabar, tidak bergerak atau membuat bunyi. Apabila orang lain menghendap anda dan telah memasang perangkap mereka, dan anda mahu mereka berjalan ke dalam perangkap mereka sendiri, maka anda perlu kekal lebih sabar tanpa bergerak atau membuat bunyi.

Menjadikan pemburu kepada yang diburu dan memastikan bahawa anda tidak perlu menembak pemburu tetapi membuat pemburu yang menembak dirinya sendiri adalah kemahiran yang tidak dimiliki oleh ramai orang . Kemahiran inilah yang dimiliki Najib dan beliau menggunakan kelebihannya sejak tahun lepas lagi.

Menembak pemburu supaya menjadi yang diburu adalah mudah . Ramai orang boleh berbuat demikian. Membuat pemburu masuk ke dalam perangkap sendiri dan mengalami kematian paling menyeksakan adalah apa yang memisahkan antara lelaki dan budak lelaki . Najib telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang lelaki dewasa manakala yang lain masih lagi kanak-kanak lelaki.

Najib menulis skrip tentang bagaimana mereka yang mahu melihat darahnya, sebaliknya akan dapat melihat darah mereka sendiri tertumpah. Untuk berbuat demikian anda bukan sahaja perlu bijak tetapi anda juga perlu bersabar. Ini adalah permainan yang dimainkan Najib , permainan kesabaran. Beliau tidak mahu membunuh musuh-musuh yang menghendapnya. Beliau mahu mereka membunuh diri. Dan memang itulah apa yang mereka lakukan . Mereka membunuh diri seorang demi seorang.

Najib membuat mereka seperti kucing bermain dengan tikus. Beliau memberikan mereka ruang untuk membuat seberapa banyak kesilapan yang mereka kehendaki. Beliau mahu kesilapan ini menjadi kejatuhan mereka. Dan lebih banyak kesilapan yang mereka lakukan, lebih pasti kejatuhan mereka.

Dalam hal itu, Najib adalah lebih bijak daripada Dr Mahathir. Apabila Dr Mahathir mahu meneutralkan Anwar, beliau menyingkirkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden dan ahli Umno sekaligus. Najib tidak berbuat demikian. Beliau pada mulanya menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian membiarkannya. Apabila Muhyiddin terus dengan perbuatan mengarut beliau, Najib membiarkan parti menyingkirkannya sebagai Timbalan Presiden. Bagaimanapun , Muhyiddin tidak dikeluarkan sebagai ahli.

Memandangkan Muhyiddin terus menolak nasibnya maka beliau akan mengalami peringkat akhir kemusnahannya. Beliau akan melihat dirinya dikeluarkan sebagai ahli juga. Dan ia akan menjadi tiga ‘strike’ dan beliau perlu keluar.

Adakah Najib membunuh Muhyiddin sebagaimana Dr Mahathir membunuh Anwar? Najib hanya mengeluarkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang merupakan hak mutlak Perdana Menteri. Dan kemudian beliau berhenti di situ. Ini memberikan Muhyiddin gambaran bahawa beliau masih dalam zon selamat kerana Najib tidak berani meneruskan lebih dari itu.

Ia bukanlah Najib tidak berani pergi lebih jauh. Beliau mahu Muhyiddin pergi lebih jauh dan masuk ke dalam perangkap sendiri. Beliau mahu Muhyiddin mati di tangan sendiri. Dan itulah yang Muhyiddin lakukan dan akan terus lakukan .

Dr Mahathir juga salah perkiraan mengenai Najib dan sentimen orang Umno. Beliau berpendapat bahawa selepas satu tahun isu mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion, sokongan terhadap Najib akan berkurangan. Justeru, Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC (Kempen Anti -Najib ) memainkan muslihat (trump card) mereka dalam bulan Julai 2015.

Kemudian Najib membuat langkah beliau selepas enam bulan bermain “bodoh – bodoh sepat”. Beliau melancarkan operasi pembersihan dan semua mereka yang ‘memegang pisau’ dijatuhkan. Ia adalah satu langkah yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC fikir tidak berani dilakukan oleh Najib dan walaupun beliau melakukannya, Umno tidak akan menyokongnya.

Namun Najib telah berani membuat langkah itu dan beliau melakukannya pada akhir Julai 2015. Dan Umno tidak bangkit protes. Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC telah salah percaturan dan mereka kalah. Penyingkiran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah satu peristiwa yang tidak memberikan kesan besar kecuali beberapa “bunyi” yang kurang enak .

Satu ‘strike’.

Kemudian Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC terus dengan serangan mereka. Plot Julai 2015 mereka telah gagal. Maka mereka merancang plot November 2015 – penyingkiran Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen. Itu juga gagal. Jadi mereka melancarkan rancangan seterusnya , plot untuk menjatuhkan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2015. Dan gagal juga. Tiga percubaan dan semuanya gagal.

Kemudian Najib membuat ‘strike’ kedua. Dan itu adalah apabila Umno menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Tetapi Najib tidak mahu menjadi orang yang melaksanakannya . Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah menyediakan surat peletakan jawatan Mukhriz dan Majlis Diraja Kedah atas perintah DYMM Sultan membuat beliau menandatanganinya.

Jadi Najib tidak memecat Mukhriz. Mukhriz meletak jawatan. Dan beliau meletakkan jawatan dengan titah diraja. Dan itu adalah langkah yang paling bijak lagi yang akan ditulis dalam sejarah dan diingati untuk masa akan datang .
Dua ‘strike’.

Dan kemudian Umno mengeluarkan Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti itu. Ya, parti, bukan Najib, yang menyingkirkan Muhyiddin.

Tiga ‘strike’. Dan sebagaimana yang mereka katakan : tiga ‘strike’ dan anda keluar.

Sekarang Muhyiddin mahu membawa kesnya ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mencabar penyingkirannya. Beliau juga mempertimbangkan untuk pergi ke mahkamah . Apabila ini berlaku, semuanya akan berakhir. Mereka yang telah membawa kes mereka kepada ROS atau ke mahkamah semuanya telah melihat kerjaya politik mereka berakhir. G. Palanivel , Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah  adalah antara contoh terbaik.

Anda berpegang kepada kedudukan anda melalui sokongan politik yang nyata. Anda tidak pergi menangis kepada mahkamah atau kepada ROS untuk mendapatkan mereka untuk membantu anda berpegang kepada kedudukan anda. Dan anda tidak cuba mendapatkan sokongan politik,  ahli atau pembangkang untuk membantu memastikan anda berkuasa. Dan ini adalah apa yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC cuba lakukan .

Ini seperti kerajaan Afghanistan, Libya atau Iraq yang cuba untuk terus berkuasa dengan sokongan tentera Amerika. Ia tidak akan berjaya kerana tidak mendapat sokongan daripada rakyat sendiri. Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC, bagaimanapun, berfikir bahawa Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan pimpinan DAP boleh membantu mereka menggulingkan Najib supaya Dr Mahathir dan proksi beliau boleh merebut kuasa.

Itu bukanlah yang dipanggil sebagai sokongan politik yang nyata. Itu dipanggil sokongan politik tidak ketara. Ketara boleh diukur. Tidak ketara adalah dalam minda. Ia bukan apa yang anda lihat. Ia adalah apa yang anda fikir yang anda lihat. Ia adalah fatamorgana yang hilang apabila anda semakin dekat.

Setakat ini Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC melakukan sebagaimana yang Najib mahu mereka lakukan. Dan saya tidak nampak mengapa ia perlu berubah. Jika mereka terus melakukan apa yang Najib mahu mereka lakukan, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz akan melihat diri mereka dalam kesusahan. Dan Najib tidak akan berbuat apa-apa kepada mereka. Mereka akan melakukannya untuk diri mereka seperti mana Najib telah merancangnya.

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

– Malaysia Today

Friday, March 4, 2016

Gambar sedih kempen pemimpin anti-Najib. Takziah kepada Malaysia.

Bekas PM yang selama ini penulis sanjung, beliau pernah menjadi contoh kepada pemimpin negara-negara Islam yang lain. Masa itu telah berlalu. Tun Mahathir kini telah berubah. Entah di mana silapnya, tekadnya untuk menggulingkan Najib semakin menjadi-jadi.

Tun Mahathir tanpa disangka kini bersama pembangkang. Puak yang satu ketika dulu mencemuh beliau. Menggelar dengan bermacam gelaran yang terkutuk untuk seorang pemimpin negara. Tapi kerana mahukan Najib digulingkan, parti DAP yang disokong Israel menjadi sahabatnya.

Terus-terang, tindakan beliau membuatkan ramai orang sudah hilang hormat kepadanya.

Syabas kepada dedakian pro-Mahathir. Kamu sudah ada saudara baru - DAP, Ambiga dan lain-lain.




Gambar kenangan komplot saling mempergunakan di antara satu dengan yang lain. Slogan Selamatkan Malaysia, tetapi sebenarnya berniat jatuhkan Najib. Satu sejarah telah tercipta.


KUALA LUMPUR: Seramai 58 individu hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi ‘Selamatkan Malaysia’.

Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.

Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Maria Chin Abdullah
S Ambiga
Mustapa Ali
Zaid Ibrahim
Lim Kit Siang
Ling Liong Sik
Muhyiddin Yassin
Mahathir Mohamad
Mohamed Azmin Ali
Sanusi Junid
Muhkriz Mahathir
Mohamad Sabu
Husam Musa
Mahfuz Omar
Khairuddin Aman Razali
Tamrin Ghafar
Hishammudin Rais
Salahuddin Ayub
A Kadir Jasin
Muhammad Muhammad Taib
Elizabeth Wong
Kamaruddin Jaafar
Mujahid Yusof Rawa
Teresa Kok
Tian Chua
Anthony Loke
Hasanuddin Mohd Yunus
Khairuddin Abu Hassan

Sementara itu, pengacara majlis Syed Saddiq memberitahu terdapat beberapa pemimpin yang tidak hadir tetapi menyatakan sokongan mereka terhadap gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

Mereka termasuk, Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Zaman Khan, Mathias Chang dan Tony Pua.

Kredit gambar mysuara.net.

Wednesday, January 20, 2016

Kenyataan tergempar Pengerusi DAP Sarawak mengenai Rasis..

Mengejutkan..

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen kini melabelkan BN Sarawak sebagai rasis..

Kenyataan beliau dalam paparan BorneoPost hari ini merujuk kepada pendirian Ketua Menteri, Tan Sri Adenan berkenaan Barisan Nasional Sarawak yang menolak parti-parti politik daripada luar khususnya Semenanjung Malaysia daripada bertapak di negeri ini..

http://www.theborneopost.com/2016/01/20/chong-label-bn-sarawak-sebagai-rasis/



Masalahnya, dalam kempen pilihanraya negeri dan PRU yang lalu, DAP menyokong penuh sentimen Sarawak for Sarawakian di negeri ini. Kononnya menolak parti UMNO dan mana-mana pemimpin BN daripada Semenanjung dari mencampuri urusan kepimpinan Kerajaan negeri Sarawak.

Bagi meraih sokongan masyarakat tempatan terutama Bumiputera Sarawak, Pakatan Rakyat memainkan sentimen tolak BN Sarawak = Tolak UMNO.. Walhal UMNO tidak pernah wujud di Sarawak. Begitu juga tidak ada penguasaan pemimpin BN Semenanjung dalam sebarang hal-ehwal pentadbiran kerajaan negeri.

Chong Chieng Jen lupa, beliau sendiri pernah memberi sokongan kepada gerakan S4S (Sarawak For Sarawakian) yang jelas menyanjungi sentimen kenegerian berbanding semangat 1Malaysia. Jadi, mengapa timbul isu rasis apabila BN mengajak untuk menolak parti-parti Pembangkang Semenanjung daripada mendapat tempat di hati rakyat Sarawak? 

Sudah lupakah Chong?


DAP sokong pergerakan Sarawak For Sarawakian.. Pernahkah Chong melabelkan S4S sebagai rasis? 

BN Sarawak sejak dulu menolak mana-mana parti komponen Semenanjung daripada bertapak di negeri ini. Tidak membenarkan bukan kerana tidak mempercayai UMNO tetapi peranan dan tanggungjawab terhadap BN telah digalas dengan jayanya oleh PBB (Pesaka Bumiputera Bersatu).

Namun, Chong mencabar kepimpinan kerajaan negeri untuk mengeluarkan resolusi halang UMNO ke Sarawak dalam satu sidang DUN. Atas alasan apakah perlunya resolusi sedangkan UMNO tidak wujud di Sarawak? Tidakkah ia menunjukkan kita sebagai rasis?




Kesimpulannya, DAP terlalu ghairah meraih sokongan dengan memainkan isu rasis terhadap kepimpinan Barisan Nasional sedangkan ia secara tidak langsung mendedahkan hipokrasi diri mereka sendiri, seolah-olah mereka sahaja di pihak benar, lawannya di pihak yang sentiasa salah..

Inilah modal politik rasis.. BN bukan baru sepenggal memegang amanah dalam Kerajaan Persekutuan. Nampaknya DAP sudah semakin terhimpit dengan agenda anti-umno berlebihan yang diperjuangkan di Negeri Sarawak..





Sunday, January 17, 2016

Perkauman DAP, tolak cadangan 50 peratus ahli melayu dan bumiputera dalam parti.



Parti DAP yang kononnya terbuka untuk semua rakyat tanpa memilih kaum kini menghadapi dilemma oleh ahli-ahli sendiri..

Sokongan kaum Bumiputra dan Masyarakat Melayu begitu penting dan sangat kritikal untuk menentukan dominasi Pakatan Harapan menghadapi BN dalam pilihanraya.

Berbagai slogan telah dibuat, DAP terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Wanita Melayu DAP dijadikan icon parti, Pemimpin Bumiputera/Melayu DAP dijadikan contoh, diberikan tempat dalam kepimpinan tertinggi parti. Semua itu kononnya menunjukkan keterbukaan DAP.

Kemudian mereka menghebahkannya secara besar-besaran, memaksimakan penggunaan semua jenis arus media yang dikuasai penyokong-penyokong mereka.

Malangnya, sifat perkauman masih tebal menguasai parti. Segelintir kalangan pemimpin dan ahli-ahlinya tidak dapat menerima penyertaan besar kaum bumiputera dalam komuniti mereka. Malah ia belum mengambil kira di pihak mana dalam DAP, yang sudah pasti mengutamakan kuncu-kuncu rapatnya dalam Dinasti Lim Kit Siang.

Sesuatu yang tidak menghairankan.

Bagi penulis, DAP adalah parti dominan milik kaum Cina seperti juga UMNO untuk Melayu, MIC untuk kaum India dan MCA untuk masyarakat Cina dalam Barisan Nasional.

Jika hanya kerana disertai oleh segelintir kecil kaum lain tidak bermakna parti itu parti untuk semua kaum..

Hala-tuju sesebuah parti itu ditentukan oleh majoriti ahlinya. Merekalah yang memilih siapa ketua, pemimpin tertinggi parti, ahli tetap dan sebagainya. Jika majoriti ahli dan pemimpin mereka tidak bersetuju keahlian sebanyak 50% bukan cina dalam DAP, hentikanlah bercita-cita untuk meraih kejayaan dalam parti bersama mereka.

Video di bawah adalah penjelasan oleh Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming. 

Mungkin pengajaran terbaik untuk kita agar hidup biar berpijak di bumi nyata;



Ada Ahli DAP Tak Senang Melayu Masuk DAP

PETALING JAYA: Usaha DAP menarik lebih ramai orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai DAP tidak disenangi segelintir pemimpin dan ahli parti sendiri, kata Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata, kebanyakan pemimpin DAP mahu lebih banyak orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak menyertai parti itu.

“Tetapi apabila cadangan untuk menambah ahli Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sehingga 50 peratus keahlian parti dibentangkan di peringkat dalaman, ada pemimpin dan ahli sendiri yang mungkin tidak begitu senang dengannya.

“Dan jika kami berjaya tambah keanggotaan, mungkin ada juga pihak di luar yang tidak merasa tidak senang,” katanya lagi dalam forum bertajuk ‘Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14′ di sini malam tadi.

Beliau merujuk cadangan Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zulkefly Ahmad agar DAP tidak meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau menyifatkan perkara ini sebagai ‘dilema dalaman dan luaran’ yang dihadapi DAP dalam usaha mengurangkan persepsi negatif dalam kalangan pengundi Melayu.

“Dan ini mesti ditangani sebagai satu cabaran jika DAP dan rakan dalam Pakatan Harapan mahu memenangi lebih banyak undi Melayu pada PRU akan datang,” katanya lagi.- FMT

Sunday, December 13, 2015

Ceramah PAN siang-siang pun krikk krikk!

Semua orang tahu siapa sebenarnya menguasai parti PAN (Parti Amanah Negara) yang diketuai Mat Sabu. Maka di belakang kepimpinan bekas-bekas ahli PAS dan PKR dalam parti itu terdapat tangan-tangan ghaib DAP yang menentukan hala tuju mereka.

DAP tidak dapat menguasai PAS. Juga sudah tidak lagi berkenan dengan sisa-sisa kekuatan PKR. Sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat sebelum ini merosot serta keengganan PAS mengikut telunjuk DAP menyebabkan akhirnya PR dibubarkan.

Kini, dengan wujudnya PAN, DAP berharap parti 'boneka' seperti ini dapat meraih undi orang Melayu sepertimana yang diperolehi PAS dalam Pakatan Rakyat. Strategi memecahbelahkan sokongan kaum Melayu perlu diteruskan untuk menghancurkan BN seterusnya menguasai Putrajaya.

UMNO semakin lemah dan peluang sebegini tidak dilepaskan. Dengan penuh yakin PAN menabik dada katanya sokongan akan berpindah arah berikutan beberapa keputusan tidak popular BN dalam menangani isu kos sara hidup..


Tapi...


Rupanya rakyat lagi tak suka parti Parti Amanah Negara 'Tanah Air Tercinta'....



LAGI SEKALI PENGERUSI PAN TERENGGANU DIMALUKAN OLEH PARA PENGUNJUNG PASAR MALAM KUALA TERENGGANU APABILA CERAMAHNYA TIDAK DIPEDULIKAN.



Tarikh:- 12 hb Dis 2015 bersamaan hari Sabtu jam lebih kurang 5.30 petang,

Program ceramah di pasar malam bersama Pengerusi PAN Negeri Terengganu yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang menang pada PRU ke-13 lalu atas tiket PAS Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah sebelah pasaraya Giant Hiliran Kuala Terengganu.

Nama yang dilambung oleh Pakatan Harapan tanpa PAS sebagai bakal MB Terengganu selepas PRU ke-14 nanti.

Adakah sambutan diberikan rakyat terhadap ceramah ini melayakkan dirinya diangkat sebagai MB Terengganu nanti .... adakah PAN mampu menang besar lagi bergaya di Terengganu pada PRU ke-14 nanti???

Hakikat dan jelasnya ialah PAN di Terengganu telah ditolak secara total dan mutlak oleh rakyat Terengganu ... itu mesej yang keras dan tegas yang ingin disampaikan oleh rakyat Terengganu kepada PAN jika diambil kira sambutan rakyat berikan kepada setiap ceramah yang melibatkan PAN terutamnya Pengerusi PAN Terengganu sendiri.

Seterusnya kemenangan YB Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah pada PRU ke-13 lalu di parlimen Kuala Terengganu bukan atas kekuatan dan pengaruh tubuh sendiri dan peribadi ... rakyat memberikan undi dan sokongan kepada parti diwakilinya iaitu PAS.

Dengan itu PAN mesti hentikan segera sembang kencang mendabik dada kononnya parti berkenaan mendapat sambutan hangat dan lebat dari rakyat sebab para pengunjung pasar malam di Hiliran Kuala Terengganu petang tadi langsung tidak mau ambil kisah dan peduli apa yang cuba diucapkan oleh Pengerusi PAN Terengganu.

Kejadian sebegini bukanlah kali pertama malahan sudah kerap berlaku malahan ianya serupa pada setiap ceramah secara gempur ambil kesempatan kehadiran orang ramai di setiap pasar malam yang sedang beroperasi di Kuala Terengganu. Kalau rakyat bandar Kuala Terengganu sudah tolak PAN rakyat didesa dan luar bandar lebih lagi .. itu pasti.

Sumber: Omakkau..

Tuesday, November 17, 2015

Cara keji politik pembangkang raih sokongan..

Lihat betapa kejinya modus operandi pembangkang untuk menghalalkan pembohongan mereka. Dosa dan larangan agama seolah-olah tidak lagi menjadi masalah dalam berpolitik. Caranya, burukkan lawan sehingga sudah jadi viral kemudian memohon maaf.. buang kes...





BUAL BICARA HARI INI TAJUKNYA RAMAI DIKALANGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG PEMBUAT FITNAH BILA BERSALAH MOHON MAAF TIADA HUKUMAN DIKENAKAN. ADILKAH PERBUATAN KEJI MEREKA INI PADA PANDANGAN KITA SEMUA?



1) Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin FITNAH Jamil Khir Baharom guna duit zakat untuk biayai kos guaman Menteri dalam kes qazaf Anwar Ibrahim. Jamil Khir bawa ke mahkamah. Setelah fitnah berjalan begitu jauh, akhirnya Shamsul mengaku bersalah dan mohon maaf. 



2) Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah FITNAH bekas Menteri, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sehari sebelum PRU 13 berhubung isu pembelian tanah di Bukit Kiara. Reputasi merudum, Raja Nong Chik kalah di Lembah Pantai pada PRU 13. Fitnah bermaharajalela tanpa sempadan. Kesudahannya, kes dibawa ke mahkamah. Nurul Izzah mengaku bersalah dan mohon maaf.




3) Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli FITNAH Datuk Seri Najib dan isteri, berikutan kenaikan harga minyak dengan mendakwa ia akan memudahkan Datin Rosmah Mansor untuk membeli lebih banyak cincin berlian. Setelah dibawa ke mahkamah, Rafizi kata, dia hanya bergurau. Penipuan merebak begitu cepat dan pantas. Bagi Rafizi mengaitkan 'Rosmah dengan isu cincin berlian hanyalah gurauan semata-mata.





4) Ahli Parlimen PKR Batu,Tian Chua FITNAH bahawa UMNO terlibat merancang konspirasi pencerobohan di Lahad Datu. UMNO bertindak untuk mengheret Tian Chua ke mahkamah untuk disaman. Setelah kes berlangsung, UMNO sedia menarik kembali dakwaan saman tersebut dengan syarat Tian Chua menarik kembali kata-katanya itu. Menyedari dirinya dikecam teruk, Tian Chua memutar belit kenyataan yang pernah dibuatnya dulu dengan menyalahkan editor KeadilanDaily kononnya berlaku salah faham maksud beliau. Kes selesai di luar mahkamah dan artikel tersebut dikeluarkan daripada KeadilanDaily.




5) Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin FITNAH Perdana Menteri, Najib Razak kononnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil untuk siap siaga berbuat sesuatu jika BN kalah pilihan raya umum. Nizar mengaku salah dan mohon maaf. 


KES YANG SEDANG BERLANSUNG...



6) Kini, setelah tempoh 24 jam tamat, Jamil Khir tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Akmal Nasir berhubung isu perbelanjaan YAPEIM. Kali ini bagaimana? Fitnah! Mangsa buat laporan polis! Jadi kes mahkamah bertahun lamanya! Berakhir dengan mohon maaf. Episod apakah ini?


Saturday, August 15, 2015

Berhenti memfitnah saya - Fadillah

Kepimpinan tertinggi UMNO sudah berkali-kali menjelaskan bahawa parti itu sekali-kali tidak akan mengembangkan sayapnya ke Sarawak. Rasanya sejak bertahun-tahun yang sudah, kita telah menjadi saksi kepada kenyataan seperti ini. Malah sebelum Datuk Seri Najib memegang amanah sebagai Perdana Menteri.

Namun gerakan pembangkang tetap memainkan isu ini dengan niat untuk menyemarakkan rasa benci dengan sentimen anti-malaya khususnya parti UMNO yang menjadi tunjang kekuatan Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia.

Mungkin fitnah, politik benci menjadi sumber utama mereka untuk menjadi tokoh yang paling mulia di negeri Sarawak. Jadi usahlah para menteri kita bersusah payah cuba menerangkan perkara-perkara yang mereka tidak pernah buat. Pembangkang tegar amat suka menyebar fitnah, mereka bukan jenis yang risau tentang kebenaran. Otak mereka tenat..

Abaikan saja kenyataan orang-orang gila di pihak sebelah sana...


Berhenti memfitnah saya - Fadillah



Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusuf menegaskan beliau tidak pernah mempromosi UMNO untuk masuk ke Sarawak.

"Hentikan fitnah siber kononnya saya mempromosi UMNO ke Sarawak. Saya dan Pemuda PBB tidak akan pernah berbuat demikian."

"Seperti ditegaskan pucuk kepimpinan Pusat dan Negeri, UMNO tidak akan masuk ke Sarawak," tegasnya lagi.

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemuda PBB di Miri semalam.

Sejak kebelakangan ini, terdapat poster palsu yang tersebar di media sosial yang kononnya Fadillah sedang dalam usaha untuk membawa UMNO ke Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem (Presiden PBB) juga telah acap kali menafikan yang UMNO akan masuk ke Sarawak.

Fitnah tersebut dilihat sebagai usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecahbelahkan PBB serta mengganggu gugat hubungan rapat PBB dan UMNO. - Sarawakiana

Friday, August 14, 2015

Tiada yang baik tentang Najib?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. Seolah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM4 per USD1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2015/08/1998-2015.jpg

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksud dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,

Amin bin Yatim
Petaling Jaya.

Sumber: http://www.mykmu.net/2015/08/warkah-buat-rakyat-malaysia-najib-razak-umpama-kain-buruk-kita-sedang-memusnahkan-negara-sendiri/

Fakta kejatuhan nilai ringgit yang Macai tak tahu

Hari ini kalau buka saja facebook, rata-rata warga kita sudah bijak berbicara tentang ekonomi negara... daripada teori spekulasi sehingga ke bab hukum agama, kebanyakannya menghentam tanpa ada satu pun pandangan yang adil buat pemimpin negara.

Bukan nak pertahankan atau menghukum sesiapa, tetapi jika nak bercakap tentang tanggungjawab orang lain biarlah kita faham benda yang kita cakap.

Kejatuhan matawang ringgit negara tidak hanya dialami oleh Malaysia sahaja tetapi juga melibatkan matawang negara jiran yang lain.



KEJATUHAN NILAI RINGGIT

Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia. 

Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.

Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula. 
Ada juga yang menyalahkan Najib dan UMNO. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka’. 

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :

•    Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS 
•    Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS 
•    Indian Rupees hilang  38 peratus berbanding dolar AS 
•    Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS 
•    Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS 
•    Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS 
•    Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS 

Adakah saya perlu teruskan? 

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.

Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.

Apabila kita lihat pada Ringgit,

• kita  lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2 peratus) 

• kita lebih kukuh berbanding Rupiah India (10 peratus) 

• kita  lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14 peratus) 

• kita  lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18 peratus) 

Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.

Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20 peratus? 

Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini. 

Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998. 

Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88). 

Mungkin mereka yang rancak  menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu.  Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. 

Dulu, 

a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan 

b) Isi rumah yang membebankan 

b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus 

c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi. 

Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3 peratus hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999. 

Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12 peratus. Itulah yang berlaku pada masa itu. 

Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini. 

Tetapi dimasa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?

1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat? 

2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti? 

3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat? 

4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia? 

5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?

6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda? 

Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika. 

Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain. 

Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan "Stabil" kepada Malaysia.

Hakikat sebenar, tiada seorangoun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini.

Rencana asal dari
Goh Wei Liang

Friday, July 31, 2015

Benarkah UMNO akan masuk Sarawak selepas PRN?

Apa yang Aziz DAP sedang merapu? Ber'teori' tak sudah...

Katanya UMNO akan masuk secara halus ke Sarawak selepas PRN yang akan datang nanti.. Dalilnya ialah berlaku rombakan Kabinet baru-baru ini. Datuk Wan Junaidi menjadi Menteri penuh manakala Muhyiddin telah digugurkan dari jawatan TPM dan Muhyiddin merupakan 'Penghalang' bagi UMNO untuk masuk ke Sarawak, katanya.

Persoalannya, apa pula kena-mengena pengguguran Datuk Seri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet Kerajaan Persekutuan dengan kemasukan UMNO ke Sarawak? Beliau pun masih lagi Timbalan Presiden UMNO jika nak dikaitkan dengan teori longkang seperti ini.


Menurutnya lagi, semangat UMNO kini semakin berkembang di sayap Pemuda PBB dan akan melebar ke sayap Wanita PBB menerusi sayap PESAKA. Banyak juga sayap yang terlibat... Entah 'Semangat' apa yang boleh mengubah PBB menjadi UMNO sedemikian rupa.. Itulah yang menakutkan beliau...

JPUNS (Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak) yang ditubuhkan oleh Afendi Jeman sejak 2006, sampai sekarang keadaannya 'hidup segan mati tak mahu' di Kuching.. sudah 9 tahun, tapi UMNO tetap tidak wujud di Sarawak. Jelaskanlah pada kami, semangat apa lagi yang cuba disemaikan oleh JPUNS?



Aziz Isa cuba kaitkan Datuk YB Fadillah dengan Datuk Wan Junaidi yang dilantik sebagai menteri penuh 'Sumber Asli dan Alam Sekitar' kononnya berlaku rancangan untuk Setiausaha politik Wan Junaidi iaitu Datuk Wan Hamzah menggantikan Dr Hazland (ADUN Demak Laut) satu hari nanti menjadi kenyataan..

Wah mudah sungguh matematik percaturan untuk jawatan ADUN Sarawak pada fikiran Aziz Isa... boleh ditentukan oleh dua orang Ahli Parlimen Negeri sahaja... Kenapa tidak kaitkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem selaku pembuat kata putus? Terlupakah beliau bahawa Ketua Menteri Sarawak seorang yang sangat tegas dalam pentadbiran kerajaan negeri?

Inilah anak didik Chong Chieng Jen daripada parti DAP. Parti TULEN daripada Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan strategi political hatrednya di seluruh Malaysia kini melebar ke Sarawak.

Jika UMNO yang belum wujud di Sarawak dijadikan bahan politik anti-semenanjung, kenapa tidak DAP yang terang-terang mempunyai pusat pentadbiran di Pulau Pinang? Berapa ramai yang memprotes keputusan CEC Kongres DAP 2013 dulu kerana dipengaruhi sekutu Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang? Fikirlah sendiri..

Cucuklah wahai Aziz, cucuk saja... jangan tak cucuk.. laga-lagakan orang lain, siapa tahu tuah DAP iaitu kamu sendiri boleh menyelinap masuk menggantikan Dr Hazland...



Thursday, July 9, 2015

Malaysia akan tersungkur di tangan Yahudi? Semoga Kerajaan Bani Jawi dipelihara Allah

Tiga orang Khalifah Islam iaitu Umar al-Khattab r.a. Usman Ibn Affan r.a. dan Ali Ibn Abi Talib kwjh mati terbunuh kerana angkara fitnah yang disebarluaskan di kalangan umat pada zaman tersebut.

Saidina Hassan dan Hussein r.a., cucu Baginda RasuluLLAH saw juga terbunuh angkara fitnah yang berleluasa.

Kejatuhan Empayar Kesultanan Bani Jawi Melaka juga bermula dari fitnah di kalangan para pembesar mereka.

Republik Rakyat Iraq dan kejatuhan Presiden Saddam Hussein bermula dari fitnah rakyatnya sendiri yang bersekongkol dengan kuasa asing bahawa wujudnya senjata pemusnah besar-besaran yang sedang dibangunkan oleh Iraq.

Kesemua tragedi tersebut telah dan sedang berlaku di Malaysia. Sesungguhnya fitnah itu lebih tajam dari mata pedang.

Sarawak Report media dajjal

Sejak kelmarin sudah tersebar dilaman laman sosial dan rangkaian pesanan mesej Whatsapp kononnya sudah ada bukti sahih berlaku transaksi urusan bank dimana ada pindahan wang besar kepada YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.

Tanpa usul periksa, juak juak anti Najib mendabik dada mula menyalak sakan melalak dan berkompang riuh rendah menyerbarkannya.

Pada kiraan mereka, sudah pasti rakyat akan percaya dan dokumen dokumen tersebut menjadi bukti kukuh memang benar berlakunya penyelewengan dana besar berkait rapat dengan 1MDB dan Najib Razak.

Dokumen Transaksi Bank Milik Najib Pendedahan Wall Street Journal KANTOI Menipu.... Kesian !   Klik link  http://medan-info-kita.blogspot.com/2015/07/dokumen-transaksi-bank-milik-najib.html

*****
Jangan Mudah terpedaya dengan muslihat jahat Media Barat yang mahukan Malaysia tersungkur sepertimana Timur Tengah yang tidak berpaksikan kepada kuasa mereka.



Asakan demi asakan dilemparkan Barat kepada pemimpin pemerintah Malaysia - mykmu

Kita tertanya-tanya, mengapakah media-media pro-barat menyasarkan Perdana Menteri Najib Razak sebagai “target” sekaligus membawa motif yang jelas; gulingkan beliau at all cost.

Jika hendak difikir-fikirkan, melalui pembacaan penulis, Perdana Menteri Najib Razak bukanlah selantang mantan perdana menteri, yang berjaya melabelkan dirinya sebagai anti-semitik, dan tidak mesra dengan Barat.

Apa yang sebenarnya ditakuti oleh Barat?

Bermula dari Sarawak Report, yang mengembar-gemburkan isu 1MDB dengan fakta yang tidak benar, sehingga membawa kepada penangkapan seorang bekas eksekutif PetroSaudi yang dikhabarkan sebagai punca segala-galanya. Perlu diingatkan, Malaysia tidak terbabit di dalam penangkapan tersebut.

Sedang pembohongan itu hampir lenyap, Wall Street Journal pula tampil dengan carta kononnya berlakunya pemindahan wang ke akaun peribadi Perdana Menteri yang berjumlah RM700 juta. Tersedak penulis mendengar jumlah itu, dan tergelak membaca apabila sejumlah wang yang begitu banyak dengan selamba masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri. Ada juga yang percaya bulat-bulat.

Samada suratan atau kebetulan, yang mana penulis fikir ia adalah satu konspirasi, pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak dihujani dengan serangan-serangan maha hebat dari barat.

Sebelum ini pula, kita dikejutkan dengan dana yang terima oleh satu pertubuhan dari sebuah firma antarabangsa. Pertubuhan tersebut telah menggunakan isu yang juga berkait dengan media antarabangsa untuk memburuk-burukkan kerajaan dan Perdana Menteri. Setelah modus operandi mereka gagal akibat pembongkaran pembohongan dan seterusnya akaun tersebut telah dibekukan oleh kerajaan Malaysia.

Lenyap isu terbabit, kerajaan diserang pula dengan isu GST. Penulis tidak menafikan kecacatan perlaksanaanya, cuma GST terbukti penting dan efektif sehingga 160 buah negara telah melaksanakannya. Apa yang kita perlu tahu, isu GST sememangnya mampu menggoyahkan kerajaan. Malah, terbukti isu GST menjadi senjata utama politik di negara-negara seperti Australia dan Ghana.

Untung menjadi pembangkang di Malaysia, kerana dibantu oleh isu-isu berasaskan antarabangsa, yang hampir 100% bersifat spekulasi dan pembohongan sehingga setakat hari ini. Justeru itu, tidak perlulah kita terbawa-bawa dengan saranan terbaru mereka untuk adakan tunjuk perasaan besar-besar sekiranya Perdana Menteri Najib Razak enggan meletakkan jawatan.

Asas isu ialah pembohongan, dan memang sejak azali pembangkang sangat sinonim dengan pembohongan. Apa yang hendak kita hairankan?

Isu Scorpene, GST, 1MDB oleh Sarawak Report dan kemudiaannya penampilan Wall Street Journal sebagai pendesak untuk mengekalkan konsistensi asakan terhadap Malaysia sangat mencurigakan. Bagi penulis, paksinya ialah Barat. Apakah pembangkang di Malaysia sememangnya dibantu oleh kuasa asing yang telah lama mengidamkan Malaysia?

Perdana Menteri Najib Razak secara terbuka percaya dengan prinsip kesederhanaan, atau wassatiyyah. Maknanya, beliau tidak suka mencipta musuh, dan tidak dapat dinafikan, pelbagai usaha samada makro atau mikro dilaksanakan untuk mensejahterakan Malaysia.

Barat senantiasa dan tidak mudah putus asa untuk terus-terusan menyerang Perdana Menteri. Apa yang diharapkan ialah barisan kepimpinan akan hilang kepercayaan terhadapnya. Ini bukan rekayasa, kerana jarum-jarum fitnah yang tanpa henti telah berjaya meyakinkan ramai pimpinan, termasuklah mantan perdana menteri yang terkenal dengan imej anti-semitik dan anti barat.

Apa sebenarnya yang Barat takut dengan susuk tubuh seorang Perdana Menteri bernama Najib Razak?

Rakyat Malaysia perlu tahu, dalam praktis undang-undang, “innocent until proven guilty”, dan bukannya “guilty until proven innocent”.

Penulis tidak tahu samada Perdana Menteri Najib Razak boleh menggunakan taktik yang sama diguna oleh mantan Perdana Menteri Tun M dalam menangani asakan barat iaitu “jangan percaya laporan media asing yang dikuasai oleh Yahudi yang jahat”.


Saturday, July 4, 2015

Dakwaan WSJ - Kenyataan Najib terhadap tuduhan mereka


Dakwaan WSJ (Wall Street Journal) dan Sarawak Report berkenaan saluran dana berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib amatlah serius. Samada kebenarannya itu benar atau tidak, akan ada satu pihak yang bakal menghadapi tindakan berat.

WSJ sebelum ini cukup terkenal dengan reputasinya sebagai penyampai berita di mata dunia, berpangkalan di New York dan diterbitkan sejak 125 tahun lepas. Pernah memenangi Pulitzer Prize sebayak 36 kali dan merupakan akhbar terbesar di Amerika Syarikat.

Di sebelah pihak DS Najib pula, beliau merupakan antara pemimpin negara yang didakwa menerima kemasukan berbilion ringgit ke akaun peribadinya. Satu perkara yang dipertikaikan ialah benarkah begitu dangkal seorang ketua negara menggunakan akaun peribadinya untuk menerima dana yang sedemikian besar? Mengapa akaun peribadi?

Sarawak Report pula, tidak lebih daripada satu portal yang tujuannya cuma untuk memburuk-burukkan pemimpin kerajaan, penyampaiannya pula tercemar dengan pelbagai jenis pemalsuan fakta, dokumen, malah pernah tersalah orang kononnya ahli keluarga Pehin Sri Taib Mahmud sebelum pilihanraya negeri yang lepas.

Pihak SPRM, Bank Negara, PDRM serta Jabatan Peguam Negara haruslah segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan WSJ yang amat berat seperti ini. Difahamkan, WSJ melaporkan mempunyai dokumen dan bukti kukuh terhadap dakwaan mereka dan tidak gentar dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh pihak Perdana Menteri.

Di bawah adalah penjelasan Datuk Seri Najib berkenaan tuduhan yang paling berat diterimanya sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri yang ke-6. Semoga Allah membuka kebenaran kelak, siapa sebenarnya yang bersalah dan patut dihukum. Moga-moga negara kita selamat serta dilindungi daripada tangan-tangan perosak yang sentiasa mencari ruang untuk memporak-perandakan negara kita seperti yang berlaku di Timur Tengah.

Amin Ya Robbal Alamiin..


Kenyataan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak
SABTU, 4 JULAI 2015 - 12:00AM

DAKWAAN terbaharu kononnya Dato Sri Najib Razak menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi, dianggap sebagai satu lagi pembohongan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjatuhkan kerajaan.

Justeru, Perdana Menteri memberi amaran, pihak yang terus menggunakan taktik sedemikian bakal berdepan tindakan undang-undang.

Berikut adalah kenyataan penuh Najib yang dikeluarkan malam ini.


1. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai tuduhan - semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut - dilakukan terhadap saya dan keluarga.

2. Serangan bermula apabila saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya enggan kerana berasa adalah tidak wajar bagi Malaysia ditadbir secara proksi.

3. Tun kemudian mencipta krisis apabila tanpa usul periksa mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan hakikatnya ia adalah hutang yang diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion.

4. Dakwaan terbaharu ialah kononnya saya mengambil dana berkaitan kerajaan untuk kepentingan peribadi. Saya percaya Tun berada di belakang pembohongan ini, berganding bahu dengan pihak asing termasuk blog politik Sarawak Report yang semakin diragui kredibilitinya.

5. Saya ingin berterus terang: Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi seperti didakwa seteru politik - baik daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti mana disahkan oleh semua syarikat terbabit.

6. Jelas sekali, tuduhan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen terancang sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.

7. Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang bukti. Apa yang kita dengar hanyalah dakwaan berasaskan kebocoran dokumen dan penyiasat tanpa nama. Tiada sekali pun sumber dokumen ini ditampilkan, manakala dokumen berkenaan juga tidak pernah dikemukakan untuk pengesahan pihak berkuasa.

8. Seperti diketahui, beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan kebelakangan ini dilaporkan telah diubah. Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya. Hakikat ini besar kesannya terhadap kesahihan dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk memburuk-burukkan kerajaan serta negara kita.

9. Mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia untuk berdepan tindakan berikutan perbuatan mereka. Taktik kotor - termasuk taktik jenayah dalam beberapa keadaan - untuk menumbangkan kerajaan akan gagal. Dalam beberapa keadaan, mereka bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

10. Malang sekali serangan palsu bertubi-tubi yang didorong kepentingan peribadi ini berlaku pada ketika Malaysia memiliki pelbagai kelebihan unik - kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan status negara maju yang semakin hampir dicapai. Saya kekal dengan fokus untuk membangunkan negara demi rakyat.

Wednesday, May 6, 2015

Keputusan rasmi PRK Rompin - 5 May, 2015



BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calonnya, Datuk Hasan Ariffin berjaya menewaskan calon daripada PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi, namun dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Tahniah. Dengan amanah yang diberikan oleh para pengundi kepada Datuk Hasan sebagai wakil rakyat, beliau pasti akan meneruskan semua usaha dan tugas-tugas yang dipikul oleh arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebelum ini.

Selamat Berbakti kepada rakyat.



Thursday, February 26, 2015

Syabas Melayu Pakatan Pulau Pinang! Diskaun 5% bumiputera dilenyapkan..

Bila kita baca blog-blog pro-pakatan, mereka bermati-matian merasionalkan segala keputusan pemimpin DAP dengan segala macam hujah walaupun sebenarnya memakan diri. 

Semuanya semata-mata kerana sifat benci kepada UMNO dan juga BN selaku kerajaan yang memerintah. Akhirnya sedikit demi sedikit keistimewaan bumiputera dihakis DAP rasa tanpa segan silu.




BANGI, 25 Feb – Kerajaan DAP Pulau Pinang mula bertindak menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu apabila tidak memberi diskaun lima peratus bagi pembelian tiga kategori rumah khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ini bermakna Bumiputera yang mahu membeli rumah kos rendah, sederhana rendah dan rumah mampu milik tidak lagi ditawarkan diskaun lima peratus seperti sebelum ini.

Dalam surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Bahagian Perumahan) bertarikh 23 Februari lalu menyatakan bahawa tiada diskaun lima peratus yang diluluskan bagi kaum Bumiputera.

Surat yang dihantar kepada Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang itu mengundang ketidakpuasan hati banyak pihak yang rata-ratanya berpendapatan rendah di Pulau Pinang.

Selain itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang diharapkan dapat memberi penjelasan terhadap 30 peratus kuota Bumiputera yang seharusnya diperuntukkan kepada Bumiputera, sama ada ianya masih terpakai dan wujud.

Sementara itu, sebuah lama facebook boikot barang Cina melaporkan penduduk Pulau Pinang resah dengan tindakan kerajaan DAP itu.

“Saya susah hati sampai sekarang. Saya juga buntu apa tindakan yang perlu diambil kerana sepanjang Gerakan memerintah tidak pula pernah terjadi begini. Saya mengundi DAP kerana ramai kata Cina juga memerintah apa beza?

“Tetapi ini kah balasan DAP terhadap kami? Kami memberi sokongan penuh kerana pada tahun 2012 mereka bersikap baik dengan menunjukkan guru Kafa menerima RM100,” kata Rojahan Ahmad yang mengundi DAP pada PRU-13 lalu.

Bagi Abdul Rahim Hamid, 51, dia mahu kerajaan negeri menyediakan rumah untuknya, tetapi sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang hanya mengatakan “Sila pindah ke negeri Kedah jika mahu rumah ganti”.

Abdul Rahim selaku pengundi Melayu yang menyumbang kepada kemenangan DAP di Bukit Bendera berkata:

“Mana kami mampu beli rumah di sini. Harganya semua dalam RM400k, dulu ada 5% diskaun kira baguslah. Gerakan walau parti Cina pun, tak la sekejam macam ni. Sampai diskaun 5% pun DAP mansuhkan. Saya rasa tertipu dengan slogan ‘ini kalilah’!” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim tidak menyangka kerajaan DAP Pulau Pinang akan berbuat begini.

Jamaludin adalah antara individu yang paling kuat memujuk orang Melayu di sekitar Pulau Pinang untuk mengundi PAS dan DAP.

“Apabila kami semua sudah sebulat suara mengundi DAP, rupanya ini balasan mereka dengan menghapuskan 5% diskaun kami. Parti Gerakan yang memerintah pun tidak sezalim ini,” katanya.

Sumber: ismaweb.net

Sunday, January 4, 2015

Ujian Allah untuk Datuk Seri Najib...


Kepimpinan Najib Razak sedang diserang bukan hanya daripada pembangkang malah dari dari kalangan parti dan pro-UMNO sendiri. Kritikan sepatutnya bukanlah sesuatu yang negatif, ia harus dipandang baik kerana tujuannya ialah untuk memperbaiki kelemahan dalam perancangan atau tindakan terhadap sesuatu keputusan. Namun jika ia diterjemahkan secara melampau, kesannya bukan hanya pada DS Najib sahaja, malah terhadap parti dan pada rakyat yang memilih beliau keseluruhannya.

Sudah fitrah, manusia itu tidak ada yang sempurna. Tentu ada sahaja kelemahan dan kekurangannya. Satu-satunya pemimpin yang sempurna kepimpinannya dalam sejarah peradaban manusia telahpun meninggalkan kita 1436 tahun dahulu.

Apapun, pemimpin yang hidup di zaman kita dalam meneruskan tanggungjawab sebagai seorang ketua negara bukan satu perkara yang mudah. Bukan sahaja di masa kini teknologi dunia multimedia menjadi semakin pintar dan semakin canggih, bahkan iklim politik dan penyebaran maklumat juga menjadi satu ujian kepada sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri.

Kita hidup pada zaman diambang fitnah. Ketika Tun Mahahthir memegang tampuk pemerintahan sebagai PM, akses maklumat dan berita dikawal sepenuhnya oleh media perdana. Tidak wujud medium yang dinamakan facebook, twitter, watssapp dan sebagainya. Tidak ada sentimen politik yang meletakkan seseorang itu berisiko untuk difitnah. Kini, keadaan jauh berubah. Pendek kata, apa sahaja yang PM kita lalui semuanya tertulis buat tatapan rakyat.

Zaman Pak Lah

Ketika Abdullah Badawi menjadi PM, ramai reformis, aktivis NGO, penulis blog, pelajar, anak muda telah menghentam Abdullah Badawi. Pak Lah (nama gelarannya) telah dijadikan bahan gelak ketawa. Beliau turut diperlekehkan, dijadikan ikon PM tidur. Sedihnya yang menyerang beliau pula bukan dari pakatan rakyat sahaja, tetapi orang parti sendiri. Zaman kejatuhan BN dilihat berpunca dari kelemahan sistem pentadbirannya. Beliau dilihat gagal, ramai percaya ia didalangi oleh penyokong-penyokong UMNO sendiri yang mensabotaj 22 DUN dan 14 Parlimen sehingga menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional di empat buah negeri..

Disebabkan tekanan daripada pelbagai pihak, Pak Lah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Datuk Seri Najib kemudian mengambil amanah untuk menggalas tanggungjawab yang sebelumnya disandang Pak Lah. Perlu diingat, keadaan politik dan dunia multimedia sudah berubah. Rakyat sudah semakin terdedah dengan lambakan maklumat daripada pelbagai pihak tidak kira daripada dalam mahupun luar parti, yang sahih hatta yang palsu pun turut sama disebarkan.

Di waktu inilah, kita lihat bagaimana seorang pemimpin diburuk-burukkan supaya kredibilitinya jatuh dan menjadi tidak popular di kalangan rakyat. Datuk Seri Najib pada kali ini menjadi sasaran atas semua isu yang berlaku di negara kita.

Tidak cukup dengan itu, beliau difitnah dan dikaitkan dengan segala amalan yang tidak baik walhal yang menghentam dasar beliau itu tidak pernah mengambil kira kesan positif yang terhasil daripada keputusan yang dibuat beliau.

Banyak keadaan harus dipertimbangkan untuk menjadikan umno sebuah parti yang terus relevan buat semua lapisan masarakat. Menjadi ketua yang bertanggungjawab dalam mencorakkan kepimpinan dengan didokong oleh parti-parti yang kepelbagaian bukan satu tugas yang mudah.

Pepatah melayu mengatakan, 'umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berciciran'.. Cuba nyatakan, jika sesiapa pernah mengaitkan Najib sebagai rasis secara terbuka? Baik kaum melayu mahupun Cina dan India semuanya menyenangi beliau. Beliau menangani keadaan sebaik mungkin di sebalik provokasi kaum dan agama yang semakin menjadi-jadi pada masa kini. Apakah akan berlaku pada negara kita jika pemimpin kita tidak bijak menangani keadaan sedemikian?

MH17, MH370

Mungkin ada di antara yang mengkritik beliau masih belum lupa bagaimana DS Najib mengharumkan nama negara apabila menjadi satu-satunya pemimpin yang berjaya melembutkan pemberontak pro-Rusia di Ukraine dalam penyerahan kotak hitam pesawat MH17 dan jaminan akses ke kawasan  medan perang yang mengancam keselamatan pasukan mana-mana negara dalam dunia ini. Diplomasi beliau bagaimanapun berjaya untuk tampil sebagai pihak berkecuali dalam konflik-konflik yang biasanya menuntut pendirian berpihak sebelum memasuki kawasan mereka.



Tragedi MH370 merupakan sejarah hitam negara, namun negara kita berhasil menyatukan dua buah blok, pro-Amerika dan negara Komunis dalam satu kerjasama SAR membabitkan pelbagai jenis aset, teknologi serta kemampuan yang sepatutnya menjadi rahsia bagi negara-negara kuasa besar yang terlibat.

Sehingga kini, belum ada mana-mana negara yang mampu mengetuai operasi yang melibatkan beberapa buah negara sehingga menjadi misi mencari yang terbesar dan termahal dalam sejarah selepas operasi SAR Amelia Earhart pada 1937.



PRU-13 telah membuktikan keberkeasanan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang telah berjaya merampas kembali Perak, Kedah dan Terengganu daripada Pakatan Rakyat. Ini merupakan satu keputusan yang mengejutkan di sebalik Tsunami Pakatan Rakyat dengan gabungan PKR, PAS dan DAP yang ketika itu berada di puncak kebangkitannya.

Menjadi peneraju parti bukan mudah, mengekalkan penguasaan parti juga bukan mudah. Banyak kemungkinan boleh berlaku sekiranya DS Najib gagal dalam tugasnya sebagai Perdana Menteri, kita akan lihat berlakunya ahli-ahli merusuh dalam pemilihan parti, fenomena lompat parti, seperti yang kita lihat seolah-olah menjadi budaya dalam parti pembangkang.

Ujian Allah untuk DS Najib

2015 dijangkakan menjadi tahun yang mencabar buat negara kita dari segi ekonomi, sosial dan lain-lain. Dengan permulaan 2015 yang menguji negara satu demi satu - bencana alam, tragedi kemalangan dalam aviator, mata wang RM yang  lemah, penurunan harga petrol dunia dan sebagainya, merupakan antara indikator yang boleh kita jangkakan bahawa ekonomi negara pada tahun ini berada di tahap yang agak sukar.

Pembangunan semula infrastruktur bagi negeri Kelantan yang dilanda bencana banjir teruk, dilaporkan sebanyak RM1 Bilion, belum lagi negeri2 lain yang dilanda banjir termasuk Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan lain2. Sungguhpun pelbagai ujian diberikan Allah bagi menguji rakyat di negara ini, negara kita masih di tahap baik.



Tidak ada tanda-tanda negara mengalami krisis ekonomi seperti yang berlaku pada tahun 1997. Bagi rakyat yang tidak memahami keadaan semasa, DS Najib yang berperanan sebagai Menteri Kewangan sudah tentu lebih tahu keadaan yang terbaik untuk negara kita.

Tun Mahathir pemimpin disegani oleh rakyat dan masyarakat dunia. Beliau juga digeruni oleh politikus kuasa Barat yang sentiasa memperlekehkan Islam dan kepimpinan di negara kita. Namun setiap pemimpin mempunyai masa dan zaman kemuncaknya sendiri. Beliau yang banyak berjasa kepada negara sehingga dikenali sebagai ikon Bapa Pemodenan negara. Namun demikian, berapa ramaikah kalangan rakyat yang sentiasa menghargai segala hasil usahanya terutama pengkritik-pengkritik media sosial di zaman fitnah sedang berleluasa sekarang? Atau sepatutnya dianggap biasa sahaja untuk menjadi salah seorang daripada mereka?

DS Najib mempunyai kekuatannya tersendiri. Beliau disenangi oleh rakyat dan masyarakat dunia. Setiap hari beliau menyerap segala bentuk kritikan dan serangan peribadi melibatkan diri dan keluarganya demi untuk mengekalkan kepimpinan parti sebagai peneraju dalam pentadbiran negara.

Tidak memadaikah semuanya dikorbankan untuk kepentingan negara, bangsa dan agama kita? Tanyalah pada Pak Lah, sekuat manakah DS Najib sehingga mampu bertahan disebalik satu persatu dugaan menghurungi beliau?

Pada pendapat penulis, biarlah apa orang nak kata. DS Najib ialah pemimpin kita, orang yang kita sendiri amanahkan dengan tanggungjawab dan ujian yang berat seperti ini. Negara kita terus membangun, rakyat tetap hidup dalam sejahtera. Itulah yang paling penting...